You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


SK SERI KAMPUNG TENGAH JBA2024 BIL.1/2016

Tarikh : 16 Februari 2016 (Selasa)


Masa : 2.00 3.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Kampung Tengah
Kehadiran : 18/18

Bil. Nama Jawatan


1. tn. Hj Guru Besar (Pengerusi)
2. Pn. Hjh Azizah Binti Kamson Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Zolkapley Bin Ibrahim Penolong Kanan HEM
4. Pn. Roslina Binti Ali Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Noraizah Binti Aman Guru Penyelaras Pendidikan Khas
6. En. Mohd Hakimi Bin Hussin Guru APDM
7. Cik.Aminah Binti Mohamed Sadique Guru Media
8. En. Aryadi Bin Katiman Guru Penyelaras Bestari
9. Pn. Rozana Binti Ab Rahman Guru Prasekolah
10. Pn. Radziah Binti Daud Guru Pendidikan Islam
11. Pn. Fazilah Binti Abdul Razak Guru Data/SU JPMS
12. Pn. Siti Alawiyah Binti Ali Guru Peperiksaan Dalaman
13. Pn. Zainab Binti Buang Setiausaha Kurikulum
14. En. Khairul Anwar Bin Mohd Salim Setiausaha Hem
15. Pn. Hartinie Binti Ahmad Zainuddin Setiausaha Kokurikulum
16. En. Azizan Bin Rambai Setiausaha Sukan
17. En. Baharuddin Bin Mohamad Said Ketua Pembantu Tadbir
18. Pn. Humairah Binti Jailani Juruteknik Komputer

Tidak hadir (Bersebab)


Tiada

AGENDA

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih di atas


kehadiran ahli jawatankuasa ke Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
kali Pertama.

1.2 Memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah akan


diadakan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada setiap minggu pertama bulan
Februari, Mei, Ogos dan November.
Makluman

1.3 Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli jawatankuasa yang telah dilantik
dan berharap agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi selaras
dengan Sistem Pengurusan Kualiti yang diamalkan.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

1.4 Menyatakan bermula pada 1 Januari 2015 tahun lepas, pihak KPM telah
mengarahkan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Versi Baharu
menggantikan Sistem Pengurusan Sekolah Versi BTP. Ada tiga Modul yang utama
iaitu Modul Guru, Modul Sekolah dan Modul Murid.

Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Tiada

3.0 Perkara-perkara berbangkit


3.1 Tiada

4.0 Perkara-Perkara Baharu/Pembentangan Kertas Kerja/Isu


4.1 Pembentangan Program Sistem Pengurusan Sekolah versi baharu oleh guru data,
Puan Fazilah Binti Abdul Razak
Mesyuarat juga bersetuju dengan perkara berikut;
4.1.1 Taklimat Garis Panduan Perlaksanaan SPS Versi Baharu
4.1.2 Perincian tugas Prosedur Operasi Standard
4.1.3 Perancangan Tahunan SPS SK Seri Kampung Tengah
4.1.4 Pembentangan Statistik Maklumat Asas Pendidikan.
Makluman
5.0 Hal-Hal lain
5.1 Penambahan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS). Mesyuarat
bersetuju dengan cadangan pengerusi untuk menambah ahli dalam JPMS dan
meminta urusetia untuk membuat surat perlantikan kepada semua ahli yang
terlibat.

Tindakan: Guru Data

5.2 Statistik Maklumat Asas Pendidikan . Pengerusi meminta Guru Data


mengeluarkan Buku Statistik Kecil setiap bulan Februari, Mei, Julai dan
November. Statistik Maklumat Asas Pendidikan juga boleh diterjemahkan dalam
bentuk buku Log Penyebaran Data.

Tindakan : Guru Data

5.3 Verifikasi Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) . Pengerusi meminta semua
Penolong Kanan dan Guru Data menjalankan verifikasi data mengikut Modul
Pengurusan masing-masing. PK Pentadbiran bertanggungjawab terhadap Modul
Pengurusan Guru, PK HEM bertanggungjawab terhadap Modul Pengurusan
Murid dan Guru Data bertanggungjawab terhadap Modul Pengurusan
Sekolah.Setiap peranan yang diberi tanggungjawab dapat melaksanakan tugas
yang diberi mengikut dashboard yang telah diberi oleh JPN dan PPD.

Tindakan: PK Pentadbir, PK HEM dan Guru Data

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah
menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ...............................................
(FAZILAH BINTI ABDUL RAZAK )
Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
SK Seri Kampung Tengah

Tarikh : 16 Februari 2016 Tarikh : 16 Februari 2016

Disahkan Oleh,

................................................

Tarikh : 16 Februari 2016

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like