You are on page 1of 7

SISTEM PENAN AM AN N AN AS BERKEP AD AT AN

TINGGI
- Suatu Inisiatif Dalam Meningkatkan Produktiviti Ladang
dan Pendapatan Pengusaha

Pengenalan

Penanaman nanas Moris di Malaysia, pada kebiasaannya


ditanam pada jarak 90cm x 60cm x 30cm. Pada jarak
tersebut, petani akan memperolehi bilangan pokok sebanyak
30,000 - 35,000 sehektar. Dalam banyak negara pengeluar
nanas dunia, hanya negara Filipina mengamalkan teknik
penanaman nanas berkepadatan tinggi dengan penghasilan
sebanyak 80,000 - 90,000 pokok. Varieti yang ditanam ialah
MD2 dan menjadi amalan ladang-ladang nanas dalam
pengeluaran nanas bersaiz sederhana iaitu Gred B dan Gred
C. Kaedah ini didapati mampu menjana pendapatan yang lebih
tinggi kepada pengusaha.

Setelah mempertimbangkan prospek kaedah tersebut dan


mengambilkira tanaman nanas merupakan salah satu tanaman
utama yang diperkenalkan di bawah projek tanah terbiar,
Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengambil inisiatif
untuk membentuk satu kaedah penanaman yang mampu
memaksimumkan produktiviti. Di atas kreativiti warga kerja
Jabatan Pertanian Negeri Kedah, pada tahun 2010, mereka
telah berjaya memajukan pakej pengurusan tanaman nanas
berkepadatan tinggi khusus bagi varieti Moris. Kaedah ini
menjadi semakin popular di negeri Kedah terutamanya di
kalangan penanam nanas di Daerah Kuala Muda. Atas
kejayaan yang dicapai di Negeri Kedah, Jabatan Pertanian

1
akan terus mengambil langkah yang positif untuk
mengembangkan kaedah penanaman nanas ini dikalangan
petani yang ingin terlibat dalam penanaman nanas secara
komersil di seluruh negara.

Faktor Penentu Kejayaan

Pakej penanaman nanas berkepadatan tinggi mengaplikasi


pendekatan untuk memaksimumkan pokok dalam satu unit
pengeluaran tanpa mengurangkan kualiti dan gred buah yang
dikeluarkan. Khusus bagi nanas varieti Moris, jarak tanaman
yang disyorkan adalah pada 30cm x 30cm bagi mendapatkan
bilangan pokok di antara 80,000 85,000 pokok sehektar.
Kejayaan kaedah ini bergantung kepada ketelitian petani
dalam menguruskan ladang dan tanaman dengan memberi
fokus kepada perkara berikut:

a. Penyediaan tanah yang sempurna dan memastikan tapak


penanaman betul-betul gembur dengan melakukan satu
pusingan bajak piring sedalam 25cm diikuti dengan
pusingan bajak putar.

b. Membina lorong kerja untuk menyembur baja, racun dan


penggalak bunga selebar 75m pada setiap 30m atau pada
setiap 10 baris yang berfungsi sebagai laluan air.

c. Mengaplikasikan program pembajaan yang persis melalui


semburan baja cecair yang dirumus khas menggunakan
baja tunggal iaitu Urea, Christmas Island Rock Phospate
(CIRP) dan Muriate of Potash (MOP) bagi menggantikan
baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17.

2
d. Menggunakan semburan Ethrel sebagai bahan penggalak
pembungaan bagi menggantikan pil ANAA.

e. Mengaplikasi kaedah pengurusan tanaman secara cekap


dan persis menggunakan peralatan dan mekanisasi yang
praktikal dan efisien.

Inisiatif Kreatif Dalam Pengurusan Tanaman

Pemilihan dan Penggunaan Benih Berkualiti

Benih adalah input asas dalam penanaman. Pemilihan benih


nanas yang sihat dan seragam adalah pra-syarat asas bagi
menentukan kejayaan penanaman. Benih nanas perlu ditanam
di tapak penanaman yang telah disediakan dengan sempurna.
Benih nanas ditanam pada jarak 30cm x 30cm dengan
menyediakan lorong kerja selebar 75cm pada setiap 10 baris.

