You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Segala puji yang selayaknya untuk Allah,kepada-Nya kita memohon


keampunan,kepada-Nya juga kita memohon perlindungan daripada segala keburukan. Selawat
dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad yang banyak berjasa kepada kita.

Dalam melaksanakana tugasan Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970,


pelbagai pihak yang sudi telah menghulurkan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya kepada
saya. Pada kesempatan ini, tidak lengkap sekiranya saya tidak zahirkan rasa syukur dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu saya dalam pelbagai sudut
untuk menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih khusus kepada pensyarah subjek
Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970 iaitu En. Muhamad b. Tayab atas tunjuk ajar
dan bantuan beliau sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Beliau telah bersusah payah
dalam memberi taklimat dan tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini.
Justeru itu, tanpa bantuan beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang membantu
saya melaksanakan tugasan ini. Semasa kami menerima tugasan ini daripada pensyarah, kami
telah berkerjasama bagai aur dengan tebing untuk sama-sama mencari bahan dan maklumat
yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Rakan-rakan saya juga sanggup berkongsi maklumat
tanpa adanya sikap mementingkan diri. Lebih-lebih lagi, rakan-rakan saya sering memberi
motivasi dalam melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga penghargaan buat insan teristimewa iaitu ibu bapa saya
yang amat dicintai iaitu En Sabudin Bin Omar dan Pn Rosemini Binti Idris. Ibu bapa saya telah
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sama ada dari segi mental ataupun dari
segi kewangan. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya

1
2
TUGASAN PROJEK ( ESEI )

1.a) MIGRASI DAN CARA KEMASUKAN IMIGRAN DI TANAH MELAYU

PENGENALAN

Migrasi ialah penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan
menetap secara sementara atau kekal. Migrasi melintasi sempadan negeri, kawasan, negara
atau antarabangsa. Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, detik penting telah berlaku
kerana bukan sahaja struktur politik di Tanah Melayu yang berubah, bahkan telah berlaku juga
perubahan dalam sosial dan ekonomi. Pada abad ke 19 inilah penghijrahan telah berlaku
secara rancak. Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu misalnya telah mengundang
pelbagai reaksi daripada pelabagai golongan di Tanah Melayu bahkan dasar British terhadap
isu tersebut berubah dari semasa ke semasa iatu memperkenalkan dasar pecah dan perintah
( Mohamad Salleh 1997). Penghijrah ini telah berpanjangan sehingga abad ke-20 dan
menyebabkan bilangan migrasi menjadi ramai. Penghijrahan ini mula berlaku dengan
kedatangan pihak British ke negeri-negeri Melayu iaitu sejak pengambilan Pulau Pinang ada
tahun 1786 yang melibatkan Sultan Abdullah dan Francis Light sehinggalah campur tangan
secara rasmi oleh pihak British dalam negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

PENGHIJRAHAN ORANG CINA

- Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu

Pihak British telah menggiatkan perlombongan bijih timah, perladangan getah dan sistem
pertanian komersial. Ini kerana mereka di dorong oleh dasar kuasa eropah yang ingin mencari
kekayaan untuk kepentingan diri mereka sendiri lalu menyebabkan Tanah Melayu menjadi
tumpuan mereka. Revolusi perindustrian iaitu dalam proses pengetinan makanan dan
pembuatan tayar dan sarung tangan membuatkan British menjajah Tanah Melayu kerana
Tanah Melayu terkenal dengan kekayaan hasil bumi. Bagi menjayakan kegiatan ekonomi
tersebut dan memperoleh keuntungan yang lebih,maka pihak British memerlukan tenaga buruh
yang ramai dan murah bagi memperoleh lebih banyak hasil dan minimumkan kos tenaga
buruh.Ini adalah kerana penduduk tempatan tidak menunjukkan minat kerana mereka dan tidak
mempunyai kemahiran bagi bekerja dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan

3
getah.Masyarakat Melayu lebih berminat terhadap pekerjaan mereka yang diwarisi secara
turun-temurun. Bagi menampung kekurangan tenaga buruh dan untuk menggiatkan ekonomi
kapitalis,pihak British perlu membawa masuk buruh dari luar. Kebanyakan buruh yang dibawa
masuk oleh pihak British adalah berasal dari negara China dan India.

