You are on page 1of 7
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Bilangan 4 Tahun 2017 PELAKSANAAN SEMULA SEMESTER INTERSESI| TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua warga UiTM dan pihak yang berkepentingan mengenai pelaksanaan semula semester Intersesi UITM LATAR BELAKANG 2, Semester Intersesi ialah satu (1) sesi pengajian pendek yang diadakan antara dua (2) semester. 3, Semester ini ditawarkan kepada pelajar mod sepenuh masa dengan tujuan untuk membolehkan pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dalam pelan pengajian pelajar. TUJUAN PELAKSANAAN 4, Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai_periaksanaan semula dan prosedur Semester intersesi seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling ‘Akademik Bil. 7/2016 (Pindaan Kitaran Akademik UiTM), 5. Perlaksanaan Semester Intersesi ini tertakluk kepada Perkara 2.26 dalam Buku Peraturan Akademik Program Diploma dan Sarjana Muda Pindaan 2015 (Bilangan 1) atau mana- mana pindaan yang terkini 6. Semester Intersesi dilaksanakan semula bermula pada: [Semester Intersesi__| Diploma ‘Semua Fakult/Pusat ‘Akademik/Kampus 24 Julai ~ 24 Ogos 2017 Sarjana Muda Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan sahaja Diploma dan Sarjana Muda | Semua Fakult/Pusat 16 Julai - 25 Ogos 2018 Maneaeanaes 7. Lampiran A adalah tarikh-tarikh penting Semester Intersesi Julai ~ Ogos 2017 sahaja. Tarikh Semester Intersesi pada sesi seterusnya akan dinyatakan di dalam Kalendar Akademik mengikut kelulusan Senat dan diperincikan dalam Jadual Ak ti Pengurusan Akademik (JAPA) mengikut semester. 8. Lampiran B adalah Prosedur Pelaksanaan Semester Intersesi termasuk proses penawaran, perkuliahan dan peperiksaan Semester Intersesi PEKELILING BERKAITAN 9, Dengan ini Pekeliling Akademik Bil. 3/2006 (Garis Panduan Intersesi) bertarikh 23 Mac 2006 dan Pekeliling Akademik Bil. 16/2013 (Pemberhentian Intersesi) bertarikh 1 September 2013 adalah terbatal. TARIKH DIKELUARKAN 10. Pekeliling dikeluarkan pada 23 Januari 2017. TARIKH KUAT KUASA 11. Pekeliling ini berkuat kuasa pada 23 Januari 2017, han PROFESOR Sfir Dr SUHAIMI ABDUL TALIB Timbaian Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Dikellingkan Kepada. Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Pusat/Unit Semua Dekan-Dekan Fakulti ‘Semua Rekior-Rektor Kampus Negeri Bil. Fail 100-HEA(6/4) Kategori Pekeliling _: Prosedur LAMPIRAN A TARIKH PENTING PADA SEMESTER INTERSESI JULAI - OGOS 2017 __|__27 Mac - 6 April 2017 _| Pra-Pendaftaran Kuliah Intersesi 5 Pendaftaran secara online Kuliah 5 2 2- 16 Mei 2017 Iraateet 20175) Pelajar Validasi pendaftaran kursus HEP 3. 24-30 Mei 2017 _| intersesi dan kemaskini keperluan ole Kediaman Fakulti/Pusat/Kampus 4. 17 Mei 2017 Trarikh mula pembayaran yuran | Bendahari/Pelajar 5. 18 Julai 2017 rarkh akhir pembayaran yuran Bendahari/Pelajar 6 47=19Mai 2017 | JWK Intersesi (20173) FakultiPusatKampus 7.