Professional Documents
Culture Documents
Sistem Pentadbiran Malaysia
Sistem Pentadbiran Malaysia
TAKRIFAN
SISTEM
Sistem ialah satu set komponen-komponen yang saling berkait dan berfungsi bersama-sama
untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu (Kenegaraan Malaysia, 1988).
PENTADBIRAN
Suatu proses pelaksanaan dasar-dasar yang telah dimaktubkan untuk tujuan mencapai
objektif organisasi (Kerajaan).
NEGARA
DEMOKRASI
PERLEMBAGAAN
Badan Perundangan Persekutuan yang terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN?
Sistem Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat dapat melibatkan diri dalam sistem
pentadbiran negara.
Rakyat berpeluang membentuk Kerajaan melalui pilihanraya danbebas memilih perwakilan
bagi mengurus negara.
Pengamalan Sistem Demokrasi Berparlimen bertujuan untuk memperlihatkan landasan
pemerintahan bagi sesebuah negara adalah berteraskan kepada kebebasan/demokrasi.
Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-
prinsip demokrasi.
Salah satu syarat dalam Sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada
tiga badan di dalam sistem pemerintahan, iaitu Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
RAJA BERPERLEMBAGAAN?
Raja Berperlembagaan bermaksud Raja yang memerintah mengikut kuasa yang diberikan
kepada baginda (SPB Yang Di-Pertuan Agong) oleh Perlembagaan. Baginda harus bertindak
atas nasihat Kabinet ataunasihat seorang Menteri yang bertindak dibawah kuasa am Kabinet
(biasanya Perdana Menteri).
Sebagai Ketua Negara Malaysia, Yang DiPertuan Agong berada di kemuncak ketiga-tiga
bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Yang DiPertuan Agong mempunyai keutamaan yang melebihi semua orang di Malaysia dan
tidak boleh didakwa dalam perbicaraan mana-mana Mahkamah. Baginda merupakan
lambang kedaulatan dan perpaduan negara.
Pemilihan
Yang DiPertuan Agong dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu oleh Majlis Raja-
Raja mengikut aturan yang terkandung dalam jadual ketiga, Perlembagaan Malaysia.
Setiap Raja boleh dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong, kecuali baginda belum cukup
umur, atau sengaja tidak mahu dipilih, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja
dengan undi sulit atas sebab lain.
Raja yang pertama dalam senarai pemilihan dan mendapat sokongan daripada sekurang-
kurangnya empat orang Raja akan ditawarkan jawatan ini selama lima tahun melainkan
baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh berkenaan atau dilucutkan jawatan oleh Majlis
Raja-Raja.
Isteri Yang Di-Pertuan Agong digelar Raja Permaisuri Agong dan mempunyai keutamaan
selepas Yang Di-Pertuan Agong.
Kuasa Eksekutif
Kuasa eksekutif adalah terletak pada Yang Di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun,
baginda harus bertindak atas nasihat Kabinet atau Perdana Menteri.
Yang Di-Pertuan Agong berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai Kerajaan
Persekutuan yang boleh diperolehi oleh Kabinet.
Semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara, baginda
diiringi oleh Perdana Menteri.
Yang Di-Pertuan Agong merupakan satu daripada tiga komponen Parlimen ( disamping
Dewan Rakyat dan Dewan Negara).
Baginda boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen.
Yang Di-Pertuan Agong boleh juga memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen.
Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu
mendapat persetujuan (kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 66) Yang Di-
Pertuan Agong sebelum dijadikan undang-undang.
Hubungan Dengan Kehakiman
Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan Hakim-
hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi dilantik oleh Yang Di-Pertuan
Agong, yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja.
Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan
dalam Mahkamah Tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur dan Labuan) dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah
di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Tugas-tugas Lain
Yang Di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata dan Ketua
Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah,
Sarawak dan negeri baginda sendiri.
Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Larangan
Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong. Di antara
perkara-perkara tersebut ialah:
(i) Tidak boleh dengan giatnya melibatkan
diri dalam perniagaan;
(ii) Tidak boleh memegang jawatan bergaji;
(iii) Tidak boleh meninggalkan Malaysia selama
tempoh yang melebihi lima belas hari
kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-
Raja atau kerana membuat lawatan rasmi
ke sebuah negara lain;
iv) Tidak boleh menerima apa-apa jua jenis
emolumen dari negeri yang baginda
menjadi Raja; dan
(v) Tidak boleh menjalankan tugas-tugas
sebagai Raja negerinya kecuali tugas-tugas
sebagai Ketua Agama Islam, pindaan per-
lembagaan dan pelantikan Pemangku Raja
atau ahli Jemaah Pemangku Raja.
Parlimen Malaysia adalah badan perundangan dalam sistem Kerajaan Malaysia. Dari segi
struktur pentadbirannya, Parlimen Malaysia mengandungi tiga institusi utama, iaitu Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Parlimen Malaysia berfungsi sebagai platform bagi Kerajaan Persekutuan menggubal
undang-undang.
Dari segi prosedur, undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat dan
Dewan Negara akan diangkat untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-
Pertuan Agong, sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan di seluruh negara.
Selain penggubalan undang-undang, Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan pindaan
kepada undang-undang persekutuan,
memeriksa dasar-dasar serta meluluskan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan hasil-
hasil cukai yang baru.
Parlimen Malaysia juga menjadi forum untuk ahli parlimen membahaskan isu-isu
berkepentingan nasional serta menyampaikan pandangan dan kritikan berhubung perkara-
perkara yang berlaku dalam dan luar negara.
