You are on page 1of 6

http://makroekonomistpm.blogspot.

com/search/label/Petunjuk%20%2F%20Pemboleh%20Ubah%2
0Makroekonomi

Pendapatan Negara / Keluaran Negara


Pendapatan Negara

Pendapatan Negara ialah jumlah pendapatan faktor yang diterima oleh sesebuah negara untuk
tempoh setahun. Ia meliputi sewa, bunga bersih, upah, untung, dan pendapatan perusahaan
persendirian.

Keluaran Negara

Keluaran Negara ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah
negara dalam tempoh satu tahun. Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi
negara.

Kepentingan Kajian Pendapatan Negara / Keluaran Negara

Petunjuk taraf hidup rakyat.

Petunjuk pertumbuhan ekonomi negara.

Petunjuk keberkesanan dasar ekonomi kerajaan.

Ianya merupakan alat bagi mengukur prestasi kegiatan ekonomi negara.

Memberikan gambaran tentang

keadaan peluang pekerjaan


cara penggunaan faktor-faktor pengeluaran
kadar pengangguran
tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyat.

Membolehkan unit perancang ekonomi mengambil tindakan-tindakan susulan.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Guna Tenaga dan Pengangguran


Tenaga Buruh
Jumlah penduduk dalam usia kerja 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang aktif mencari
pekerjaan. Tidak termasuk suri rumah dan pelajar lepasan SPM/STPM kerana mereka tidak aktif
bekerja atau aktif mencari kerja.

Kadar Tenaga Buruh = (Jumlah Tenaga Buruh / Jumlah Penduduk) x 100%

Kadar Pertumbuhan Tenaga Buruh = [(Tenaga Buruh Baru - Tenaga Buruh Asal) / Tenaga Buruh Asal]
x 100%

Guna Tenaga

Guna tenaga ialah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang
dan perkhidmatan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang sedang mempunyai pekerjaan.

Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan secara produktif dalam mengeluarkan
output negara.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
kerja, ini bermakna guna tenaga ialah berjumlah 1 juta orang.

Guna Tenaga = Tenaga Buruh Jumlah Penganggur

Pertambahan guna tenaga bererti

1. Jumlah Penganggur menurun.


2. Pendapatan Negara / Keluaran Negara meningkat.
3. Taraf Hidup rakyat meningkat dll.

Kadar Guna Tenaga = (Guna Tenaga / Tenaga Buruh) x 100%

Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga = [(Guna Tenaga Baru Guna Tenaga Asal) / Guna Tenaga Asal] x
100%

Pertambahan Kadar Guna Tenaga bererti

1. Kadar pengangguran menurun.


2. Pencapaian ekonomi semakin meningkat.

Pengangguran

Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja tetapi masih belum mendapat
pekerjaan.
Masalah ekonomi di mana sebilangan tenaga buruh yang sanggup bekerja tidak mendapatkan
pekerjaan.

Punca-punca pengangguran:

1. Penggantian buruh dengan mesin.


2. kemunduran industri.
3. kemelesetan ekonomi dll.

Jumlah Penganggur

Jumlah penganggur ialah jumlah tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan.

Contohnya, jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang, maka jika hanya 1 juta orang mendapat
pekerjaan, ini bermakna jumlah penganggur adalah berjumlah 0.2 juta orang.

Kadar Pengangguran

Kadar pengangguran ialah kadar peratus jumlah tenaga buruh yang tidak mendapat pekerjaan
berbanding jumlah tenaga buruh.

Contohnya, jika jumlah tenaga buruh ialah 1.2 juta orang dan jumlah penganggur ialah 0.2 juta
orang, ini bermakna kadar pengangguran ialah 16.7%.

Kadar Pengangguran = (Jumlah Penganggur / Tenaga Buruh) x 100%

Penurunan kadar pengangguran bererti

1. kadar guna tenaga meningkat


2. pendapatan negara / keluaran negara meningkat
3. pencapaian ekonomi meningkat.

Ekonomi mencapai guna tenaga penuh apabila kadar pengangguran pada paras 4% atau kurang.
Semasa guna tenaga penuh, sebilangan besar pengangguran berbentuk pengangguran geseran
sahaja.

