You are on page 1of 9

ASAS KEUSAHAWANAN

Pengertian Keusahawanan

Maksud usahawan ialah seseorang yang memulakan atau mengusahakan sesuatu perniagaan atau

perusahaan. Usahawan ialah seseorang yang berkemampuan dalam mereka cipta sesuatu produk
baru

atau mengubahsuaikan produk sedia ada hingga memperoleh keuntungan serta produk ciptaannya

dapat memenuhi kehendak serta cita rasa orang ramai.

Dalam erti kata lain, usahawan sememangnya peniaga. Sebaliknya, peniaga tidak semestinya

usahawan. Hal ini dapat digambarkan melalui rajah seperti yang berikut.

Peniaga Usahawan

(a) Membeli dan menjual barangan atau

perkhidmatan sedia ada.

(a) Berusaha mereka cipta dan

mengubahsuaikan barangan serta

perkhidmatan baru yang lebih bernilai.

(b) Menceburi perniagaan dalam pasaran

sedia ada.

b) Merancang dan berusaha untuk

mewujudkan pasaran baru.

(c) Mementingkan keuntungan jangka

pendek.

(c) Mementingkan keuntungan jangka

panjang selain mengutamakan

sumbangan dan bakti kepada masyarakat

dan negara.

(d) Hanya sanggup menghadapi risiko yang

terhad

(d) Sanggup menghadapi risiko yang besar.

(e) Berpuas hati dengan pencapaian sedia

ada.

(e) Sentiasa berusaha mengembangkan


perniagaan sedia ada.

(f) Skala operasi lebih kecil dengan

pengendalian pengurusan yang statik.

(f) Skala operasi mungkin kecil pada

peringkat awal tetapi berpotensi untuk

berkembang pada masa hadapan.

CIRI UTAMA USAHAWAN

Mengenal Pasti Ciri Utama Usahawan

Usahawan merupakan antara penggerak ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usahawan harus
memiliki ciri-ciri

tertentu. Antaranya termasuklah kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil
peluang, dan

mempunyai daya usaha yang berterusan.

Kreatif

Kreatif bermaksud kebolehan mengilhamkan dan mereka cipta sesuatu produk atau perkhidmatan
yang baru dan

belum ada di pasaran.

Inovatif

Inovatif bermaksud kemampuan mengubahsuaikan nilai dan kualiti sesuatu produk di pasaran
hingga menjadi lebih

baik dan sempurna.

Sanggup Menghadapi Risiko

Risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan termasnklah produknya tidak laku di pasaran,
persaingan yang sengit,

kerugian, dan sebagainya.

Bijak Mengambil Peluang

Usahawan haruslah bijak mengambil peluang dengan tindakan yang pantas dan berkesan. Dia
mestilah bijak memilih

dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baru yang dapat memberikan keuntungan

Mempunyai Daya Usaha yang Berterusan

Usahawan perlu berusaha terus untuk memajukan dan mengembangkan perniagaannya. Usahawan
juga tidak

mudah berputus asa jika menghadapi masalah dalam bidang yang diceburinya.
Kelebihan Menjadi Usahawan berbanding dengan Makan Gaji

Kriteria Usahawan Makan Gaji

a) Pendapatan semakin kuat

daya usaha, semakin

menerima gaji tetap

pada setiap buian

besar pulangan atau

pendapatannya.

Menerima gaji bulann dan

pertambahan pendapatan

berdasarkan pada prestasi

kerja

b) Tugas/Tanggungjawab bidang tugas meliputi semua

aspek

bidang tugas terhad,

berdasarkan jawatan yang

disandang

c) Waktu bekerja fleksibel mengikut masa yang

ditetapkan

Page 2 of 4

d) Membuat keputusan sendiri majikan

e) Kreativiti bebas berkreativiti untuk

memastikan kejayaan

perniagaan

kreativiti tersekat oleh pelbagai

peraturan yang ditetapkan

f) Risiko sanggup menghadapi risiko

(risiko tinggi)

tidak sanggup menghadapi


risiko (risiko rendah)

BIDANG KEGIATAN USAHAWAN

Terdapat pelbagai bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh usahawan. Bidang-bidang ini
terbahagi kepada tiga,

iaitu pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.

Bidang Pengeluaran

Bidang pengeluaran yang diceburi oleh usahawan ialah yang berkaitan dengan aktiviti menghasilkan
bahan mentah,

barang separuh siap, dan barang siap. Usahawan berperanan mengurus faktor-faktor pengeluaran
seperti modal,

bahan, dan buruh.

Bidang pengeluaran terbahagi kepada kegiatan ekstraktif, pertanian, perkilangan, dan pembinaan.

A. Bidang Pengelauaran

1. Ekstraktif

Ekstraktif ialah kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada alam semula jadi seperti aktiviti-
aktiviti

perlombongan, pembalakan, dan perikanan.

2. Pertanian

Pertanian merupakan kegiatan mengeluarkan bahan mentah dengan cara bercucuk tanam dan
berternak.

