Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
Emosi merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus Advanced Learners English-
Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap,
seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, dalam
bukunya emotional intelligence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran
tersendiri dibawah keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-
beza untuk bertindak.
Berhubung dengan kesediaan belajar guru-guru haruslah dapat menentukan tahap emosi
pelajar mereka sebelum memulakan perancangan atau pengajaran. Guru perlu sedar bahawa
desakan-desakan dan dorongan emosi boleh mempengaruhi hampir kesemua pemikiran dan
tingkah laku para pelajar. Oleh yang demikian, mereka haruslah mengemukakan rangsangan-
rangsangan baru atau mengarahkan perhatian pelajar ini kepada kegiatan yang menarik yang
berkaitan dengan situasi dalam bilik darjah. Emosi akan berlanjutan selagi rangasangannya ada
dan perhatian yang cergas diberi. Kalau rangsangan itu dihapuskan, emosi akan berkurangan atau
lenyap sama sekali. Inilah ketikanya guru-guru berhadapan dengan pelajar-pelajar yang pasif dan
berperasaan benci terhadapnya (Kamarudin Hj. Husin, 1997).
Dalam konteks ini, satu unsur emosi yang positif diperlukan bagi merangsang minat
pelajar untuk belajar seterusnya dapat mengembangkan emosi tersebut di dalam diri mereka bagi
mewujudkan insan yang berfikiran positif serta dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
Untuk itu, salah satu emosi yang positif yang akan dihuraikan adalah emosi seronok.
Emosi seronok memang sudah sedia ada di dalam diri seseorang individu sejak dilahirkan lagi.
Kita boleh lihat sejak bayi lagi, seseorang itu akan merasa seronok apabila ibunya
menceriakannya dengan menimang, bercerita atau bergurau dengan bayi tersebut. Ini berterusan
sehinggala ke peringkat kanak-kanak. Apabila mereka diberikan ganjaran seperti gula-gula atau
coklat oleh guru kerana mendapat markah penuh dalam ujian ejaan, mereka akan melompat riang
akibat emosi seronok yang mereka alami. Maka, ini akan merangsang minat mereka untuk
belajar. Dari sini menggambarkan bahawa emosi seronok itu amat penting kerana membawa
kesan yang positif dalam diri seseorang pelajar dan guru-guru harus mengambil inisiatif untuk
mengembangkan emosi tersebut.
Bagi merangsang emosi seronok, dua cara boleh digunakan bagi memperkembangkannya
dalam diri pelajar iaitu melalui mengurus emosi dengan kecerdasan emosi dan pendekatan
motivasi. Guru haruslah tahu menguruskan emosinya sendiri sebelum dapat menguruskan emosi
para pelajar. Guru harus tahu bagaimana mengurus perasaan marah, menenagkan kebimbangan
dan juga kesedihan. Selain daripada itu, guru juga harus tahu bagaimana untuk memberi
bimbingan kepada para pelajar untuk menguruskan perasaan negatif tersebut dan seterusnya
menukarkan emosi tersebut kepada emosi seronok. Pendekatan motivasi pula adalah penting
kerana emosi seronok akan dapat dirangsangkan apabila para pelajar diberikan motivasi seperti
ganjaran, pujian, semangat dan sebagainya. Guru-guru harus merancang bagaimana untuk
menerapkan motivasi ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi mengembangkan emosi
seronok para pelajar. Selain itu, Pihak sekolah juga perlu menangani konflik dan tekanan yang
dialami pelajar dengan memberikan bimbingan dan kaunseling kerana emosi seronok tidak akan
berkembang jika pelajar berada di dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
Emosi seronok ini adalah penting kerana membawa pelbagai kesan yang positif terhadap
para pelajar. Di antaranya ialah dapat meningkatkan prestasi pelajaran, mewujudkan perasaan
ingin tahu, mewujudkan fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta mampu menarik
minat para pelajar untuk belajar dan mencapai kejayaan.
Secara khususnya, emosi seronok ini mampu dikembangkan jika pendekatan yang betul
dapat diambil oleh para guru. Selain daripada itu ia juga sejajar dengan falsafah pendidikan
kebangsaan dimana emosi adalah salah satu unsur bagi memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara (Mok
Soon Sang, 2009).
