You are on page 1of 5

BAB 4 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

(1) Definisi Perlembagaan


Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan kepada pemerintah negara
Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah
negara
Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang di dalam negara
Rejukan tentang aspirasi dan plan induk pemerintahan negara
Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan
dan kesinambungan negara
(2) Perlembagaan Persekutuan
Bertulis
Mengandungi 15 bab, 183 perkara dan 13 jadual
Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif
Menyentuh aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan
pemerintahan beraja
(3) Tujuan perlembagaan
Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu
mematuhi keluhurannya
Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara
Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada dipihak kerajaan atau
rakyat atau sesiapa sahaja
(4) Konsep ketinggian perlembagaan
Tidak ada institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan
Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama
persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka
dan bertentangan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat yang
bertentangan itu
(5) Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan
- Perlembagaan bertulis paling awal iailah pelembagaan negeri Johor (1895) dan dikuti
perlembagaan Terengganu (1911)
(6) Malayan Union
- Sebab kewujudan Malayan Union :
Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran
seperti negeri Melayu Bersekutu, negeri Melayu Tidak Bersekutu, dan negeri
Selat
British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang melayu bekerjasama
dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-
Raja Melayu
Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara
sendiri
- Mendapat tentangan orang Melayu kerana :
Kuasa Raja-Raja Melayu dileyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya
berkuasa dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis
Penasihat melayu
Pemberian hak kerkyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli
Hak sama rata kepada warganegara tanpa mengira bangsa
Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu yang
menggunakan cara paksaan dan ugutan bunuh
(7) Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Diisytiharkan pada 1/2/1948 dibawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu
1948
- Meliputi 9 negeri Melayu dan 2 negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka
(8) Kerjasama antara etnik dalam menuju kemerdekaan
- Penubuhan jawatankuasa perhubungan kaum (1949) terdiri daripada pelbagai etnik
telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi
- PRU 1955 (PRU pertama) memberi kesan yang cukup besar kepada hubungan kaum
di Malaysia
- Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu
dan bukan Melayu khususnya melibatkan pembahagian kerusi pilihanraya (UMNO
35, MCA 15, MIC 2)
- Tunku membentuk cabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu 6
Melayu, 3 Cina dan seorang India
- Pemilihan cabinet ini menunjukkkan satu kerjasama yang baik dan lebih diterima
dalam Majlis Legislatif
(9) Suruhanjaya Reid
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
ditubuhkan pada 1956
- Keahlian : Lord Reid (British), Sir Ivor Hennings (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamud (Pakistan)
- Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota suruhanjaya ini yang dipilih oleh British
tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu
- Hal ini disebabkan perundingan dijalankan di London
- Perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara berikut :
Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu
Mewujudkan jawan ketua negara yang bergelar YDPA
Memelihara hak istimewa orangmelayu serta hak-hak yang sah milik kaum lain
Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh
Persekutuan Tanah Melayu
- Objektif suruhanjaya Reid dalam menyediakan rangka Perlembagaan :
Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu
padu, bebas dan demokratik
Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan
mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat
(10) Jawatankuasa kerja dan pengisytiharan perlembagaan
- Ditubuhkan oleh perikatan, raja-raja Melayu dan Kolonial British
- Mengkaji semula cadangan suruhanjaya Reid
- Jawatankuasa ini dipengurusikan oleh MacGillivray dan diwakili oleh Tunku Abdul
Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA), V,T
Sambathan (MIC), Mustapha Albakri (penyimpan mohor besar raja-raja), Shamsudin
Nain, Tunku IsmailTunku Yahya, Neil Lawson, Sir David Wathersto n(KSU
Kerajaan), T.V.A Brodie (peguam negara) dan E.O Laird (setiausaha)
- Draf perlembagaan persekutuan diterima dan diisyhtiharkan pada 31/8/1957
(11) Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan
- Maksud tradisi kesinambunagn dari generasi ke generasi
- Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan persekutuan 1957
- Berperanan mestabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat suruhanjaya
Reid menekankan bertapa pentingnya perlembagaan mengambil kira factor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
- Unsur-unsur ini dilindungi dibawah akta hasutan dan dianggap sebagai isu sensetif
yang dilarang untuk dijadikan perbincangan awam
- Merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima
oleh orang Melayu dan Bukan Melayu. Ini bermakna :
Orang Melayu diberi hak istimewa
Islam menjadi agama persekutuan
BM diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan
kewarganegaraan oleh etnik bukan melayu
(12) Kesultanan dan pemerintahan beraja
- Telah wujud sistem sosial dan raja berkuasa mutlak sejak berabad lamanya
- Selepas merdeka pindaan dilakukan dengan berkonsepkan raja berpelembagaan
bertindak atas nasihat cabinet
- Dilindungi dibawah Perkara 38(4)
- YDPA berperanan sebagai :
Pemerintah tertinggi angkatan tentera persekutuan
Mengampun dan menangguhkan sabit kesalahan di mahkamah tentera
Berkuasa membuat pelantikan menurut perlembagaan
Lambang perpaduan
Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
Ketua agama bagi negeri tidak beraja
Lambang keadilan
Intitusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
(13) Unsur tradisi : Agama Islam
- Keistimewaan Islam menonjol dalam perkara berikut :
Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim
bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini,
Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan
untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri
Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja
mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja.
Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda
mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi
yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini
dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan
agama Islam
Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda
dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a)).
Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan
sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).
Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk
memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan
perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).
Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan
orang Isla mengenai agama selain daripada Islam
Bidang kuasa mahkamah syariah terpisah daripada mahkamah sivil yang
menunjukkan pengiktirafan kepada mahkamah syariah
(14) Unsur tradisi : Bahasa Melayu
- Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa
menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
- Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa
bahasa lain.
- Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain
dalam persekutuan
- Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat
- Perkara 10(4) perkara sensitive
- Perkara 160(B), teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi teks dalam bahasa Inggeris
(15) Unsur tradisi : Kedudukan istimewa orang melayu
- Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153 (tanggungjawab
YDPA menjamin kedudukan istimewa orang melayu), Perkara 89 (tanah rizab
melayu) dan 90 undang-undang berkenaan tanah adat), dan jadual 13
((persempadanan kawasan piluhan raya)
- orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti
agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu
dan :
Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka
itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau
Ia adalah keturunan orang tersebut
(16) Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah
- Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang
telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali
sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak.
- Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa
bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai
III.
- Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-
Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya
memberikan persetujuan
- Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak
iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan
orang Melayu di Semenanjung
- Perkara 165 dalam perlembagaan persekutuan memasukkan 20 perkara bagi Sabah
dan 18 perjanjian 18 perkara bagi Sarawak, antaranya :
Agama sabah menuntut supaya negeri itu tidak meperakukan suatu agama
sebagai agama rasmi Sabah
Bahasa Sabah bersetuju BM sebagai bahasa rasmi/kebangsaan tetapi
memohon supaya BI boleh terus digunakan tanpa had masa
Perlembagaan perlembagaan PTM menjadi asas perlembagaan Malaysia
tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri
Imigresen bersetuju bahawa kuasa imigresen iailah kuasa pusat tetapi soalan
tentang keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri
Kewangan Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri
Bumiputera Sabah mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (PTM)
tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan Sabah

You might also like