Migrasi masyarakat Cina dan India mengikut para sejarawan, telah berlaku sejak abad
ke-15 lagi iaitu ketika zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Hal ini dapat dilihat dan
dibuktikan dari wujudnya kaum Baba dan Nyonya yang menetap di Melaka. Namun begitu,
kemasukan secara besar-besaran dan sistematik telah berlaku pada akhir abad ke-18 selepas
penaklukan Pulau Pinang dan Singapura. Orang Cina yang datang ke tanah melayu berasal
dari selatan China, terutama dari daerah Kwangtung, Hainan, Kwangsi dan Fukien. Meraka
berasal dari puak yang berbeza. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam
dan Hokkien. Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan
Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan
kembali ke negara asal. Namun, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina
mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.

Hal ini kemudiannya menyebabkan terbentuknya satu masyarakat Cina yang pelbagai di
negara ini. Kedatangan mereka didorong oleh huru hara yang berlaku di selatan China.
Penderitaan meraka ditokok oleh kekurangan hasil pertanian yang berlaku dari semasa ke
semasa juga menjadi pendorong terhadap penghijrahan masyarakat Cina ke Tanah Melayu.
Selain itu, terdapat juga faktor penolak dan faktor dalaman yang mendorong penghijrahan
masyarakat Cina ke Tanah Melayu.

- Faktor penolak dan dalaman penghijrahan orang Cina

Antara faktor penolak ialah disebabkan oleh kepadatan penduduk di negara China.
Kapasiti penduduk negara China yang ramai dan pengeluaran makanannya yang tidak
seimbang menyebabkan berlakunya ketidakcukupan makan. Hal ini menyebabkan berlakunya
kebuluran di negara China. Antara tahun 1751 sehingga tahun 1851, penduduk China telah
bertambah dari 182 juta orang kepada 432 juta orang. Namun begitu, hasil pertanian semakin
merosot. Ini menyebabkan kehidupan rakyat negara China menjadi susah dan terjadinya
kebuluran. Sebab kedua berlakunya migrasi masyarakat Cina ialah disebabkan oleh bencana
alam. Kesengsaraan rakyat negara China semakin bertambah teruk dengan berlakunya

4
bencana alam yang telah memusnahkan sebahagian besar kawasan pertanian yang terdapat di
China. Sepanjang tahun 1240-an sehingga tahun 1850-an, negara China mengalami banyak
bencana alam seperti kemarau panjang di Wilayah Hunan di Utara China dan banjir besar di
sekitar lembah sungai Yangtze dan sungai Hwang Ho yang terletak di Selatan China. Kejadian
ini telah memusnahkan kawasan pertanian serta hasil pertanian dan menyebabkan berlakunya
masalah kebuluran.

Sebab yang ketiga ialah berlakunya peperangan dalam negara China. Sebagai contoh,
semasa pemerintahan Dinasti Manchu (1644-1911), pemberontakan dan kekacauan sering
berlaku akibat perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan Taiping (1850-1864) dan
Pemberontakan Boxer (1899-1900). Huru-hara dan banyak nyawa terkorban menjadi ketakutan
orang Cina untuk berhjirah ke luar, khususnya ke Tanah Melayu (Ruslan zainuddin,
2010).Disamping itu, sebab yang mendorong kepada terjadinya migrasi ialah pegangguran.
Pengangguran ini mula terjadi apabila berlakunya kemasukan orang asing ke negara China.
Pembukaan perusaharaan dari barat menyebabkan perniagaan orang Cina semakin merosot.
Selain itu,barangan yang di bawa masuk ke Cina dari Barat secara banyak dan dijual dengan
harga yang murah menyebabkan permintaan terhadap barangan tempatan semakin berkurang
dan menjadi tidak laku. Disamping itu, orang Cina yang terlibat dalam sistem pengangkutan
awam seperti kereta kuda dan tongkang terpaksa menganggur akibat pengenalan
pengangkutan moden dari Barat. Kesengsaraan dan masalah kemiskinan ini telah mendorong
masyarakat Cina mencari kehidupan yan lebih terjamin.

