BAB 4 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
(1) Definisi Perlembagaan
Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan kepada pemerintah negara Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang di dalam negara Rejukan tentang aspirasi dan plan induk pemerintahan negara Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara (2) Perlembagaan Persekutuan Bertulis Mengandungi 15 bab, 183 perkara dan 13 jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif Menyentuh aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan pemerintahan beraja (3) Tujuan perlembagaan Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada dipihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja (4) Konsep ketinggian perlembagaan Tidak ada institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka dan bertentangan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat yang bertentangan itu (5) Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan - Perlembagaan bertulis paling awal iailah pelembagaan negeri Johor (1895) dan dikuti perlembagaan Terengganu (1911) (6) Malayan Union - Sebab kewujudan Malayan Union : Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran seperti negeri Melayu Bersekutu, negeri Melayu Tidak Bersekutu, dan negeri Selat British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja- Raja Melayu Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri - Mendapat tentangan orang Melayu kerana : Kuasa Raja-Raja Melayu dileyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat melayu Pemberian hak kerkyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli Hak sama rata kepada warganegara tanpa mengira bangsa Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan bunuh (7) Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Diisytiharkan pada 1/2/1948 dibawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 - Meliputi 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka (8) Kerjasama antara etnik dalam menuju kemerdekaan - Penubuhan jawatankuasa perhubungan kaum (1949) terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi - PRU 1955 (PRU pertama) memberi kesan yang cukup besar kepada hubungan kaum di Malaysia - Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya melibatkan pembahagian kerusi pilihanraya (UMNO 35, MCA 15, MIC 2) - Tunku membentuk cabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu 6 Melayu, 3 Cina dan seorang India - Pemilihan cabinet ini menunjukkkan satu kerjasama yang baik dan lebih diterima dalam Majlis Legislatif (9) Suruhanjaya Reid - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956 - Keahlian : Lord Reid (British), Sir Ivor Hennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamud (Pakistan) - Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota suruhanjaya ini yang dipilih oleh British tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu - Hal ini disebabkan perundingan dijalankan di London - Perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara berikut : Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu Mewujudkan jawan ketua negara yang bergelar YDPA Memelihara hak istimewa orangmelayu serta hak-hak yang sah milik kaum lain Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu - Objektif suruhanjaya Reid dalam menyediakan rangka Perlembagaan : Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat (10) Jawatankuasa kerja dan pengisytiharan perlembagaan - Ditubuhkan oleh perikatan, raja-raja Melayu dan Kolonial British - Mengkaji semula cadangan suruhanjaya Reid - Jawatankuasa ini dipengurusikan oleh MacGillivray dan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA), V,T Sambathan (MIC), Mustapha Albakri (penyimpan mohor besar raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku IsmailTunku Yahya, Neil Lawson, Sir David Wathersto n(KSU Kerajaan), T.V.A Brodie (peguam negara) dan E.O Laird (setiausaha) - Draf perlembagaan persekutuan diterima dan diisyhtiharkan pada 31/8/1957 (11) Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan - Maksud tradisi kesinambunagn dari generasi ke generasi - Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan persekutuan 1957 - Berperanan mestabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat suruhanjaya Reid menekankan bertapa pentingnya perlembagaan mengambil kira factor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 - Unsur-unsur ini dilindungi dibawah akta hasutan dan dianggap sebagai isu sensetif yang dilarang untuk dijadikan perbincangan awam - Merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan Bukan Melayu. Ini bermakna : Orang Melayu diberi hak istimewa Islam menjadi agama persekutuan BM diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan kewarganegaraan oleh etnik bukan melayu (12) Kesultanan dan pemerintahan beraja - Telah wujud sistem sosial dan raja berkuasa mutlak sejak berabad lamanya - Selepas merdeka pindaan dilakukan dengan berkonsepkan raja berpelembagaan bertindak atas nasihat cabinet - Dilindungi dibawah Perkara 38(4) - YDPA berperanan sebagai : Pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan Mengampun dan menangguhkan sabit kesalahan di mahkamah tentera Berkuasa membuat pelantikan menurut perlembagaan Lambang perpaduan Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik Ketua agama bagi negeri tidak beraja Lambang keadilan Intitusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam (13) Unsur tradisi : Agama Islam - Keistimewaan Islam menonjol dalam perkara berikut : Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja. Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a)). Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2). Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5). Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Isla mengenai agama selain daripada Islam Bidang kuasa mahkamah syariah terpisah daripada mahkamah sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada mahkamah syariah (14) Unsur tradisi : Bahasa Melayu - Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. - Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. - Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan - Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat - Perkara 10(4) perkara sensitive - Perkara 160(B), teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam bahasa Inggeris
(15) Unsur tradisi : Kedudukan istimewa orang melayu
- Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153 (tanggungjawab YDPA menjamin kedudukan istimewa orang melayu), Perkara 89 (tanah rizab melayu) dan 90 undang-undang berkenaan tanah adat), dan jadual 13 ((persempadanan kawasan piluhan raya) - orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan : Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau Ia adalah keturunan orang tersebut (16) Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah - Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak. - Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III. - Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di- Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan - Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung - Perkara 165 dalam perlembagaan persekutuan memasukkan 20 perkara bagi Sabah dan 18 perjanjian 18 perkara bagi Sarawak, antaranya : Agama sabah menuntut supaya negeri itu tidak meperakukan suatu agama sebagai agama rasmi Sabah Bahasa Sabah bersetuju BM sebagai bahasa rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya BI boleh terus digunakan tanpa had masa Perlembagaan perlembagaan PTM menjadi asas perlembagaan Malaysia tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri Imigresen bersetuju bahawa kuasa imigresen iailah kuasa pusat tetapi soalan tentang keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri Kewangan Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri Bumiputera Sabah mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (PTM) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan Sabah