Aktiviti menanam benih nanas

3
Landskap kebun nanas

Kejayaan kaedah penanaman ini berpaksikan kepada cara


pengurusan tanaman yang cekap dan efisien. Jentera
penyembur High Clearance Boom Sprayer merupakan
peralatan mekanisasi yang paling sesuai digunakan untuk
kerja-kerja membaja, meracun dan semburan penggalak
bunga dalam ladang nanas. Penggunaan peralatan mekanisasi
ini sangat praktikal di mana tayarnya yang nipis dan tinggi
membolehkan jentera ini bergerak di celah-celah dan di atas
pokok nanas tanpa merosakkannya selain memberikan
semburan yang serata.

Bagi petani bermodal kecil, mereka boleh menggunakan Power


Sprayer yang dilengkapi dengan salur getah 30m panjang,
penyembur, tangki air 500 liter yang diangkut menggunakan
trailer dan power tiller.
4
Jentera High Clearance Boom Sprayer

Power Sprayer diangkut menggunakan trailer

Kejayaan dan Perkembangan Pengamalan Teknologi

Dengan mempraktikan pakej pengurusan tanaman yang disyor,


petani boleh mengeluarkan hasil hampir tiga kali ganda
berbanding kaedah biasa tanpa mengurangkan kualiti dan
gred hasil buah yang dikeluarkan. Ekoran daripada
peningkatan bilangan buah yang dipetik, petani mempero lehi
pendapatan yang berganda. Perbandingan prestasi

5
pengeluaran nanas menggunakan kaedah penanaman
berkepadatan tinggi seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Perbandingan pengeluaran nanas mengikut


kaedah penanaman

Perkara Kaedah Tanaman Nanas


Konvensional Berkepadatan
Tinggi
Jumlah Pokok 30,000 pokok 80,000 pokok
Purata Hasil 90% = 27,000 biji 90% = 72,000 biji
A;60% = 16,200 biji A;60% = 43,200 biji
(RM1.30 x 16,200 (RM1.30 x 43,200
= RM21,060) = RM56,160)
B;30% = 8,100 biji B;30% = 21,600 biji
Gred (RM0.80 x 8,100 (RM0.80 x 21,600
= RM6,480) = RM17,280)
C;10% = 2,700 biji C;10% = 7,200 biji
(RM0.33 x 2,700 (RM0.33 x 7,200
= RM891) = RM2,376)
Jumlah RM28.431 RM75,816
Jualan
Modal RM18,750 RM30,365
Keuntungan RM9,681 RM45,451
Nota: Kebiasaannya untuk tanaman kali kedua, keuntungan akan
bertambah kerana tidak lagi terlibat dalam kerja-kerja pembersihan
hutan dan pembelian benih (sulur).

Kaedah penanaman nanas berkepadatan tinggi khususnya


nanas Moris telah semakin popular terutamanya di Negeri
Kedah. Dalam tempoh dua (2) tahun kaedah ini
diperkenalkan, seluas 40 hektar tanah yang dahulunya terbiar
telah ditanam dengan nanas berkepadatan tinggi. Penanaman
nanas menggunakan kaedah ini dapat dilihat di Kg. Bukit Batu
Pahat, Kg. Lima Puloh Relong, Kg. Bendang Dalam, Kg.
Tempoyak dan Kg. Hutan Gelam di Negeri Kedah Darul Aman.
Antara kawasan lain yang akan diusahakan ialah di Kg. Sg.
Bongkok, Gurun Kedah seluas 5.7 hektar. Buat masa ini,
kaedah tanaman ini didapati sangat berjaya di kebanyakan
6
kawasan tanah mineral di negeri Kedah dan dijangka boleh
diperluaskan di negeri lain di seluruh negara.

Aktiviti memetik buah nanas

HASIL LUMAYAN tanaman padat nanas

You might also like