2.0 DEFINISI
Emosi berasal daripada Bahasa Perancis iaitu mouvoir dan Bahasa Latin iaitu emovere
yang bermaksud mengganggu atau mengacau. Ini berpandukan kepada Charles C. Manz dimana
di dalam bukunya yang bertajuk Emotional Dicipline The Power to Choose How You Feel,
beliau menyatakan emotion derived from French and Latin roots meaning to disturb or stir up.
Beliau juga mendefinisikan emosi sebagai any specific feeling; any of various complex
reactions with both mental and physical manifestations. Jelas di sini bahawa emosi membawa
erti satu bentuk perasaan diikuti dengan perlakuan seseorang. Emosi adalah istilah yang
digunakan untuk keadaan mental dan fisiologi yang berhubungan dengan beragam perasaan,
fikiran dan perilaku. Ia adalah bersifat subjektif dimana ia berdasarkan sudut pandangan
individu. Mengikut Kamus Bahasa Melayu pula, emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat,
seperti sedih, gembira, takut, dan lain-lain.
Selain daripada itu, menurut Gary Zukav dan Linda Francis melalui buku mereka yang
bertajuk The Heart of the Soul: Emotional Awareness, emosi disifatkan sebagai komponen
fizikal seperti perasaan yang tidak selesa yang membawa ke arah emosi yang negatif. Walau
bagaimanapun, emosi yang positif akan mewujudkan perasaan yang menyenangkan. Mereka
menerangkan bahawa kesemua perasaan tersebut adalah terhasil daripada pemikiran. Sebagai
contoh, sebelum memberikan ucapan di hadapan ribuan orang, individu tersebut akan mengalami
emosi yang tidak selesa seperti perut memulas. Ini terhasil daripada pemikiran yang negatif
seperti Bagaimana saya boleh berada di dalam situasi sebegini? Bagaimana jika ini hanya akan
memalukan diri saya? Sudah tentu mereka akan mentertawakan saya. Pemikiran yang sebegini
akan menghasilkan emosi yang negatif dan seterusnya dicerminkan melalui tingkah laku
seseorang individu.
Menurut Eckhart Tolle pula, emosi ialah a reflection of your mind in the body. Ertinya
gambaran minda seseorang individu. Emosi adalah berhubung kait dengan perilaku dan juga
aktiviti minda. Ini bermakna sebarang bentuk emosi boleh dikaji melalui tingkah laku dan juga
pemikiran seseorang. Sebagai contoh, cuba bayangkan emosi yang akan dialami jika seseorang
itu dikhianati oleh rakan karib sendiri. Akibatnya dia akan merasakan perasaan terluka dan
kecewa dan seterusnya mempengaruhi emosinya iaitu kemarahan. Maka wujudlah peryataan
seperti Bagaimana dia boleh melakukan semua ini selepas saya memberikan sepenuh
kepercayaan kepadanya? Sanggup dia menikam saya dari belakang. Kesemua pernyataan ini
merangsang ke arah emosi yang marah.
Pelbagai emosi dapat ditonjolkan oleh para pelajar seperti yakin diri, ingin tahu, gembira,
cemburu dan sebagainya. Salah satu unsur emosi yang dapat dikembangkan dalam diri pelajar
ialah seronok. Jika emosi ini dapat dikembangkan, ia akan memberikan kesan yang positif
kepada para pelajar. Hasilnya pencapaian akedemik akan dapat ditingkatkan dan seterusnya
membina keyakinan dalam diri pelajar.
Seronok bermaksud perasaan yang menyenangkan; perasaan menyedapkan hati (Dr. Adli
Hj. Yacob dan Khuzaihan Zakaria, 2008).