Kepentingan Kajian Guna Tenaga / Pengangguran

1. Memastikan bekalan tenaga buruh mahir sentiasa mencukupi supaya daya pengeluaran negara
sentiasa meningkat.
2. Meningkatkan keluaran negara / pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi.
3. Meningkatkan pendapatan per kapita negara dan seterusnya meningkatkan kemakmuran
masyarakat dan kebajikan penduduk.

4.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Inflasi
Definisi Inflasi

Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara
menyeluruh dan berterusan.

Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum.

Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.

Punca-punca Inflasi:

1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh.


2. kenaikan kos pengeluaran.
3. kenaikan harga import.

Kesan Inflasi terhadap ekonomi:

1. Menaikkan harga barangan eksport.


2. Penurunan kuasa beli wang.
3. Penurunan taraf hidup masyarakat.
4. Penurunan pendapatan benar individu.
5. Meningkatkan kos hidup masyarakat.

Kadar Inflasi dan Indeks Harga

1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum.


2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH
tahun baru = 105, kadar inflasi
= [(IH tahun baru IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100%
= 5/100 x 100%
= 5%.

Kepentingan Kajian Inflasi


1. Mengukur kestabilan tingkat harga umum.
2. Mengukur perubahan kos hidup.

3.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urus niaga dan aliran
wang antara negara dalam satu tahun. Ianya merupakan alat untuk mengukur keadaan perdagangan
luar negara.

Penyata kewangan tentang segala urus niaga dan aliran modal antara negara itu dengan negara lain
dalam setahun.

Imbangan Pembayaran = Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan
Ketinggalan

Kepentingan Kajian Imbangan Pembayaran

Lebihan dalam imbangan pembayaran menguntungkan negara dengan

menambahkan rizab pertukaran asing negara.

Kurangan (Defisit) dalam imbangan pembayaran merugikan negara kerana :

mengurangkan rizab pertukaran asing negara.


menjejaskan kestabilan nilai mata wang.
mengurangkan kegiatan ekonomi negara.

Kerajaan terpaksa bercampur tangan dalam ekonomi melalui kawalan langsung dll.

Labels: Petunjuk / Pemboleh Ubah Makroekonomi

Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan
keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan
ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara.
Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan dalam kegiatan ekonomi yang menyebabkan pertambahan
keluaran (KDNK benar) dalam sesebuah ekonomi.

KDNK benar ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara
mengikut harga tetap pada tahun asas.

Pengukur prestasi pembangunan ekonomi berbentuk fizikal misalnya pertambahan jumlah keluaran
barang perkilangan, pembangunan infrastruktur, pembangunan jumlah sekolah dll.

Pertumbuhan ekonomi = [KDNK benar tahun baru KDNK benar tahun asal) / KDNK benar tahun
asal] x 100% (cara pengukuran yang lebih sesuai kerana menunjukkan pertambahan output dalam
negara berkenaan) atau

Pertumbuhan ekonomi = [KNK benar tahun baru KNK benar tahun asal) / KNK benar tahun asal] x
100% (cara pengukuran yang kurang sesuai kerana termasuk pertambahan output di luar negara)

Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap pada tahun asas untuk mengelakkan pengaruh
kesan inflasi.

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Ekonomi

Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada penduduk yang semakin bertambah.

Pertumbuhan Kebajikan

1. Kenaikan taraf hidup masyarakat.


2. Meningkat ketika Pendapatan Per Kapita (PPK) benar meningkat (apabila pertambahan
Pendapatan Negara benar melebihi pertambahan penduduk).
3. PPK benar ialah pendapatan purata penduduk dalam sesebuah negara mengikut harga tetap
pada tahun asas.
4. Pertumbuhan Kebajikan = [(PPK benar tahun baru PPK benar tahun asal) / PPK benar tahun
asal] x 100%

Kepentingan Kajian Pertumbuhan Kebajikan

1. Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya diikuti oleh pertumbuhan kebajikan / kenaikan taraf
hidup masyarakat kerana peratus pertambahan penduduk mungkin melebihi peratus
pertambahan KDNK benar, iaitu taraf hidup masyarakat tidak naik tetapi turun.
2. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi hanya mengambil kira pertambahan keluaran (KDNK
benar) tanpa mempeduli faktor-faktor lain yang boleh menentukan taraf hidup masyarakat
seperti komposisi keluaran, agihan pendapatan, dan eksternaliti negatif.

You might also like