Dasar dari kerajaan Manchu juga menjadi faktor penolak bagi orang cina untuk berhijrah
ke Tanah Melayu. Kerajaan Manchu telah mengenakan cukai yamg tinggi untuk menanggung
kos pentadbiran yang semakin bertambah dan ini telah menambah beban rakyat China.
Akibatnya, rakyat tidak mampu membayar cukai yang tinggi disebabkan tanaman mereka
musnah akibat daripada bencana alam. Ini mengakibatkan para petani terpaksa menggadaikan
tanah mereka untuk membayar cukai. Oleh disebabkan desakan ini, orang Cina terpaksa
berhijrah ke Tanah Melayu.

Antara faktor dalaman yang mendorong penghijrahan masyarakat Cina ialah


perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Tanah Melayu mula menghadapi perkembangan
ekonomi sejak abad ke-19. Tanah Melayu memiliki peluang pekerjaan yang banyak terutama di
kawasan perlombongan bijih timah, dalam sektor penanaman lada hitam dan getah. Menurut
Ranjit Singh Malhi (1985), pada tahun 1820 terdapat 8300 orang Cina di Pulau Pinang

5
manakala pada tahun 1822 terdapat 1150 orang Cina di Singapura. Bilangan imigran Cina di
Melaka pula pada tahun 1826 ialah seramai 4100 orang. Pada tahun 1899 hingga tahun 1900,
terdapat 100 ribu orang Cina menetap di Tanah Melayu akibat penghijrahan orang Cina secara
besar-besaran ekoran kenaikan harga bijih timah. Kemajuan perusaharaan getah juga menarik
kedatangan imigran. Pada tahun 1931, hampir separuh daripada golongan yang terlibat dalam
perusaharaan getah ialah orang Cina.

Faktor dalaman kedua yang mendorong kedatangan imigran Cina ialah dasar Inggeris di
Tanah Melayu. Kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladangan dan perlombongan bijih
timah menyebabkan Inggeris menggalakkan kedatangan imigran dari Cina. Ini kerana orang
Melayu lebih menumpu kepada ekonomi sara diri. Bagi menarik minat orang Cina untuk datang
ke Tanah Melayu, British telah menstabilkan politik bagi menjamin keselamatan harta benda
dan nyawa orang Cina di Tanah Melayu. Buktinya, British berjaya menamatkan perang larut
yang terjadi diantara kongsi gelap Cina, perang klang dan membanteras masalah pelanunan.
Disamping itu juga, Bitish tidak mengenakan sekatan terhadap buruh Cina. Dengan itu, orang
Cina digalakkan masuk ke Tanah Melayu tanpa had sehingga tahun 1929. Kehadiran imigran
Cina mampu mengatasi masalah kekurangan buruh dalam sektor perlombongan. Hasrat British
untuk mengeksploitasi hasil kekayaan di Tanah Melayu dapat dicapai.

- Cara kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu

Terdapat beberapa cara kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu. Antaranya ialah
melalui sistem tiket kredit. Dengan cara ini, orang Cina yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu
akan dikumpulkan oleh Kheh-thau(ketua), iaitu orang yang bertanggungjawab mengumpulkan
masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan. Mereka akan dibekalkan
dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada
mereka bebas atau berhutang. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran
Cina yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dikenali Sin kheh dan diletakkan di
bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran
daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan
perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa tertentu sehnggalah hutang tambang mereka
dilangsaikan. Setelah hutang tambang mereka dilangsaikan, sin kheh bebas untuk berkhidmat
dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Pada bulan Mac 1872 , kerajaan British di Tanah
Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindungan buruh dari China. Beberapa undang-

6
undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh. Dan pada 30 Jun 1914,
sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan sistem pengambilan kakitangan ataupun
pengambilan rumah kongsi.

