You are on page 1of 34

DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

1.1 Konsep morfologi bahasa melayu

Istilah morphology berasal daripada bahasa Latin, iatiu morphe yang membawa maksud
bentuk. Menurut NIk Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau
hasil daripada proses perimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
anggota lain dalam kumpulan yang sama. Pendek kata, morfologi bahasa melayu ialah
bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dalam bahasa Melayu.

Seterusnya, Abdullah Hassan (2006) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang


ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud
kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada
bentuk perkataan bahasa manusia. Selain itu, definisi yang telah dikemukakan oleh
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1985) iaitu morfologi ialah satu bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Unit- unit
tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit
terkecil dalam morfologi yang berperanan untuk membentuk perkataan. Sesuatu perkataan
itu mungkin terdiri daripada satu, dua, tiga atau lebih morfem. Misalnya, perkataan dapat
merupakan satu morfem, tetapi perkataan terdapt dan mendapatkan terdiri daripada dua
dan tiga morfem, iaitu ter+dapat dan men+dapat+kan. Hal ini demikian kerana imbuhan
juga dikatakan sebagai morfem dan disebut sebagai morfem terikat, manakala kata dasar
disebut sebagai morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak dapat berdiri sendiri
dan hanya wujud bersama-sama dengan morfem lain. Morfem bebas pula ialah morfem
yang dapat berdiri sendiri dalam ayat tanpa bergabung dengan morfem lain.

Semua perkataan ialah morfem tetapi bukan semua morfem ialah perkataan.
Perkataan ialah unit bebas yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri. Sebaliknya,
morfem terikat tidak mengandungi makna dan tidak boleh berdiri sendiri. Maksudnya hanya
hadir apabila morfem tersebut digabungkan atau diimbuhkan kepada morfem bebas. Proses
penyusunan dan penggabungan morfem ini perlu mematuhi peraturan sistem morfologi
sesuatu bahasa. Dalam kebanyakan masa seperti bahasa Melayu, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan. Tambahan pula, terdapat beberapa istilah berkaitan
morfem yang perlu kita ketahui iaitu morf dan alomorf. Unit-unit morfem yang telah
direalisasikan itu disebut morf, iaitu elemen dalam bentuk kata yang kita dengar dalam
pertuturan. Misalnya, perkataan memain, morfnya ialahme+main dan berlari morfnya

1
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

ialah ber+lari. Tegasnya, morf dikenali sebagai satuan gramatikal terkecil yang didengar
dalam pengucapan. Alomorf pula ialah variasi yang terdapat dalam morfem terikat. Dalam
bahasa Melayu, kebanyakan morfem terikat mempunyai sekurang-kurangnya satu alomorf.
Sebagai contoh, morfem awalan di- hanya mempunyai satu alomorf, iaitu di- itu sendiri
tetapi morfem me- mempunyai enam morfem, iaitu me-, men-, mem-, meng-, meny-
dan menge-.

2
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

1.2 Aspek Golongan kata

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk


dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu terdapat
empat bentuk golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Golongan kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Kata Nama

. Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama
perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan
frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau
konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis ialah kata nama am, kata nama
khas dan kata ganti nama.

Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara
yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpalan kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan
manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak dan berbilang atau tak berbilang.
Menurut Asraf (2007), kata nama am boleh digunakan untuk sesuatu yang bernyawa seperti
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kata nama am juga digunakan untuk sesuatu yang
tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya. Bagi tujuan analisis,
kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hidup (manusia dan bukan
manusia) dan tak hidup (Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak
berbilang). Contoh bagi kata nama am hidup manusia ialah guru, nelayan, pemandu
manakala bukan manusia ialah gajah, anjing, buaya dan sebagainya.

3
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Selain itu ialah kata nama am tak hidup institusi, perkataan yang merujuk badan atau
institusi yang bersifat tidak hidup. Kata nama institusi ini dikenal pasti melalui perkataan
kepada dan daripada. Contohnya ialah kepada sekolah, daripada seminar. Seterusnya
ialah kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, iaitu boleh dikenal pasti melalui
kehadiran perkataan ke dan dari. Contohnya ialah ke sekolah, dari negeri. Kata nama am
tak hidup institusi abstrak berbilang, jenis ini merujuk benda-benda atau perkara-perkara
yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh berbilang dan dapat
disertai oleh kata bilangan. Contohnya satu senyuman, tiap-tiap fikiran. Yang terakhir ialah
kata nama am tak hidup institusi abstrak tak berbilang, jenis ini merujuk benda-benda atau
perkara-perkara yang bukan jenis hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat
dibilang. Contohnya kemunculan, hawa, roh dan sebagainya.

Seterusnya ialah kata nama khas. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk
kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia
terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas hidup manusia, kata nama khas hidup bukan
manusia dan kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup manusia ialah Hang
Tuah, Hang Jebat manakala bukan manusia ialah Sang Kancil, si buaya. Contoh bagi kata
nama khas tidak hidup ialah Proton Saga, China dan Melayu.

Akhir bagi kata nama am ialah kata ganti nama. Kata ganti nama terbahagi kepada
dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk ialah kata
ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya
dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk
menunjuk pada yang dekat. Tambahan pula, kata ganti nama diri ialah kata nama yang
menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi
kepada dua kumpulan iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata
ganti nama diri tanya ialah jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau
manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang,
apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang. Maka,
kata ganti nama diri orang ialah sejenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang
terdiri daripada tiga katogeri iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang Contoh


Pertama Kami
Saya

Kedua Awak

4
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kamu

Ketiga Dia
mereka

Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata
kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.

Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut
objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif
dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan
meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja
hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Kata kerja transitif Contoh


Aktif Mengikut
Membawa
Memeluk
Menuduh
Pasif Dianugerahkan
Dilindungi
Diterima
dipukul

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh
pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak
transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif
berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata kerja tak transitif Contoh

5
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Berpelengkap Menuduh
Menggunakan
Menggariskan
Membuktikan
Tak berpelengkap Berkahwin
Berkhidmat
Mengamuk
Menderhaka

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia
boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh
didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan
sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan
berdasarkan kriteria makna.

