You are on page 1of 4

SK KING GEORGE V, AMPANGAN SEREMBAN

MINIT MESYUARAT BENCANA KALI PERTAMA 2010

TARIKH : 23 MAC 2010

HARI : SELASA

MASA : 3.00 PTG

TEMPAT : BILIK GERAKAN

KEHADIRAN : Seperti yang tercatat dalam senarai kehadiran.

1.0 Ucapan Pengerusi (Tn. Hj Hamzah bin Hj Koleh)

1.1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK yang dapat sama-sama menghadiri

mesyuarat yang pertama ini.

1.2 Memaklumi AJK Bencana pihak sekolah telahpun membuka fail berkaitan

tindakan menangani H1N1 dan Denggi berdasarkan Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil 9/2009 penubuhan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah.

Tindakan : Makluman

2.0 Tujuan Penubuhan (Puan Pozhiah bt Ahmad)

2.1 Tujuan mesyuarat adalah untuk sama-sama membincang tindakan

mengelak bencana dan tindakan menyelamat.

2.2 Fokus bencana, H1N1 dan Denggi.

2.3 Agensi yang terlibat adalah PIBG sekolah, pihak polis, pengusaha kantin

sekolah, Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah dan Syarikat Rokan Manis

(pembersihan kawasan/bangunan sekolah).

2.4 Persediaan pihak sekolah hendaklah ada link dengan Majlis Keselamatan

Negara (MKN 20). Ada dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa

bencana.

2.5 Sekolah sebagai kawasan penempatan dan perlindungan bencana dan

mangsa bencana.
2.6 Tugas guru-guru kenalpasti pelajar yang berisiko atau mempunyai simpton

yang mencurigai H1N1 dan Denggi.

2.7 Alatan yang ada penyukat suhu badan, mask, first aid, sarung tangan

dan sanitizer.

Tindakan : Makluman

3.0 Cadangan Tindakan Persediaan di Sekolah

(Puan Pozhiah bt Ahmad)

3.1 Melibatkan persediaan yang merangkumi penglibatan semua bahagian

Jawatankuasa Bencana.

3.2 Cadangan mesyuarat dua kali setahun atau serta merta bila berlaku

bencana.

3.3 Pihak kantin sekolah penyediaan sanitizer untuk kegunaan pelajar-pelajar.

3.4 Puan Roshidah mencadangkan pemeriksaan saringan pertama semasa

perhimpunan pagi memeriksa suhu badan pelajar yang demam, batuk dan

selsema.

3.5 Puan Hasmida menegaskan peringatan kepada pelajar-pelajar yang

demam, batuk dan selsema supaya mendapatkan rawatan di klinik atau

hospital.

3.6 Puan Juliya mencadangkan penyebaran maklumat kepada ibu bapa/

penjaga pelajar mengikut keperluan.

3.7 Dapatkan pamphlet dan poster pihak kesihatan serta tampal di tempat-

tempat strategik tumpuan pelajar-pelajar.

3.8 Unit 3K sekolah akan mengadakan gotong-royong dan ceramah dalam

bulan Julai mengikut takwim sekolah.

3.9 Syarikat Rokan Manis diminta menggunakan bahan pencuci yang wangi

dan antiseptik yang lebih berkualiti. Longkang pula perlu dibersihkan

sewaktu cuti persekolahan mengelakkan risiko pada pelajar.


3.10 Elakkan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi kedudukan sekolah dalam

kawasan taman perumahan.

3.11 Ahli Jawatankuasa akan diagihkan kepada pecahan kecil Jawatankuasa

Bertindak.

3.12 AJK Bertindak akan sentiasa memantau dan membuat laporan untuk

tindakan lanjut.

Tindakan : Semua AJK

4.0 Hal-Hal lain

4.1 Puan Hasmida mencadangkan menebang pokok kelapa yang terdapat di

tepi padang sekolah yang boleh mengundang bahaya kepada pelajar-

pelajar. Pokok-pokok yang telah ditebang hendaklah diganti dengan

pokok-pokok yang lebih rendang.

4.2 Encik Ahmad Faizal menegaskan kerusi-kerusi lama yang terdapat di

belakang Bilik Kemahiran Hidup yang menjadi tempat takungan air.

4.3 Puan Hjh Umi Kalsom melapor lantai kelas Tahun 6 yang pecah dan perlu

disimen untuk mengelakkan berlaku kemalangan kecil di dalam bilik darjah.

4.4 Puan Zammira mencadangkan penggunaan menyeluruh white board di

dalam kelas untuk mengelakkan bahaya debu penggunaan kapur tulis.

4.5 Puan Hjh Ramlah meminta bantuan Syarikat Rokan Manis untuk

menghapuskan tempat pembiakan jentik-jentik di longkang kawasan

belakang dewan sekolah dan kawasan pokok pisang tepi pagar sekolah.

Beliau juga meminta pihak sekolah memberitahu pekerja sekolah

Membersihkan tandas selepas waktu KAFA. Peralatan mop juga perlu

diganti mengikut keperluan.

4.6 Cik Nor Azzira melaporkan mengenai barang-barang lama yang terdapat di

stor Bilik Muzik dikhuatiri menjadi sarang pembiakan tikus dan nyamuk.

4.7 Pengerusi meminta pihak Syarikat Rokan Manis mendapatkan lori untuk
pembersihan dan pembuangan barangan lama.

4.8 Puan Pohziah meminta kerjasama AJK melaksanakan tugas masing-masing

dan sentiasa membuat laporan dan dokumentasi untuk tindakan yang

selanjutnya.

Tindakan : Semua AJK

5.0 Penutup

Pengerusi berharap AJK sentiasa peka dan meningkatkan pemahaman bantuan

pengurusan bencana di peringkat sekolah. Pemantuan persediaan dalam

meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah dapat dipertingkatkan.

Sokongan dari semua pihak amat penting untuk mewujudkan struktur yang jelas dan

fungsi yang nyata untuk membolehkan perolehan dan penggunaan sumber secara

optima oleh semua pihak yang terlibat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

PN. NOR JULIATI BT HJ AHMAD

NAIB SETIAUSAHA

AJK BENCANA

You might also like