Melalui sistem pengambilan kakitangan, majikan yang memerlukan buruh akan


menghantar pegawai sebagai wakil ke China untuk mendapatkan buruh. Segala tambang dan
perbelanjaan buruh sepanjang perjalanan akan di biayai oleh majikan. Oleh itu, pegawai yang
dihantar ke China oleh majikan untuk melaksanakan sistem pengambilan kakitangan ini perlu
bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh ini sehingga mereka sampai ke tempat majikan
untuk bekerja. Di bawah sistem rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh
seorang pegawai China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan
membiayai semua perbelanjaan buruh sepanjang perjalan sehingga mereka sampai di rumah
kongsi di Tanah Melayu. Apabila buruh dihantar dan diserahkan kepada tuan yang memiliki
rumah kongsi, pegawai akan dibayar dengan kadar yang tertentu seperti yang dipersetujui bagi
setiap buruh yang dibawanya.

PENGHIJRAHAN ORANG INDIA

- Penghijrahan orang India ke Tanah Melayu

Di samping itu, seperti orang Cina, orang India juga mula berhijrah dan menetap di Tanah
Melayu selepas tamatnya perang dunia ke-2. Penghijrahan imigran India secara besar-besaran
ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai
diperlukan dalam bidang pertanian, khususnya tanaman getah. Maka, oleh sebab itulah jumlah
masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu. Buruh India berhijrah dari
India Selatan dan mereka berasal dari Nagapatam dan Madras. Buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu sejak pembukaan Pulau Pinang oleh pihak British. Di Pulau Pinang buruh India
telah bekerja di ladang-ladang tebu. Terdapat juga buruh-buruh India berhijrah ke Selangor
untuk bekerja di ladang kopi. Kebanyakan dari orang India tinggal di estet-estet atau ladang
getah dan ladang kelapa sawit. Ada sebahagiannya yang menetap di banda-bandar seperti
Ipoh,Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Taiping dan Singapura.

7
- Faktor-faktor menolak dan menarik penghijrahan orang India

Sebab orang India berhijrah ke Tanah Melayu adalah sama seperti orang Cina iaitu
disebabkan oleh masalah kepadatan penduduk. Masalah pertambahan penduduk yang pesat,
daripada 130 juta orang (1845) meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941 (Ruslan
Zainuddin, 2004).Kepincangan dan kesengsaraan hidup mendorong migrasi orang India ke
Tanah Melayu. India menghadapi masalah kepadatan penduduk yang tinggi sedangkan
keluasan kawasan pertanian di negara itu tidak bertambah. Ada diantara petani yang miskin
terpaksa menjual dan menggadaikan tanah mereka bagi membayar cukai kepada pihak British.
Hal ini menyebabkan bekalan makanan menjadi tidak cukup dan akibatnya wujudlah masalah
kemiskinan dan kebuluran dalam kalangan penduduk di India.

Sebab kedua ialah berlakunya bencana alam. Kemarau dan banjir yang sering berlaku di
India menyebabkan hasil pertanian merosot. Apabila hasil pertanian merosot, kes kebuluran
berlaku di India kerana di India terjadinya pertambahan penduduk menyebabkan mereka
terpaksa bersaing sesama mereka untuk memperoleh makanan. Hal inilah yang mendorong
mereka berhijrah ke luar untuk menjalani kehidupan yang lebih terjamin untuk diri dan keluarga
mereka. Disamping itu, masalah wabak penyakit juga merupakan faktor orang India berhijrah.
Hal ini kerana wabak penyakit tersebut merupakan penyakit berjangkit dan tiada penawarnya
ataupun penawarnya terlalu mahal untuk dibeli oleh penduduk India. Kerajaan British yang
menjajah pada ketika itu tidak mengambil kira tentang kebajikan dan kesihatan masyarakat
india menyebabkan kesihatan mereka semakin hari semakin parah dan semakin susah.

