You are on page 1of 1

KONSEP PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah pengurusan diertikan sebagai perihal mengurus
sesuatu (2010:1780). Manakala bagi istilah disiplin pula diertikan sebagai latihan pemikiran dan
kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib (2010:356). Bagi istilah bilik
darjah pula kita sedia maklum bahawa istilah tersebut membawa makna ruang tempat belajar.
Berdasarkan makna-makna istilah ini, dapat kita terjemahkan bahawa makna pengurusan disiplin
bilik darjah sebagai perihal mengurus pemikiran dan kelakuan di ruang tempat belajar supaya boleh
mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib atau peraturan.

You might also like