Professional Documents
Culture Documents
Form PDF
Form PDF
Tuan/ Puan,
2. Dengan ini, kami berbesar hati untuk menawarkan kepada anda untuk menerima
sejumlah bilangan saham biasa baharu bernilai RM0.70 sesaham ("Saham")
berdasarkan Restricted Share Grant ("Geran RS") seperti yang dinyatakan di dalam
Lampiran I ("Tawaran"), tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang dinyatakan di
dalam Surat Tawaran ini dan Undang-Undang Kecil. Sila ambil perhatian bahawa
Tawaran ini adalah peribadi kepada anda dan tidak boleh diserahhak dalam apa-apa
cara sekalipun kepada mana-mana orang lain.
3. Geran RS hendaklah terletak hak ("Vest") kepada anda tertakluk kepada dan selaras
dengan peruntukan Undang-Undang Kecil dan jadual perletakan hak ("Vesting
Schedule") yang dinyatakan di dalam Lampiran I. Mana-mana baki Saham yang tidak
diletak hak ("Unvested Shares") di bawah Geran RS pada tarikh terletak hak ("Vesting
Dates") seperti yang ditetapkan dalam jadual perletakan hak pada Lampiran I hendaklah
luput dan menjadi batal dan tidak sah, melainkan jika dilanjutkan oleh Jawatankuasa
LTIP mengikut budi bicara mutlaknya.
4. Tempoh TM LTIP adalah untuk jangka masa 10 tahun bermula daripada 29 September
2016. Kemudian daripada itu, semua Saham di bawah Geran RS yang tidak diletak hak
adalah dengan serta merta luput dan menjadi batal dan tidak sah dan tidak mempunyai
kuatkuasa apabila tamat tempoh TM LTIP.
Mukasurat 1 daripada 6
Perkhidmatan) sebagai balasan bagi Tawaran ini, tidak lewat daripada satu bulan dari
tarikh surat ini atau suatu tarikh lain seperti yang dilanjutkan oleh Jawatankuasa LTIP
atas budi bicara mutlaknya dan RM2.33 (termasuk 6% Cukai Barangan dan
Perkhidmatan) sebagai bayaran kepada Bursa Malaysia Securities Berhad bagi setiap
letakhak ("Vesting") (tertakluk kepada syarat-syarat letakhak dipenuhi). Kegagalan untuk
mengemukakan Borang Penerimaan mengikut tarikh yang ditetapkan atau tarikh selepas
lanjutan oleh Jawatankuasa LTIP akan menyebabkan Tawaran ini menjadi luput secara
automatik dan adalah batal dan tidak sah dan tidak mempunyai kuatkuasa.
7. Jika anda mempunyai pendapatan bercukai daripada penyertaan anda dalam TM LTIP,
anda dikehendaki melaporkan pendapatan bercukai itu di dalam Borang Nyata Cukai
Pendapatan (Borang B / BE / M) dan anda dikehendaki juga untuk memfailkan kepada
pihak berkuasa cukai yang berkaitan. Kuantum ke atas pendapatan bercukai (jika ada),
ianya akan dikira dan akan dinyatakan di dalam Borang EA yang akan disediakan oleh
Syarikat. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membayar cukai yang berkaitan
Geran RS sepertimana yang telah anda akujanji di dalam Borang Penerimaan.
8. Surat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Undang-Undang Kecil dan melainkan
ditakrif sebaliknya, definisi yang digunakan dalam Surat Tawaran ini hendaklah sama
seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang Kecil. Sekiranya berlaku apa-apa
percanggahan, peruntukan Undang-Undang Kecil (termasuk apa-apa pindaan
kepadanya) akan digunapakai. Salinan Undang-Undang Kecil ini boleh didapati untuk
rujukan anda di pejabat Syarikat yang berdaftar di sepanjang waktu operasi biasa dan
akan kekal untuk rujukan sepanjang tempoh TM LTIP.
9. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia di dalam Surat Tawaran ini, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Yang Benar,
Mukasurat 2 daripada 6
Lampiran I
Tawaran
Geran RS
__________________________________________________________________________
Jumlah Saham yang diperuntukkan kepada anda di bawah Geran RS ini adalah sebanyak
200 unit saham biasa bernilai RM 0.70 sesaham dalam Syarikat, dan setiap geran
hendaklah terletakhak pada tahun perletakan hak dengan syarat-syarat terletakhak yang
dinyatakan seperti jadual bawah:-
Syarat-syarat terletakhak boleh diubah atau dipinda oleh Jawatankuasa LTIP mengikut budi
bicara mutlaknya. Sebelum setiap tahun terletakhak yang dinyatakan di atas, prestasi
Syarikat akan dinilai oleh Jawatankuasa LTIP bagi menentukan sama ada Saham boleh
terletakhak.
