You are on page 1of 1

NOR SYAMIMI BINTI MOHD NOOR,

2015840866,
Fakulti Pengurusan Maklumat,
Universiti Teknologi Mara,
Jalan Muar,
85000, Segamat,
Johor Darul Tazim

Pihak Pengurusan Pejabat Kolej UiTM,


Universiti Teknologi Mara,
Kampung Paya Lebar,
71150, Rembau,
Negeri Sembilan. 27 MAC 2017

Tuan,

RAYUAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI SEPTEMBER 2017 DI UiTM KAMPUS
REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Saya sepertimana nama di atas di atas memohon rayuan untuk terus menduduki kolej bagi sesi
September 2017.

2. Untuk maklumat pihak tuan saya mengalami masalah kewangan kerana pendapatan seisi
keluarga saya tidak mampu menanggung saya jika saya menjadi NR. Dengan pinjaman yang
diberikan kerajaan Selangor juga hanya cukup untuk makan minum serta pembelian buku untuk
pengajian. Saya juga tidak mempunyai kenderaan. Saya merupakan pelajar dari Selangor dan
ia menjadi satu kesukaran bagi saya jika saya terpaksa tinggal di luar kerana kos yang tinggi.

3. Tambahan pula saya seorang perempuan, risiko untuk berlaku perkara yang tidak diingini
lebih tinggi. Saya tidak mahu kerana pengaruh rakan diluar merudumkan keputusan
peperiksaan akhir saya. Saya juga mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan akhir
dengan mendapat Dean List iaitu 3.5. Semasa saya menduduki kolej pada semester yang 1
hingga 4 di UiTM Kampus Segamat, saya telah menyertai pelbagai program yag dianjurkan
UiTM. Selain itu, saya juga tidak terlibat dengan kesalahan tingkah laku.

4. Saya mengharap tuan dapat pertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin tanpa
sebarang keraguan. Saya berjanji akan memenuhi peraturan kolej sewajarnya. Jasa tuan amat
saya hargai dan saya ucapkan terima kasih.

TERIMA KASIH,

Yang benar,

( NOR SYAMIMI BINTI MOHD NOOR )

You might also like