You are on page 1of 3

Laporan Guru Bertugas Mingguan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, selamat


sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru kanan,


rakan guru, pemimpin pelajar dan serta seluruh warga SKBPT yang dikasihi
sekalian.

Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikgu Jumadil bersama seorang
lagi rakan sejawat saya iaitu cikgu Rasiah Atak telah diamanahkan untuk
menjadi guru bertugas memantau dan merekod keadaan persekitaran
sekolah. sepanjang minggu lalu. Terlebih dahulu saya mengambil
kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah
kepada majoriti atau sebahagian besar warga SK Batu Payong Tawau yang
telah berusaha menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang
selesa dan terbaik.

Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas


sepanjang minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah
laku melencong juga didapati tidak lagi dominan dalam kalangan pelajar.
Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif
sekolah menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.

~Kehadiran murid~

Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma
dalam hari-hari tertentu menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca
yang tidak menentu. Faktor hujan yang berterusan sepanjang hari
menyebabkan sebilangan murid terutama yang berjalan kaki ke sekolah
tidak dapat menghadirkan diri ataupun terpaksa datang lewat ke sekolah.
(Majoriti murid di sekolah ini adalah datangnya daripada pejalan kaki yang
tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah).

Beberapa pelajar juga khasnya daripada tahun 5 dan 6 telah terpliih untuk
mewakili sekolah dalam sukan MSSDT selama dua hari iaitu pada 8 dan 9hb
Febuari (Rabu dan Khamis) di Stadium Kompleks Tawau.

~Disiplin, dan Keselamatan~

Beberapa murid khususnya murid tahap 1 telah ditegur ekoran tindakan


mereka bermain dalam keadaan hujan. Akibatnya, pakaian dan kasut
mereka basah kuyup sekaligus telah menyukarkan mereka untuk belajar
dalam kelas dalam keadaan yang selesa.

Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid jatuh sakit. Pada minggu lalu
juga, hanya seorang murid tahun 6 sahaja yang datang membuat aduan
akibat keadaan kesihatannya yang kurang baik. Hasil keizinan daripada
Penolong Kanan 1, murid tersebut telah dibenarkan pulang bersama ibunya
yang datang mengambil di sekolah.

~Sikap dan siasah~

"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam perhimpunan


lalu. Namun terdapat beberapa pelajar yang masih belum mempraktikkan
sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak dengan mana-mana guru
di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja tanpa memberi
salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.

Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi


yang berbudi bahasa. Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid
yang berusaha proaktif membantu guru-guru mereka mengangkat barang-
barang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan
murid-murid lain.

~Kebersihan~

Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan


terdapat beberapa kelas walaupun tempat telah disediakan tong sampah,
namun kertas dan plastik masih lagi bertebaruan di bawah meja. Semasa
pulang sekolah, adalah diharapkan semua murid untuk mengangkat kerusi
masing-masing ke atas meja bagi memperlihatkan ikilm kelas yang teratur
dan kondusif.

Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali
lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua warga SKBPT yang selama ini
berusaha untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh dasar
pendidikan negara. Teruskan tradisi kecemerlangan SKBPT. Buktikan kepada
diri sendiri, orang lain dan dunia luar, SKBPT sentiasa boleh diharap dan
boleh dipercayai.

Akhir kata, kami selaku guru bertugas minggu lalu ingin mengambil
kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul yang
akan disambut pada esok hari. Banyakkan amalan sunat dan senitiasa
berselawat ke atas nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w. Sibukkan diri
dengan amal kebaikan dan kebajikan. Mudah-mudahan Allah memberkati
kita, Insya-Allah.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat belajar...


Ngeee~ (",)

You might also like