Kata adjektif Contoh


Kata adjektif sifat/ keadaan Kebijaksanaan, kesetiaan, ketaaatan
Kata adjektif warna Kuning, kelabu, hijau
Kata adjektif ukuran Panjang, pendek, nipis
Kata adjektif bentuk Bulat, lonjong, segi empat
Kata adjektif waktu Awal, lambat, lewat
Kata adjektif pancaindera Bersih, sedap,harum
Kata adjektif cara Rapat, Sukar, Cepat
Kata adjektif perasaan Terkeliru,tertipu, kemegahan
Kata adjektif jarak Jauh, dekat, hampir

Kata adjektif dalam bahasa Melayu dapat digunakan dalam bentuk perbandingan.
Pangkat perbandingan tersebut terbahadi kepada tiga iaitu pangkat biasa, pangkat
bandingan dan pangkat penghabisan. Pangkat biasa ialah sebahagian besar kata adjektif
digunakan dalam bentuk bandingan biasa ini seperti tempat tinggalnya jauh dari sini.
Pangkat yang kedua ialah pangkat bandingan, iaitu kata adjektif yang digunakan dalam
bentuk bandingan melalui dua cara iaitu bandingan sama dengan menggunakan awalan
se- atau perkataan sama. Contohnya, pakaiannya tidak sebersih pakaian saya. Cara

6
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

yang kedua ialah bandingan yang menunjukkan perbezaan dengan menggunakan


perkataan lebih atau kurang. Contohnya, bunga mawar lebih harum daripada bunga
kemboja. Akhir sekali, pangkat perbandingan yang ketiga ialah pangkat penghabisan.
Pangkat penghabisan merupakan kata adjektif yang digunakan bagi menunjukkan pangkat
penghabisan melalui cara-cara yang berikut:

Gandam kata adjektif dengan kata nama


(sekeras-keras batu, sebaik-baik manusia, sejernih-jernih air)
Perkataan yang dengan kata adjektif berawalan ter-
( yang tercantik, yang terpantas, yang terhebat)
Perkataan paling dengan kata adjektif
(paling mewah, paling mahal, paling pendek)
Kata adjektif dengan perkataan sekali
(lambat sekali, lembut sekali, cantik sekali)

Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk menjalankan
sesuatu tugas, sama ada sebagai kata hubung, kata seru, kata tanya, kata perintah, kata
pangkal ayat, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi
nam, kata pembenar, kata arah, kata bilangan, kata penekan dan kata pembenda. Secara
umumnya, kata tugas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok, iaitu kata penyambung
ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.

Kata penyambung ayat ialah kata hubung yang menghubungkan dua binaan ayat
atau lebih sehingga menjadi ayat majmuk.

Kata Hubung
Relatif
Gabungan
Kata Penyambung
Ayat
Kata Hubung
Komplemen
Pancangan

Keterangan

7
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menhubungkan dua klausa atau lebih
yang sama tara sifatnya. Ayat majmuk akan terbentuk. Terdapat beberapa contoh ayat yang
menggunakan kata hubung gabungan :

Kata Hubung Gabungan Contoh Ayat


Dan i. Mei Ling dan Ali suka makan nasi lemak.

Tetapi ii. Walaupun Ali nampak masih budak tetapi


fikirannya sudah matang.

Sambil iii. Sadin memancing ikan sambil berbual dengan


bapanya.

Lalu iv. Sarimah berdiri lalu pergi ke tandas.

Kata hubung pancangan terdiri daripada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan
relatif (kata relatif), kata hubung komplemen (kata komplemen), kata hubung pancangan
keterangan (kata keterangan). Kata relatif menggunakan perkataan yang dan dapat
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil lain. Sebagai contohnya,
pensyarah yang memakai baju biru itu mengajar saya subjek Morfologi Bahasa Melayu.
Kata komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi pelengkap pada satu
klausa utama dengan menggunakan perkataan seperti bahawa dan untuk. Sebagai
misalannya, untuk mencapai matlamat kita harus gigih berusaha. Kata keterangan dapat
menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama dengan
menghubungkan kata hubung keterangan seperti kerana, supaya, apabila dan lain-lain.

Kata Hubung Keterangan Contoh Ayat


Kerana Ah Gao sedih kerana puus cinta.
Supaya Kita harus rajin belajr supaya akan mendapat
keputusan yang baik.

Apabila Halim tidur apabila cikgu mengajar di depan kelas.

8
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kata praklausa ialah perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan
bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa. Kata
praklausa ini terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata
pangkal ayat. Kata seru berfungsi untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti marah,
kecewa, sedih, hairan, sakit dan sebagainya serta digunakan dalam ayat seruan. Contoh
kata seru ialah cis, syabas, wah dan sebagainya.

Kata Seru Contoh Ayat

Cis Cis, buat apa kau!

Syabas Syabas, kamu telah memenangi hadiah pertama!

Wah Wah, cantiknya beg baru awak ini!

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara atau
seseorang. Kata tanya ialah sebahagian daripada predikat ayat dan jika diletakkan pada
pangkal ayat, kata ini hendaklah disertai oleh partikel -kah. Sebagai contoh. Ayat yang
menggunakan kata tanya siapa seperti Siapakah nama awak? dan kata tanya apa
seperti Apakah makanan yang kamu suka makan?

Kata perintah merupakan perkataan yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu


tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Sebagai
contohnya, ayat yang menggunakan kata perintah sila seperti Sila hantar buku latihan
kepada saya dengan segera. Selain itu, contoh ayat yang menggunakan kata perintah
tolong seperti Tolong saya edarkan poster ini.

Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu


penyataan dan memerlukan tanda koma selepas kata pembenar. Sebagai misalannya,
contoh ayat seperti Ya, saya baru balik dari kedai runcit. Perkataan ya adalah kata
pembenar. Seterusnya, contoh ayat yang lain seperti Betul, saya ialah anak bongsu dalam
keluarga. Perkataan betul ialah contoh kata pembenar.

Kata pengkal ayat pula merupakan perkataan yang digunakan sebagai penanda
kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada bahagian hadapan
ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik. Contohnya ialah adapun, syahadan, maka,
hatta dan alkisah.

9
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kata prafasa ialah perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa
nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata
bilangan dan kata bantu.

Kata Penguat
Prafasa penegas
nafi
pemeri
sendi nama
arah
bilangan
bantu

Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek bertugas untuk menimbulkan suasana
perbezaan masa, sama ada masa ini, masa akan datang atau masa lampau. Sebagai
contoh, conto ayat yang menggunakan kata bantu ialah Kamu harus makan sarapan dan
Ali sedang bersenam.. Contoh kata bantu aspek dalam ayat ialah harus dan sedang.
Selain itu, kata bantu yang kedua ialah kata bantu ragam. Kata bantu ragam merupakan
bentuk kata yang mengeluarkan perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan.
Sebagai contoh, kata bantu ragam ialah hendak, dapat dan perlu. Contoh ayatnya ialah
Saya hendak membeli kasut baharu. Dan Bersenam dapat menguatkan badan kita..

