You are on page 1of 7

DEFINISI

Sistem pengangkutan yang berada di Malaysia mempunyai pelbagai jenis. Pelbagai. Antaranya ialah
pengangkutan awam yang mana ia merupakan pengangkutan yang membawa penumpang daripada
satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa menggunakan kenderaan sendiri sepertimana diterangkan
oleh Wikipedia.

Berdasarkan sumber Kamus Dewan dan Pustaka melalui keluaran edisi yang keempat, pengertian,
konsep dan takrifan pengangkutan awam yang merangkumi pelbagai jenis kenderaan antaranya
ialah kereta api, bas, teksi, LRT, Monorel, mahupun yang akan datang MRT (mass Railt Transit)
adalah merupakan kenderaan yang seringkali digunakan oleh orang awam untuk ke lokasi yang
diinginkan dengan kadar bayaran dan tiket yang telah ditetapkan.

Hari ini lebih ramai yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam berbanding pilihan
kenderaan sendiri untuk ke tempat membeli belah, lokasi pejabat dan tempat kerja, mahupun
urusan yang lain di ibukota Kuala Lumpur contohnya.

Disebabkan sistem pengangkutan seperti pengangkutan awam adalah kegunaan orang ramai atau
orang awam, segala undang-undang, cara operasinya, jadual perjalanan dan senarai laluan dan kadar
bayaran adalah tertakluk di bawah penyeliaan dan pemantauan pihak berkuasa.

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana
penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara
amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas
boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu
mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.Pengangkutan awam biasanya menawarkan
perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang
bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat
membeli-belah atau institusi pendidikan

KARANGAN TENTANG MASALAH PENGANGKUTAN

Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari
satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan
marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas
awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak
usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh
lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus
difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.

...........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi
penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan
rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih
kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang
dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam
hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus
diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun
menggunakan pengangkutan awam tersebut.
............Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya
yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam
tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak
mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan
sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah
tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang
mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan
sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada
masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.

...........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan
perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya
terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini
bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di kawasan
itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen
LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang
lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh
kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

............Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka
seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat
mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan
kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi
satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara
kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih
mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan
penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus
untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta
masyarakat awam yang lain.

...........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang
awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana
kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan
sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai
untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota
Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang
ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja
menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis
biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna
pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita
tidak menjadi indah khabar dari rupa.

...........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh
pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita
bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan
utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal
dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila
isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya
kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah.

MASALAH PENGANGKUTAN
1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan
asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baik-keluarkan asap kotor.
2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta
api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau
ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal
berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lama-keluarkan bunyi tidak menyenangkan
3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan
perairan-kehidupan akuatik terancam
4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRT-kereta
diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut
jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas
5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja,
tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa.
6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara
merbahaya
7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardin-penumpang
menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukar-tiada sistem tiket
bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah
lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa)
8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes
jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi
stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-
henti.
9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meter-pemandu
teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong.
10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi
semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas
henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan
bas

11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat


12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi,
bunyi bising
Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah.
Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk
sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama
untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.
Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja. Anda
boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah
pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu
lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda
syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan
kesalahan berulang-ulang.

2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen
berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah)

3) Pendidikan alam sekitar

4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan
petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara

5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti


bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya.

6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan


perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama,
Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan
laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" ..7)
Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel
kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan.

8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan
NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari
kenderaan bermotor.

9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)

* Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian.

Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama
mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh
pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan
berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak
berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang
melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu
tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang
mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah
pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan
Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh
pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis
asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang
tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah
tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang
pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha
mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori,
teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan.
Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya
memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau
pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah
dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan
penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam
sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena
Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).

8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak,
kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara
Singapura.

MASALAH PENGANGKUTAN

1.Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT mengenakan bayaran
yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT
hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan
kesesakan lalu lintas.Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang
anak, ibubapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Bayangkan
jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang
bas/van sekolah mencecah RM500

2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang
menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika
pemandu bas menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab.Kemalangan yang
melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas
sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa berdiri
di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.

3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan
teksi telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk
menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam
keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya
mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan penumpangnya
yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini
biasanya melebihi muatan.

4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu
petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan
baik. Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala
Lumpur.

5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa menunggu
perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan
penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.

6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat menyebabkan tambang
pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat. Anggaran
perbelanjaan bulanan untuk tambang bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi
seorang penumpang.

7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van sekolah adalah kenderaan
lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

8. Pencemaran udara ~ Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi menggunakan minyak
diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam
yang berjelaga yang mencemarkan udara.

9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan suasana yang
membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh
mengganggu ketenangan penumpangnya.Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan
terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal
terbang yang sedang berlepas.

10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang yang membuang sisa minyak ke
dalam sungai telah menyebabkan air sungai tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan
akuatik.

CADANGAN PENAMBABAIKAN

Kualiti pengangkutan awam di Malaysia hendaklah dipertingkatkan oleh kerajaan dengan


mewujudkan pasukan pengurusan yang dinamik dan mantap setiap geri kerjanya.

Pengangkutan awam perlu diperbanyak oleh kerajaan untuk menampung dan memenuhi
permintaan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di bandar-bandar utama.

Sistem pengangkutan awam yang disediakan kerajaan mestilah tidak memerlukan masyarakat untuk
kerap kali bertukar rangakaian atau station sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Cara yang lebih mudah dan senang hendaklah difikirkan oleh kerajaan untuk masyarakat membeli
tiket pengangkutan awam seperti dengan menyediakan kemudahan sistem membeli tiket secara
bersepadu.

Supaya tidak membebankan pengguna yang berpendapatan rendah terutamanya, harga tiket murah
dan berpatutan atau mampu milik perlulah ditetapkan oleh kerajaan.

Bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, kajian secara menyeluruh mengenai
permasalahan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam perlu dilaksanakan oleh Sistem
Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah dipastikan pengusaha pengangkutan awam
supaya jadual yang dirancang dapat ditepati agar pembaziran masa pengguna tidak akan berlaku.

Kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan boleh ditingkatkan oleh pengusaha pengangkutan awam
dengan meletakkan radio dan televisyen agar pengguna lebih berasa selesa dan terhibur apabila
menaiki kenderaan mereka.

Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-masing oleh pengusaha
pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan
melanggar etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam.

Keselamatan kenderaan yang ditinggalkan kepada pengguna mestilah dipastikan oleh pengusaha
agar pengguna lebih yakin dan selamat untuk menggunakan pengangkutan awam.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia
perlulah diuar-uarkan oleh media massa.

Saranan kerajaan hedaklah disahut oleh masyarakat supaya pengangkutan awam di Malaysia
digunakan oleh orang ramai.

Penerangan kepada para pelajar perlulah diberikan oleh pihak sekolah berkenaan dengan
kepentingan menggunakan pengangkutan awam di seperti contohnya dapat mengurangkan
pencemaran udara melalui pembebasan asap yang keluar dari kenderaan, kemalangan jalan raya
dapat dielakkan dan kesesakan lalu lintas juga dapat dielakkan.

You might also like