3. Perkilangan

Bahan mentah yang diperoleh melalui kegiatan ekstraktif dan pertanian dapat diproses menjadi
barang

separuh siap dan barang siap. Pemprosesan bahan mentah ini dilakukan di tempat yang khusus, iaitu
di kilang.

4. Pembinaan

Pembinaan adalah kegiatan membina, memasang, atau membangunkan hasil perkilangan menjadi
satu

produk siap dan boleh terus digunakan.

B. Bidang Perkhidmatan

Bidang perkhidmatan merujuk kepada kegiatan menawarkan perkhidmatan secara langsung kepada

pengguna. Perkhidmatan yang ditawarkan boleh dalam bentuk kepakaran, pengetahuan, kemahiran,
dan tenaga
kepada pelanggan. Antara contoh perkhidmatan termasuklah perkhidmatan kewangan, perubatan,
pelancongan,

pendidikan, dan sebagainya.

C, Bidang Pemasaran atau Agihan

Pemasaran atau agihan adalah kegiatan menyalurkan barang-barang dan perkhidmatan daripada
pengeluar

hinggalah kepada pengguna terakhir, iaiti orang ramai. Dalam bidang pemasaran, usahawan boleh
menceburi aktiviti

perniagaan sebagai pengeluar, pemborong, dan peruncit atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
sokongan atau

bantuan agihan seperti komunikasi, pengangkutan, pergudangan, dan sebagainya.

Agensi Kerajaan yang Membantu Usahawan

Ada pelbagai agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu j bakal usahawan. Agensi-
agensi ini diberi

tanggungjawab untuk meningkatkan ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Antara agensi-
agensi kerajaan

tersebut termasuklah:

(a) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

MARA ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. MARA banyak

memberikan sumbangan kepada bakal usahawan dan usahawan sedia ada dengan cara:

(1) memberikan latihan dan bimbingan secara teori dan amali;

(2) menyediakan prasarana seperti ruang niaga, kedai, kompleks perniagaan dan

pejabat, arked, serta bengkel perusahaan;

(3) membiayai perniagaan dengan memberikan pinjaman modal.

(b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC);

MEDEC ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah kelolaan Institut Teknologi Mara yang kini dikenal

sebagai Universiti Teknologi Mara. Fungsinya ialah memberikan latihan dan pendidikan,

membuat penyelidikan keusahawanan, dan memberikan khidmat perundingan serta nasihat

kepada usahawan.

Page 3 of 4

(c) Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA);

MIDA berperanan memajukan dan menyelaraskan segala aktiviti yang berkaitan dengan

pembangunan perindustrian. Selain itu, MIDA turut memberikan khidmat nasihat kepada
kementerian dan kerajaan negeri tentang dasar dan strategi pembangunan perindustrian. Badan

ini juga bertanggungjawab mengurus permohonan lesen, perlindungan tarif, pemberian taraf

perintis, dan pelepasan cukai import.

(d) UDA Holdings Berhad (UDA);

Fungsi UDA Holdings Berhad ialah merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan

di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk itu, UDA turut menyediakan infrastruktur,

kawasan petempatan, kawasan perdagangan, serta kawasan perindustrian untuk kemudahan

usahawan.

(e) Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI);

MARDI menjalankan kajian dan penyelidikan tentang pelbagai hasil pertanian negara. Tujuannya

adalah untuk membantu meningkatkan produktiviti pertanian. Selain itu, MARDI mengadakan

kursus-kursus tentang teknologi pertanian dan produk baru pertanian kepada usahawan.

(f) Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM BERHAD);

SIRIM BERHAD adalah syarikat milik penuh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang

mula beroperasi pada 1 September 1996. Antara fungsinya termasuklah menentukan dan

memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan dan bermutu tinggi serta

memastikan tiada penyelewengan dari segi kualiti serta menjalankan penyelidikan dan

menyampaikan maklumat tentang pembangunan dan perubahan teknologi.

(g) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB ditubuhkan dengan matlamat untuk menggalakkan, membangunkan, dan memajukan

industri kelapa sawit negara. Berfungsi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang

biologi, kejuruteraar dan pemprosesan, serta pembangunan produk

(h) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

MLVK adalah agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Agensi ini

berperanan mengurus dan mengawal kualiti kemahiran negara. Beberapa skim latihan ditawarkan

kepada orang ramai untuk melahirkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi yang

dapat menyumbang kepada pembangunan industri negara.

JENIS BANTUAN DAN KEMUDAHAN KERAJAAN KEPADA USAHAWAN

Bimbingan dan Latihan

Pelbagai kementerian terlibat dalam usaha memberikan bimbingan dan latihan perniagaan dan
keusahawanan. Malah usaha ini telah dilakukan sejak peringkat sekolah rendah hingga peringkat
sekolah menengah

lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi, dan Prinsip Akaun.
Di institusi-

institusi pengajian tinggi awam dan swasta pula, pelbagai kursus dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan di

peringkat sijil, diploma, ijazah, dan sebagainya turut ditawarkan.