Selain itu, amalan sistem kasta yang diamalkan di India sejak sekian lama juga
mendorong orang India berhijrah ke Tanah Melayu. Amalan sistem kasta yang membezakan
darjat seseorang turut menjejaskan mobiliti sosial dan ekonomi negara India. Amalan hukum
kasta juga turut mengekang keadaan kaum India untuk memperolehi dan menikmati hak yang
sama dengan golongan yang berkasta tinggi. Orang India yang berada di bawahan dalam
sistem kasta dipandang hina dan disisih oleh masyarakat. Golongan bawahan di hina dan diberi
gelaran paria. Perkara ini menyebabkan mereka tertekan lalu mengambil keputusan berhijrah
apabila mendapat peluang untuk keluar daripada kepompong kesusahan dan kesengsaran ini.
Pada tahun 1931, satu per tiga daripada jumlah buruh India yang berhijrah ke Tanah Melayu
adalah terdiri daripada golongan bawahan.

Antara faktor yang menarik minat imigran India ke Tanah Melayu termasuklah
perkembangan getah di Tanah Melayu. Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah telah

8
membawa kepada perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di Eropah, getah
diperlukan dengan banyak dalam perusahaan automobil bagi menghasilkan tayar kereta dan
getah juga dijadikan bahan penebat elektrik dalam perusahaan elektronik . Orang Melayu tidak
berminat untuk menceburi dalam bidang perusahaaan getah ini. Mereka lebih berminat
terhadap perusahaan yang diwarisi sejak turun-temurun daripada nenek moyang mereka iaitu
perusahaan tanaman padi secara tradisional. Penghijrahan orang India secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu berlaku antara tahun 1911 hingga tahun 1921. Pada masa itu, harga getah
dan permintaan terhadap getah sedang melambung tinggi. Oleh itu, kawasan tanaman getah
telah ditambah dengan banyak menyebabkan buruh yang diperlukan juga bertambah. Pada
tahun 1900, kawasan tanaman getah ialah seluas 20,250 hektar. Jumlahnya meningkat
melebihi lima kali ganda pada tahun 1938 iaitu seluas 1.3 hektar. Pada tahun 1911, imigran
India di Tanah Melayu berjumlah 270 ribu orang. Pada tahun 1921 pula, jumlahnya meningkat
kepada 470 ribu orang. Jumlahnya bersesuaian dengan keluasan ladang getah yang semakin
bertambah.

Sebab kedua ialah adanya jalinan yang baik di antara Kerajaan British di Tanah Melayu
dan Kerajaan British di India. Hal ini telah memudahkan lagi kemasukan orang India ke Tanah
Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah
mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India. Apabila orang India yang lebih awal
masuk ke Tanah Melayu bekerja dengan baik dan tidak mencetuskan kekacauan menyebabkan
British di Tanah Melayu beminat membawa masuk lebih ramai imigran India. Selain itu,
kestabilan politik dan kemudahan infrastruktur yang berada di Tanah Melayu. Keadaan politik
yang aman di Tanah Melayu menyebabkan buruh India lebih gemar berhijrah ke Tanah Melayu.
Ini menyebabkan imigran India merasa selamat untuk menetao di Tanah Melayu. Di Tanah
Melayu juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti jalan raya dan kereta api.

Akhirnya, galakan daripada pihak British sendiri. British amat menggalakkan penghijrahan
orang india untuk menjalankan dan bekerja dalam sektor perusahaan getah. Hal ini kerana
permintaan getah di pasaran dunia amat tinggi dan boleh memberikan keuntungan terhadap
pihak British sekitar awal abad ke-19. Bagi menggalakkan kedatangan orang India, British telah
menyediakan bantuan untuk membiayai kos perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Antara tahun
1887 hingga tahun 1892, sejumlah $30 ribu dikeluarkan bagi menanggung kos perjalanan
buruh India menggunakan kapal stim. Terdapat beberapa cara kemasukan imigran India ke
Tanah Melayu.

