You are on page 1of 24

HBML 4303 :

KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN


DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

0 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
MUKA
ISIKANDUNGAN SURAT
2
Kenyataan Pengakuan
3
Sekapur sirih
4
Soalan Tugasan
Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum 5
bahasa Melayu pada masa kini
1.0 Pendahuluan
3

2.0 Pembangunan Kurikulum


6

3.0 Kurikulum
6

3.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )


7

3.1.1 Komunikasi ( Bahasa& Matematik) 7

Bidang manusia (Agama Islam dan Moral) dan alam kelilingnya (Alam dan 7
3.1.2
Manusia)

3.1.3 Bidang perkembangan diri individu (Muzik, Pendidikan Seni dan Visual dan 8
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
3.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
8

3.2.1 Aspek kesepaduan 8

3.2.2 Aspek penghayatan dan amalan nilai-nilai murni 8

3.2.3 Aspek penguasaan bahasa Malaysia 8

4.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan 9


Kurikulum Bahasa Melayu
4.1 Faktor Murid
9

4.2  Kehendak Masyarakat


10

4.3 Faktor Kewarganegaraan


10

4.4 Aspek Antarabagsa


11

5.0 Senario Perkembangan Kurikulum Bahasa Melayu Masa Kini


12

Kon Pengalaman Dale


1.0 Pendahuluan
14

2.0 Objektif dan Pemilihan Bahan Bantuan Mengajar


15

3.0 Konsep Kon Pengalaman Dale


17

Peringkat Pembinaan Bahan Bantuan Mengajar Mengikut Kon


4.0 19
Pengalaman Dale
4.1 Penglibatan
19

4.2 Pemerhatian
20

4.3 Persimbolan
20

5.0 Penutup
21

KENYATAAN PENGAKUAN
1 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Saya, AMINUDIN BIN MAT LUDIN Nombor Kad Pengenalan 690101-08-6925,


pelajar kohort 4, SMP-OUM (Ambilan Khas Oktober 2007) membuat pengakuan
bahawa segala tugasan untuk subjek HBML 4303 : KURIKULUM DAN
PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU adalah hasil kerja
saya dan tiada perbuatan plagiat melainkan penyediaan asli hasil air tangan saya
sendiri.

Adalah dimaklumkan bahawa saya;


Item Pernyataan Semakan
1. Telah membuat rujukan dan bacaan luas tantang topik /
yang diambil daripada modul, bahan bercetak dan
eletronik.
2. Tidak memplagiat atau meniru daripada mana-mana /
sumber atau pelajar lain.
3. Tidak membenarkan pelajar lain meniru tugasan ini /
melainkan hanya menerangkan dan membantu
kefahaman rakan-rakan berkaitan tugasan.
4. Mengikut prosedur tugasan dan mengahantar tugasan /
sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Dengan yang demikian, saya faham bahawa jika terdapat apa-apa perkara di
atas didapati tidak benar, maka pihak Pengurusan OUM berhak untuk mengambil
apa-apa sahaja tindakan disiplin terhadapan salah laku tersebut.

2 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.
Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam
melakukan dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan
semuanya itu.
Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal
memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.Sejunjung kasih dan penghormatan
kepada En KHAIRUL AZHAR BIN MOHD ZAHAR selaku tutor bagi kursus HBML
4303 : KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu
tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan.
Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu terangsang untuk melakukan yang
terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang
sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.

Terima kasih untuk semua.


Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan
tersebut bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran
(Guru) memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru
Mursyid’.
Mursyid’.

SOALAN TUGASAN
3 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pelajar dikehendaki menjawab DUA soalan di bawah.


1. Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian
Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar
dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan
perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan murid-murid,
masyarakat, negara dan antarabangsa.
Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa
Melayu pada masa kini.

2. Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah dalam
penyampaian ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap
pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.
Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar
yang sesuai.