4.0 CARA MEMPERKEMBANGKAN EMOSI
Bagi mengembangkan emosi seronok dalam diri pelajar, cara-cara yang positif perlulah
diterapkan. Guru sendiri perlulah tahu bagaimana untuk menguruskan emosi sendiri dan
seterusnya mampu untuk memberikan bimbingan kepada para pelajar untuk menguruskan emosi
mereka. Ini boleh dilakukan dengan cara mengurus emosi dengan kecerdasan emosi. Selain itu,
guru perlulah memberikan motivasi kepada para pelajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Pihak sekolah juga perlu menangani konflik dan tekanan yang dialami pelajar
kerana emosi seronok tidak akan berkembang jika pelajar berada di dalam keadaan emosi yang
tidak stabil. Kesemua cara ini dapat merangsang emosi seronok para pelajar dan seterusnya
mampu memberikan kesan-kesan yang positif bukan sahaja kepada pencapaian pelajaran malah
terhadap kehidupan pelajar tersebut.
Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap orang mudah menjadi
marah, tetapi yang perlunya ialah perasaan marah ini harus digunakan secara patutnya, dan
sesuai mengikut keadaan. Jika emosi seperti ini di luar kawalan dan dibiarkan berterusan, ia akan
membawa kegelisahan, kemarahan yang meluap-luap atau keresahan yang keterlaluan. Oleh itu,
emosi orang harus diurus secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosi dirinya (Mok Soon Sang, 2009).
Setiap orang memang ada sebab mengapa marah, jika perasaan marah tidak dikawal ia
akan membawa akibat yang buruk.
Mengikut kajian psikologi, Tice mendapati usaha menarik diri dari perasaan marah
seperti membaca, menonton tv, makan makanan yang sedap dan sebagainya dapat mengurangkan
kadar kemarahan.
Dari sini jelas bahawa emosi marah adalah emosi yang negatif. Seseorang guru harus
tahu bagaimana untuk menguruskan perasaan marahnya ketika di dalam kelas bagi mengelakkan
emosi seronok pelajar terhapus untuk menumpukan perhatian di dalam pembelajarannya.
Sebagai contoh, seorang pelajar melayangkan kapal terbang kertas yang dibuatnya di dalam
kelas dan menyebabkan proses pengajaran guru di hadapan terganggu. Guru tersebut merasa
marah dan tidak dapat mengawal kemarahannya lalu mengeluarkan perkataan yang kesat seperti
Bodoh, jangan bermain di dalam kelas semasa cikgu sedang mengajar. Kesannya bukan sahaja
kepada pelajar yang dimarahi itu tetapi seluruh pelajar tidak akan merasa seronok untuk belajar
kerana guru tidak mampu mengawal kemarahannya. Ini mampu menghapuskan emosi seronok
dalam diri pelajar kerana setiap kali guru tersebut mengajar, mereka akan merasa takut kerana
sikap guru yang panas baran lalu menyebabkan para pelajar merasa malu apabila dimarahi
dihadapan rakan yang lain.
Oleh itu, guru harus sentiasa bersikap sabar semasa mangajar dengan mengurus emosi
sendiri dengan kecerdasan emosi. Guru harus tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya
ketika di dalam kelas. Ini penting kerana sikap sabar seorang guru dapat mengembangkan emosi
seronok para pelajarnya kerana apabila guru tidak mudah marah walaupun pelajarnya tidak dapat
memahami topik tersebut selepas diajar beberapa kali, malah guru mengajar dengan penuh sabar
sehingga pelajar memahami topik berkenaan, akan menyebabkan emosi seronok pelajar dapat
dikembangkan kerana sikap guru yang positif dan seterusnya menarik minat pelajar untuk belajar
dan berusaha untuk mencapai kejayaan.
Menenangkan kebimbangan
Faktor ini boleh digunakan oleh seseorang guru dengan memberikan bimbingan kepada
pelajarnya apabila seseorang pelajar itu mengalami kebimbangan. Seseorang guru harus tahu
bagaimana memberikan bimbingan kapada para pelajarnya kerana bimbang adalah emosi yang
negatif dan harus dihapuskan dan diganti dengan emosi yang positif iaitu seronok.
Sebagai contoh, seorang pelajar tidak memahami pelajaran yang diajar dan seterusnya
sering merasa bimbang jika gagal di dalam peperiksaan STPM dan seterusnya menyebabkan
cita-citanya untuk belajar di universiti tidak kesampaian. Guru haruslah mengambil inisiatif
untuk memberikan bimbingan kepada pelajar ini seperti memberikan kata-kata semangat dan
memberikan tunjuk ajar yang lebih kepada pelajar tersebut. Ini mampu menenangkan
kebimbangan pelajar tersebut dan secara tidak langsung akan mengembangkan emosi seronok
pelajar disebabkan keperihatinan gurunya. Hasilnya, pelajar tersebut akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk mencapai cita-citanya kerana emosi kebimbangannya telah terhapus dan
digantikan dengan emosi seronok.