Semua saham di bawah Geran berkaitan yang tidak terletakhak pada tahun terletakhak di
atas akan luput dan terbatal dan tidak sah, melainkan jika tahun terletakhak itu dilanjutkan
oleh Jawatankuasa LTIP mengikut budi bicara mutlaknya.
Peruntukan untuk Jadual Perletakan Hak ini adalah tertakluk kepada terma-terma yang
terkandung dalam Undang-Undang Kecil.
Mukasurat 3 daripada 6
Lampiran II
Takrifan
__________________________________________________________________________
Takrif "Orang yang berkaitan" mengikut perenggan 1.01 Keperluan Penyenaraian Pasaran
Utama ("MMLR") Bursa Malaysia Securities Berhad, tertakluk kepada apa-apa pindaan
kepada MMLR dari semasa ke semasa, adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Seseorang adalah disifatkan sebagai Orang yang berkaitan jika orang itu berada di
bawah mana-mana satu daripada kategori berikut:
c. Rakan kongsi pengarah atau pemegang saham utama Syarikat, atau rakan
kongsi seseorang yang berkaitan dengan pengarah itu atau pemegang saham
utama Syarikat;
d. Seseorang yang kebiasaannya atau berkewajipan, sama ada formal atau tidak
formal, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan seseorang
pengarah atau pemegang saham utama Syarikat;
Mukasurat 4 daripada 6
Takrifan "Ahli Keluarga"
2. Seseorang dianggap sebagai ahli keluarga pengarah atau pemegang saham utama
Syarikat jika orang itu termasuk dalam mana-mana satu daripada kategori berikut:
a. Pasangan (suami/isteri);
b. Ibubapa;
c. Anak termasuk anak angkat dan anak tiri;
d. Adik beradik; dan
e. Suami atau isteri orang yang disebut dalam perenggan 2 (c) dan 2 (d) di atas.
Mukasurat 5 daripada 6
BORANG PENERIMAAN UNTUK MENYERTAI PELAN INSENTIF JANGKA PANJANG
TM ("TM LTIP")
Kepada :
Telekom Malaysia Berhad
Pengurus Besar
HC Shared Service Organisation
Tingkat 10 Selatan, Menara TM
Jalan Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur
Saya, dengan ini, tanpa syarat bersetuju untuk menerima tawaran untuk melanggan
Saham Syarikat bernilai RM 0.70 sesaham seperti yang dinyatakan di dalam Surat
Tawaran bertarikh 01 Disember 2016 ("Surat Tawaran") dan dengan ini:-
ii. Saya, memberi kuasa kepada Syarikat untuk membuat potongan sebanyak
RM2.33 (termasuk 6% Cukai Barangan dan Perkhidmatan) atau apa-apa jumlah
yang ditentukan oleh pihak berkuasa berkaitan dari semasa ke semasa dari gaji
saya sebagai bayaran perletakan hak kepada Bursa Malaysia Securities Berhad
(tertakluk kepada setelah syarat-syarat perletakan hak dipenuhi).
iii. Sekiranya potongan gaji bagi bayaran yang di nyatakan di perenggan i dan ii di
atas tidak dapat dilaksanakan oleh Syarikat atas sebab-sebab tertentu, saya
bersetuju dan berakujanji akan membuat penyelesaian sendiri melalui kaedah
yang akan dimaklumkan oleh Syarikat kelak.
iv. Selain daripada fi dan caj pada perenggan i dan ii di atas, saya bersetuju dan
berakujanji akan membuat penyelesaian sendiri segala kos, fi, levi, caj dan/atau
cukai (termasuk tanpa had, cukai pendapatan) berhubung dengan pemberian
Geran dan perletakan hak Saham dalam Geran.
Saya, dengan ini, tanpa syarat tidak bersetuju untuk menerima tawaran melanggan
Saham Syarikat bernilai RM0.70 sesaham seperti yang dinyatakan di dalam Surat
Tawaran bertarikh 01 Disember 2016 ("Surat Tawaran").
Tandatangan :__________________________________
Nama penuh (seperti K/P / Pasport) : Fauziah Bte Saidin
No. K/P / Pasport : 690214125070
Tarikh :
Alamat pejabat :__________________________________
__________________________________
Mukasurat 6 daripada 6