You are on page 1of 10

SULIT 2 3757/2

Bahagian A
[75 markah]
Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1 (a) Gambar 1 berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Syarikat Zaidi Berhad
bagi menyelesaikan masalah pengeluarannya.

Gambar 1

Bagaimanakah syarikat tersebut menyelesaikan masalah ekonomi tersebut? [5 markah]


(b) Perbualan di bawah berkaitan dengan jenis barang.

Khaira : Ayah, apa kata kita balik menggunakan jalan lama yang tidak
ada tol ye. Seronok sikit boleh tengok pemandangan kampung.
Ayah : Rasanya elok kita gunakan lebuh raya bertol supaya cepat
sampai nanti.

(i) Kenal pasti dua jenis barang tersebut dari sudut ekonomi [2 markah]
(ii) Jika semua jalan raya yang terdapat di Malaysia dikenakan tol. Berikan pendapat
anda mengenai penyataan tersebut. [3 markah]

(c) (i) Terangkan ciri sistem ekonomi Campuran dari segi penentuan harga. [2 markah]
(ii) Jelaskan cara sistem ekonomi Campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi.
[6 markah]

3757/2 SULIT
SULIT 3 3757/2

(d) Gambar 2 dibawah menunjukkan perbualan antara pengusaha Syarikat SUZI Sdn.Bhd dan
pekerjanya mengenai pinjaman.

Gambar
2

(i) Berik
an pendapat anda mengenai tujuan Syarikat SUZI Sdn. Bhd membuat pinjaman selain
daripada yang terdapat dalam perbualan. [5 markah]

(ii) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kehendak individu. [2 markah]

3757/2 SULIT
SULIT 4 3757/2

2 (a) Jadual 1 di bawah ini menunjukkan upah wang dan harga dua jenis barang pada tahun 2014
dan 2015.

Upah Wang Harga Barang (RM)


Tahun
(RM) Barang X Barang Y
2014 6 000 120 380
2015 7 000 150 550
Jadual 1
(i)Hitungkan;
(a)Harga purata barang tahun 2014. [2markah]
(b)Upah benar tahun 2015. [2 markah]
(ii) Adakah anda bersetuju bahawa taraf hidup pada tahun 2015 lebih rendah daripada
tahun 2014? Berikan alasan anda. [2 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan kehendak orang muda zaman sekarang.

Trend orang muda sekarang yang sering menukar telefon pintar


model baharu dan sanggup menghabiskan wang bagi
mendapatkan alatan tersebut dan tidak memberi keutamaan
bagi mendapatkan barang lain yang lebih penting dalam
kehidupan merupakan suatu budaya yang harus dihindari.

Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas. [6 markah]

(c) Jelaskan konsep permintaan dengan bantuan gambar rajah yang sesuai. [7 markah]

(d) Jadual 2 di bawah menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma.

3757/2 SULIT
SULIT 5 3757/2

Kos Tetap Kos Berubah Jumlah Kos


Keluaran (unit)
(RM) (RM) (RM)
0 x - 30
1 30 y 48
2 30 21 61
3 30 37 67
4 30 46 76
5 30 69 99
Jadual 2

(i) Berapakah nilai x dan y? [2 markah]

(ii)Jelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos tetap, kos berubah dan jumlah
kos. [4 markah]

3 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat The RedOne


Syarikat The RedOne menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di
seluruh negara. Bagi memastikan syarikat sentiasa menyediakan perkhidmatan
yang terbaik, maka syarikat mengambil inisiatif dengan menghantar 30 orang
pekerjanya untuk mendapatkan latihan keselamatan di Singapura.

3757/2 SULIT
SULIT 6 3757/2

Berdasarkan maklumat tersebut, adakah keputusan menghantar pekerja untuk menerima


latihan merupakan satu pelaburan? Beri alasan anda. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan satu projek perumahan kerajaan Malaysia.

(i) Jelaskan kesan ke atas pasaran rumah jika kerajaan melaksanakan projek di atas di
seluruh Negara. [4 markah]
Rajah 1 berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buku ilmiah.

Harga (RM)

Dp Sp
30

25 E
20
15
10

Sp Dp

0 20 30 40 50 60 Kuantiti (unit)
Rajah 1
(ii)Huraikan keadaan pasaran buku ilmiah pada tingkat harga berikut:
(a) RM 15 [3 markah]
(b) RM 30 [3 markah]
(c) Gambar 3 berikut menunjukkan wang yang digunakan pada masa ini.

3757/2 SULIT
SULIT 7 3757/2

Gambar 3

Sesuatu benda atau bahan yang sesuai dijadikan sebagai wang dalam ekonomi haruslah
mempunyai ciri-ciri tertentu. Jelaskan ciri-ciri wang yang baik. [4 markah]
(d) Gambar di bawah menunjukkan situasi ketidakstabilan ekonomi.

Meor, memang susah


Betul tu. Harga rumah dan tanah dah
nak beli rumah
semakin naik. Harga barang lain pun
sekarang ni kan.
sama. Pening aku memikirkan hal ini.
Harga semakin mahal
Nampak gayanya aku kena cari kerja
dah ni.
partime la pulak.