Dari sini jelas bahawa guru memainkan peranan yang penting dengan cara mengurus
emosi dengan kecerdasan emosi para pelajarnya dan seterusnya mampu mengembangkan emosi
seronok dalam diri pelajar.
Mengurus Kesedihan
Apabila mengalami kesedihan, kebiasaannya kita akan melepaskan perasaan itu dengan
cara tersendiri misalnya dengan menyendiri di dalam bilik. Mengikut kajian, cara ini bukan
sahaja tidak dapat melepaskan kesedihan tetapi memanjangkan kesedihan (Mok Soon Sang,
2009).
Mengikut Tice, untuk menentang kesedihan dengan cara yang berkesan ialah dengan
membuat sesuatu aktiviti dengan kawan atau keluarga seperti bersiar-siar bersama rakan-rakan,
berkelah, bersukan dan sebagainya.
Mengikut kajian orang yang optimistik biasanya mempunyai kecerdasan emosi yang
tinggi. Orang tersebut boleh menggunakan kecerdasan emosi mereka untuk melepaskan
kesedihan. Mereka sentiasa kelihatan gembira, tenang dan tidak terganggu walaupun
menghadapi masalah konflik, tekanan atau situasi yang menyedihkan.
Sikap optimistik boleh merangsang emosi seronok dalam diri pelajar. Di sini guru
memainkan peranan yang penting di dalam membentuk sikap optimistik dalam diri pelajar.
Apabila seseorang pelajar mengalami kesedihan, guru haruslah mengambil berat terhadap
pelajarnya (Mok Soon Sang, 2009).
. Emosi yang negatif tersebut haruslah dihapuskan dimana guru boleh membimbing
pelajar dengan memberikan kata-kata semangat kepada pelajar tersebut. Dengan ini akan
merangsang emosi seronok di dalam diri pelajar kerana sikap guru yang perihatin dan seterusnya
mempunyai semangat untuk belajar.
Guru juga perlulah bersikap optimistik bagi meningkatkan semangat pelajarnya. Guru
harus tahu bagaimana untuk menangani kesedihan dengan kecerdasan emosi. Apabila guru
sentiasa ceria, ini akan mengembangkan emosi seronok para pelajar untuk menimba ilmu.
Bagi mengembangkan unsur emosi seronok di dalam diri pelajar, ia perlulah dilakukan
oleh pendidik atau guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu cara ialah dengan
memberikan motivasi kepada para pelajar bagi merangsang emosi seronok yang sedia ada dalam
diri mereka ketika menimba ilmu di dalam bilik darjah.
Pelbagai bentuk pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh para guru untuk
mewujudkan motivasi yang berkesan. Ianya boleh melibatkan fizikal pelajar, matlamat peribadi,
nilai praktikal sesuatu subjek, minat individu, keperluan yang dirasai, pujian, penghargaan dan
sebagainya (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Secara lebih khusus, cara-cara menyerapkan motivasi
ke dalam persediaan dalam pengajaran diperlihatkan seperti berikut:
a) Penglibatan
Para pelajar harus disedarkan terhadap penglibatan mereka yang dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam hal ini, mereka hendaklah memainkan peranan
secara aktif dan berkesan. Guru-guru boleh mengadakan pelbagai rangsangan dan aktiviti untuk
merangsang emosi seronok semasa belajar. Dari segi penglibatan mereka dalam aktiviti lisan,
guru boleh mengadakan sesi soal jawab, mengadakan tajuk-tajuk perbincangan, bercerita,
berbual dan sebagainya (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Cara ini boleh memberi peluang kepada
para pelajar melahirkan pendapat dan pandangan. Para pelajar dapat berkongsi idea dan
maklumat yang mereka dapati dengan lebih meluas. Cara ini juga boleh menghilangkan rasa
bosan dan secara tidak langsung dapat mengembangkan emosi seronok para pelajar.