Sistem pendidikan negara sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Bahagian


Pembangunan Kurikulum merupakan institusi yang menggubal kurikulum supaya sejajar
dengan perubahan ini. Kurikulum bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan dan
4 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

perkembangan berdasarkan beberapa keperluan. Antaranya keperluan murid-murid,


masyarakat, negara dan antarabangsa.
Buat satu analisis yang empirikal tentang senario perkembangan kurikulum bahasa
Melayu pada masa kini

1.0 Pendahuluan
Dalam masa satu dekad, iaitu daripada tahun 1990 hingga tahun 2000 , sistem pendidikan
Negara mengalami perubahan yang pesat. Bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sehinggalah
pelaksanaan Sekolah Bestari.Kesemua perubahan ini bertunjangkan kepada matlamat yang
satu ,iaitu melahirkan insane pelajar yang seimbang dari segi roh dan jasadnya, iaitu jasmani
emosi, rohani, intelek dan social (JERIS) melalaui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan baru juga telah berlaku dalam arena pendidikan berdasarkan syor-syor yang
terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran
(1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah
rendah mulai tahun 1983.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah
menengah mulai tahun 1989. Kurikulum ini merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,
norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam
dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997
(www.moe.gov.my).

2.0 Pembangunan Kurikulum

5 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Pusat Perkembangan Kurikulum bertanggungjawab menggubal kurikulum peringkat


prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini adalah untuk mencapai tahap
kurikulum yang relevan, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Fungsi utama pusat ini adalah :

 menggubal dan membangunkan kurikulum persekolahan;


 menyebar dan melaksanakan kurikulum;
 mengesan perlaksanaan kurikulum
 menyediakan pelbagai bahan sokongan kurikulum;
 menjalankan penyelidikan untuk pembangunan dan penilaian kurikulum;
 mengurus dan membangunkan organisasi dan staf serta;
 mengurus penerbitan, percetakan dan pentadbiran pusat sumber

3.0 Kurikulum
Kurikulum merupakan suatu siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai ilmu pengetahuan kemahiran dan applikasi ilmu.tersebut.
Kurikulum meliputi segala matlamat yang dirancang termasukalh pengalaman dankaedah
pengajaran serta teknik penilaian yang dirancang. Menurut Laporan Jawatankuasa
Kabinet(1979), kurikulum mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah
institusi pendidikan atau sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Dalam konteks
Negara kita terdapat 2 tahap bagi kurikulum ini Kurikulum Besepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM)

3.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR )

6 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dirancang untuk mengisi tiga bidang asas iaitu
komunikasi; manusia dan alam kelilingnya; dan perkembangan diri individu. Matlamat
utama Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Ia juga digubal dengan memberikan focus
kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini
berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran
menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan
disokong oleh elemen pengisian kurikulum

3.1.1 Komunikasi ( Bahasa& Matematik)

Ianya melibatkan kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira


(3M) yang merupakan keperluan hidup yang asasi. Dalam KBSR, bidang komunikasi
dikenali sebagai Komponen Kemahiran Asas. Aspek-aspek yang terkandung dalam
3M ini bukanlah setakat kemahiran berbentuk mekanis tetapi meliputi kemahiran
pertuturan, pendengaran, pembacaan dan pemahaman serta penulisan.

3.1.2 Bidang manusia (Agama Islam dan Moral) dan alam kelilingnya (Alam dan
Manusia)

Bidang ini dijadikan Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran dalam KBSR.


Komponen ini dipadukan terus dengan Komponen Kemahiran Asas pada
peringkat permulaan dan peringkat kemudiannya, iaitu apabila kemahiran-
kemahiran asas dapat dikuasai oleh murid-murid dengan baik.

3.1.3 Bidang perkembangan diri individu (Muzik, Pendidikan Seni dan Visual dan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

7 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Bidang ini melibatkan semua aspek termasuk aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, moral, nilai-nilai estetika dan sosial. Sebahagian besar bidang ini
telah terangkum dalam bidang komunikasi dan manusia dengan alam kelilingnya.

3.2 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula meliputi ketiga-tiga bidang asas tersebut
tetapi dengan penekanan yang berlainan kerana meliputi aspek-aspek kesepaduan,
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni serta penguasaan bahasa Malaysia dalam
semua mata pelajaran

3.2.1 Aspek kesepaduan

Aspek ini bermakna, unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam


kandungan KBSM itu digabungjalinkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek
(pengetahuan), rohani dan emosi (afektif) dan jasmani (psikomotor). Kesepaduan dalam
bidang-bidang kajian juga turut diadakan terutama dari segi teori, amali dan nilai-nilai murni
bagi melahirkan insan yang seimbang perkembangannya. Pengalaman pembelajaran di
bilik darjah terutamanya dari aspek nilai dan amalan dilanjutkan dan diperkukuhkan melalui
kegiatan kokurikulum

3.2.2 Aspek penghayatan dan amalan nilai-nilai murni


Aspek ini ialah nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.