Kata penguat ialah perkataan yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif untuk
menguatkan maksud kata adjektif. Kata penguat terbahagi kepada tiga iaitu kata penguat
hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas. Kata penguat ialah perkataan
yang terletak di hadapan kata adjektif. Sebagai contoh, contoh kata penguat hadapan ialah
terlalu, paling, sangat dan sebagainya. Contoh ayatnya ialah Sekolah itu sangat besar..
Kata penguat belakang ialah perkataan yang berada di belakang kata adjektif. Contoh kata

10
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

penguat belakang oalah sungguh, sekali, benar dan sebagainya. Contoh ayat yang
menggunakan kata penguat belakang ialah Kasut Abi besar sekali.. Kata penguat bebas
ialah perkataan yang kedudukannya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata
adjektif. Perkataan sangat dan sungguh boleh diletakkan sama ada di hadapan atau di
belakang kata adjektif. Sebagai tamsilannya, contoh ayat ialah Kanak-kanak itu sungguh
bijak. dan Kanak-kanak itu bijak sangat.

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata
penegas juga disebut sebagai partikel. Sebagai contoh, perkataan seperti tah, lah dan kah
diletakkan untuk menekankan ayat itu. Kata penegas tidak boleh hadir pada akhir ayat.
Sebagai contohnya, contoh ayat bagi penggunaan kata penegas ialah Apatah lagi peranan
remaja sekarang.. Contoh ayat lain ialah Bagaimanakah mengatasi masalah pencemaran
udara? Kata penegas lain ialah juga, pun, memang dan sebagainya.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan
seseorang atau sesuatu perkara. Contoh kata nafi ialah bukan dan tidak. Kata nafi bukan
berada sebelum frasa nama dan frasa sendi nama. Sebagai contoh, sampel ayat yang
menggunakan kata nafi bukan ialah Buku itu bukan hak Ali punya.. Selain itu, kata nafi
tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh ayatnya ialah Bibi
seorang budak yang tidak suka membuat kerja rumah..

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau
sebagai perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat. Contoh kata
pemeri ialah ialah dan adalah. Perkataan ialah digunakan secara persamaan atau
ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah digunakan sebagai huraian
yang hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sebagai contohnya, contoh ayat
penggunaan kata pemeri adalah ialah Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya
yang menyambut hari lahirnya..

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang selalu berada di belakang kata sendi nama
untuk menunjukkan hala tuju atau arah sesuatu. Contoh kata arah ialah atas, dalam, bawah,
hadapan, tepi, belakang, luar, sisi, penjuru, sudut, selatan, samping, antara da sebagainya.
Contoh ayat yang menggunakan kata arah akan diberikan dalam jadual berikut:

Kata Arah Contoh Ayat

selatan Rumah Azmi berada di selatan rumah saya.

11
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Dalam Ali terjatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.

Bawah Kucing di rumah saya suka makan ikan secara sembunyi di


bawah meja.

Kata bilangan bermatlamat menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu perkara,


orang atau benda. Kata ini terbahagikan keapda lima, iaitu :

Kata Bilangan Contoh


Tentu Dua, tiga, empat ratus
Tak tentu Beberapa, seluruh, semua
Himpunan Berhari-hari, kedua-dua, bertin-tin
Pisahan Masing-masing, setiap, tiap-tiap
pecahan Separuh, setengah, sepertiga

Akhir sekali ialah kata sendi nama. Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di
hadapan frasa nama. Contoh kata sendi nama ialah dari, daripada, di, ke, kepada, pada,
untuk, demi, tentang, seperti, dengan, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga dan dalam.
Tujuan dan contoh ayat akan dijelaskan dalam jadual yang berikut :

Kata Sendi Tujuan Contoh Ayat


Nama
Dari Untuk arah, tempat dan masa Saya berasal dari
Sarawak.
Daripada Punca, asal sumber dan perbandingan Kerusi itu diperbuat
daripada kayu yang
bagus.
Di Tempat Sarah berada di rumah
dia sekarang.
Ke Tunjuk arah, tempat dan masa Erahui suka pergi ke
stadium.
Kepada Sasaran, pecahan dan perubahan keadaan Jali membelikan sebiji
kek kepada adiknya.
Pada Tunjuk keterangan waktu, tempat dan dalam Fader bermain
ungkapan tertentu dengan anjing pada
waktu petang.
Untuk, Bagi Tunjuk kegunaan sesuatu Kek itu untuk ibu.

12
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Demi Tujuan dan sebagai unsur penegas Askar harus sanggup


berkorban demi negara.
Tentang Rujukan tentang sesuatu yang umu Buku itu bincang
tentang morfologi.
Seperti Beri contoh dan maksud perbandingan Ali rajin seperti semut.

Dengan Maksud bersama-sama dan cara dilakukan Ali bermain bola


keranjang dengan
kawan-kawan.
Sejak Maksud penanda waktu Kita harus menabung
sejak kecil.
Terhadap Maksud rujukan yang melibatkan penyambut Kita perlu prihatin
yang tentu terhadap alam sekitar.

Akan Rujuk kepada manusia dan didahului oleh kata Radin sangat suka akan
adjektif yang bersifat emotif kasut baru dia.

Oleh Tunjuk hubungan pembuat dalam ayat pasif Bola disepak oleh Ali.

Hingga Maksud perihal peringkat, had masa dan Taklimat petang ini
tempat bermula dari pukul 2
hingga ke pukul 4.
Dalam Maksud lingkungan yang tidak ada ruang Asraf terjatuh ke dalam
sebuah lubang.

13
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

1.3 Bentuk Kata

Menurut Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang
bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk
bunyi bahasa. Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada
empat jenis iaitu kata tunggal, kata majmuk, kata terbitan dan kata ganda. Bentuk perkataan
yang bersifat tunggal itu dikenali sebagai kata tunggal. Selain itu, terdapat perkataan yang
tergolong dalam jenis kata terbitan adalah terdiri daripada gabungan morfem bebas morfem
terikat. Tambahan pula, kata dibentuk secara merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu ialah kata majmuk. Seterusnya, bentuk kata yang terakhir ialah
kata ganda yang digandakan kata dasarnya.

Bentuk kata

Kata
tunggal Kata Ganda

Kata Kata
terbitan Majmuk

Bentuk kata yang pertama ialah kata tunggal, kata yang tidak mengalami proses
pengimbujan, pemajmukan dan penggandaan. Bentuk kata tunggal bahasa melayu terdiri
daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata , empat suku kata dan lebih.
Perkataan K ialah struktur kata konsonan manakala V ialah struktur kaya vokal. Contoh kata
tunggal bahasa Melayu yang terdiri daripada satu suku kata ialah ya (KV), am (VK), sah
(KVK) dan sebagainya. Contoh kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata ialah air
(V+VK), didik (KV+KVK) dan lain-lain. Selain itu, kata tunggal bahasa Melayu yang terdiri
daripada tiga suku kata ialah belia (KV+KV+V), usaha (V+KV+KV) dan sebagainya. Contoh
kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih ialah keluarga
(KV+KV+VK+KV), suruhanjaya (KV+KVK+VK+KV+KV) dan lain-lain.