Dari segi penglibatan fizikal pula, pelajar boleh dijemput ke hadapan kelas untuk melakukan
pelbagai aktiviti seperti membuat rajah, membuat kira-kira, menggunakan model, berlakon,
membuat percubaan, melakukan demonstrasi, menunjukkan cara dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, guru sentiasa perlu beringat bahawa setiap aktiviti yang dilakukan itu harus
mempunyai faedahnya yang tersendiri. Sebaik-baiknya ianya dapat digunakan dalam situasi-
situasi lain yang dapat memenuhi keperluan sempurna diri para pelajar (Kamarudin Hj. Husin,
1997).
Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru harus membangkitkan perasaan ingin tahu
di kalangan pelajar dari awal lagi, iaitu sebelum mereka memulakan sesuatu topik. Ini boleh
dilakukan dengan cara menunjukkan benda-benda tersembunyi, membangkitkan sesuatu isu,
konflik atau sebagainya yang menarik. Guru juga boleh mengemukakan benda-benda yang
menghairankan, menakutkan, menakjubkan, menerangkan satu fenomena yang bertentangan
dengan pengalaman atau latihan yang mereka terima sebelumnya dan guru juga boleh
membangkitkan keraguan, perasaan tidak tentu, pelik, memeranjatkan dan sebagainya. Semua ini
boleh merangsang emosi seronok pelajar untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya (Kamarudin
Hj. Husin, 1997).
c) Perhatian
d) Peneguhan
Peneguhan adalah satu kemahiran yang digunakan secara meluas dan berkesan. Ianya
merupakan satu teknik mengajar yang digunakan oleh guru-guru untuk mengubah tingkah laku
pelajar dengan jayanya. Biasanya, peneguhan berhasrat untuk menarik dan mengekalkan
perhatian pelajar dalam satu-satu masa pengajaran. Ianya juga menggalakkan pelajar mencuba
dengan lebih giat dan mengukuhkan perangai yang baik (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Pujian
dan penghargaan yang diberi umpamanya, boleh mengembangkan emosi seronok dan
menggalakkan mereka belajar dengan lebih tekun lagi.
Terdapat pelbagai cara peneguhan yang boleh digunakan oleh guru untuk mencapai hasrat
ini. Antaranya ialah guru boleh menggunakan lisan positif melalui cara menggunakan ungkapan-
ungkapan kata yang menggalakkan. Malah, guru-guru juga boleh menggunakan gerak syarat
positif seperti menganggukkan kepala, menepuk tangan dan sebagainya. Selain daripada itu, cara
sampingan seperti sentuhan, menggunakan jawapan pelajar dan sebagainya juga boleh digunakan
oleh guru. Apa yang penting guru harus tahu masa dan ketika hendak menggunakannya.
Bagi pelajar yang lebih cerdik, guru boleh mengemukakan komen-komen secara peribadi
berhubung dengan kerja-kerja mereka. Beritahu pelajar tentang kemajuan mereka dalam sesuatu
pembelajaran dan perkara ini jangan diabaikan (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Gunakan komen-
komen positif bagus, pandai, mengagumkan dan sebagainya untuk merangasang emosi seronok
para pelajar.
e) Pengalaman pencapaian
Kadangkala guru harus meningkatkan motivasi pelajar dengan cara berbual-bual atau
menggalakkan mereka membaca tentang orang-orang yang bermotivasi tinggi. Dalam kelas
umpamanya, guru boleh mencampurkan mereka dengan rakan-rakan mereka yang bermotivasi
seperti itu. Guru harus menarik perhatian pelajar itu kepada kejayaan-kejayaan mereka dan
nyatakan rasa puas hati hasil daripada pencapaian tersebut. Beri dorongan dan galakkan untuk
terus berusaha. Jika terdapat kegagalan janganlah dibesar-besarkan sehingga boleh membunuh
minat mereka itu. Guru-guru dilarang sama sekali bertindak tidak adil terhadap pelajar mereka,
misalnya mengancam mereka, mendenda ataupun mengingatkan mereka secara negatif tentang
kegagalan itu (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Dengan memberikan tindak balas yang positif
kepada para pelajar, mereka akan rasa dihargai dan seterusnya dapat mengembangkan emosi
seronok dalam diri pelajar untuk mencapai kejayaan di dalam pelajaran.
