You are on page 1of 2

Soalan : Jelaskan faktor-faktor perkembangan perdagangan di Belanda

menjelang abad ke-17 .

Perkembangan Renaisans dan Reformation di Eropah mempengaruhi perkembangan


ekonomi masyarakat Eropah. Revolusi Perdagangan di Eropah pada abad ke-18 dan ke-19
dipelopori oleh negara-negara bangsa Eropah. Pengamalan dasar merkantilisme dan
kapitalisme mengiatkan lagi aktiviti perdagangan. Kapitalisme berteraskan pengumpulan
modal, kebebasan ekonomi, dan pasaran serta hak milik persendirian bertujuan
mengumpulkan keuntungan. Merkantilisme pula ialah campur tangan kerajaan dalam
menggalakkan kekayaan, kekuasaan, dan kebajikan. Perdagangan di Belanda terdiri
daripada perdagangan dalam negeri , perdagangan luar negera, dan perdagangan maritim.
Menjelang abad ke-18,kegiatan perdagangan dalam negeri Belanda melibatkan wilayah,
provinsi, dan bandar-bandar . Perdagangan luar negara pula ialah perdagangan Belanda
dengan negara-negara Eropah manakala perdagangan maritim melibatkan negara-negara di
Timur. Perdagangan maritim Belanda menyebabkan Belanda mendapatkan monopoli
perdaganagan rempah. Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan untuk mengawal
monopoli ini .

Perkembangan perdagangan di Belanda disebabkan oleh kedudukan strategik Belanda


di laluan maritim.Belnada terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di Eropah dan dapat
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah. Kedudukan Belanda
menyebabkan negara negara ini memainkan peranan sebagai pusat pengedaran barang
dagangan di benua Eropah. Contohnya , pedagang-pedagang Belanda mengimport bijirin
dari negara-negara Baltik. Bijirin ini kemudian dijual kepada negara-negara yang terletak di
bahagian Selatan dan barat Eropah. Disamping itu , Belanda juga memiliki industri
pembinaan kapal. Kapal-kapal Belanda berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh membawa
muatan yang banyak. Kapal-kapal ini membawa barangan keperluan negara-negara Eropah.
Kapal-kapal ini membawa gandum dari Polland dan Timur Prusia. Ia juga mengangkat
hampir keseluruhan pengeluaran logam besi dari Sweden.

Satu lagi faktor perkembangan perdagangan Belanda ialah kekurangan sumber alam
yang mendorong kemunculan industri pembuatan. Belanda tidak mengeluarkan barang
keperluan yang mencukupi untuk rakyat kecuali hasil tenusu. Keadaan ini mendorong
Belanda mengimport barang-barang keperluan untuk memenuhi keperluan rakyat kecuali
hasil tenusu. Keadaan ini meningkatkan aktiviti perdagangan.Kekurangan sumber alam juga
menyebabkan kemunculan industri-industri pembuatan.Industri-industri ini menghasilkan
produk daripada barang yang diimport seperti tekstil dan kertas kemudian dieksport. Bahan
mentah bagi industri kain di Belanda diimport dari England. Kain ini diproses dan dicelup
dengan pewarna sebelum dieksport.

Sistem perbankan di Belanda juga menggalakkan urusan perdagangan. Kemunculan


institusi-institusi bank di Belanda menjelang abad ke-17 mengembangkan sektor
perdagangan. Institusi bank ini menyediakan modal dan memberikan pinjaman kepada
peniaga-peniaga. Penubuhan Bank Amsterdam telah memudahkan pemindahan wang dan
pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Pada tahun 1609,
Wisselbank berfungsi sebagai institusi pertukaran mata wang dang juga berperanan sebagai
pengurup wang . Bank ini juga dapat menggelakkan kekeliruan akibat penggunaan mata
yang berbeza. Bank ini juga memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek. Bank-bank
yang ditubuhkan mengambil alih peranan peminjam wang persendirian. Penubuhan bank
meningkatkan kegiatan perdagangan kerana dapat menyediakan modal dengan
mengenakan faedah yang rendah. Keadaan ini turut meningkatkan keupayaan pelaburan
Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa.

Insurans maritim diperkenalkan bagi membantu pedagang-pedagang yang terlibat


dalam perdagangan menggunakan laluan laut. Sejak pertengahan abad ke-16 , insurans ini
diperkenalkan sebagai langkah menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang-pedagang
semasa barang-barang diangkut melalui jalan laut. Premium bagi insurans ini berbeza dari
semasa ke semasa berdasarkan harga belian barang yang diangkut. Kadar premium
insurans yang diperkenalkan pada tahun 1650 adalah antara 5% hingga 11% daripada harga
barangan.

Perkembangan dagangan maritim Belanda menyebabkan kemuculan syarikat-syarikat


dagang. Pada tahun 1594, Society of Distant Land ditubuhkan di Amsterdam oleh
sekumpulan pedagang. Tujuan persatuan ini adalah untuk membiayai kos pembinaan kapal-
kapal dagang. Ekoran itu, banyak lagi syarikat ditubuhkan untuk membiayai kegiatan
penjelajahan dan penerokaan. Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan pada 20 Mac 1602
dan kemudian diberi hak monopoli untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan penjajahan
di Asia. Syarikat ini muncul sebagai syarikat perdagangan yang terbesar di dunia. Antara
komoditi utama ialah teh, kopi, dan rempah ratus. Pedagang-pedagang Belanda membuat
perjanjian dengan pemerintah-pemerintah tempatan untuk mendaptkan konsesi
perdagangan. Syarikat ini berjaya mengawal monopoli perdagangan rempah di Timur.
Penubuhan Syarikat Hindia Timur Belanda telah mewujudkan kewangan korporat yang
sistematik, menjamin kekayaan , dan melahirkan pedagang yang bijak memaksimumkan
keutungan.

Kesimpulannya, kebijaksanaan mengatasi pelbagai kekurangan mendorong


perkembangan perdagangan di Belanda. Pelabuhan Amsterdam telah menjadikan
pelabuhan dominan . Selain itu, Amsterdam juga memainkan peranan sebagai pusat
kewangan antarabangsa dan pembekal komoditi di Eropah.

You might also like