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah

a) Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN) - Pengetahuan perniagaan

b) Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) - Pengurusan perniagaan

c) Pusat Giat Mara (PGM) - Merekodkan simpan kira dan perakaunan

d) Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Motivasi

e) Institut Latihan Perindustrian (ILP) - Latihan semasa bekerja

f) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) - Latihan kemahiran dan persijilan

Prasarana

Prasarana atau kemudahan asas amat penting disediakan, bukan saja di kawasan petempatan tetapi
juga di kawasan

yang dibangunkan sebagai pusat perdagangan dan perindustrian. Antara prasarana tersebut
termasuklah

kemudahan bekalan elektrik, air, jalan raya, komunikasi, premis perniagaan, dan sebagainya. Agensi
kerajaan yang

dipertanggungjawabkan untuk menyediakan prasarana yang berkaitan ialah

a) UDA Holdings Berhad (UDA) Premis perniagaan (MARA, UDA, PKEN)

b) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kawasan perindustrian (MARA, UDA, PKEN)

c) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Bekalan air, elektrik, komunikasi, (JBA,

d) Jabatan Bekalan Air (JBA) TNB,TELEKOM)

e) Jabatan Kerja Raya (JKR) Rangkaian jalan raya (Lembaga Lebuhraya

f) Agensi kerajaan yang diswastakan tetapi Malaysia, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan)

kerajaan masih mempunyai kepentingan

seperti:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TELEKOM)

Page 4 of 4

Kajian dan Penyelidikan


Aspek kajian dan penyelidikan amat penting kerana inputnya dapat meningkatkan kualiti dan daya
saing sesuatu

produk. Agensi kerajaan yang berkaitan serta jenis kajian dan penyelidikan yang dijalankan adalah
seperti yang

berikut.

a) Institut Piawaian dan Penyelidikan mengawal dan menetapkan mutu keluaran industri

Perindustrian Malaysia (SIRIM) mengikut standard piawaian yang ditetapkan

b) Lembaga Minyak Sawit Malaysia membuat kajian serta membangunkan dan

(MPOB) memajukan keluaran industri kelapa sawit

c) Institut Penyelidikan Getah Malaysia membuat kajian tentang produk yang berkaitan

(RRIM) dengan getah

d) Institut Penyelidikan dan membuat kajian tentang produk pelbagai hasil

Pembangunan Pertanian pertanian

Malaysia (MARDI)

e) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia membuat kajian tentang hasil-hasil laut dan air tawar (LKIM)

(sungai, kolam, dan tasik)

f) Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) mewakili kerajaan dalam pengurusan dan pemberian

subsidi kepada penanam padi, mengurus Skim

Pengilang Padi Bumiputera, dan membeli padi

daripada petani pada harga yang berpatutan

Pinjaman Kewangan i

Kewangan memang merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh bakal usahawan dan
usahawan sedia ada.

Masalah kewangan menyebabkan usahawan kekurangan modal untuk meneroka bidang perniagaan
baru dan

mengembangkan perniagaannya. Agensi kerajaan yang terlibat serta jenis bantuan yang disalurkan
adalah seperti

yang berikut.

a) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Skim pinjaman MARA

b) Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Pinjaman berpenggal MIDF

Malaysia Berhad (MIDF)

c) Bank Pertanian Malaysia Berhad (BPM) skim Rancangan Berniaga Kecil-kecilan.

d) Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia


Berhad (BPIMB)

e) Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (SJKM) Skim menjadi penjamin kepada usahawan yang ingin

membuat pinjaman daripada institusi kewangan

Galakan dan Insentif

Kerajaan turut memberikan pelbagai galakan dan insentif kepada usahawan bagi memastikan
mereka mempunyai

daya saing dan terus kekal dalam pasaran. Antara galakan dan insentif yang diberikan termasuklah
seperti yang

berikut.

Taraf Perintis Bermaksud memberikan pengecualian cukai perniagaan selama beberapa

tahun kepada syarikat yang baru sehingga perniagaannya maju dan stabil.

Duti Import bermaksud mengenakan cukai terhadap barang yang dibeli dari luar negeri.

Bertujuan menaikkan harga barang import di pasaran tempatan dan

memberikan peluang kepada barang tempatan untuk bersaing.

Kuota Bermaksud mengehadkan jumlah pembelian barang dari luar negeri yang

hendak dijual di pasaran tempatan.

Bertujuan melindungi barang dalam negeri daripada persaingan dengan barang

import.

Galakan Eksport Memberikan bantuan kepada usahawan tempatan supaya dapat meluaskan

pasaran produk mereka di luar negara.

Contoh galakan yang diberikan ialah mengurangkan cukai eksport supaya

barang dalam negara dapat bersaing dengan barang luar negara serta

menganjurkan pameran dan lawatan.

Embargo Bermaksud dasar pemulauan terhadap barang dan perkhidmatan dari negara

tertentu.

You might also like