You are on page 1of 3

Sistem limfa

Sistem limfa ialah sebahagian daripada sistem peredaran darah, yang terdiri daripada
rangkaian saluran yang dipanggil saluran limfa yang membawa cecair jernih yang dipanggil
limfa (dari bahasa Latin lympha "dewi air"[1]) dwi arah kearah jantung. Sistem linfa telah
mula diterangkan secara berasingan oleh Olaus Rudbeck dan Thomas Bartholin. Sistem limfa
bukanlah satu sistem tertutup. Sistem kitaran darah memproses purata 20 liter darah setiap
hari melalui penapisan kapilari yang mengasingkan plasma ketika pada masa yang sama
meninggalkan sel darah. Sekitar 17 liter plasma sehari yang akan diserap semula terus ke
dalam saluran darah. Fungsi utama sistem limfa adalah untuk memberi laluan tambahan bagi
3 liter yang berlebihan setiap hari untuk kembali pada darah.[2] Jadi limfa pada asasnya
merupakan plasma darah dikitar semula.

Peranan kedua organ limfa adalah bagi memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan
badan, mempunyai pertindihan yang agak besar dengan sistem limfoid . Tisu limfoid terdapat
dalam banyak organ, terutama nod limfa, dan pada folikel limfa yang berkaitan dengan
sistem penghadaman seperti tonsil. Sistem ini juga merangkumi semua struktur yang khusus
pada pengedaran dan pengeluaran limfosit, termasuk limpa, timus, sum-sum tulang dan tisu
limfoid yang berkaitan dengan sistem penghadaman.[3]

Darah tidak bersentuhan secara langsung dengan sel-sel parenchymal dan tisu dalam badan,
tetapi juzuk darah mula-mula keluar dari saluran darah pertukaran mikrovaskular menjadi
cecair celahan, yang bersentuhan dengan sel-sel parenchymal badan. Limfa ialah cecair yang
terbentuk apabila cecair celahan memasuki permulaan saluran limfa pada sistem limfa. Limfa
kemudian bergerak di sepanjang rangkaian salur limfa sama ada melalui pengecutan dalaman
laluan limfa atau oleh mampatan luaran saluran limfa melalui kuasa tisu luaran (contohnya
pengecutan otot - otot rangka). Eventually, the lymph vessels empty into the lymphatic ducts
, which drain into one of the two subclavian veins (near the junctions of the subclavian veins
with the internal jugular veins). Akhirnya, saluran limfa mengalir ke dalam urat limfa, yang
mengalirkan kedalam salah satu daripada dua urat subklavika(berhampiran persimpangan
urat subklavika dengan urat jugulum).

Terminologi
Adjektif digunakan bagi sistem pengangkutan limfa adalah "limfatik". Adjektif yang
digunakan bagi tisu di mana limfosit terbentuk adalah "limfoid".

Limfatik datang dari perkataan Latin lymphaticus, bererti "berkaitan dengan air".

Fungsi
Sistem limfoid memiliki beberapa fungsi berkait:[4]

ia bertanggung jawab bagi menyingkirkan cecair interstitial dari tisu


ia menyerap dan mengangkut asid lemak dan lelemak sebagai chyle dari sistem
penghadaman
ia menggangkut sel darah putih pergi balik antara nod lymph nodes dan tulang
limpa mengangkut sel penunjuk-antigen ("antigen-presenting cell-APCs"), seperti sel
dendritik, pada nod limfa di mana tindak balas imunisasi dirangsangkan.
Kepentingan klinikal
Kajian mengenai penyaliran limfatik dari pelbagai organ adalah penting bagi diagnosis,
prognosis, dan rawatan barah. Disebabkan hubungan rapatnya secara fizikal dengan
kebanyakan bahagian badan, sistem limfoid bertanggungjawab bagi mengangkut sel barah
antara pelbagai bahagian badan melalui proses yang dikenali sebagai metastasis. Nod limfoid
perantaraan mampu memerangkap sel barah. Jika ia tidak berjaya memusnahkan sel barah,
nod tersebut mungkin menjadi tapak tumor kedua.

Organisasi
Sistem limfoid boleh dibahagikan secara kasar pada sistem penyalur dan tisu limfoid.

