You are on page 1of 2

Globalisasi merupakan satu aspek penting dalam perubahan struktur yang

berlaku dalam dunia media pada masa kini. Hal ni berlaku apabila istilah
Globalisasi mempunya satu bentuk nilai yang jelas dalam kajian budaya dan
media. Hal ini kerana globalisasi merujuk kepada strategi dimana berlakunya
cultural borrowing, appropriation, hybridization and indigenization tanpa
hanya meniru aspek asing ataupun global (Iwabuchi, 2002, ms. 93). Malaysia
juga tidak terkecuali daripada penerimaan proses globalisasi ini kerana
peningkatan permintaan terhadap kebolehpasaran rancangan hiburan luar yang
semakain tinggi menyebabkan kemasukan lambakan program dari luar yang
menjadi permulaan kepada berlakunya proses globalisasi ini.

Menurut McCrew (1992:65) beliau menggambarkan globalisasi sebagai


intensification of global interconnectedness apabila peningkatan sesebuah
hubungan jaringan global diantara sempadan negara tidak lagi menjadi satu
bentuk rintangan dalam kehidupan pada hari ini. Hal ini kerana hamper semua
aktiviti seudah mula bergerak merentasi sempadan negara tidak kira samaada
dalam bentuk barangan, model, manusia, pengetahuan, imeh, jenayah,
pencemaran alam, dadah, fesyen dan juga kepercayaan . kaedah pegerakan ini
berlaku dalam pelbagai bentuk cara sama ada melalui jaringan hubungan antara
peribadi, institusi, pengangkutan udara dan juga jaringan sistem komunikasi
artikel Media dan Identiti Budaya : Shamsudin A Rahim.

Hasil daripada proses globalisai yang meluas maka wujudlah pelbagai


pertukaran budaya hasil daripada pengaruh daripada pelbagai sumber yang ada
antaranya media yang cukup memainkan peranan yang besar dalam penyebaran
segala bentuk bahan kepada masyarakat. Antara contoh pengaruh yang jelas
terkesan dan dapat dilihat di Malaysia ialah gelombang korea. Hal ini merujuk
kepada peningkatan yang ketara terhadap populiriti budaya korea selatan di
seluruh dunia. Korean Wave atau Hallyu mengikut bahasa korea mula
diciptakan di China pada pertengahan 1999 oleh seorang wartawan Beijing
yang terkejut dengan peningkatan yang tinggi terhadap popularity budaya dan
hiburan korea yang berkembang oesat di China (Kim, 2007, ms.15).

Para pengkaji telah menyatakan bahawa Penyelidikan Komunikasu hari ini


telah menunjukkan bahawa media mampu mempengaruhi identity masyarakat
dan budaya (Reason and Respect, 2007). Hasil daripada penelitian, budaya
popular korea ini begitu diterima oleh masyarkat di asia tidak tekecuali
Malaysia kerana budaya yang dipaparkan mudah diterima dan diikuti oleh
penonton di Asia. Pertalian budaya diantara Korea Selatan dan negara-negara
jiran dirantau ini mungkin menjadi salah satu factor dimana ia berfungsi
sebagai satu jambatan yang berkesan atau pernampakan perbezaan dari sudut
pemaparan yang lebih jelas diantara Barat dan Asia. Selain itu pemilihan tema
yang lebih dekat dan mudah dikaitkan berbanding hiburan barat turut menjadi
faktor mengapa budaya korea ini mudah diterima oleh masyarakat asia kerana
secara amnya drama korea kebiasaanya menceritakan berkenaan isu dalam
menangani masalah keluarga, kasih saying dan cara penyesuaian teknologi
yang berubah-ubah serta turut memperkukuhkan nilai-nilai tradisional (Ryoo,
2007, ms. 140).

You might also like