You are on page 1of 12

1

KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH

1 Upah haji sah di sisi syarak apabila


I tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji
II mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
III orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
IV orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2 Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali


A Sakit yang tiada harapan sembuh
B Sibuk dengan kerjaya
C Meninggal dunia
D Terlalu tua

3 Kesan ibadat haji terhadap individu ialah


A boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam
B dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
C boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
D dapat menjalankan urusan perniagaan

4 Kesan ibadat haji terhadap masyarakat ialah dapat


A berkenalan sesama umat Islam
B menghapuskan dosa besar
C membentuk akhlak mulia
D menambah pendapatan

CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

1 Berikut adalah syarat wajib haji kecuali


A Islam
B baligh
C berakal
D mumaiyyiz

2 Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam


ibadat haji?
A Sihat tubuh badan
B Aman perjalanan pergi dan balik
C Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup
D Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan

2
3 Amalan ini merupakan suatu kemestian dalam
ibadat haji.
Tidak sah haji sekiranya tertinggal salah satu
daripadanya
Wajib diganti pada tahun berikutnya.

Kenyataan di atas menerangkan


A makruh haji
B rukun haji
C wajib haji
D sunat haji

4 Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?


I Boleh dilakukan dengan cara mendongak kepala
II Dilakukan sebanyak tujuh kali dengan penuh yakin
III Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
IV Dilakukan sebelum Tawaf Rukun atau Tawaf Ifadhah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai
A mengerjakan saie
B melakukan ihram
C melakukan tawaf
D melontar Jamratul Aqabah.

6 Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah


A niat
B tawaf
C wukuf
D bercukur

WAJIB HAJI DAN UMRAH

1 Jemaah haji yang tertinggal salah satu daripada perkara wajib haji perlu membayar
A kifarah
B fidyah
C diat
D dam

2 Berikut adalah bulan-bulan haji kecuali


A Zulkaedah
B Ramadan
C Zulhijjah
D Syawal

3
3 Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berihram kecuali
A menutup kepala bagi perempuan
B memakai pakaian berjahit bagi lelaki
C memakai minyak wangi pada pakaian
D memakai sarung tangan bagi perempuan

4 Manakah antara berikut bukan wajib haji


A Melontar Jamratul Aqabah
B Bermalam di Muzdalifah
C Bermalam di Mekah
D Niat ihram di miqat

CARA MENGERJAKAN HAJI DAN JENIS-JENIS DAM

1 Kebaikan mengerjakan haji secara Ifrad ialah


A haji dan umrah ditunaikan secara berasingan
B memberi kesenangan kepada jemaah
C haji dan umrah ditunaikan serentak
D tidak dikenakan dam

2 Pilih jenis dam yang sesuai bagi pernyataan berikut.


Dam yang dibayar mengikut susunan dan
nilaian harga.
A Dam Tertib dan Takdil
B Dam Tertib dan Takdir
C Dam Takhyir dan Takdil
D Dam Takhyir dan Takdir

3 Pilih jenis dam yang sesuai bagi kesalahan haji yang berikut.
Melakukan Haji Tamattuk atau Haji Qiran
Tidak melakukan Tawaf Wadak
Tidak melakukan perkara wajib haji

A Dam Tertib dan Takdil


B Dam Tertib dan Takdir
C Dam Takhyir dan Takdil
D Dam Takhyir dan Takdir

AKIKAH
1 Hukum melakukan akikah adalah
A wajib
B harus
C makruh
D sunat muakkad

2 Nyatakan umur kambing yang sah dibuat akikah.


A satu tahun lebih
B dua tahun lebih
C lima tahun
D tiga tahun
4
3 Berikut adalah syarat-syarat sah akikah
I Menyembelih binatang ternakan
II Niat akikah ketika menyembelih
III Memenuhi syarat-syarat sembelihan
IV Pada hari ke tujuh kelahiran bayi
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

JUAL BELI DAN SEWA

1 Antara berikut adalah rukun jual beli kecuali


A harga
B tempat
C ijab dan kabul
D penjual dan pembeli

2 Manakah antara berikut bukan syarat barang yang hendak dijual


A Bersih dan suci
B Kepunyaan penjual
C Barang yang harganya murah
D Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang

3 Pilih jual beli yang dilarang tetapi sah menurut syarak


I Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam
tempoh khiyar
II Berjual beli barang yang haram tetapi digunakan untuk kebaikan
III Melakukan jual beli bersyarat
IV Monopoli dalam jual beli

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Berikut bukan merupakan syarat manfaat dalam urusan sewa.