Seterusnya,kata terbitan dalam bahasa Melayu ialah kata dasar yang menerima
imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Kata terbitna terhasil daripada proses
pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar. Menurut Tatabahasa

14
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Dewan (2004), golongan kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang
mendapat atau menerima imbuhan seperti awalan, sisipan, akhiran dan apitan. Sebagai
contoh, contoh penambahan imbuhan awalan ialah membeli (mem+beli) dan bagi
penambahan imbuhan akhiran ialah sasaran (sasar+an). Tambahan pula, contoh bagi
penambahan imbuhan sisipan ialah gemuruh (g+em+uruh) dan bagi penambahan imbuhan
apitan ialah kesalahan (ke+salah+an). Imbuhan ini terdiri daripada kata nama, kata kerja
dam kata adjektif. Contoh kata terbitan yang terdiri daripada golongan kata yang berlainan
dapat dilihat daripada jadual yang berikut:

Kata Terbitan Imbuhan

Kata Terbitan Berawalan peN-, pel-, ke-, maha-, juru-, tata-, sub-, pra-, dwi-,
(Awalan Kata Nama) anti-, ko-, mikro-, semi-, dwi-, infra-
Kata Terbitan Berawalan meN-, memper-, ber-, bel-, di-, diper-, ter-
(Awalan Kata Kerja)
Kata Terbitan Berawalan ter-, se-
(Awalan Kata Adjektif)
Kata Terbitan Berakhiran -an, -man, -wan, -wati, -in, -at, -isme
(Akhiran Kata Nama)
Kata Terbitan Berakhiran -kan
(Akhiran Kata Kerja)
Kata Terbitan Bersisipan -el-, -em-
(Sisipan Kata Nama)
Kata Terbitan Berapitan peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an
(Apitan Kata Nama)
Kata Terbitan Berapitan meN-...-kan, memper-...-kan, ber-...-kan, di-...-kan
(Apitan Kata Kerja)
Kata Terbitan Berapitan ke-...-an
(Apitan Kata Adjektif)

Seterusnya, kata majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata
dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dalam bahasa melayu
bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Kata majmuk digunakan
sebagai kata penghubung ayat dan tidak berfungsi sebagai kata kerja. Kata majmuk hiasan
atau dikenali sebagai simpulan bahasa, conothnya berat tangan, buah tangan, panjang
tangan dan sebagainya. Maka, kata majmuk bebas seperti jam tangan, Perdana Menteri,
sakit hati dan sebagainya. Tambahan pula, terdapat kata majmuk yang telah dianggap
mantap iaitu suruhanjaya, antarabangsa, kakitangan dan sebagainya. Selain itu, Contoh

15
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

kata majmuk terbitan berawalan dan berakhiran ialah mengambil alih, dikenal pasti,
dicampur aduk dan sebagainya. Manakala kata majmuk terbitan berapitan seperti
pengambilalihan, pengenalpastian, mencampuradukkan dan lain-lain.

Di samping itu, kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang
digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya. Kata ganda terdiri daripada kata ganda
seluruh, kata ganda semu, kata ganda separa, kata ganda bersajak dan kata ganda
berimbuhan.

Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya
boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja atau kata keterangan. Kata
ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-). Perbezaan antara kata ganda
seluruh dengan kata ganda semu ialah kata dasar dalam kata ganda seluruh ialah bentuk
kata nama, kata adjektif dan kata kerja manakala kata dasar dalam kata ganda semu hanya
mengambil kata nama. Kata ganda semu membawa makna yang khusus.

1. Kata Ganda Seluruh

a) kata nama kereta-kereta

b) kata kerja pandang-pandang

c) kata adjektif awal-awal

2. Kata Ganda Semu ( makna yang khusus)

a) kata nama kanak-kanak, biri-biri, kupu-kupu

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata sahaja yang
digandakan. Semua kata ganda ini terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi
maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar.
Sebagai contoh, kata ganda separa cecair yang kata dasarnya cair memberi maksud mana-
mana bahan yang berada dalam keadaan cair, seperrti air atau bendalir. Selain itu, contoh
yang lain ialah kekunci yang kata dasarnya kunci dan bermaksud butang untuk menaip dari
komputer, diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci.

16
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Seterusnya ialah kata ganda bersajak. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata
ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi di pangkal, di hujung, atau
seluruhnya apabila digandakan. Contoh kata ganda bersajak yang sama bunyinya di
pangkal ialah lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum dan sebagainya. Contoh kata ganda
bersajak yang sama bunyi di hujung ialah karut-marut, calar-balar, cerai-berai dan
sebagainya. Kata ganda bersajak yang akhir ialah persamaan bunyi seluruh. Contohnya
ialah compang-camping, dolak-dalik, huyang-hayang dan sebagainya.

Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan membubuh imbihan di mana-
mana tempat dalam kata ganda. Sebagai contoh, kata ganda yang mempunyai imbuhan
awalam di awal kata ialah tergesa-gesa dan imbuhan awalan selepas tanda sengkang ialah
tahu-menahu. Selain itu, imbuhan akhiran di akhir kata ialah barang-barangan dan apitan
seluruh kata ganda ialah tergila-gilakan.

17
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

1.4 Proses Pembentukan Kata

Terdapat empat proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan,
penggandaan, pemajmukan dan akronim.

Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataaan melalui proses pengimbuhan. Ini


dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan
major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau
terikat, atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan
pemajmukan.

Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri.
Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada
awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan bentuk dasar. Awalan
dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula dicantumkan pada akhir kata dasar,
sisipan disisip biasanya selepas konsonan pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan
pada pangkal dan akhir kata dasar serentak.

