You are on page 1of 4

KERTAS KERJA:

PERKHEMAHAN BERSEPADU
UNIT BERUNIFORM 2017

TEMPAT:
SK (P) METHODIST KUANTAN, PAHANG

TARIKH:
29 30 SEPT 2017
(JUMAAT-SABTU)

Muka 1
1.0. LATAR BELAKANG PROGRAM

Perkhemahan merupakan aktiviti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap ahli unit beruniform.
Perkhemahan merupakan suatu perhimpunan besar-besaran ahli-ahli unit beruniform dari pelbagai
unit seperti Pengakap, Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja Sekolah, PBSM, dan Puteri Islam. Semasa
perkhemahan, ahli-ahli unit beruniform menjalankan pelbagai aktiviti dan ia juga merupakan satu
daripada aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim dan persaudaraan diantara ahli unit
beruniform. Memandangkan perkhemahan merupakan aktiviti penting dan merupakan citra bagi
pergerakan unit beruniform, aktiviti ini seharusnya disertai oleh setiap ahli unit beruniform bagi
memberi peluang dan pengalaman kepada mereka.

2.0. OBJEKTIF

2.1. Menghimpunkan ahli-ahli unit beruniform dari pelbagai unit bagi menambahkan dan
mengeratkan semangat persaudaraan diantara mereka.

2.2. Menjadi medan kemuncak aktiviti unit beruniform peringkat sekolah.

2.4. Memberi peluang kepada murid-murid bertukar-tukar fikiran terutama di dalam bidang
akademik dan kokurikulum dan seterusnya dapat meningkatkan semangat serta jatidiri
mereka.

2.5. Menguji kemahiran dan semangat bertanding sesama ahli dalam pelbagai bidang kemahiran.

3.0. TARIKH

29-30 Sept 2017 (Jumaat Sabtu)

4.0. TEMPAT

SK (P) Methodist, Kuantan.

5.0. SASARAN PESERTA PROGRAM

5.1. 200 orang murid

5.2. 53 orang guru

6.0. KEM KOMANDAN

Kem akan diketuai oleh Puan Marlina bt Idris (Kem. Komandan) serta dibantu oleh Zoolfadly bin
Naharuddin (Timb. Kem Komandan)

Muka 2
7. JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2017

Masa Aktiviti Guru


29 SEPT 2017 (JUMAAT)
12.00 tgh Pendaftaran peserta PN RABIAH (Ketua Aktiviti)
hari Berkumpul dalam kumpulan
1.00 ptg Solat Zohor berjemaah USTH ZAINAB (Ketua Aktiviti)
3.00 ptg Aktiviti memasang khemah EN ZULKIFLI (Ketua Aktiviti)
Membuat Bendera Kumpulan EN YUSRI (Ketua Aktiviti)
Membuat Sorakan / War Cry Kumpulan PN NURJAMILAH (Ketua Aktiviti)
5.30 ptg Bersurai
30 SEPT 2017 (SABTU)
8.00 pagi Taklimat aktiviti
TEMPOH AKTIVITI : 30 MINIT SETIAP AKTIVITI
8.30 pagi STESEN PBSM ( ASAS PERTOLONGAN CEMAS) EN SHAHRUL (Ketua Stesen)
-DEWAN TUN TEJA
9.00 pagi STESEN PENGAKAP (ASAS KAWAD) PN JUNAINAH (Ketua Stesen)
-BUMBUNG KANTIN
9.30 pagi STESEN PUTERI ISLAM (ASAS JAHITAN) USTH ZAINUN (Ketua Stesen)
KELAS TAHUN 6
10.00 pagi STESEN TAEKWANDO (ASAS PERGERAKAN TKD) PN HIDAYATI (Ketua Stesen)
-GATE A (TEMPAT MENUNGGU)
10.30 pagi STESEN TKRS (ASAS ______________ ) EN SHAHRUL (Ketua Stesen)
DEPAN BILIK SAL
11.00 pagi STESEN TUNAS PUTERI (ASAS MELIPAT BAJU, USTS ZAINIWATI (Ketua Stesen)
KAIN, SELUAR, TUALA DAN SETOKIN)
-BILIK RBT
11.30 pagi AKTIVITI TAMAT REHAT / PERSEDIAAN MAJLIS PENUTUP
12.00 tgh Majlis Perasmian Penutup / Penyampaian Hadiah UST IZIZI (Ketua Aktiviti)
hari
1.00 ptg Makan tengah hari / Bersurai

8.0. PERINCIAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA MAKLUMAT KOS

1 Hadiah Pertandingan RM 100.00 x 8 acara RM 800.00

2 Makan Tengah hari (12 Ogos 2017) RM 5.00 x 200 murid RM 1000.00

3 Peralatan Pertandingan RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2000.00


SUMBER KEWANGAN :

YURAN PESERTA RM 10.00 X 200 MURID RM 2000.00

Muka 3
9.0. PENUTUP

Program Perkhemahan seperti ini amat penting bagi mendedahkan warga SK (P) Methodist,
Kuantan kepada ilmu perkhemahan. Seterusnya, penyertaan murid di dalam perkhemahan
pada peringkat sekolah in akan dapat meningkatkan jatidiri, keyakinan diri serta kreativiti
mereka Adalah diharapkan program ini akan dapat memberi impak yang besar dalam
menjana modal insan disamping meningkatkan kualiti akademik dan kemahiran
berkomunikasi dalam kalangan murid-murid sekolah ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

________________ __________________________
Yusri Abdul Mutalib Datin Nooraziza binti Sabarudin
Penyelaras Program SBT Guru Besar
SK (P) Methodist, Kuantan SK (P) Methodist, Kuantan

Muka 4

You might also like