You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG, MELAKA

MESYUARAT AJK PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI


PERTAMA 2017

TARIKH : 19 JANUARI 2017

HARI : JUMAAT

MASA : 1.45 PM

TEMPAT : BILIK RBT

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Wakil Pentadbir
3. Pengurusan panitia
4. PCG
5. Hal- hal lain
SEKOLAH KEBANGSAAN KELEBANG, MELAKA

MESYUARAT AJK PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI KALI


PERTAMA 2017

TARIKH : 19 JANUARI 2017

HARI : JUMAAT

MASA : 1.45 PM

TEMPAT : BILIK RBT

KEHADIRAN :

1. PN HASNAH BT HASSAN
2. ZAMIR B ABD RAHMAN
3. PN HANIDA BT OMAR
4. PN NORHAYATI BT ISMAIL
1.0 UCAPAN KETUA PANITIA ( PN HASNAH BT HASSAN )
1.1 Pn Hasnah mengucapkan terima kasih kepada Pn Hanida selaku wakil
pentadbir dan AJK yang lain kerana dapat hadir dan bersama-sama
berbincang bagi menambah baik mutu pendidikan dalam subjek RBT di
SKKB.

2.0 UCAPAN PN HANIDA


2.1 Puan Hanida mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang
hadir bagi mesyuarta kali pertama ini dan berharap semua ahli dapat
melaksanakan tugas-tugas dengan amanah dan efektif.
2.2 Beliau juga berharap bilik RBT di SKKB dapat ditingkatkan tahap
keceriaanya untuk menjadi lebih kondusif.
2.3 Puan Hanida juga berpesan agar peruntukan PCG dapat digunakan dengan
sebaiknya pada waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.0 PENGURUSAN PANITIA RBT


3.1 Pn Hasnah memaklumkan ada cadangan daripada panitia TMK dan panitia
RBT untuk mengajar secara bergilir selang seminggu untuk subjek TMK dan
RBT. Pn Hanida memaklumkan agar kita perlu akur dengan arahan daripada
JPN untuk membahagikan murid kepada 2 kumpulan dan tidak boleh
diselang selikan waktu mengajar.

Tindakan : Makluman

3.2 Pn Hasnah membuat peringatan kepada setiap AJK agar menyediakan RPT
segera agar tajuk yang diajar dapt mengikut kesesuaian yang telah
ditetapkan.

Tindakan : Semua AJK

3.3 Menurut beliau lagi bagi subjek RBT terdapat 2 buah buku yang digunakan,
iaitu buku latihan dan buku nota.

Tindakan : Semua AJK


3.4 Bagi pemarkahan subjek RBT pula, Pn Hasnah menekankan pembahagian
markah 80 % peperiksaan dan 20 % kerja projek.

Tindakan : Makluman

4.0PENGURUSAN PCG

4.1 Pn Hasnah memaklumkan bahawa peruntukan PCG belum diturunkan, jadi


tiada lagi pembelanjaan yang dibuat. Beliau juga memaklumkan kepada AJK
, jika ingin membuat pembelian barang-barang atau alatan RBT boleh
memaklumkan kepada beliau.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL- HAL LAIN


5.1 Pn Hanida memberi cadangan agar bilik RBT ditambah keceriaannya, agar
dapat menarik minat murid-murid untuk berada di dalam bilik RBT.
5.2 Pn Norhayati memaklumkan alatan projek bagi hidroponik tidak mencukupi
disamping alatannya agak mahal. Beliau mencadangkan untuk mengunakan
barang kitar semula.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 pm.

Disediakan oleh,

(ZAMIR BIN ABD RAHMAN)

Setiausaha Reka Bentuk & Teknologi,

SK Kelebang Besar, Melaka

You might also like