DEWAN NEGARA
Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli, iaitu 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undang Negeri
sebagai mewakili 13 Negeri ( setiap negeri diwakili oleh 2 orang ahli). 44 ahli yang dilantik
oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri termasuk 2
ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 dari WP Labuan dan 1 dari WP Putrajaya.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat
yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam
perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan kaum minoriti ataupun kebolehan menjaga kepentingan orang-
orang Asli.
Untuk layak menjadi ahli Dewan Negara, seseorang calon hendaklah:
* warga negara Malaysia;
* umur tidak kurang dari 30 tahun;
* waras fikiran;
* bukan seorang muflis; dan
* tidak mempunyai rekod jenayah
Peranan utama Dewan Negara ialah untuk membahaskan sesuatu Rang Undang-Undang
yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan teliti.
Ini bererti Dewan Negara dapat memperbaiki Rang Undang-Undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat.
Dewan Negara juga merupakan forum bagi pegawai-pegawai awam dan ahli politik yang
berpengalaman (senator-senator) untuk membincangkan perkara-perkara yang menjadi
kepentingan umum.
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli, iaitu 165 di Semenanjung, 31 di Sarawak dan 26 di
Sabah termasuk Labuan.
Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya (parlimen) yang dipilih oleh rakyat melalui
pilihanraya.
Mereka memegang jawatan selama lima (5) tahun sekiranya parlimen tidak dibubarkan
sebelum tamat tempohnya. Tugas utama Dewan Rakyat ialah untuk membuat undang-
undang dengan cara membincang dan meluluskan Rang Undang-Undang. Rang Undang-
Undang yang diluluskan kemudian dikemukakan bagi kelulusan Dewan Negara dan
seterusnya untuk diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Dewan Rakyat juga menyediakan suatu forum dimana dasar-dasar Kerajaan boleh
dipersoalkan dan diperdebatkan oleh ahli-ahli.
BADAN EKSEKUTIF
( EXECUTIVE)
Badan Eksekutif merupakan badan pemerintah bagi Kerajaan Malaysia. Ia juga dikenali
sebagai Kabinet atau Jemaah Menteri.
Badan ini dibantu oleh jentera Pentadbiran Awam (Perkhidmatan Awam) yang
bertanggungjawab melaksana dan menguatkuasakan undang-undang, dasar-dasar awam
dan mentadbir negara.
Kuasa Jemaah Menteri dijelaskan dibawah Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan peruntukan tersebut, kuasa memerintah (eksekutif) bagi Persekutuan terletak
pada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan kuasa tersebut boleh dijalankan oleh
Jemaah Menteri atau Menteri-menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Kabinet.
BADAN KEHAKIMAN
( JUDICIARY)
Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa
eksekutif Kerajaan Pusat (Persekutuan) atas nama Yang Di-Petuan Agong.
Di Semenanjung Malaysia, Majlis Mesyuarat kerajaan(MMK) merupakan organisasi
tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Kerajaan Negeri atas nama Raja atau Yang Di-
Pertua Negeri.
KEMENTERIAN
JABATAN
Jabatan merupakan agensi Kerajaan yang terletak dibawah sesebuah Kementerian. Secara
amnya, jabatan-jabatan mempunyai cawangan-cawangan di peringkat negeri dan daerah.
Peranan Jabatan ialah untuk melaksanakan kebanyakan daripada perkara yang terletak
dibawah sesebuah Kementerian. Pegawai Pentadbir utama bagi kebanyakan Jabatan ialah
Ketua Pengarah (Persekutuan) atau Pengarah (Negeri).
SURUHANJAYA
Suruhanjaya merupakan organisasi yang dapat bergerak dengan bebas dalam menjalankan
tugas-tugas tertentu secara objektif, adil dan saksama.
Terdapat dua jenis Suruhanjaya yang tetap dalam Kerajaan Persekutuan, iaitu Suruhanjaya
Pilihanraya dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan
Seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga mempunyai Suruhanjaya-suruhanjaya
berbentuk tetap atau sementara.
Pegawai Pentadbir utama sesebuah Suruhanjaya ialah Setiausaha.
PERBADANAN AWAM
Di Semenanjung terdapat tiga (3) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Daerah, Mukim dan
Kampung.
Di Sabah terdapat empat (4) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Daerah, Daerah Kecil,
Mukim dan Kampung.
Di Sarawak juga terdapat empat(4) peringkat Pentadbiran Negeri, iaitu Bahagian, Daerah,
Daerah Kecil dan Kampung. Bahagian diketuai oleh Residen.
Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah, pentadbiran Mukim diketuai
oleh Penghulu di Semenanjung, Penghulu atau Pemanca di Sarawak dan Ketua Anak
Negeri di Sabah. Pentadbiran peringkat Kampung diketuai oleh Ketua Kampung dan dibantu
oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
KERAJAAN TEMPATAN
(Peringkat Kerajaan Yang Berasingan)
Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) merupakan suatu peringkat Kerajaan yang
berasingan. Tujuan utama penubuhannya ialah untuk memberi peluang kepada penduduk
tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang diduduki oleh
mereka.
Pada masa ini, terdapat dua (2) jenis Kerajaan Tempatan, iaitu : (a) Majlis Perbandaran, dan
(b) Majlis Daerah.
Majlis Perbandaran terdapat di kawasan Bandar manakala Majlis Daerah di kawasan Luar
Bandar.
Pegawai Pentadbir utama sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan ialah Setiausaha atau Pegawai
Eksekutif.