3.2.3 Aspek penguasaan bahasa Malaysia


Aspek penguasaan Bahasa Malaysia dalam semua mata pelajaran penting kerana bahasa
Malaysia menjadi satu alat dalam usaha untuk mencapai perpaduan rakyat di
negara kita.

4.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan dan Perkembangan Kurikulum


Bahasa Melayu

8 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan
KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan
arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan. Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang
mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia
dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.

4.1 Faktor Murid

Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kurikulum ini ialah perancangan yang dibuat
berdasarkan pertimbangan kehendak dan keperluan pelajar. Kehendak dan keperluan pelajar
merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, udara untuk bernafas, keperluan untuk
membesar dan sebagainya serta keselamatan, kasih sayang, bersosial dan kehendak
penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk seharusnya sempurna dari segi
penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi agar apa yang dirancangkan
itu dapat memberi kepuasan kepada pelajar sebagai individu. Dengan erti kata lain,
kurikulum yang dibentuk hendaklah meninggalkan kesan yang positif dalam diri pelajar
apabila pelajar berpeluang memperkembangkan potensi mereka dari aspek intelektual,
jasmani, rohani dan sosial.

Dengan ini pelajar dapat mengenalpasti tahap kemampuan dan pencapaian potensi mereka
dalam suatu bentuk aktiviti pembelajaran dan akan menetapkan matlamat ke arah pembaikan
mutu kecemerlangan kendiri. Faktor – faktor lain seperti minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga merupakan antara faktor sampingan yang
perlu diambilkira semasa pembentukan kurikulum sekolah dengan tujuan mencapai matlamat
yang diinginkan itu.

4.2 Kehendak Masyarakat


9 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan adanya peraturan serta amalan hidup yang tertentu. Sekolah itu ialah sebuah
masyarakat kecil. Oleh itu, sistem pendidikan di sekolah terikat dengan peraturan serta
amalan, iaitu peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi oleh murid-murid. Peranan
sekolah sebagai sebuah masyarakat kecil serta peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi
oleh ahli-ahlinya

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti


membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik,
sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat,
seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam
suatu sistem demokratik.

4.3 Faktor Kewarganegaraan

Unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan


pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.
Pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Unsur patriotisme dan
kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutmakan
pemupukan
semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk
melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara.

4.4 Aspek Antarabagsa


10 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Faktor seterusnya adalah faktor kehendak sarwa jagat yang sememangnya mempengaruhi
pembentukan sesuatu kurikulum di sekolah. Di zaman era globalisasi masa kini, kita tidak
dapat mengelakkan diri daripada menerima pengaruh – pengaruh politik, ekonomi dan sosial
negara – negara lain. Hal ini kerana berikutan keadaan komunikasi yang saling bersangkut
paut di antara satu sama lain.
Dalam usaha untuk mencapai keperluan penyempurnaan kendiri, hidup dalam dunia yang
aman, progresif dan bertamadun, rancangan kurikulum seharusnya dapat memberi ilmu
pengetahuan dan latihan yang boleh memenuhi kehendak sarwa jagat. Justeru itu, kurikulum
sekolah yang ideal ialah kurikulum yang membolehkan pemupukan persefahaman dan
semangat kerjasama antarabangsa dalam diri pelajar seperti menghormati hak – hak individu
dan kedaulatan negara, sumbangan dan komitmen yang mampu diberikan ke arah
penyelesaian konflik negara dan global, serta meningkatkan taraf kerohanian, maruah,
pandangan dan visi sedunia ke tahap yang tinggi dan sempurna.

5 Senario Perkembangan Kurikulum Bahasa Melayu Masa Kini

11 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai alat yang
berupaya menyampaikan emosi, maksud, buah fikiran, isi hati dan adapatmenyelesaikan
pelbagaisu dan maslaah yang dihadapi oleh penuturnya Bahasa Melayu telah menjadi
bahasa utama, bahasa majority dan bahasa lingua franca sejak berkurun lamanya,
kepentingan Bahasa Melayu tidak dapat dipertikaikan. Peranannya bukan setakat sebagai
bahasa pertuturan malah mencakupi pelbagai bidang

Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dan dinobatkan pada 1 September 1967.
Menu rut Kamus Dewan (1970:59) ,bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran, bahasa
perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi
pengajian tinggi. Menurut Ainon Ahmad(a984) ,bahasa rasmi pula bererti peranan bahasa
melayu sebagai saranan pembinaan Negara dalam semua urusan, terutama
urusanpentadbiran Negara. Peningkatan taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ini
telah dapat menjuruskan kearah perpaduan antara kaum. Pelbagai kaum akan
menggunakan Bahasa Melayu sebagai dalam komunikasi sesama mereka dan menjadi alat
perpaduan bangsa.

