You are on page 1of 1

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx,

Xxxxxxxxx,
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx,
Xxxxxxxxxxxxxxx,
Xxxxxxxxxxxxx,

Pegawai yang berkenaan,


Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 3 & 4, Blok E2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA 8 April 2015.

Tuan,
Memberi Keizinan Kepada Isteri Untuk Bertukar ke PPD Xxxxxxxxxxxxxx

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas mengizinkan isteri saya,
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx, no kad pengenalan xxxxxx-xx-xxxx , untuk memohon pertukaran.
Isteri saya telah bertugas di SMK Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx (PPD xx) bermula xx Januari 2009
sehingga kini.

2. Saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan
pertukaran ini antaranya kerana
i. Isteri saya mengalami masalah kesuburan, menurut doktor masalah hormon,
bukan sakit kronik. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan anak dan berusaha
berubat secara alternatif. Tinggal berjauhan menyukarkan usaha kami.
ii. Isteri saya telah berkhidmat di sekolah semasa selama 6 tahun dan perlu berubah
persekitaran yang baru dan mempelajari perkara baru.
iii. Saya dan isteri mempunyai rumah sendiri yang terletak seperti alamat di atas.

3. Buat pengetahuan pihak tuan, isteri saya juga telah menghubungi SMK xxxx dan
pihak pentadbir menyokong kemasukan isteri saya ke sekolah tersebut atas sebab keperluan
opsyen xxxxxx.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya ini
mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Xxxxxxxxxxxxxxxxxxx)

You might also like