__| 24 Julai- 24 Ogos 2017 | Kuliah intersesi Fakulti/Pusat/Kampus Cetak slip kelayakan menduduki 8 23-25 0908 2017 ea ee yetseal ooh pelajar _| Pelalar | JWP Muktamad Intersesi 9 11 Ogos 2017 | dikeluarkan dan dipaparkan dii- | BHEABPA _ | student portal —_ 10. | 26-30 Ogos 2017 _| Peperiksaan intersesi/Khas Fakulti/PusatKampus | BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK 1.0 20 3.0 LAMPIRAN B PROSEDUR PELAKSANAAN SEMESTER INTERSESI PENAWARAN 141 12 13 ‘Semester Intersesi dijalankan semasa cuti semester bulan Julai hingga Ogos sahaja. Semester Intersesi boleh ditawarkan kepada pelajar yang ingin meringankan jumlah jam kredit dengan mengambil kursus baharu (kali pertama) mengikut pelan pengajian pelajar. ‘Semester Intersesi boleh ditawarkan sekiranya efektif dari segi kos kecuali bagi kes terpencil. Contohnya pelajar telah memenuhi tempoh pengajian tetapi masin belum boleh tamat kerana terdapat Kursus yang belum diduduki atau gagal. PERMOHONAN 24 22 Sebarang permohonan menawarkan Semester Intersesi hendaklah dimajukan kepada Kampus Pengurus Utama (PU) melalui Rektor/Dekan bagi tujuan untuk mendapatkan kelulusan dari. Jawatankuasa_ Akademik Negeri (JAN)/Jawatankuasa Akademik Fakulti (JAF)/Jawatankuasa Akademik iNED (WAN) Kampus PU perlu menentukan kod kursus yang hendak ditawarkan dan kampus yang dibenarkan untuk menawarkan semester berkenaan. KURSUS 3.4 32 Intersesi ditawarkan kepada pelajar dengan tujuan untuk menamatkan pengajian dalam tempoh pengajian yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian dengan syarat: 3.1.1. Pelajar mengikuti pengajian dalam mod sepenuh masa sahaja. 3.1.2 Pelajar mengambil maksimum dua (2) kursus sahaja 3.1.3 Kursus berkenaan ditawarkan oleh Fakulti/Pusat Akademik/Kampus bagi sesuatu sesi tertentu. 3.1.4 Kursus yang ditawarkan tidak mempunyai prasyarat dan/atau ko-syarat. 3.1.8. Bilangan permohonan untuk mengikuti sesuatu kursus tidak kurang dari 1 orang. Pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus yang belum disahkan keputusan peperiksaannya oleh Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik UiTM (JKIPA). BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK 33 34 Syarat-syarat kursus boleh ditawarkan untuk Semester Intersesi tertakluk kepada Peraturan Akademik semasa KECUALL: 3.3.1. Kursus yang mempunyai pra-syarat dimana pelajar masih belum memenuhi pra-syarat kursus tersebut. 3.3.2 Kursus-kursus Universiti. 3.3.3. Kursus berbentuk kemahiran kecuali bagi kes terpencil. Contohnya, pelajar yang telah memenuhi tempoh minimum pengajian tetapi masih belum boleh bergraduat kerana terdapat Kursus yang belum diduduki atau gagal. Perkuliahan setiap kursus yang didaftarkan adalah selama sekurang-kurangnya ‘Student Learning Time (F2F) empat puluh dua (42) jam untuk tempoh lima (5) minggu tetapi tidak metebihi dua (2) jam seminggu. 4.0 PELAJAR 44 42 43 44 45 46 Peperiksaan Intersesi hanya boleh diduduki oleh pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran sahaja. Yuran Intersesi ialah sebanyak RM200.00 untuk setiap kursus. Status YY akan diberi kepada pelajar yang telah mendaftar dan membayar yuran untuk mengikuti program Intersesi tetapi tidak menghadiri kuliah dan/atau peperiksaan tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan/Rektor. Yuran Intersesi tidak akan dikembalikan Pelajar yang sedang mengikuti program Intersesi dan kemudian diberhentikan kerana gagal peperiksaan semester sebelumnya dibenarkan meneruskan program Intersesi dengan syarat 4.3.1 Pelajar layak untuk membuat Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) 4.3.2. Pelajar membuat RMP. Pelajar yang tidak