9
- Cara kedatangan orang India ke Tanah Melayu

Antaranya ialah melalui sistem kontrak. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang
getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh di ingininya melalui seorang ejen di India. Ejen
ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang
ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang
membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu akan diserahkan
kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu
selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani
dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji
mereka adalah rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu,
mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang
perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini telah dihapuskan.

Proses yang kedua ialah melalui sistem Kangani. Sistem Kangani ini telah diperkenalkan
pada tahun 1898. Majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang
Kangani atau mandur dari ladangnya di Tanah Melayu ke India. Kangani ini akan pulang ke
kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk
sekampungnya yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang
dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga mereka tiba di ladang majikan. Di ladang,
buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik.
Sistem ini lebih disukai dan lebih sistematik daripada sistem kontrak.

Proses yang ketiga pula ialah melalui sistem buruh bebas. Buruh India yang memasuki
Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas akan datang sendiri dengan menggunakan wang
masing-masing. Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana
kepentingan ekonomi. Setelah tiba di Tanah Melayu, mereka bebas memilih tempat dan
pekerjaan yang mereka hendaki. Mereka akan berusaha mencari majikan sendiri dan tidak
terikat dengan sesiapa pun. Sistem ini agak baik namun tidak ramai golongan imigran India
yang dapat menggunakan kaedah ini. Hal ini adalah disebabkan oleh faktor kemiskinan yang
dihadapi oleh orang India.

10
1.b) HUBUNGKAIT DENGAN KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI TANAH MELAYU

Kedatangan imigran-imigran ini telah mewujudkan masyarakat majmuk. Migrasi ini boleh
berlaku kerana tiada tentangan dari masyarakat Tanah Melayu. Penduduk asal di Tanah
Melayu menerima kedatangan imigan-imigran ini dengan hati yang terbuka. Kedatangan
imigran ini juga mendapat galakan dari penduduk tempatan. Dalam konteks masyarakat
majmuk, wujudlah daerah-daerah petempatan dan fungsi ekonomi mengikut kaum. Situasi ini
masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang Melayu dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di
kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini. Pengasingan ini di lakukan atas sebab
keinginan orang melayu menjalankan pertanian yang diwarisi sejak turun temurun. Kaum Cina
pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan
sehinggakan wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu
kawasan petempatan iaitu istilah pekan cina dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini.
Kaum India pula kebanyakan tinggal dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-
estet sehingga ke hari ini juga. Pengkelasan ini sangat nyata tidak berpatutan kerana ianya
mampu memecah belahkan masyarakat yang ada. Disamping itu, ketika pentadbiran British
sebelum kemerdekaan, telah wujud sekolah-sekolah seperti sekolah cina, sekolah tamil dan
sekolah vernacular. Di sekolah vernakular, pelajar perlu bertutur dalam bahasa inggeris tidak
kira melayu,cina atau india. Dengan belakunya migrasi juga, dapat dilihat terjadinya
percampuran budaya dari segi pemakaian, pemakanan, perayaan dan fahaman. Dengan
percampuran budaya ini, masyarakat berbilang kaum ini akan lebih menghormati budaya dan
agama masing-masing. Percampuran budaya di Tanah Melayu ini juga dapat mengeratkan lagi
hubungan antara kaum. Dapat dilihat juga ketika ingin menuntut kemerdekaan, semua kaum
yang berada di Tanah Melayu telah bersatu padu yang mana perpaduan ini akhirnya
menyebabkan kemerdekaan dapat dicapai sehngga ke hari ini.

RUMUSAN

Analoginya, pembentukan masyarakat majmuk di negara kita seperti mana kita dapat
lihat pada hari ini adalah disebabkan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu. Penjajah
British telah memperkenalkan dasar yang menggalakkan kemasukan imigran-imigran,
terutamanya dari China dan India kerana penjajah British menghadapi masalah iaitu,
kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti ekonomi dan
mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu. Proses kedatangan imigran Cina dan India ke

11
Negeri-negeri Melayu dalam era penjajah British ternyata melalui pelbagai cara dan kaedah
tersendiri. Proses penghijrahan golongan imigran secara besar-besaran ini banyak didominasi
oleh faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politik negara asal mereka serta faktor dalam
seperti perkembangan eknomi dan politik yang stabil mendorong penghijrahan imigran ke
Tanah Melayu.