f) Penggunaan contoh-contoh
Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran kerana ianya melahirkan pemikiran
yang jelas dan berkesan. Apabila guru menerangkan idea-idea yang kompleks kepada
sekumpulan pelajar, biasanya dia dikehendaki memberi contoh-contoh dan ilustrasi. Idea yang
abstrak lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh yang mudah dan
konkrit (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Untuk mengembangkan emosi seronok para pelajar,
gambaran-gambaran konkrit adalah perlu, terutamanya untuk memahami konsep-konsep yang
baru dan susah. Contoh-contoh yang boleh digunakan adalah sama ada secara lisan atau dalam
bentuk visual. Di antara contoh-contoh yang boleh digunakan ialah analogi, metafora, cerita,
menggunakan model, lukisan, gambar-gambar dan sebagainya (Kamarudin Hj. Husin, 1997).
Contoh-contoh yang menarik biasanya dengan mudah dapat mengembangkan emosi seronok
dalam diri pelajar. Ini adalah kerana penggunaan contoh-contoh boleh memberikan pemahaman
yang lebih kukuh dan apabila subjek yang diajar mudah difahami maka para pelajar akan
menjadi seronok untuk menimba ilmu.
g) Taraf Aspirasi
Dalam hal ini, guru boleh memberi berbagai-bagai tahap aspirasi di kalangan pelajar dengan
cara menggalakkan mereka mencapai prestasi sejajar dengan kebolehan mereka. Guru boleh juga
menyediakan bahan-bahan pembelajaran, aktiviti-aktiviti, projek dan menggunakan kaedah serta
teknik penyampaian yang berbeza-beza, sesuai dengan kebolehan dan aspirasi mereka. Dari segi
pengajaran, guru haruslah memberi pelbagai tahap kesukaran yang dapat dicapai oleh pelajar.
Namun demikian, fungsinya untuk mendidik dan mengajar tidak seharusnya terkeluar daripada
objektif pengajaran. Bagi pelajar yang mudah kecewa, sediakan bahan-bahan dan tugas yang
sesuai untuk mereka. Mulakan pengajaran dengan mudah terlebih dahulu dan kemudian
beransur-ansur ke matlamat asalnya (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Apabila mereka berjaya
mencapai atau menguasai pembelajaran yang mudah, emosi seronok akan dapat dikembangkan
dan mereka dapat meletakkan aspirasi yang lebih tinggi.
Dalam kontinum di atas, teknik motivasi intrinksik melibatkan pelajar sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran. Ianya juga melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu topik
dan seterusnya melibatkan penggunaan praktikal perkara-perkara yang telah dipelajari.
Teknik ekstrinsik pula melibatkan ganjaran-ganjaran yang jelas dan nyata seperti
memberi markah, gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan sebagainya
untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik. Biasanya, teknik motivasi ekstrinsik ini
menetapkan sebarang kaitan di antara ganjaran-ganjaran dengan perkara-perkara yang dipelajari
harus ditetapkan oleh guru atau pihak-pihak tertentu. Ganjaran diberi kerana persaingan atau
selepas pencapaian sesuatu pembelajaran (Kamarudin Hj. Husin, 1997).
Teknik-teknik motivasi biasanya mempunyai daya penarik yang kuat terhadap sesuatu
keperluan pembelajaran. Dari sinilah emosi seronok dapat dirangsang dan seterusnya dapat
dikembangkan. Penglibatan para pelajar ketika mempelajari isi pelajaran dan kemahiran atau
perasaan ingin tahu untuk mempelajari sesutu misalnya, berkait rapat dengan keperluan
seseorang untuk mendapatkan kesempurnaan kendiri. Ini bermakna, apa yang telah dipelajari
oleh mereka itu dapat digunakan dalam situasi-situasi lain secara berfaedah. Apabila motivasi ini
dapat dipraktikkan dan pelajar merasakan apa yang dikehendakinya dipenuhi, maka ia akan
mengembangkan emosi seronok dan seterusnya pengetahuan yang diperolehi itu dapat digunakan
untuk menolong orang lain dan masyarakat.
