You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

SK TMN PUTRA PERDANA, PUCHONG


SELANGOR

ANJURAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

POLIS DIRAJA MALAYSIA

1|n m o ` 1 7
KERTAS CADANGAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017


SK TAMAN PUTRA PERDANA

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha
menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis
dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di
semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah


dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku
dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat
dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH
pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.

3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010
KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.

3.4 Mempertingkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutama


dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.

4. ANJURAN
Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

2|n m o ` 1 7
5. TARIKH PELANCARAN

Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat


Kebangsaan, Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan
berikut :

5.1 Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang,


Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tarikh : 6hb Februari 2017


Hari : Isnin
Masa : 7.30 8.05 pagi

5.2 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh


Pengetua/Guru Besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas lebih daripada satu
sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu berikutnya.

5.3 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin
mengadakan pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan
murid ke pameran tersebut tanpa menganggu Pengajaran dan
Pembelajaran

6. KEWANGAN

Penyediaan Peti Aduan Murid (Lampiran 1 ) merupakan sumbangan Persatuan


Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan.

7. ATURCARA MAJLIS

Sila rujuk Lampiran 2

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Sila rujuk Lampiran 3

9. PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah
pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan
kemenjadian murid.

3|n m o ` 1 7
Lampiran 1

Contoh Peti Aduan Disiplin Murid

LOKASI: DI LUAR PEJABAT SEKOLAH

4|n m o ` 1 7
Lampiran 2

ATURCARA

7.20 pagi - Perhimpunan Murid, Guru, YDP PIBG dan wakil PPS dari PDRM

YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian


dan
PPS (PDRM), Sarjan Mustapa bin Aman

- Nyanyian Lagu

- Negaraku
- Negeri
- Sekolah

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Bacaan Perutusan KPPM, KPM oleh Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali
(Guru Besar) Lampiran 4

- Bacaan Perutusan KPN, PDRM oleh Sarjan Mustafa bin Aman


Lampiran 5

- Perasmian pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan


Perasmian Peti Aduan Murid

8.05 pagi - Bersurai

5|n m o ` 1 7
Lampiran 3

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Pengerusi : Pn. Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : Pn. Rosmah binti Jamat (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Jumilah binti Ahmad (Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Azizah binti Mokhlas (Penolong Kanan Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : En. Shahrizal bin Yaam (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Nurhamizah binti Hamzah (Penolong Kanan PPKI)
Setiausaha : Pn. Nor Sakila binti Mohamad
Naib Setiausaha : Pn. Nur Malisha bt Omar
AJK Pelaksana : Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling

BI JAWATAN / NAMA TEMPOH BIDANG TUGAS


L
1. Pengacara Majlis
Cik Roslinda binti Mansor semasa Menyediakan skrip
Mengacara majlis di Dewan Perdana

2. Bacaan Doa
En. Mahadir bin Midun semasa Menyediakan teks bacaan doa
Membaca doa di Dewan Perdana
mengikut atur cara majlis

3. Penyambut Tetamu
Pn Astina bt Mahad Nor semasa Mengalu-alukan kedatangan tetamu vvip

Banner/Backdrop Membuat tempahan banner (dapatkan


4. Pn Parimala a/p Vengadaslam sebelum, draf tulisan daripada PK HEM)
En Rusydan bin Ismail semasa, Menggantung banner
selepas Menyediakan rostrum
Mengemas semula selepas majlis
Bekerjasama dengan pekerja swasta

5. Peralatan PA Sistem Menyediakan peralatan siaraya dan


En. Tarmiji bin Sabali (K) sebelum, skrin serta memastikan siaraya dalam
En. Srimahathevan a/l Vadivelu semasa keadaan baik.
selepas Mengendalikan siaraya sepanjang
aktiviti berlangsung.

6 Persiapan Dewan
En.Ahmad Zunaidi bin Jinalabin sebelum, Menyediakan kerusi bankuet untuk
dan semasa, pentadbir dan tetamu vvip.
Semua guru bertugas Kumpulan F selepas Memastikan keadaan dewan bersih
Bekerjasama dengan pekerja swasta

6|n m o ` 1 7
7 Jamuan VVIP sebelum, Membuat tempahan jamuan ringan
Pn. Juli bt Mahbah semasa (dapatkan maklumat daripada PK
Pn Faridatul Aini bt Alias HEM)
Mengiringi tetamu ke ruang jamuan

8 Hadiah / Cenderahati sebelum, Membuat tempahan hadiah/cendarahati


Pn Nurul Izziani bt Mohd Latifi semasa untuk tetamu (dapatkan maklumat
terkini daripada PK HEM)
Menguruskan sesi penyampaian
tersebut.

9. Fotografi/Posting Blog Memastikan kamera berada dalam
Pn Azwani binti Mohammed sebelum, keadaan baik dan sempurna sebelum
Noordin @ Noordin semasa, dan selepas majlis
Pn Nurzainon bt Mohd Razali selepas Berada di tempat yang strategik
sepanjang majlis
Mengambil gambar sepanjang majlis.
Membuat posting ke blog sekolah
Membekalkan gambar ke J/Kuasa
Dokumentasi
10 Buku Program sebelum, menyedia dan membuat buku program
Pn. Nor Sakila binti Mohamad semasa mengurus dan memastikan buku
Pn. Nur Malisha bt Omar program dicetak dengan bilangan yang
mencukupi

11. Dokumentasi / Album membuat dokumentasi berkaitan


Pn. Nor Arzah bt Hussin sebelum, sebelum, semasa dan selepas majlis
Pn. Rozimah bt Yaakob semasa, kertas kerja awal, pengisian majlis,
selepas gambar, laporan, kelemahan dan
cadangan dikumpul dan disimpan di
dalam folder khas
sediakan sekurang-kurangnya 2 salinan
1 simpanan di Bilik PK HEM dan
satu lagi untuk fail JK
mengumpulkan gambar-gambar
program ke dalam satu album

12. Disiplin Murid Memantau dan mengawal disiplin murid


Guru Bertugas Mingguan Kump F semasa sepanjang majlis berjalan di Dewan
Guru Kelas & selepas Perdana
Semua guru matapelajaran

7|n m o ` 1 7
8|n m o ` 1 7

You might also like