A dapat diberikan oleh yang mengambil upah
B diketahui kadar dan jangka masa
C dibayar dengan wang
D berharga

5
HUTANG, INSURANS DAN SAHAM

1 Penerima dan pemberi hutang


Barang yang diberi hutang
Akad pemberian hutang

Pernyataan di atas menerangkan tentang


A rukun hutang
B syarat-syarat sah hutang
C larangan dalam berhutang
D perkara yang membatalkan hutang

2 Memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian pendapatan


atau harta dinamakan
A insurans pendidikan
B insurans nyawa
C insurans khas
D insurans am

3 Berikut adalah prinsip-prinsip insurans secara Islam kecuali


A Mudharabah
B Ta`awun
C Tabarru`
D Takaful

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Aziz tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan


untuk berkahwin

1 Hukum perkahwinan di atas adalah


A sunat
B haram
C harus
D makruh

2 Hukum asal perkahwinan menurut syarak ialah


A sunat
B haram
C harus
D makruh

3 Pilih pernyataan yang salah mengenai hikmah perkahwinan.


A Perkahwinan menjamin kesihatan
B Perkahwinan menjalinkan silaturrahim
C Perkahwinan memberi ketenteraman jiwa
D Perkahwinan dapat mengumpul kekayaan

6
Nama baik keluarga kedua belah pihak akan tercemar
Merenggangkan hubungan keluarga kedua dua belah pihak

4 Pernyataan di atas menerangkan implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-


undang Islam terhadap
A masyarakat
B keluarga
C negara
D diri

UNIT 1 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI

1 Pilih pasangan yang tepat mengenai ciri wanita pilihan menurut hadis Rasulullah
s.a.w
A Cantik-berharta-berwibawa-solehah
B Cantik-berpangkat-berharta-solehah
C Cantik-berharta-berketurunan-solehah
D Cantik-berketurunan-bekerjaya-solehah

2 Perempuan haram dikahwini disebabkan faktor berikut kecuali


A keturunan
B penyusuan
C persemendaan
D persaudaraan

3 Berikut adalah perempuan yang haram dikahwini sementara kecuali


A adik perempuan seibu
B perempuan yang bersuami
C perempuan yang ditalak tiga
D perempuan yang masih dalam iddah

UNIT 2 : PEMINANGAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN

1 Maksud meminang ialah


A nasihat seorang ayah kepada anaknya
B persetujuan seorang perempuan untuk dinikahi
C persetujuan seorang lelaki dan perempuan untuk berkahwin
D lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

2 Peminangan boleh dilakukan dengan lafaz


A soreh dan inayah
B soreh dan riayah
C soreh dan kinayah
D soreh dan riwayah

7
3 Abu meminang Aminah yang baru kematian suaminya sebulan lalu.
Hukum pinangan tersebut adalah
A haram
B harus
C sunat
D wajib

UNIT 3 : RUKUN NIKAH

1 Siapakah yang termasuk dalam kategori wali mujbir.


A Saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa
B Bapa kandung dan datuk kandung
C Bapa kandung dan bapa saudara
D Bapa saudara dan anak saudara

2 Berikut adalah syarat seorang wali kecuali


A beragama Islam
B baligh dan berakal
C muflis atau ditahan harta
D tidak dalam ihram haji atau umrah

3 Manakah antara berikut berikut bukan syarat-syarat saksi perkahwinan


A beragama Islam
B cukup umur dan berakal
C memahami lafaz ijab dan kabul
D memiliki kelulusan tinggi dan berjawatan

4 Susunan wali mengikut keutamaan

Bapa

Datuk

Saudara lelaki sebapa

x ialah
A Saudara lelaki seibu sebapa
B Saudara lelaki seibu
C Bapa saudara seibu sebapa
D Bapa saudara sebapa

8
UNIT 4: MAHAR DAN WALIMATUL URUS

1 Hukum menyebut kadar mahar ketika akad adalah


A harus
B sunat
C wajib
D makruh

2 Berikut adalah tujuan Islam mensyariatkan pemberian mahar kepada isteri kecuali
A sebagai tanda penghargaan
B sebagai tanda kasih sayang
C sebagai tanggungjawab suami
D sebagai tanda ikatan kekeluargaan

3 Pilih pernyataan yang tepat mengenai mahar .


A Barangan bernilai dipersetujui bakal suami dan isteri
B Barangan bernilai pilihan bakal isteri
C Barangan bernilai ditentukan wali
D Barangan bernilai dan mewah