Mempelajari sesuatu untuk keperluan praktikal pula berkaitan dengan tujuan atau
motivasi yang berorientasikan matlamat. Namun begitu, sebelum matlamt tercapai, kemahiran-
kemahiran melalui aktiviti-aktiviti yang berkesan hendaklah dilaksanakan. Pemberian ganjaran
yang nyata seperti hadiah, markah, gred, pujian dan sebagainya adalah untuk pencapaian prestasi
yang baik (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Kita sedia maklum bahawa sifat semulajadi manusia
menyukai pujian atau diberikan ganjaran ketika mendapat pencapaian yang baik. Maka melalui
motivasi ini akan merangsang emosi seronok pelajar kerana ia memenuhi keperluan
penghormatan dan penghargaan kendiri para pelajar.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi intrinsik lebih terlibat dengan keperluan
sempurna kendiri manakala motivasi ekstrisik pula lebih tertarik kepada keperluan penghargaan
kendiri. Pelajar berasa puas dengan keperluan psikologi akan mendakwa bahawa sempurna
kendiri adalah lebih penting kepada mereka. Ianya adalah keperluan-keperluan asas yang harus
dicapai terlebih dahulu. Mengikut pendapat beberapa ahli psikologi, masa yang paling baik
sekali untuk memuaskan sesuatu keperluan ialah apabila perasaan itu mula-mula muncul. Jika
ianya ditangguh-tangguhkan, maka lebih sukar bagi kita untuk memuaskan keperluan tersebut
(Kamarudin Hj. Husin, 1997). Jadi seseorang guru haruslah memberi pujian pada masa yang
sama dengan pencapaian pelajar. Sebagai contoh, seorang pelajar dapat menjawab soalan dengan
tepat. Maka secara terus guru harus memberikan pujian di hadapan kelas dan bukan memberi
pujian pada hari berikutnya. Ini akan mengembangkan emosi seronok pelajar. Jika ia ditangguh-
tangguhkan, maka emosi seronok pelajar akan berkurangan.
Insentif ekstrinsik yang berbentuk sederhana seperti memberi pujian dan penghargaan
amat berguna kerana ianya bukan sahaja merupakan dorongan dan peneguhan positif yang
memberangsangkan tetapi juga membolehkan para pelajar mengetahui prestasi dan kebolehan
mereka ketika itu (Kamarudin Hj. Husin, 1997). Hal ini mampu mengembangkan emosi seronok
dalam diri pelajar seterusnya akan menggalakkan para pelajar belajar.
Seperti yang kita ketahui, sistem persekolahan pada masa kini tidak lagi sama dengan
sistem persekolahan pada masa dahulu. Ini berlaku disebabkan perkembangan teknologi dan
peredaran masa. Setiap anggota sekolah khasnya Guru Besar atau Pengetua, guru dan pelajar
terpaksa menghadapi tekanan-tekanan yang ditimbulkan dari pelbagai punca. Bagi mereka yang
kurang berupaya mengubahsuai diri dalam iklim persekolahan yang terdapat pelbagai jenis
tekanan lambat laun konflik dalaman akan dicetuskan secara terbuka dan menjadi masalah
disiplin sekolah (Mok Soon Sang, 2009). Keadaan perubahan ini juga menyebabkan berlakunya
banyak masalah yang perlu dihadapi bagi guru-guru terutamanya dari segi menguruskan konflik
dan tekanan yang berlaku dikalangan pelajar sekolah terutamanya kepada remaja. Jelas di sini
bahawa konflik dan tekanan mengundang emosi yang negatif ke dalam diri pelajar. Apabila
pelajar berfikiran negatif, maka sukarlah untuk mengembangkan emosi yang positif dan dalam
konteks ini adalah unsur emosi seronok. Seharusnya, konflik dan tekanan yang dihadapi oleh
pihak pelajar mestilah ditangani dalam kadar yang segera.
