You are on page 1of 2

Puan Rosnah binti Ali, seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Bunga

Teratai. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun. Pada 10 Oktober 2010 beliau telah
memohon cuti bersalin tetapi telah melahirkan anak pada 15 Oktober 2010.
Soalan:

1. Adakah Puan Rosnah layak memohon kemudahan Cuti Bersalin selama 90 hari di
bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010? Nyatakan sebabnya. (8
markah)
2. Adakah Puan Rosnah boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh
Ketua Jabatan? Nyatakan sebabnya. (8 markah)
3. Berapakah jumlah hari Cuti Bersalin yang layak dimohon oleh Puan Rosnah
sepanjang tempoh perkhidmatannya. (4 markah)

Pekeliling Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2010, Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai
Perkhidmatan Awam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998, Kemudahan Cuti Pegawai Bersalin

Jawapan :

1. Tidak. Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih
tertakluk kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998. Walau bagaimanapun,
pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh
bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Pegawai perlu mengemukakan dokuman sokongan daripada hospital/klinik kerajaan
atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bersama-sama dengan borang
permohonan.

2. Tidak. Perenggan 13.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh
meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.Bagi
memudahkan urusan pentadbiran .Namun begitu, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1998 telah memanjangkan tempoh cuti bersalin dari 42 hari kepada
60 hari. Bermula dari anak dilahirkan termasuk cuti penggal persekolahan dan cuti
am. Pegawai/Guru Wanita yang memilih SSB, layak menggunakan cuti tanpa gaji
untuk menyusukan anak bermula dari hari ke 61 bagi tempoh tidak lebih dari 90 hari
Antara urusan pentadbirannya ialah ia boleh menjejas urusan kerana Pegawai
hendaklah mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik Kerajaan atau
swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan
meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di
Lampiran A Pekeliling Perkhidmatan ini dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan
bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku
Perkhidmatan pegawai.

Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk
kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.1/1998.

3. Pegawai yang bermula Cuti Bersalin sebelum 15 Oktober 2010 adalah masih tertakluk
kepada tempoh Cuti Bersalin selama 60 hari dan pelaksanaannya sepertimana dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1998. Pegawai/Guru Wanita yang bersalin
layak mendapat kemudahan cuti bersalin sebanyak 5 kali sepanjang tempoh
perkhidmatannya.tetapi jika pada atau selepas 15 Oktober 2010 Kelayakan 300 hari
sepanjang tempoh perkhidmatannya dan Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan
sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran.
Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai
boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu
pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin. Pegawai perlu
mengemukakan dokuman sokongan daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta
yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bersama-sama dengan borang
permohonan.

You might also like