You are on page 1of 1

PROSEDUR TETAP (SOP) PELAJAR

DI ESCAPE ADVENTUREPLAY PULAU PINANG

1. Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan menyerahkannya


kepada guru penasihat
2. Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan aktiviti
3. Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing
4. Bawa peti kecemasan yang lengkap
5. Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan keselamatan
6. Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru dan tunggu arahan daripada guru
penasihat
7. Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat
8. Lakukan aktiviti dalam kumpulan dan bergerak ke kawasan tertentu setelah menerima
arahan daripada guru
9. Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan minta
bantuan sehingga bantuan sampai.
10. Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan
11. Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan
12. Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan dengan
segera dan laporkan kepada guru
13. Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan aktiviti ,guru penasihat hendaklah melaporkan
kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

You might also like