You are on page 1of 4

KERTAS 2

Bahagian B

Soalan 1

a) i. Jenis milikan perniagaan Restoran Fatimah dan Farah ialah perkongsian. Perniagaan
jenis perkongsian merupakan perniagaan :-

- yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi dua puluh orang
bagi perniagaan perkongsian biasa.
- Bagi institusi kewangan dan bank, bilangan pemilik paling maksimum ialah 10 orang.
- Modal perniagaan diperolehi daripada sumbangan rakan-rakan kongsi.
- Rakan kongsi dikehendaki menyumbang modal mengikut nisbah yang telah
dipersetujui dalm perjanjian perkongsian.
- Surat perjanjian perkongsian menentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi
serta syarat-syarat lain.
- Perniagaan perkongsian biasanya diuruskan oleh rakan kongsi aktif.
- Rakan kongsi terbahagi kepada rakan kongsi aktif, rakan kongsi lelap, rakan kongsi
terhad dan rakan kongsi nominal.
- Sebagai ganjaran, rakan kongsi aktif akan dibayar upah atau gaji mengikut syarat
perjanjian.
- Rakan kongsi terhad, rakan kongsi lelap dan rakan kongsi nominal tiada ha katas
pengurusan perniagaan
a) ii. Saiz perniagaan Restoran Fatimah dan Farah ialah bersaiz kecil. Dua kriteria yang
menentukan saiz sesebuah perniagaan adalah jumlah jualan tahunan dan jumlah pekerja
tetap.

I) Jumlah Jualan Tahunan:-


- Jumlah jualan tahunan yang rendah adalah kriteria bagi sesebuah perniagaan
bersaiz kecil.
- Manakala jualan tahunan yang tinggi adalah kriteria yang menunjukkan
perniagaan itu bersaiz besar.
- Jumlah jualan tahunan bagi pengilangan adalah dari RM300 000 hingga
kurang dari RM15 juta.
- Jumlah jualan tahunan bagi perkhidmatan adalah dari RM300 000 hingga
RM3 juta.

II) Jumlah Pekerja Tetap :-


- Jumlah pekerja tetap yang ramai meunjukkan kriteria perniagaan tersebut
adalah bersaiz besar.
- Manakala sebaliknya bilangan pekerja yang sedikit menunjukkan
perniagaan tersebut bersaiz kecil.
- Jumlah pekerja tetap bagi pengilangan ialah dari 5 hingga 75 orang pekerja.
- Jumlah pekerja tetap bagi perkhidmatan pula ialah 5 hinnga 30 orang
pekerja.
b) Beza antara perniagaan bersaiz kecil dan besar adalah

Perniagaan Bersaiz Kecil Perniagaan Bersaiz Besar

Bilangan pekerja yang sedikit Bilangan pekerja yang ramai


Jumlah jualan tahunan kecil Jumlah jualan tahunan besar
Fleksibel Birokrasi
Jumlah jualan tahunan RM300 000 hingga Jumlah jualan tahunan RM50 juta dan ke atas
kurang 15 juta bagi aktiviti pengilangan bagi pengilangan
Pekerja tetap 5 hingga 75 orang bagi aktiviti Pekerja tetap 200 dan ke atas bagi aktiviti
pengilangan pengilangan
Jumlah jualan tahunan RM300 000 hingga Jumlah jualan tahunan RM20 juta ke atas
RM3 juta bagi aktiviti perkhidmatan bagi aktiviti perkhidmatan.
Kurang berdaya saing, iaitu sukar menguasai Berdaya saing, iaitu mudah menuasai
pasaran. pasaran.
Soalan 2

a) i. Bentuk perniagaan yang sesuai untuk Encik Qausar adalah perniagaan jenis
francais. Francais merujuk kepada hubungan dua pihak dari segi perjanjian
urusniaga antara francaiso dan francaisi.
- Perniagaan francais mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah
ditetapkan oleh francaisor.
- Perniagaan ini dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Francaisi berhak menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor.
- Francaisor mengenakan kawalan berterusan kepada francaisi.
- Francaisor bertanggungjawab memberikan bantuan kepada francaisi.
- Francaisi akan membuat sesuatu bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan
lain yang telah dipersetujui.
- Perniagaan dijalankan secara berasingan.
- Francaisi iaitu Encik Qausar perlu menyediakan modal untuk menubuhkan
francaisnya.
- Francaisor akan membuat promosi, menjalankan penyelidikan dan
pembangunan produk lain serta membekalkan stok.

ii.
b) i.
ii.

You might also like