Untuk menangani konflik dan tekanan dalam sekolah supaya iklim persekolahan menjadi
lebih kondusif bagi aktiviti pendidikan dan seterusnya mampu mengembangkan emosi seronok
pelajar dalam menimba ilmu, adalah disyorkan supaya guru mengamalkan gaya kepimpinan
dalam pengurusan sekolah dan juga pengurusan dalam bilik darjah demi mewujudkan interaksi
dua hala di antara guru dengan pelajarnya. Ini akan mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat
iaitu mengembangkan emosi seronok dalam diri pelajar untuk menghilangkan tekanan dan
merasakan keseronokan untuk belajar. Selain itu juga pihak sekolah harus menentukan matlamat,
aspirasi dan segala rancangan pendidikan sekolah melalui perbincangan dengan kakitangan
akademik supaya segala masalah dapat diatasi secara berperingkat-peringkat (Mok Soon Sang,
2009).
Untuk menangani konflik dan tekanan, pihak sekolah harus membentuk iklim
persekolahan yang bersifat penyayang dengan memberi perhatian dan bertimbang rasa terhadap
kebajikan dan kepentingan anggota-anggota sekolah demi mewujudkan perasaan kekitaan dan
semangat kerjasama di kalangan mereka. Cara lain yang boleh dilakukan adalah mewujudkan
dan membentuk Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya atas
kerjasama daripada guru kaunseling sebagai penasihat yang bertujuan untuk menolong dan
membantu pelajar yang bermasalah (Mok Soon Sang, 2009). Ini bertujuan untuk menghapuskan
emosi yang negatif hasil daripada tekanan yang dihadapi dan seterusnya mengembangkan emosi
seronok pelajar disebabkan keprihatinan pihak sekolah dan motivasi yang diberikan bagi
meningkatkan semangat mereka. Apabila pelajar bersemangat, maka emosi mereka berada di
dalam kondisi yang baik dan mudahla bagi guru-guru untuk membimbing dan menerapkan unsur
emosi seronok dalam diri pelajar kerana pelajar mampu menimba ilmu dengan baik disebabkan
berada dalam keadaan yang tenang. Dari sini, emosi yang negatif dapat dihapuskan dan emosi
seronok dapat dikembangkan.
Penganjuran ceramah-ceramah dan kem motivasi oleh pihak sekolah dari semasa ke
semasa boleh membantu para pelajar membentuk sahsiah dan peribadi yang baik serta
menguruskan tekanan dari pelbagai perspektif (Mok Soon Sang, 2009).
Menjalinkan hubungan yang baik diantara pelajar dan guru tanpa mengira bangsa dan
agama serta tidak menyisihkan pelajar dan guru juga tidak patut mengamalkan sikap pilih kasih
antara pelajarnya (Mok Soon Sang, 2009). Bersikap keterbukaan untuk mendengar segala
masalah pelajar dan membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi serta sentiasa
berfikiran positif mampu mengembangkan emosi seronok pelajar kerana guru bersikap perihatin
dan mengambil berat untuk menangani tekanan yang mereka hadapi.
Kesemua ini adalah langkah untuk menangani konflik dan tekanan. Jika kesemua
masalah-masalah ini dapat ditangani, sudah semestinya para pelajar dapat berfikiran positif dan
mampu mengembangkan emosi seronok dalam diri pelajar dengan lebih mudah.
Kesimpulan
1. Charles C. Manz, Buku Emotional Discipline The Power to Choose How You Feel,
Berrett-Koehler Publishers, San Francisco, CA (2003), Ms. 5-6.
2. Internet (masukkan URL)
3. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat, Dawama Sdn Bhd, Selangor
(2007), Ms. 1446.
4. Gary Zukav & Linda Francis, Buku The Heart of the Soul: Emotional Awareness, Simon
& Schuster, New York (2001), Ms. 4-5.
5. Eckhart Tolle, Buku Practicing the Power of Now, New World Library, Navato, CA
(2001), Ms. 24.
6. Kamarudin Hj. Husin, Psikologi Bilik Darjah Asas Pedagogi, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur (1997), Ms. 99, 116 - 122, 127 - 131.
7. Dr. Adli Hj. Yacob dan Khuzaihan Zakaria, Crescent News (KL) Sdn Bhd, Selangor
(2008), Ms. 732.
8. Mok Soon Sang, Bimbingan & Latihan Persediaan MEDSI (Malaysian Educators
Selection Inventory), Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor (2009), Ms. 66 75,
146 & 171.