12
1.b) REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah banyak mempelajari tentang kewujudan
masyarakat majmuk yang te;ah wujud dalam negara kita buat sekian lama. Hal ini disebabkan
oleh dasar-dasar penjajahan British yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing
terutamanya dari China dan India demi meningkatkan penguasaan ekonomi penjajah Inggeris
terhadap Tanah Melayu. Hal ini juga wujud kerana masyarakat tempatan kurang berminat untuk
menceburi bidang perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Antara kesan-kesan
berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem ekonomi moden
berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia maklum, masyarakat Melayu hanya
menumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan
yang nyata tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara.

Apabila British membawa masuk kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor
ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden.
Bagi ekonomi komersial, tanaman getah giat dijalankan. Menjelang tahun 1910, luas kawasan
getah ialah setengah juta ekar. Pada tahun 1914 pula, jumlah keluasan bertambah dua kali
ganda dan sekaligus menjadi eksport Tanah Melayu yang terpenting (Ranjit Singh Malhi,1985).
Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu
meningkatkan hasil bumi Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan di dalam
tanah. Pada akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil bumi Tanah Melayu
terutama bijih timah. Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu menjadi
pengeluar bijih timah terbesar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak
lagi lombong bijih timah terpaksa dibuka. Ini berlaku kerana kos buruh dapat dijimatkan
berikutan gaji yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

Antara kesan utama kehadiran imigran India di katakan masyarakat imigran yang
menguntungkan masyarakat peribumi orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem
ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk

13
sama-sama menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh
golongn Imigran seperti India dan Cina. Namun tidak dapat dinafikan juga kesan negatif di atas
kedatangan imigran Cina di Tanah Melayu. Banyak Kongsi Gelap di Tanah Melayu berasal dari
Negara China dan di bawa ke sini oleh imigran Cina. Kongsi gelap dihubungkan dengan ajaran
konfusiusme, Buddhaisme dan Taoisme.

Penubuhan kongsi gelap ini telah menimbulkan konflik antara kumpulan yang ketara sehingga
mencetuskan pergaduhan dan hubungan yang tidak baik. Antara konfliknya, sentimen
perpaduan yang kuat; perbezaan monopoli pekerjaan; pergaduhan; dan sebagainya dapat
mencetuskan suasana tidak aman dan genting (Mohd Isa Othman, 1999). Selain itu, sifat yang
ditonjolkan oleh segelintir kaum imigran ini turut mempengaruhi masyarakat tempatan.
Misalnya, gejala bandit sosial yang bermaksud penjenayah, bertindak melampau, menyamun,
merompak, dan sebagainya. Keadaan yang ektremis ini kerap kali menimbulkan masalah dan
keteganagan dalam masyarakat tradisional Melayu. (Cheah Boon Kheng, 1988). Dasar pecah
dan perintah yang dipekenalkan oleh penjajah British telah mewujudkan jurang sosioekonomi di
mana setiap kaum dipecahkan mengikut kaum dan pekerjaan masing-masing.

14
BIBLIOGRAFI

- Manaf, A. A. (2001). SEJARAH SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA. Kuala Lumpur: Utusan


Publications&Distributors SDN BHD.

- rahmatnf. (2012, 9 10). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Migrasi. Retrieved from Blue Sky
Another World: http://rahmatnf.wordpress.com/2012/12/10/faktor-faktor-yang-
mempengaruhi-migrasi/

- ZAINUDDIN, R. (2000). SEJARAH MALAYSIA. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

- Zainuddin, R., Ismail, M. M., & Othman, Z. (2005). KENEGARAAN MALAYSIA. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

- http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/kedatangan-imigran-cina-dan-india-ke.html

- http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/faktor-
faktor-kemunculan-masyarakat-majmuk-dan-perkembangannya-di-tanah-melayu-sebelum-
perang-dunia-kedua/

15

You might also like