You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT DIMAN

21800 AJIL, HULU TERENGGANU


TERENGGANU
No. Tel : 09-6861351
No. Fax: 09-6861351

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI-1 2011


TARIKH : 19 JANUARI 2011(RABU)

TEMPAT : MAKMAL KIMIA

MASA : 2.10 PETANG 3.45 PETANG

KEHADIRAN :

1. PN. NORHAYATI BT ABD. HAMID (Penolong KananPentadbiran)


2. CIK MARIANI BT ISMAIL (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
3. PN. FARHANA BT RAZALI (Ketua Panitia Sains)
4. PN. NIK KAMARIAH BT NIK MAN (Guru Sains/Biologi)
5. CIK ASMAHANIM BT MUSTAPA (Guru Sains/Kimia)
6. EN. ABDULLAH B AB. RAHMAN (Guru Fizik)
7. EN. MOHD AZMI B MOHD GHANI (Pembantu Makmal)
8. PN. NOOREHAN BT A. LATIFF (Pembantu Makmal)
9. PN. MAHERAN BT WAHID (Pembantu Makmal)

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. NOOREHAN BT A. LATIFF

AGENDA MESYUARAT

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI ( PN. FARHANA BT RAZALI)


Majlis dibuka dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas
kehadiran semua guru.

2. UCAPAN DARIPADA GPK PENTADBIRAN (PN. NORHAYATI ABD. HAMID)


2.1 Pembantu makmal dipanggil masuk dalam mesyuarat Panitia Sains.
2.2 Pengurusan panitia, dalam keceriaan makmal dan alat bantu mengajar yang sesuai
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Pertambahan subjek elektif dalam sains seperti Kimia, Fizik dan Biologi, guru-guru
perlu berusaha lebih keras. Makmal perlu lengkap dan ceria untuk keselesaan dan
kecemerlangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Pembantu makmal dibahagikan mengikut aras makmal untuk kemudahan guru. Aras
1 dijaga oleh En. Mohd Azmi, aras 2 dijaga oleh Pn. Maheran manakala aras 3 dijaga
oleh Pn. Noorehan.
1
2.5 Pertandingan 3K ada anugerah untuk makmal, oleh itu guru-guru perlu membantu
dalam menghias makmal masing-masing.
Tindakan: Semua guru sains dan
pembantu makmal

3. PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI


3.1 Pn. Farhana membentangkan pelan taktikal bagi tahun 2011.
(seperti dalam lampiran)
3.2 Cik Mariani memaklumkan bahawa Klinik Sains dan Cakna Sayang tahun 2010 tidak
terlaksana, manakala Kem Matematik dan Sains berjalan seperti yang dirancang. Bagi
Bulan Sanis ditukarkan kepada Minggu Sains
3.3 Cik Mariani juga memaklumkan supaya penambahbaikan dapat dibuat di dalam
Pelan Taktikal dan Operasi.
Tindakan: Ketua Panitia Sains
3.4 Pn. Norhayati mencadangkan supaya makmal dibahagikan kepada guru mengikut
subjek yang diajar, supaya memudahkan guru dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran.
3.5 Cik Mariani memaklumkan bahawa sebarang kerosakan makmal dilaporkan kepada
unit ICT iaitu En. Hasrolizam.
3.6 Pn. Norhayati mencadangkan Taman Sains ditanam dengan pokok-pokok orkid atau
pokok-pokok yang menumpang seperti Tanduk Rusa.
Tindakan: Semua guru sains dan
pembantu makmal

4. ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010/ POST-MORTEM


4.1 Pn. Farhana memaklumkan keputusan peperiksaan bagi Tingkatan 1, 2 dan 4. Bagi
Tingkatan Satu PNGK sebanyak 4.32 dengan bilangan yang mendapat A kosong, B
7 orang dan gagal seramai 49 orang. Bagi Tingkatan Dua, bilangan A kosong, B 7
orang dan gagal seramai 46 orang. Manakala, bagi Tingkatan Empat pula bilangan A
kosong, C+ 3 orang, C 5 orang dan gagal 35 orang termasuk 4 orang kelas 4
Interaktif 1
4.2 Pn. Nik Kamariah memberitahu kebanyakan pelajar 3 Kreatif 3 tidak membawa buku
kerana tidak menyiapkan kerja setelah 3 minggu belajar. Manakala 3 Kreatif 1
setakat ini Alhamdulillah, semua kerja yang diberi disiapkan.
4.3 Cik Mariani memaklumkan supaya disediakan borang target untuk PMR dan SPM
bagi 2011.
Tindakan: Ketua Panitia Sains
4.4 Pn. Farhana menerangkan Volume of Work bagi mata pelajaran Sains.

5. PENGURUSAN FAIL
5.1 Cik Mariani memberitahu tentang rangcangan pelajaran dan membahagikannya
mengikut subjek yang diajar oleh guru. Bagi Tingkatan Satu, Pn. Farhana, Tingkatan
Dua Cik Asmahanim, Tingkatan Tiga Pn. Nik Kamariah, Tingkatan Empat Pn. Farhana
dan Tingkatan Lima Cik Mariani. Manakala bagi subjek elektif sains seperti Fizik En.
Abdullah, Biologi Pn. Nik Kamariah dan Kimia Cik Asmahanim.
Tindakan: Semua guru sains

2
5.2 Cik Mariani memperingatkan supaya profil guru dilengkapkan. Bagi Volume of Work
perlu disediakan mengikut subjek yang diajar oleh guru dan membuat salinan kepada
Ketua Panitia. Guru mesilah mengemaskini fail Peka untuk diserahkan kepada guru
yang mengajar. Sekurang-kurangnya membuat 4 eksperimen dan memilih 3
daripadanya. Sijil Peka mestilah mengikut formatnya.
Tindakan: Semua guru sains

6. HAL-HAL LAIN
6.1 Cik Mariani menyampaikan pesanan daripada Pengetua;
Kelas mestilah bersih sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru-guru dinasihati berdiri ketika mengajar.
Latihan diberikan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dan semak
latihan pelajar.
Cik Mariani menyarankan supaya semua guru sains menyelaraskan cop
untuk menyemak buku. Penggunaan makmal haruslah digunakan
sepenuhnya. Ucapan terima kasih kepada guru-guru kerana menjayakan
Minggu Sains 2010.
Tindakan: Semua guru sains
6.2 Pn. Nik Kamariah memberitahu bahawa makmal Biologi susah untuk menarik papan
putih untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran.
6.3 En. Azmi memaklumkan supaya penyediaan alat radas untuk eksperimen perlulah
diberitahu tiga hari sebelum menjalankan eksperimen.
6.4 En. Azmi mencadangkan supaya semasa mesyuarat diadakan jamuan ringan

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 3.45 PETANG

Disediakan oleh: Disemak oleh,

.......................................................... ....................................................
(CIK ASMAHANIM BT MUSTAPA) (FARHANA BINTI RAZALI)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SMK Bukit Diman SMK Bukit Diman

You might also like