Bahasa Teknologi
Bahasa juga merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat. Perkembangan
teknologi maklumat maklumat dankomunikasi yang berkembang pesat berkait secara
langsung dengan kemampuan menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan
penggunaan Bahasa Melayu. Usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa Melayu dalam
bidnag ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan masuk kata-
kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Meayu. Bahasa Melyu perlu
kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang
begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.

12 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Nilai Penerapan nilai murni dalam pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan
yang baik serta memiliki akhlak mulia. Penerapan nilai-nilai murni akan turut
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Nilai-nilai
murni bersifat global dan selaras dengan agama, budaya dan norma masyarakat
Malaysia (Ee Ah Meng, 1995:28).

SOALAN 2

13 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Dalam pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar merupakan wadah


dalam penyampaian ilmu pengetahuan. Edgar Dale (1969) telah membina tahap-tahap
pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale.
Nyatakan dan huraikan setiap peringkat dengan contoh-contoh bahan bantu mengajar
yang sesuai.

1.0 Pendahuluan

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran,menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu
dan untuk menjadikanpembelajaranbaik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM)
bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar

Dalam Pengajaran Bahasa,‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang
padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara
guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
ataumempercepatkanproses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar
Dale ( 1964 )yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses
pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih
abstrakDewasa ini pengetahuan saintifik,psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi,
beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakanuntuk mempercepatkan proses
pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

14 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.0 Objektif dan Pemilihan Bahan Bantuan Mengajar

Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan
pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya
digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah,
membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan
ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan.Bahan
yang dipilih perlulah menepati prinsip arau objektid pengajaran dna pembelajaran

. a)     Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para
pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program
pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan
berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan
bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

b) Memperkembangkan Potensi murid

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh


membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-
bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai
murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir
secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan
dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

15 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

c) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan


pembelajaran mereka.

Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat


mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu
yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang
ditunjukkan oleh minat murid.

Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat
terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan
mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu,
guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah
diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih
mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

d) Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang
tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan
sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan
ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

16 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.0 Konsep Kon Pengalaman Dale

Kon Pengalaman Dale ( Cone of Experience ) telah dikemukakan oleh Edgar Dale (1946) di
dalam teori pembelajaran manusia. . Ia adalah sebuah model visual bertujuan untuk
meringkaskan sistem klasifikasi Dale untuk jenis pelbagai pengalaman belajar dimediasi. 
Teori ini menyatakan bahawa kesan bahan bantuan mengajar atau kaedah teknik pengajaran
yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat mengubah kefahaman
pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu konkrit kepada abstrak. Dale
memperingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada 3 peringkiat iaitu Penglibatan,
pemerhatian dan persimbolanLabel asal untuk sepuluh kategori's Dale adalah:, tujuan
Pengalaman; buat Pengalaman, Drama Penglibatan; Demonstrasi langsung, , Pameran,
Motion Pictures, Radio, Rakaman, Masih Pictures; Visual Cinta dan Cinta Verbal.

Ketika Dale meneliti kaedah pengajaran dia mendapati bahawa banyak dari apa yang kami
dapati benar langsung dan tidak langsung (dan dari konkrit dan abstrak) pengalaman boleh
diringkaskan dalam sebuah gambar peranti atau piramid Dales disebut "Kon
Pengalaman". Dalam bukunya 'Audio kaedah visual dalam mengajar' 1957, - dia menyatakan
bahawa kon tidak ditawarkan sebagai atau mekanikal yang sempurna tanpa cacat gambar
yang akan diambil benar-benar harfiah. Itu hanya direka sebagai alat bantu visual untuk
membantu menjelaskan keterkaitan dari pelbagai jenis bahan audio-visual, serta masing-
masing 'kedudukan' dalam proses belajar. 

