You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran memainkan corak

irama dalam meter lazim empatan menggunakan alat perkusi dengan aplikasi

kaedah DalKo dalam kalangan murid tahun 4 Jupiter. Perserta kajian terdiri

daripada 4 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Saya telah

melaksanakan pengumpulan data awal dengan menggunakan instrumen temu bual

berstruktur, pemerhatian dan ujian diagnostik. Berdasarkan keputusan

pengumpulan data awal, terdapat sebilangan murid tidak dapat memainkan corak

irama dalam meter lazim empatan dengan betul menggunakan alat perkusi. Justeru,

untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah mencipta kaedah DalKo yang

merupakan penggabungan antara kaedah sebutan irama Kodaly dan kaedah

pergerakan Dalcroze untuk membantu murid-murid memainkan corak irama dengan

menggunakan alat perkusi. Aktiviti dilaksanakan selama empat minggu dan setiap

aktiviti mengambil masa 30 minit. Instrumen pengumpulan data yang digunakan

ialah pemerhatian, ujian pra dan pasca serta ujian formatif. Keputusan kajian

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam aspek memainkan corak irama

menggunakan alat perkusi. Hal ini bermaksud kaedah DalKo telah membantu

murid-murid dalam memainkan corak irama menggunakan alat perkusi. Untuk kajian

seterusnya, saya mencadangkan untuk mempertingkatkan kemahiran kepada meter

lazim yang lain seperti meter lazim tigaan dan meter lazim duaan serta

meningkatkan intensiti latihan dalam aktiviti.

Kata Kunci : corak irama, alat perkusi, Dalcroze, Kodaly

You might also like