Sistem pengalir membawa limfa dan terdiri dari salur tiub yang merangkumi saluran
rerambut kapilari limfa (lymph capillaries), salur limfa, dan and the right and left
thoracic ducts.
Tisu limfa terutamanya terbabit dengan tindak balas imunisasi dan terdiri dari
lymphocytes[5] dan sel darah putih yang lain padat dalam tisu penyambung melalui
mana limfa lalu. Tisu dan wilayah limfa yang padat dengan lymphocytes dikenali
sebagai folik lymphoid. Tisu Lymphoid boleh samaada dalam bentuk berstruktur
diatru dengan baik sebagai nod limfa atau mungkin terdiri dari folik lymphoid yang
tersusun longer dan dikenali sebagai tisu lymphoid berkait lendir (mucosa-associated
lymphoid tissue MALT.

Tisu Limfoid
Tisu Limfoid berkait dengan sistem limfa berkait dengan fungsi imunisasi bagi
mempertahankan badan dari jangkitan dan penyebaran tumor. ia terdiri dari tisu penyambung
dengan pelbagai jenis sel darah putih terbenam di dalamnya, yang paling banyak adalah
limfosit.

Tisu Limfoid mungkin utama, kedua, atau ketiga bergantung pada tahap perkembangan
limfosit dan kematangan pembabitannya. (Tisu Limfoid peringkat ketiga biasanya memiliki
kurang limfosit dalamnya, dan mengambil peranan imunisasi hanya apabila dicabar dengan
antigen yang menyebabkan keradangan. Ia melakukannya dengan mengimport limfosit dari
darah dan limfa.[6])

Organ limfoid utama

Organ limfoid utama menghasilkan limfosit dari sel progenitor tidak matang.

Timus dan sum-sum tulang membentuk tisu limfoid utama terbabit dalam penghasilan dan
pemilihan awal limfosit.

Organ limfoid kedua

Organ limfoid kedua atau tambahan mengekalkan kematangan naive limfosit dan mencetus
tindak balas imunisasi penyesuaian adaptif. Organ limfoid tambahan merupakan tapak
pengaktifan limfosit oleh antigen. Pengaktifan mendorong pada pengembangan clonal dan
kematangan affiniti. Limfosit matang dikitar kembali antara darah dan organ limfoid
tambahan sehingga mereka bertembung dengan antigen khusus bagi mereka.

Tisu limfoid kedua memberikan persekitaran bagi molekul asing atau antigen tempatan
berubah bagi bertindakbalas dengan limfosit. Ini ditingkatkan melalui nod limfa, dan folik
limfoid pada tonsil, tompokan Peyer, spleen, adenoid, kulit, dll. Yang berkait dengan tisu
berkait lendir (mucosa-associated limfoid tissue MALT).

Nod Limfa

Templat:Details3

Nod limfa menunjukkan afferent dan efferent saluran limfatik.

Nod limfa merupakan himpunan teratur tisu limfa, melalui mana limfa lalu dalam perjalannya
untuk kembali ke darah. Nod limfa terletak berselang sepanjang sistem limfatik. Beberapa
salur limfa afferent membawa masuk limfa, yang meresap keseluruhan bahan nod limfa, dan
dikeluarkan oleh salur limfa eferen.

Bahan nod limfa terdiri dari folikel limfoid pada bahagian luar yang dikenali sebagai
"Kortex", yang mengandungi folikel limfoid, dan bahagian dalam yang dikenali sebagai
"medulla nod limfa", yang dikelilingi oleh kortex kecuali pada bahagian yang dikenali
sebagai "hilum" pada not limfa. Hilum kelihatan sebagai lekukan pada permukaan nod limfa,
yang menjadikan limfa berbentuk kekacang dan bukannya sfera atau bulat. Salur limfa
efferent muncul langsung dari nod limfa di sini. Arteri dan urat membekalkan nod limfa
dengan darah masuk dan keluar melalui hilum.

Folikel limfa merupakan himpunan padat limfosit, yang bilangan, saiz dan tatarajahnya
berubah menurut keadaan fungsi nod limfa. Sebagai contoh, folikle mengambang dengan
banyaknya sebaik sahaja bertembung dengan antigen asing. Pemilihan sel B berlaku dalam
pusat germinal bagi nod limfa.

Nod limfa terutamanya banyak di mediastinum pada bahagian dada, leher, pelvis, axilla
(ketiak), inguinal (pelipat peha), dan berkait dengan saluran darah pada usus kecil.[3]

You might also like