Gambar 4

(i) Apakah keadaan ketidakstabilan ekonomi di atas ? [1 markah]


(ii) Terangkan langkah yang boleh diambil oleh bank pusat untuk mengatasi keadaan di
3(d)(i) [6 markah]

4 (a) Terangkan tiga cara institusi kewangan bukan bank memperoleh deposit daripada orang
ramai. [6 markah]

(b) Jadual 3 di bawah menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada Keluaran

3757/2 SULIT
SULIT 8 3757/2

Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Tahun Peratus (%)


2011 2012 2013 2014 2015
Sektor
Sektor Utama 30.65 29.78 29.07 28.16 27.60
Sektor Kedua 40.98 41.72 41.87 42.25 42.41
Sektor Ketiga 28.36 28.51 29.06 29.60 30.00
Jadual 3

(Sumber: Ubah suai daripada Laporan Ekonomi pelbagai tahun)

(i) Terangkan dua sebab arah aliran sumbangan sektor utama bercorak sedemikian.
[4 markah]

(ii) Jelaskan arah aliran sumbangan sektor kedua dan sektor ketiga kepada ekonomi
Malaysia. [4 markah]
(c) Jelaskan tiga jenis hasil cukai langsung kerajaan persekutuan. [6 markah]

(d) Terangkan perbezaan perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan.


[5 markah]

5 (a) Jelaskan tujuan kerajaan membuat pinjaman. [3 markah]

(b) Terangkan empat faktor kewujudan perdagangan antarabangsa. [8 markah]

(c) Jadual 4 berikut berkaitan dengan eksport dan import pakaian di Malaysia.

Tahun 2010 2011 2012


Eksport 500 450 200

3757/2 SULIT
SULIT 9 3757/2

Import 300 400 500


Jadual 4

Terangkan dua tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk melindungi industri
pakaian tempatan. [4 markah]

(d) Terangkan tiga jenis akaun yang terdapat dalam imbangan pembayaran. [6 markah]

(e) Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing antara dua buah negara.

Nilai Ringgit Malaysia telah menurun sebanyak 12


peratus berbanding Dolar Singapura

Jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia. [4 markah]

Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab

Encik Noh ialah seorang pengurus pengeluaran di Syarikat Percetakan Gemilang Jaya di
Taiping, Perak. Syarikat ini mengeluarkan kertas dan buku bacaan selama 15 tahun. Gaji
bulanan Encik Noh ialah RM 4,000 dan elaun bulanannya sebanyak RM450. Encik Noh juga

3757/2 SULIT
SULIT 10 3757/2

menerima bayaran sewa bulanan sebanyak RM 600 dan faedah simpanan bank sebanyak RM150
sebulan.
Encik Noh juga membuat caruman KWSP sebanyak 11% dari gaji beliau serta membuat
potongan cukai pendapatan sebanyak RM 200 sebulan. Encik Noh telah membelanjakan
RM 300 untuk membeli buku-buku keluaran syarikatnya untuk anak-anaknya. Isteri Encik Noh,
Puan Laila telah menasihati suaminya supaya tidak berbelanja dengan boros dan dapat berjimat
cermat. Beliau meminta agar suaminya itu menyimpan wang di dalam bank berbanding dengan
membeli sebidang tanah yang berdekatan dengan kampungnya.
Pada bulan Disember 2014, Syarikat Gemilang Jaya berjaya meningkatkan pengeluaran syarikat
sebanyak 15 % hasil usaha gigih para pekerjanya. Tambahan output itu telah meningkatkan kos
pengeluaran syarikat seperti berikut:
Output (unit) Jumlah Kos (RM)
20 000 10 000
30 000 14 000
40 000 19 000
50 000 26 000
60 000 31 000

Kesan ekonomi dunia yang tidak stabil, telah menjejaskan kuasa beli pengguna. Peluang
pekerjaan semakin berkurang. Pada bulan Januari tahun 2015, Bank Pusat telah mengumumkan
penurunan kadar rizab berkanun bank perdagangan sebanyak 1% untuk mengatasi keadaan
ekonomi yang tidak stabil.

6 Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:


(a) (i) Apakah sektor ekonomi yang diceburi oleh Encik Noh? [1 markah]

(ii)Hitung pendapatan bulanan Encik Noh. [2 markah]

(iii)Hitungkan pendapatan boleh guna bulanan Encik Noh. [4 markah]


(b) Mengapakah Puan Laila menasihati suaminya supaya tidak boros berbelanja dan berjimat
cermat? [2 markah]

3757/2 SULIT
SULIT 11 3757/2

(c) Beliau meminta suaminya itu menyimpan wang di dalam bank berbanding dengan
membeli sebidang tanah yang berdekatan dengan kampungnya.
Adakah anda bersetuju dengan pendapat Puan Laila di atas? Berikan alasan anda.
[4 markah]

(d) Hitungkan:
(i) Kos purata keluaran 50 000 unit output [2 markah]
(ii)Kos sut bagi output ke 50 000 unit
[2 markah]

(e) (i)Apakah keadaan ekonomi yang berlaku di atas. [1 markah]


(ii)Adakah anda bersetuju dengan tindakan bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun
1%? Beri alasan anda. [3 markah]
(f) Jelaskan bagaimana kerajaan mengatasi masalah keadaan ekonomi dalam 6e(i) melalui
Dasar Belanjawan negara. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 SULIT

You might also like