Dia mengatakan "Alat kon adalah metafora visual dari pengalaman belajar, di mana pelbagai
jenis bahan audio-visual yang diatur dalam urutan abstractness meningkat sebagai salah satu
hasil dari pengalaman langsung"

17 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kon Pengalaman Dale

4.0 Peringkat Pembinaan Bahan Bnauan Mengajar Mengikut Kon Pengalaman Dale
18 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925
HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Dale menyarankan agar pengajaran haruslah bermula dari yang konkrit keada abstrak. Ini
dapat memudahkan penerimaan maklumat atau pengajaran kepada pelajar dengan mudah .

4.1 Penglibatan

Berdasarkan kon ini, kita dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. Pemeringkatan ini bermula daripada konkrit
kepada abstrak. Setiap peringkat mempunyai peranan yang berbeza. ( Lihat Rajah 1 )
Peringkat yang pertama ialah penglibatan. Di sini kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit
atau pengalaman sebenar menjadi tapak di mana ia dimulakan dengan penglibatan pelajar itu
sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman tiruan atau pengalaman melalui
lakonan atau drama.

Contohnya dalam pengajaran sains, bahan yang maujud seperti tumbuhan atau haiwan kecil
yang boleh dijadikan sebagai media pengajaran. Pelajar dapat mengalami sendiri proses
pembelajaran di mana mereka boleh merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya
menggunakan pancaindera mereka. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan menjadikan
proses pembelajaran mereka lebih bermakna dan berkualiti.

19 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

4.2 Pemerhatian

Pengalaman konkrit ini akan semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati
kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian,
pelajar bertindak sebagai pemerhati di mana peristiwa sebenar di buat dalam bentuk lawatan,
tunjuk cara, pameran, gambar bergerak seperti televisyen dan gambar kaku seperti filem.
Pengajaran berbentuk multimedia ini masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan
tahap penguasaan pelajar dalam memahami konsep kerana aktiviti yang dijalankan masih lagi
berpusatkan pelajar.

Peringkat penglibatan dan pemerhatian ini dikatakan sebagai “ Slow but Sure “ kerana ia
sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran yang kandungan amat sikit atau tidak diketahui
pelajar. Penggunaan media yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti CD, video dan
multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif. Namun begitu, proses penyediaan peralatan ini mungkin mengambil masa yang agak
lama dan kos yang lebih mahal.

4.3 Persimbolan
Seterusnya, Kon Pengalaman Dale telah mengatakan bahawa peringkat persimbolan
adalah peringkat yang paling abstrak. Pelajar akan mengalami pengalaman yang abstrak di
mana mereka mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut.
Pengalaman abstrak merupakan pengajaran yang tradisi yang mana amat mengutamakan teks.
Peringkat ini dikatakan sebagai “ Fast but Risky “ kerana segala perancangan yang dirancang
sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun ada risikonya. Pelajar mungkin akan
terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka tidak mahir dalam
mentafsir simbol-simbol tersebut. Objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan
tercapai jika pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara
konkrit. “ Pelajar boleh memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak asalkan mereka
telah mempunyai banyak maklumat konkrit yang boleh digunakan bagi mentafsir konsep
abstrak tersebut. (Edgar Dale, 1946).

5.0 Penutup

20 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

 Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima


daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang
kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan dan pengalaman. Sungguhpun rangsangan
dalam alam sekeliling ini amat banyak tetapi tidak semua rangsangan itu dapat diterima atau
ditanggapi oleh manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan
tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun
ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan
kecerdasan dan pengalaman yang berkesan.

 Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang
mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembang
kecerdasan dan pengalaman. dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di
antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.

21 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. Bhd.

EE Ah Meng. 1996. Pendidikan Di Malaysia 1: Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, Shah


Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng.(1995).  Pendidikan Sebagai Atu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Ibrahim Mamat,2001. Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Dalam Pendidikan,


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas
Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri
Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

Jurnal Pengurusan Pendidikan ( 1996 ), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan


Malaysia

Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur:


Kementerian Pelajaran Malaysia

22 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925


HBML 4303 :
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN
DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.

Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.

Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) , Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa
dengan rujukan khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Penerbit Pustaka
Ilmu

Internet. http// www.moe.gov.my

internet. http// www.myschoolnet.ppk.kpm.my/perkelab

http://teacherworld.com/pot.html

http://qaryafikir.wordpress.com/

http://www.prihatin.net/

http://web.utk.edu/~mccay/apdm/index.htm

 .

23 AMINUDIN BIN MAT LUDIN – 690101-08-6925

You might also like