Jenis Imbuhan Contoh Contoh Perkataan

Awalan 1. me- Menurun


2. ber- Bersedia
3. ter- Terjatuh
4. pe- Pesediaan
5. pra- Prasekolah
6. anti- Antisosial
7. maha- Mahasiswa
8. juru- Jurugambar
9. se- Sehati
Akhiran 1. an senaman
2. i Sukai
3. kan serahkan
4. man Seniman
5. wan Olahragawan
6. isme Patriotisme
7. at Hadirat
Apitan 1. ke-...-an Kesusahan
2. me-...-kan Mewariskan
3. pe-...-an Pesanan

18
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

4. di-...-kan Ditunjukkan
5. menge-...-kan Mengecatkan
6. mem-...-i Mempercayai
Sisipan 1. er- gerigi
2. el- kelupas
3. em- Gemerlap

Selain itu, penggandaan ialah proses menerbitkan perkatan dengan menggandakan


kata dasar. Proses penggandaan kata dasar boleh dilakukan secara menyeluruh, separa
dan separa berimbuhan. Penggandaan secara menyeluruh bermaksud kesemua kata dasar
itu diulang tanpa perubahan. Contoh penggandaan secara menyeluruh ialah jalan menjadi
jalan-jalan, pelajar menjadi pelajar-pelajar, buku menjadi buku-buku dan sebagainya.

Penggandaan secara separa dilakukan di hadapan atau di belakang kata dasar dan
kata dasarnya biasanya kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan ini berlaku pada kata
dasar tunggal selalunya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak
gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk kata ganda itu
mengalami proses pelemahan dan menjadi vokal e pepet. Selain itu, penggandaan berentak
ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan
berentak mempunyai tiga jenis, iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal,
pengulangan konsonan dan bebas.

Penggandaan

Penuh Separa Berentak Bebas


Kata nama Kata nama Rentak suku kata Contohnya :
Contohnya : Contohnya : awal Ipar-duai
Pokok-pokok Laki lelaki Contohnya : Ipar-lamai
Meja-meja Langit lelangit Batu batu-batan Mentua-taya
Bukit bukit-bukau Patah-riuk
Kata kerja Kata kerja Sampah sampah-sarap Pinang-lanang
Contohnya : Contohnya :
Main-main Lari lelari Rentak suku kata
Lari-lari Tengok tetengok akhir

19
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Contohnya :
Kata adjektif Kata adjektif Anak anak-pinak
Contohnya : Contohnya : Kuih kuih-muih
Cantik-cantik Sedap sesedap Lauk lauk-pauk
Pandai-pandai Merah memerah
Rentak bunyi vokal
Kata adverba Kata adverba Contohnya :
Contohnya : Contohnya : Gunung-ganang
Tiba-tiba Cepat cecepat Guruh-garah
Lama-lama Laju lelaju Suku-sakat
Cucu-cicit
Kata terbitan
Contohnya :
Pemain-pemain
Pengetua-pengetua

Di samping itu, proses pembentukan kata ialah proses pemajmukan yang


merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
tertentu. Proses pemajmukan tidak menerima sebarang penyisipan unsur lain. Proses
pembentukan kata majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis iaitu kata
bebas, istilah khusus, kiasan dan kata majmuk mantap. Kata bebas, istilah dan kata majmuk
hiasan dieja terpisah manakala kata majmuk mantap dieja sebagai satu perkataan yang
mengandungi dua kata dasar. Sebagai misalannya, contoh bagi kata majmuk bebas ialah
tengah malam dan kereta lembu manakala contoh kata majmuk yang beristilah khusus ialah
model linear dan cakera padat. Contoh kata majmuk kiasan ialah anak emas, berat muut
dan sebagainya manakala contoh bagi kata majmuk mantap ialah suruhanjaya dan matahari.

Akhir sekali, proses akronim merupakan proses percantuman bahagian-bahagian daripada


serangkaina perkataan. Akronim merupakan bentuk yang sedap bunyinya apabila disebut.
Proses percantuman berlaku huruf, suku kata dan bahagian terdiri daripada perkataan.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, dinyatakan bahawa akronim dapat dibahagikan kepada
sekurang-kurangnya empat jenis iaitu kata akronim cantuman huruf awal perkataan, kata
akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan, kata akronim cantuman
suku kata awal perkataan dan kata akronim cantuman bahagian awal perkataan.

20
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kata akronim cantum awal perkataan ialah kata akronim yang dibentuk melalui
percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakannya terdiri daripada nama-nama
khas tertentu. Sebagai contoh, contoh jenis kata akronim ini ialah KPM yang dibentuk
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Contoh yang lain ialah BTP iaitu Bahagian
Teknologi Pendidikan dan ADUN ialah Ahli Dewan Undangan Negeri.

Seterusnya ialah kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap
sebutan dibentuk melalui percantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata
akronim ini juga membentuk kata nama khas. Contoh bagi kata akronim ini ialah Proton
yang dibentuk daripada perkataan Perusahaan Otomobil Nasional. Contoh yang lain ialah
Perhilitan iaitu Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Di samping itu, kata akronim cantuman suku kata awal perkataan ialah kata akronim
yang dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan. Sebagai
misalannya, contoh kata akronim ini ialah cerpen yang terhasil daripada cerita pendek.
Selain itu, kata nama khas seperti Bernama dibentuk daripada Berita Nasional Malaysia.

Akhir sekali, kata akronim cantuman bahagian awal perkataan terbentuk melalui
huruf atau suku kata perkataan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan-perkataan
lain. Sebagai contoh, contoh jenis kata akronim ini ialah jentolak yang dibentuk daripada
perkataan jentera tolak. Contoh lain ialah debunga iaitu debu bunga.

21
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

1.5 Jenis imbuhan

Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang
ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan
terdiri daripada bentuk awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Imbuhan awalan diletakkan di awal perkataan iaitu sebelum kata dasar. Misalnya,
ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny-, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Contoh
imbuhan awalan ialah ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil. Imbuhan akhiran pula
ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar. Sebagi misalannya, -kan
dalam yakin+kan dan i dalam percaya+i. Selain itu, imbuhan apitan pula hadir secara
berapitan kepada kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di aal dan akhir
kata dasar, misalnya imbuhan meng-...-kan dalam meng+hadiah+kan dan imbuhan ke--an
dalam ke+sejahtera+an. Akhir sekali, imbuhan sisipan pula merupakan imbuhan yang hadir
di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat jenis iaitu -er-, -el-, -em- dan in-.
Sebagai contoh, -er- dalam g+er+igi, -el- dalam g+el+osok, -em- dalam t+em+urun, dan in-
dalam s+in+ambung.
Kata Nama:

pem-, ke-, pen-, dll

Kata kerja :
Awalan
Mem-, ber-, ter-,
dll

Kata
adjektif:
ter-, se- dll Kata nama:
Akhiran
-an

Imbuhan Kata kerja:

-kan, -i

Apitan
Kata nama:
Sisipan Pem-an, ke-..-an, dll

Kata Nama & kata Kata kerja:


Kata
Adjektif :
adjektif: Mem-..kan, ber-..-
-el-,-er-, -em- ke-..-an kan, dll

22
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

2.0 Proses Penerbitan Kata Dalam Bahasa Melayu

Proses penerbitan kata dalam bahasa Melayu merupakan satu proses pengimbuhan
morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Kata terbitan ialah kata tunggal yang telah
menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Bentuk kata
terbitan mengalami proses ini dengan mengabungkan morfem kata dasar (morfem bebas)
dengan morfem imbuhan (morfem terikat) untuk membentuk perkataan yang baharu.
Dengan ini dapat memperbanyakkan makna perkataan bahasa Melayu. Kata dasar boleh
ditambahkan dengan imbuhan dan imbuhan ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu imbuhan
awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Penambahan imbuhan
adalah untuk menambahkan maksud lain daripada maksud kata dasarnya sendiri.

