You are on page 1of 3

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Bermula pada tarikh 26.10.2010 Kelas Pendidikan Khas Integrasi telah dibuka di SMK.Dato Seri
Maharaja Lela. Pada ketika itu,program Pendidikan Khas Integrasi ini dikendalikan oleh dua orang guru
iaitu Pn. Aizah bt Maad dan En.Azizul Abdul Aziz.Masing masing merupakan seorang guru tetap dan
guru Guru Sandaran Tidak Terlatih.

Program PPKI telah bertapak di bekas kediaman guru yang sedia ada. Maka bermulalah aktiviti
aktiviti untuk pelajar yang ketika itu seramai 3 orang. Dua orang adalah pelajar lelaki dan seorang pula
pelajar perempuan.Jarak dari sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah adalah 38km.

Terkini,pelajar-pelajar Pendidikan Khas Integrasi telah bertambah seramai 9 orang terdiri daripada 4
lelaki dan 5 perempuan.Mereka mempunyai pelbagai masalah pembelajaran iaitu `sindrom down
,`disleksia,`slow learner dan terencat akal.

Manakala terdapat 2 orang guru tetap iaitu Pn.Aizah bt Maad yang masih kekal dan seorang guru baru
En.Ikram b.Abu Hasan.Pada tahun 2011 pihak Jabatan Pelajaran Perak pula telah menghantar seorang
pembantu Pengurusan Murid iaitu Pn. Albusra bt Ismail.Namun Pn.Albusra telah meninggal dunia akibat
penyakit kanser yang dihidapinya pada tahun 2012.

Pada 2013,pelajar telah bertambah menjadi 16 orang pelajar iaitu 10 orang lelaki dan 6 orang
perempuan.Jumlah pelajar aliran perdana di sekolah ini adalah 991.Jumlah ini tidak termasuk pelajar
pendidikan khas.Jawatan pembantu pengurusan murid masih belum diisi sehingga kini.

Kini 2014 kelas telah bertambah menjadi tiga buah kelas yang dimulai dengan kelas Satria,Waja dan
Wira.Seiring dengan pertambahan kelas seorang guru Pendidikan Khas baru telah ditempatkan di
program ini iaitu Pn Hazlina Bt Mat Sapar berasal dari negeri Kedah dan menetap di Sitiawan.Jumlah
pelajar setakat ini adalah 16 orang dengan nisbah 8 lelaki dan 8 perempuan.Jawatan pembantu
pengurusan murid telah diisi oleh Pn.Noraini bt Idris yang memulakan tugas pada awal tahun itu.

Pada 2 Julai 2014 program telah menerima seorang guru baru dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris,Tanjung Malim.Menjadikan jumlah guru 4 orang dan seorang pembantu pengurusan murid (PPM).

Tahun 2015 menyaksikan pertambahan pelajar daripada 16 kepada 25 orang .Kelas baru juga telah
diwujudkan dan diberi nama Inspirasi.Kesemua kelas yang beroperasi setakat ini berjumlah 4 buah kelas.

Awal bulan Febuari 2016 PPKI Tok Lela telah menerima 3 orang guru yang terdiri dari 2 orang
perempuan dan seorang lelaki .Manakala pada bulan Mei terdapat pertambahan seorang pembantu
pengurusan murid yang menjadikan jumlah terkini 2 orang. Kesemua guru yang ada setakat ini
berjumlah 7 orang dan 2 pembantu pengurusan murid.

Pada bulan Mac 2016 menyaksikan perubahan yang berlaku dalam kepimpinan Penolong Kanan
Pendidikan Khas iaitu En.Jeyarathnakumar@Thiravianathan yang telah hadir mengetuai PPKI SMK.Dato
Seri Maharajalela selama 3 bulan .Namun beliau telah bertukar ke SMK.Seri Iskandar ,Bota pada bulan
Jun.Pimpinan yang terkini hadir pada bulan Julai Pn.Azizan bt Soid telah datang dari SMK.Seri
Iskandar,Bota menggantikan En.Jeya dan kini bertugas sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di PPKI
SMK.Dato Seri Maharajalela.Manakala pertambahan murid seramai 11 orang pelajar telah menjadikan
jumlah pelajar terkini adalah 36 orang dan wujud sebuah lagi kelas yang baru diberi nama Juara.Terdapat
5 buah kelas yang beroperasi sehingga tahun 2016.
Fokus utama program Pendidikan Khas Integrasi adalah untuk membimbing dan membentuk pelajar-
pelajar yang dapat berdikari,berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada kepada
keluarga dan masyarakat.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insane yang
berkemahiran,berhaluan,berupaya,beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI PENDIDIKAN KHAS PPKI MAHARAJA LELA

Menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti
kepada keluarga dan masyarakat.

VISI PENDIDIKAN KHAS PPKI MAHARAJA LELA

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid bekeperluan khas kearah


kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

APA DIA PENDIDIKAN KHAS

Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.Pendidikan khas yang menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-
perkhidmatan sekolah biasa. Calatta,R.A & Tompkins J.R,Fundamentals of Special Education.1999

Kanak kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa(1) dalam cirri-ciri mental (2)
keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ckiri-ciri saraf dan otot atau fizikal pelbagai kekurangan
sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai,atau perkhidmatan-perkhidmatan
pendidikan khas,supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Kirk,S,A. et.al. Educating Exceptional Children.1993

You might also like