layak membuat RMP, yuran pengajian Semester Intersesi tidak akan dipulangkan. Bagi pelajar dalam Kategori yang dijelaskan pada Perkara 2.26.4, sekiranya Rayuan Meneruskan Pengajian pelajar tidak diluluskan maka keputusan penilaian Intersesi yang diperolehi adalah tidak sah dan yuran Intersesi tidak dikembalikan Status $1 (Tidak Memuaskan) ialah status yang diberi kepada pelajar apabila mereka mendapat status gagal dan diberhentikan (Perkara 2.26.4) di dalam semester intersesi. Walau bagaimanapun, pelajar boleh meneruskan pengajian pada semester berikutnya apabila mendapat S1 pada_intersesi Semester Intersesi hanya dibenarkan kepada pelajar mod pengajian Sepenuh Masa dan Sepenuh Masa Lanjut sahaja. BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK 47 48 Pelajar tidak dibenarkan menduduki, menumpang kelas dan peperiksaan akhir di kampus lain. Pelajar yang kini berstatus Cuti Khas (CK) atau Digantung Pengajian (DG) tidak dibenarkan mengambil Semester Intersesi selama dalam tempoh cuti khas atau penggantungannya 5.0 PENSYARAH 54 52 Seseorang pensyarah hanya dibenarkan mengajar satu (1) kursus sahaja kecuali sekiranya tidak ada pensyarah lain yang layak untuk mengajar kursus berkenaan ‘Seseorang pensyarah adalah dianggap sebagai bertugas secara rasmi semasa mengendalikan Semester Intersesi. 6.0 PENDAFTARAN 64 62 63 Yuran pengajian Semester Intersesi perlu dibayar kepada Bendahari UiTM. Fakulti/Kampus/Pusat Akademik bertanggungjawab untuk memastikan pelajar membayar yuran sebelum Semester Intersesi bermula seperti yang dinyatakan dalam JAPA setiap semester. Pendaftaran kursus boleh dibuat oleh pelajar secara dalam talian dan dipantau oleh Fakulti/Kampus/Pusat Akademik masing-masing, 7.0 PEPERIKSAAN INTERSESI 74 72 73 74 75 76 17 Kertas soalan Peperiksaan Intersesi akan disediakan mengikut format kertas soalan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Penilaian Akademik (BPA). Fakult/Kampus Pengurus Utama bagi sesuatu program akademik perlu memastikan semua kertas soalan yang ditawarkan termasuk kursus servicing semasa Semester Intersesi dihantar ke BPA. Pengurusan Peperiksaan Intersesi diuruskan oleh BPA menggunapakai proses dan prosedur pengurusan Peperiksaan Akhir sedia ada. Peperiksaan Intersesi dilaksanakan pada minggu ke enam (6) Semester Intersesi. Keputusan penilaian pelajar bagi Semester Intersesi akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan HPNG. Keputusan penilaian pelajar hendaklah dibentangkan di mesyuarat JAN/JJAF/JAL sebelum dibawa ke mesyuarat JKIPA untuk disahkan. Slip keputusan rasmi peperiksaan akan dikeluarkan selepas mendapatkan pengesahan mesyuarat JKIPA. BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK 8.0 | YURAN PENGAJIAN DAN HONORARIUM a4 82 83 84 85 Kadar yuran pengajian bagi setiap kursus ialah RM200.00 Kadar bayaran untuk honorarium kepada pensyarah ialah RMS50.00 bagi setiap jam mengajar. Kadar bayaran untuk memeriksa setiap skrip jawapan ialah RM3.00. Kadar bayaran untuk perkhidmatan pengurusan ialah RM5.00 bagi seorang pelajar bagi setiap kursus seperti yang termaktub dalam JKP Bil, 134 April 2003 2143. Hasil lebihan akan dimasukkan dalam Tabung Amanah Fakulti/Kampus/Pusat Akademik. BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

You might also like