Kata terbitan dengan berimbuhan awal boleh dikatakan sebagai kata terbitan
berawalan. Kata terbitan berawalan merupakan imbuhan awalan ditambah di awal kata
dasar. Terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu awalan kata nama, awalan kata kerja dan
awalan kata adjektif. Contoh awalan kata nama ialah pe-, pe-, pem-, pen-, peng-, penge-,
pel-, per-, pe-, ke- dan lain-lain. Contoh awalan kata kerja pula ialah me-, mem-, men-,
meng-, menge-, memper- dan sebagainya. Awalan kata adjektif seperti ter-, te- dan se-.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan ditambah dalam kata adjektif untuk menegaskan kata sifat
akar bagi tujuan perbandingan.

Seterusnya ialah kata terbitan berakhiran. Kata terbitan berakhiran ialah imbuhan
ditambah di belakang perkataan, iaitu selepas kata dasar. Imbuhan akhiran terbahagi
kepada dua, iaitu akhiran kata nama dan akhiran kata kerja. Contoh akhiran kata nama ialah
an, -wan, -man, -wati dan sebagainya. Contoh akhiran kata kerja ialah kan dan i sahaja.

Kata terbitan berapitan adalah semasa kata dasar ditambah dengan dua imbuhan
yang diletakkan di awal dan di akhir kata dasar. Imbuhan apitan terbahagi kepada tiga, iaitu
apitan kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata adjektif. Contoh apitan kata nama ialah
pe--an, pem--an, ke--an dan sebagainya. Imbuhan apitan ke--an menerbitkan kata
nama yang memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhankannya.
Contoh apitan kata kerja ialah me--kan, men--kan, mem--kan , ber--kan dan
sebagainya. Contoh apitan kata adjektif hanya ke--an.

Kata terbitan sisipan merupakan imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata
dasar. Imbuhan apitan ini hanya terbahagi kepada dua, iaitu sispan kata nama dan sisipan
kata adjektif. Contoh sisipan kata nama ialah el- dan er-. Contoh sisipan kata adjektif ialah
el-, -er-, -em- dan in-.

23
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


KN KK KA KN KK KN KK KA KN KA
pe-, me-, ter-, -an, -kan, pe--an, me-- ke-- -el-, -el-,
pem-, mem-, te-, -wan, -i pem--an, kan, men- an -er- -er-,
pen-, men-, se- -man, pem-kan, -kan, -em-,
peng-, meng-, -wati dll. mem-- -in-
penge-, menge-, dll. kan dll.
pel-, memper
per-, pe- dll.
,
ke- dll.

Analisis tentang proses penerbitan kata dalam bahasa Melayu dibuat berdasarkan beberapa
perenggan daripada sinopsis novel Istana menanti.

Menurut Tuk Ngah, kewujudan Istana Menanti berkait rapat dengan kedatangan
orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Raja Melewar menjadi pemerintah yang pertama
bersemayam di istana tersebut. Tuk Ngah juga bercerita tentang asal usul nama Rembau
dan Sungai Ujung menjadikan remaja bertiga itu semakin teruja hendak menyiasat istana
lama tersebut.

Pada hari yang sesuai, Tuk Ngah yang menemani tiga sahabat itu menunjukkan
kegigihan mereka mengatasi halangan menawan puncak Gunung Datuk dan melihat sendiri
keistimewaan Istana Menanti. Semasa dalam perjalanan menuju ke puncak, Tuk Ngah
bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka oleh Paremeswara. Mereka juga
singgah sebentar di Jeram Lubuk Petai yang dikatakan tempat bersiram Raja Melewar dan
Sultan Mahmud Shah. Tuk Ngah sempat memberi nasihat kepada remaja-remaja itu supaya
menjaga tingkah laku semasa menuju ke puncak gunung demi menjaga keselamatan
bersama-sama.

Apabila sampai ke puncak gunung dan melihat reka bentuk istana yang dikatakan
berpuaka itu, Tuk Ngah bercerita tentang bentuk bumbungnya yang kelihatan seperti tanduk
kerbau. Menurut Tuk Ngah, bentuk itu sempena memperingati kemenangan seorang raja
Minangkabau yang menang dalam perlawanan beradu kerbau. Tuk Ngah tidak masuk
bersama-sama dengan remaja-remaja tersebut ke dalam istana kerana ingin berehat di luar
istana.

24
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Berdasarkan beberapa perenggan yang di atas, dapat kita rumuskan bahawa


kebanyakan perkataan mengalami proses penerbitan kata. Berlakunya proses penerbitan
kata dalam bahasa Melayu dapat memperluaskan istilah bahasa Melayu di samping
memperkaya bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan dapat diwujudkan.Proses
penerbitan kata dapat memperbanyak makna perkataan bahasa Melayu dan
mempelbagaikan istilah bahasa Melayu supaya menjadi lebih unik. Perkataan yang baru
diwujudkan melalui proses penerbitan kata dengan penambahan imbuhan tujuannya untuk
menyedapkan bunyi. Selain itu, proses penerbitan kata dalam bahasa Melayu dapat
menjadikan ayat dalam bahasa Melayu lebih gramatis. Tambahan pula, proses penerbitan
kata ini dapa membuat bahasa Melayu menjadi bahasa yang mantap iaitu bahasa Melayu
baku. Hal ini demikian kerana proses ini telah mengubah sebahagian perkataan bahasa
Melayu daripada kata pinjaman kepada perkataan sendiri dan unik. Pelbagai perkataan
yang mantap telah dibentuk daripada kata dasarnya melalui proses penerbitan kata ini.

