You are on page 1of 1

Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan

dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang
untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai
melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya,
tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam
membentuk perpaduan kaum.

Penyusunan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan
keharmonian rakyat dan negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional. Melaluinya,
remaja pelbagai kaum ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan
bekerjasama menjalankan aktiviti, berinteraksi dan bergaul mesra. Dengan itu,
mereka terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia. Persefahaman lebih
erat memupuk rasa kekitaan. Selain kerajaan, masyarakat sendiri perlu turut memikul
peranan ini. Media massa adalah saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang
ramai dengan efisien dan penting bagi memperbaiki hubungan kaum.

PLKN medan pupuk perpaduan


BINTULU 12 Okt. - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan medan bagi
memupuk hubungan baik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di
negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Awang Alik Jeman
berkata, dalam program itu, pihaknya sentiasa menggesa semua pelatih di pusat-pusat
PLKN mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain.

Katanya, selain di sekolah, pusat latihan PLKN diyakini menjadi tempat untuk
pelatih meningkatkan jati diri, memahami budaya dan adat masyarakat lain.

?Negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, pusat latihan seperti ini
dilihat mampu mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara semua kaum.

?Di sini pelatih berpeluang mengenali antara satu sama lain selain berkongsi budaya
dan adat resam antara suku kaum yang lain," katanya ketika mengadakan lawatan di
Kem PLKN Similajau, di sini hari ini.

Antara lokasi lain yang turut dilawati beliau termasuklah tinjauan ke atas pondok
yang dibina di Kem Ikhtiar Hidup bagi menjerat haiwan liar di dalam hutan.

You might also like