4 Antara hikmah walimatulurus ialah


I menghubungkan silaturahim
II dapat mengembangkan keturunan
III pengisytiharan sebagai suami isteri
IV dapat mengadakan kenduri secara besar-besaran

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

5 Hukum menghadiri walimatulurus adalah


A sunat
B sunat muakkad
C wajib
D harus

6 Berikut adalah contoh maksiat dalam walimatulurus kecuali


A pergaulan bebas lelaki dan perempuan
B hiburan dan muzik yang keterlaluan
C makanan yang lazat dan mewah
D pendedahan aurat lelaki dan perempuan

7 Melakukan upacara tepung tawar semasa walimatulurus mengandungi unsur


A maksiat
B khurafat
C bidah
D membazir

9
TALAK

1 Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan


isteri yang solehah

Hukum talak di atas ialah


A makruh
B haram
C harus
D wajib

2 Talak bidi bermaksud


A talak yang menyalahi hukum syarak
B mentalak isteri ketika haid
C mentalak isteri dengan talak tiga
D mentalak isteri yang derhaka

3 Berikut adalah cara menjatuhkan talak kecuali


A lisan
B tulisan
C wakil
D isyarat yang difahami

4 Pilih pernyataan yang tepat mengenai talak.


A Talak boleh dijatuhkan sesuka hati
B Talak hak suami sekalipun isteri tidak setuju
C Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid
D Talak hendaklah dilafazkan di hadapan saksi

IDAH

1 Idah bagi perempuan yang kematian suami dan tidak hamil ialah
A tiga kali suci
B tiga bulan
C empat bulan sepuluh hari
D tiada idah

2 Semasa dalam idah, bekas isteri berhak mendapat hak berikut kecuali
A nafkah zahir
B nafkah batin
C tempat tinggal
D harta pencarian

3 Perkara yang dilarang bagi seorang wanita yang masih dalam idah ialah
A berpuasa sunat
B keluar rumah tanpa sebab
C membeli makanan keperluan
D pergi ke tempat kerja

10
4 Manakah pernyataan berikut benar mengenai isteri yang tamat idah bercerai
hidup?
A Isteri berhak mendapat nafkah batin
B Isteri mesti meminta izin dari bekas suami untuk keluar rumah
C Isteri tiada hubungan dengan bekas suami
D Isteri tidak boleh bernikah dengan lelaki lain

NUSYUZ

1 Berikut adalah perkara yang membawa kepada nusyuz kecuali


A isteri enggan melayan suami di tempat tidur
B isteri keluar rumah tanpa izin suami
C isteri melakukan kekasaran terhadap suami
D isteri membeli barang kemas tidak bersama suami

2 Maksud nusyuz pada bahasa ialah


A derhaka atau ingkar
B derhaka atau mungkar
C derhaka atau berdosa
D derhaka atau terseksa

3 Pilih pernyataan yang benar mengenai cara mendidik isteri yang nusyuz
I Memberi nasihat yang baik
II Keluar rumah selama tiga hari
III Memisahkan tempat tidur
IV Mencederakan isteri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4 Apakah hukum perbuatan nusyuz?


A Sunat
B Harus
C Haram
D Makruh

KHULUK
1 Khuluk menurut bahasa bererti
A batal C menanggalkan
B kembali D melepaskan ikatan

2
Aku talak engkau dengan bayaran
sebanyak RM 1000.00
Pernyataan di atas merujuk kepada

A Talak C Khuluk
B Fasakh D Lian

11
3 Pilih pernyataan yang benar mengenai kesan khuluk
I Suami boleh merujuk kembali isteri semasa dalam idah
II Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak terjejas
III Isteri berhak mendapat nafkah dalam masa idah
IV Runtuhnya institusi keluarga

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

4 Institusi yang bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan khuluk oleh isteri ialah

A Jabatan Kebajikan Masyarakat


B Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
C Mahkamah Syariah
D Mahkamah Sivil

LIAN

1 Lian dari segi bahasa bererti

A celaan
B tuduhan
C laknat
D derhaka

2
Untuk mengelakkan tuduhan qazaf
Untuk menafikan tuduhan suami

Kenyataan di atas merujuk kepada

A sebab berlaku lian


B sebab berlaku zihar
C sebab berlaku nusyuz
D sebab berlaku ila

3 Berapa kali sumpah yang perlu dilakukan oleh suami dalam proses lian?

A 3 kali
B 4 kali
C 5 kali
D 6 kali

12

You might also like