Perkataan yang mengalami proses penerbitan kata dalam perenggan pertama ialah
menurut, kewujudan, berkait, kedatangan, menjadi, menjadikan ,bersemayam, bercerita,
bertiga dan menyiasat. Perkataan menurut terbentuk daripada kata dasar turut dan imbuhan
awalan kata kerja men- yang berfungsi untuk membentuk kata kerja. Kata dasar turut
bermaksud ikut manakala kata terbitan menurut bermaksud mencontohi perbuatan orang
lain. Selain itu, perkataan kewujudan terdiri daripada kata dasar wujud dengan imbuhan
apitan kata adjektif ke-...-an. Kata dasar wujud bermaksud sesuatu yang sedia ada
manakala kata terbitan kewujudan bermaksud hal wujudnya sesuatu. Perkataan yang
seterusnya ialah berkait. Perkataan berkait terbentuk daripada kata dasar kait dengan
imbuhan awalan kata kerja ber-. Kata dasar kait bermaksud benda yang hujungnya berkait
manakala kata terbitan berkait bermaksud mempunyai hubungan dengan sesuatu perkara.

Di samping itu, perkataan kedatangan dihasilkan apabila kata dasar datang


bergabung dengan imbuhan apitan ke-...-an. Kata dasar datang merupakan kata kerja yang
bermaksud sampai di sesuatu tempat manakala kata terbitan kedatangan yang selepas
mengalami proses penerbitan kata menjadi kata nama dan bermaksud ketibaan. Perkataan
menjadi dan menjadikan juga mengalami proses penerbitan kata, iaitu kata dasar jadi
dengan imbuhan awalan men- serta kata dasar jadi dengan imbuhan apitan men-...-kan.
Kata dasar jadi bermaksud berlaku manakala kata terbitan menjadi bermaksud bertindak
sebagai atau berubah kepada rupa lain. Kata terbitan menjadikan bermaksud menyebabkan.
Selain daripada perkataan menjadi, perkataan bersemayam juga mengalami proses
penerbitan kata. Perkataan bersemayam dibentuk daripada kata dasar semayam dengan
imbuhan ber-. Kata dasar semayam bermaksud duduk di atas takhta atau berkediaman

25
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

manakala kata terbitan bersemayam juga mempunyai maksud yang sama dengan kata
dasarnya.

Tambahan pula, perkataan bercerita juga mengalami proses penerbitan kata.


Perkataan bercerita adalah pembentukan kata dasar cerita dengan imbuhan awalan ber-.
Kata dasar cerita merupakan kata nama yang bermaksud tulisan yang menerangkan
sesuatu perkara manakala selepas mengalami proses penerbitan kata ini kata dasar ceita
akan menjadi kata terbitan bercerita iaitu kata kerja yang bermaksud menuturkan sesuatu
cerita. Perkataan yang seterusnya ialah bertiga. Perkataan bertiga dihasilkan melalui
gabungan kata dasar tiga dengan imbuhan awalan ber-. Kata dasar tiga merupakan satu
bilangan manakala kata terbitan bertiga bermaksud berjumlah tiga kesemuanya. Perkataan
yang akhir pada perenggan pertama ialah menyiasat. Perkataan menyiasat terbentuk
apabila kata dasar siasat bertambah dengan imbuhan awalan meny-. Kata dasar siasat
bermaksud pemeriksaan yang teliti dan hati-hati manakala menyiasat bermaksud membuat
penyelidikan tentang sesuatu perkara yang belum diketahui.

Kata Terbitan Kata Dasar Imbuhan

menurut turut me- (Awalan kk)

kewujudan wujud ke-..-an (apitan KA)

berkait kait ber- (awalan KK)

kedatangan datang ke-...-an(Apitan KA)

menjadi jadi men- (apitan KK)


menjadikan men-...-kan (apitan KK)
bersemayam semayam ber- (awalan KK)

bercerita cerita ber- (awalan KK)

bertiga tiga ber- (Awalan KK)

menyiasat siasat men- (Awalan KK)

26
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Daripada perenggan kedua, perkataan yang mengalami proses penerbitan kata ialah
menemani, menunjukkan, kegigihan, mengatasi, halangan, menawan, melihat,
keistimewaan, perjalanan, menuju, pembukaan, dikatakan, bersiram, memberi, menjaga dan
keselamatan. Perkataan menemani terbentuk daripada kata dasar teman dengan imbuhan
apitan men-..-i. Makna kata dasar teman ialah orang yang bersama-sama melakukan
sesuatu manakala kata terbitan menemani bermakna mengiringi. Perkataan menunjukkan
dihasilkan dengan gabungan kata dasar tunjuk dengan imbuhan apitan men-..-kan. Kata
dasar tunjuk jarang berdiri sendiri kerana kebanyakan kata dasar ini bergabung dengan kata
dasar lain seperti tunjuk ajar manakala kata terbitan menunjukkan bermaksud
memperlihatkan sesuatu kepada seseorang. Di samping itu, perkataan kegigihan terbentuk
daripada kata dasar gigih dengan imbuhan apitan ke-...-an. Kata dasar gigih bermaksud
tetap teguh pendirian atau fikiran manakala kata terbitan kegigihan bermaksud
kesungguhan atau keteguhan berpegang pada pendapatnya. Perkataan mengatasi terdiri
daripada kata dasar atas dengan imbuhan apitan meng-..-i. Kata dasar atas bermakna
tentang atau dengan manakala kata terbitan mengatasi bermakna menyelesaikan atau
menguasai.

Selain itu, perkataan halangan terbentuk daripada kata dasar halang dengan
imbuhan akhiran an. Kata dasar halang bermaksud lindungi manakala kata terbitan
halangan bermaksud rintangan. Maka, perkataan menawan terdiri daripada kata dasar
tawan dengan imbuhan awalan men-. Kata dasar tawan jarang digunakan sebagai kata
dasar dan biasanya bertambah dengan imbuhan untuk mewujudkan maksud yang lebih luas.
Kata terbitan menawan bermaksud menangkap atau menahan musuh dalam peperagan.
Perkataan yang seterusnya ialah perkataan melihat. Apabila kata dasar lihat bertambah
dengan imbuhan awalan me- ia akan menjadi kata terbitan melihat. Kata dasar lihat
bermaksud tengok manakala kata terbitan melihat bermaksud memandang. Perkataan
keistimewaan terdiri daripada kata dasar istimewa dengan imbuhan apitan ke-..-an. Kata
dasar istimewa bermaksud khas manakala kata terbitan keistimewaan bermaksud kelebihan
atau keutamaan.

