You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TRUSAN

98850 LAWAS, SARAWAK

PROJEK
TAMAN HERBA
SK. TRUSAN 2016

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR


(PALS) SEKOLAH KEBANGSAAN TRUSAN

1. Pengenalan projek Taman Herba


Projek Taman Herba merupakan satu inisiatif pihak sekolah bagi
merealisasikan hasrat untuk memulihara dan memelihara alam sekitar
secara progresif. Taman Herba di sekolah ini telah dibina sebelum ini,
namun ianya memerlukan pemurnian dan penambahbaikan kepada yang
sudah sedia ada. Projek ini akan memberi nilai tambah kesedaran
kepentingan menjaga alam sekitar di kalangan warga sekolah. Selain itu,
ianya juga berkaitan dengan teras penghijauan dan kokurikulum yang
dapat membantu dengan lebih berkesan ke arah aktiviti yang mesra alam.

2. Objektif

Antara objektif perlaksanaan projek ini:

i. Membudayakan nilai kasih sayang terhadap alam sekitar di


kalangan warga sekolah.
ii. Merealisasikan konsep sekolah dalam taman
iii. Mengeratkan perhubungan antara warga sekolah bagi menjayakan
pendidikan alam sekitar.
iv. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh
kedamaian yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
v. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.

3. Faedah

Projek taman herba mempunyai banyak faedah yang boleh


dihubungkaitkan dengan pendidikan alam sekitar. Murid-murid akan
mendapat pendedahan awal dengan pelbagai jenis pokok herba yang
mempunyai khasiat tertentu. Selain itu, murid-murid juga dapat
mempelajari bentuk-bentuk pokok herba.
Guru dan ibu bapa juga dapat mendapat manfaat daripada projek ini.
Mereka akan lebih mengambil tahu tentang kelebihan pokok herba dalam
perubatan.
4. Kumpulan yang terlibat

Projek ini dibina secara bersama yang melibatkan guru - guru, kakitangan
sekolah dan murid murid.

5. Pelan pelaksanaan projek

i. Menyediakan jadual kerja


ii. Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa
iii. Pembentangan struktur projek
iv. Gotong- royong membersihkan kawasan projek.
v. Membina struktur binaan baru ( rumah hijau, jalan batu halus, pintu
gerbang, papan tanda taman herba.
vi. Memperbaiki struktur binaan (tapak semaian), dan mencantikkan
landskap (mengecat, menyusun dan sebagainya) .
vii. Mengumpulkan anak pokok untuk ditanam di taman herba.
viii. Menyemai dan menanam anak pokok.
ix. Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuhan yang
ditanam dengan nama sainstifik dan juga tempatan.

6. Jawatankuasa perlaksana

Pengerusi : Cik Siti Jaliha binti Wahap


Timbalan Pengerusi : En. Madini bin Masri
Pengurus Projek : Puan Nancy Anak Opi
Setiausaha : En. Mohd Amiruddin bin Seri
Bendahari : Cik Doris Anak Babang
AJK Kerja : Guru guru
Kakitangan Sekolah
Ibu bapa
Murid murid Kelab PALS

7. Gambar Taman Herba SK. Trusan


8. Cadangan Penambahbaikan
9. Anggaran perbelanjaan
Bil Bahan Kuantiti Anggaran
1 Kayu 4X4X12 10 batang RM200
2 Kayu 2 x 5 x 12 10 batang RM150
3 Kayu Beroti 2 x 2 x 12 20 batang RM1.50X20=RM30
4 Kayu papan x 4 x 4 15 keping RM150
5 Plywood 4x8x1/2 3 keping RM20X3=RM60
6 Bata Simen 100 biji RM0.50X100=RM50
7 Simen 2 beg RM20 X2 = RM40
8 Pasir 3 ela RM40 X 3 = RM120
9 Batu 3 ela RM45 X 3 = RM135
10 Shading net 25 meter RM3.9x50m =RM195
11 Peralatan pertukangan - RM200
12 Peralatan perkebunan - RM200
13 Pasu 15 RM50
14 Kapur 3 beg RM5 X 3 = RM15
15 Baja - RM20
Anak pokok dan benih 20 jenis RM300
16
herba
17 Papan tanda taman 1 keping RM20
18 Cat 3 tin RM50
19 Peralatan Mengecat - RM20
Jumlah - RM2005

10. Penutup

Adalah diharapkan agar perancangan yang telah disusun akan berjalan


dengan lancar disamping mendapat kerjasama dan perhatian semua
pihak.Ini bertujuan untuk memastikan taman herba sentiasa berada
dalam suasana bersih,ceria dan mewujudkan iklim pembelajaran yang
kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan Oleh :
______________________

( Mohd Amiruddin bin Seri )

Setiausaha Projek

Tarikh : 28 Jun 2016

Disemak Oleh :

_________________________ _____________________

Puan Nancy Anak Opi

( GPK Kokurikulum Sk Trusan ) ( Cop Jawatan )

Tarikh :

Disahkan Oleh :

_________________________ _____________________

Cik Siti Jaliha Binti Wahap

( GPK Pentadbiran/ Pemangku Guru Besar ) ( Cop Sekolah )

Tarikh :

You might also like