Selain daripada perkataan keistimewaan, perkataan yang mengalami proses


penerbitan kata ialah perjalanan. Perkataan perjalanan terbentuk daripada kata dasar jalan
dengan imbuhan apitan per-..-an. Kata dasar jalan bermaksud landasan manakala kata
terbitan perjalanan bermaksud perkembangan. Perkataan menuju terbentuk daripada kata
dasar tuju dengan imbuhan awalan me-. Kata dasar tuju bermaksud arah manakala kata
terbitan menuju bermaskud mengarah ke. Selain itu, perkataan pembukaan juga mengalami
proses penerbitan kata. Perkataan pembukaan dihasilkan daripada kata dasar buka dengan
imbuhan apitan pem-..-an. Kata dasar buka bermaksud ukuran dan panjang sesuatu barang

27
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

manakala kata terbitan pembukaan bermaksud perbuatan. Perkataan dikatakan terdiri


daripada kata dasar kata dengan imbuhan apitan di-..-kan. Kata dasar kata bermaksud
beritahu manakala kata terbitan dikatakan bermaksud diberitahu tentang sesuatu.

Bukan itu sahaja, perkataan bersiram juga mengalami proses penerbitan kata iaitu
terdiri daripada kata dasar siram dengan imbuhan awalan ber-. Kata dasar siram biasanya
bergabung dengan imbuhan dan jarang digunakan sebagai kata dasar yang berdiri sendiri.
Kata terbitan bersiram bermaksud mandi. Perkataan memberi terbentuk daripada kata dasar
beri dengan imbuhan awalan mem-. Kata dasar beri selalunya bertambah dengan imbuhan
untuk mendaptkan maksud yang banyak dan kata terbitan memberi bermaksud
menyerahkan. Perkataan menjaga terbentuk daripada kata dasar jaga dengan imbuhan
awalan men-.Kata dasar jaga bermakna kawal manakala kata terbitan memjaga bermakna
membela, mempertahankan dan mengawal. Perkataan yang terakhir dalam perenggan ini
ialah keselamatan. Perkataan keselamatan dihasilkan daripada kata dasar selamat dan
imbuhan apitan ke-..-an. Kata dasar selamat bermaksud terlepas daripada segala bahaya
manakala kata terbitan keselamatan bermaksud keamanan.

Kata Terbitan Kata Dasar Imbuhan

menemani teman me-...-i (apitan KK)

menunjukkan tunjuk me-..-kan (Apitan KK)

kegigihan gigh ke-..-an (Apitan KA)

mengatasi atas meng-..-i (apitan KK)

halangan halang -an (akhiran KN)

menawan tawan me- (Awalan KK)

melihat lihat me- (Awalan KK)

keistimewaan istimewa ke-...-an (apitan KA)

perjalanan jalan per-..-an (Apitan KN)

menuju tuju me- (awalan KK)

28
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

pembukaan buka pem-...-an (apitan KN)

dikatakan kata di-..-kan (apitan KK)

bersiram siram ber- (awalan KK)

memberi beri mem- (awalan KK)

menjaga jaga men- (Awalan KK)

keselamatan selamat ke-...-an (apitan KA)

Dari kaca mata yang lain, terdapat beberapa kata terbitan dalam perenggan yang
ketiga seperti berpuaka, kelihatan, memperingati, kemenangan, perlawanan, bersam-sama
dan berehat. Perkataan berpuaka berasal daripada kata dasar puaka dengan imbuhan ber-.
Kata dasar puaka bermaksud hantu manakala berpuaka bermaksud berhantu. Perkataan
yang kedua ialah kelihatan. Ia berdiri apabila kata dasar lihat ditambah imbuhan apitan ke-..-
an. Kata dasar lihat bermaksud tengok manakala kelihatan bermaksud nampak. Seterusnya
ialah perkataan memperingati yang berasal daripada kata dasar ingat dengan imbuhan
apitan memper-..-i. Kata dasar ingat bermakna masih dalam fikiran dan sedar manakala
memperingati bermaksud mengenangkan dan menghormati. Perkataan yang keempat ialah
kemenangan. Perkataan kemenangan terbentuk daripada kata dasar menang dengan
imbuhan apitan ke-...-an. Kata dasar menang bermaksud berjaya dalam perlawanan
manakala kemenangan bermaksud kejayaan.

Tambahan pula, perkataan perlawanan berasal daripada kata dasar lawan dengan
imbuhan apitan per-..-an. Kata dasar lawan bermaksud sesuatu yang bertentangan
manakala perlawanan bermaksud pertandingan. Perkataan bersama-sama telah mengalami
proses penggandaan dan proses penerbitan kata. Kata dasar perkataan bersama-sama
ialah sama. Kata dasar sama mengalami proses pengganadaan seterusnya bertambah
dengan imbuhan ber-. Kata dasar sama bermaksud setara manakala kata ganda sama-
sama bermaksud semuanya sekali. Selepas proses penerbitan kata, kata ganda sama-sama
ditambah dengan imbuhan dan menjadi kata terbitan bersama-sama yang bermaksud
berganding dengan. Perkataan yang terakhir ialah berehat. Berehat berasal daripada kata
dasar rehat dan imbuhan awalan be-. Kata dasar rehat bermaksud keadaan bebas daripada
sebarang aktiviti manakala kata terbitan berehat bermaksud bersantai.

29
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Kata Terbitan Kata Dasar Imbuhan

berpuaka puaka ber- (Awalan KK)

kelihatan lihat ke-..-an (Apitan KA)

memperingati ingat memper-..-i (apitan KK)

kemenangan menang ke-...-an ( apitan KA)

perlawanan lawan per-..-an (Apitan KN)

bersam-sama sama sama-sama (kata ganda)


ber- (awalan KK)
berehat rehat be- (Awalan KK)

Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa proses penerbitan kata telah


memperbanyakkan istilah perkataan dalam bahasa Melayu. Proses ini amat penting kerana
dapat mewujudkan pelbagai perkataan yang berlainan maksud. Dengan ini, golongan kata
juga akan berubah setelah mengalami proses penerbitan . Sebagai contoh, perkataan jalan,
sebelum proses penerbitan kata dijalankan perkataan jalan merupakan kata kerja tetapi
selepas perkataan itu mengalami proses penerbitan kata dengan menambah imbuhan
apitan per-..-an ia menjadi perjalanan yang dalam golongan kata kata nama. Tegasnya,
proses penerbitan kata ini dapat memperbanyak istilah bahasa Melayu, mewujudkan ayat
yang gramatis, menjadikan bahasa Melayu baku dan sebagainya.

30
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

RUJUKAN

Buku:

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Dr. Faridah binti Nazir. (2013). Morfologi Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim et al. (2014). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Internet :

Sinopsis Novel Istana Menanti. (28 Oktober 2011). http://istanamenanti-


pemabuklaut.blogspot.my/2011/10/novel-istana-menanti.html

31
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

Lampiran

32
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

33
DAVID CHIA WEI LIANG MORFOLOGI BAHASA MELAYU BMM1054

34

You might also like