You are on page 1of 6

Cadangan jawapan untuk Tema Umum

"Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Serawak dan


Singapura kepada Kerajaan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sungguhpun begitu,
Malaysia telah ditentang keras oleh Indonesia dan Filipina. Setelah berjaya
menghadapi cabaran getir, lahirla sebuah kesatuan yang dikenali sebagai
Malaysia pada 16 September 1963"

1. Pengenalan (rujuk Buku Teks, hlm 136)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kemerdekaan


kepada Persekutuan Tanah Melayu . Persekutuan ini mengandungi 11 buah
negeri. Singapura diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti dalam
Perjanjian Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sabah
dan Sarawak kekakl sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Keadaan ini kekal
sehinggala timbul ura-ura Pembentukan Malaysia. Usaha ini menimbulkan
reaksi dan cabaran dari dalam dan luar negeri. Akhirnya, pembentukan
Malaysia diterima dan Perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1963.

2. Idea/ Cadangan Pembentukan Malaysia (hlm 137-138)

Idea/ cadangan Pembentukan Malaysia yang pertama oleh Lord Brassey iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British. Beliau mencadangkan agar Kerajaan
British mengabungkan Sarawaj dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan
Negeri-Negeri Selat.
Idea kedua ialah oleh Sir Malcom MacDonald pada tahun 1948. beliau
seorang Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Cadangan beliau ialah Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Idea atau cadangan seterusnya daripada Dato' Onn Jaafar pada tahun 1956.
Beliau mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai
"Malaysia". Beliau berpendapat pada suatu hari nanti, British akan
menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
Selain itu, ada cadangan atau idea daripada pemimpin Singapura iaitu Lim
Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew yang mendesak agar British
berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Mereka mencadangkan agar gabungan
tersebut diantara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun
begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan
berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Seterusnya cadangan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 mei 1961. Beliau
bersetuju dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan tersebut
dalam Majlis Makan Tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel
Adelphi, Singapura. hasrat beliau ialah pembentukan Malaysia dapat menjamin
kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Selain itu,
kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

3. Faktor Pembentukan Malaysia (hlm 139-140)


Pertama ialah faktor politik. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan
Malaysia kerana bimbang pengaruh Barisan Sosialis yang telah menang dalam
pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961. Ini akan melemahkan Parti
Tindakan Rakyat (PAP) kerana Barisan Sosialis dianggap gerakan berhaluan kiri.
Selain itu, kebangkitan Barisan Sosial boleh menggugat rancangan British
memerdekakan Singapura.
Selain itu ialah ancaman komunis yang menjadi faktor pembentukan
Malaysia. Lee Kuan Yew gunakan alasan ini untuk menggabungkan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu dianggap
mempunyai pengalaman luas dalam membenteras ancaman komunis.
Tambahan pula ancaman komunis di Sarawak mendorong Tunku Abdul
Rahman mencadangkan Pembentukan Malaysia. Penyertaan Sarawak, Sabah
dan Singapura boleh menjadi benteng menghadapi ancaman komunis.
Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah
dan Singapura serta Brunei. Penyertaan negara ini menyebabkan mereka dapat
merdeka 2 tahun lebih awal. Disamping itu juga, mereka dapat menikmati
pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
Penubuhan Malaysia merupakan satu proses dekolonisasi Britih terhadap
negeri-negeri Melayu. Usul oleh PBB ini ialah agar tanah-tanah jajahan
dimerdekakan.

Faktor kedua ialah faktor ekonomi. Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan


satu pasaran yang lebih luas, menggalakkan pelaburan dan perkembangan
pertanian. selain itu, memanfaatkan sumber dan keistimewaan yang ada kerana
Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti getah dan bijih timah.

Faktor ketiga ialah faktor sosial. Pembentukan Malaysia dapat mengimbangi


jumlah dan kadar pertumbuhan kaum. selain itu, memajukan negari seperti
Sarawak dan Sabah.

4. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia.

i) Reaksi Dalam Negeri.


Reaksi dari Singapura ialah Lee Kuan Yew dan PAP sangat menyokong usaha ini.
Namun begitu, penentangan daripada Barisan Sosialis yang mengatakan
Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk penjajahan bentuk baru. Mereka
menuntut agar cadangan ini mesti mendapat pandangan rakyat Singapura
terlebih dahulu. Maka satu referendum diadakan dan hasilnya rakyat Singapura
bersetuju dengan Pembentukan Malaysia.
Reaksi daripada Sabah ialah pada peringkat awalnya mereka menolak kerana
sudah selesa berada di bawah jajahan British. Begitu juga dengan negeri
Sarawak yang menolak cadangan tersebut pada peringkat awal. Namun setelah
pelbagai usaha dilakukan rakyat Sabah dan Sarawak sudah dapat menerima
gabungan ini melainkan Pasti SUPP yang menolak cadangan ini kerana bimbang
Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu.
Reaksi dari Tanah Melayu pula, semua parti politik bersetuju kecuali Parti PAS
yang meminta idea ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Persekutuan
Tanah Melayu.

ii) Reaksi Luar Negeri


Reaksi dari Indonesia ialah Indonesia membantah pembentukan Malaysia.
Walaupun pada peringkat awal, Indonesia tidak menunjukkan reaksi tetapi pada
akhir tahun 1962, mereka mula membantah.
Indonesia berpendapat Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk neokolonisme
yang akan mengancam Indonesia. Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis
Indonesia (PKI) yang telah mempengaruhi Presiden Soekarno sehingga mereka
mengisytiharkan Dasar Konfrontasi dengan Konsep Ganyang Malaysia.
Antara tindakan Indonesia untuk mengagalkan Pembentukan Malaysia ialah
menghantar pengintip dan melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan
Tanah Melayu. Selain itu, Indonesia telah melakukan pencerobohan di ruang
udara Tanah Melayu.
Indonesia turut melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui Johor,
Sarawak dan Sabah. Serangan ini menyebabkan Malaysia mengambil tindak
balas dengan bantuan daripada tentera komanwel.
Bukan itu sahaja, malah Indonesia turut memburuk-burukkan nama Malaysia
di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Justeru, pewakilan Malaysia yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke negara-negara Asia
bagi menjelaskan hubungan Malaysia dengan Indonesia.
Reaksi daripada Filipina ialah Kerajaan Filipina dibawah Presiden Macapagal
mendakwa bahawa Sabah itu adalah hak milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini
berdasarkan perjanjian yang ditandatangi pada 22 Januari 1878 diantara Sultan
Jamalul Alam dan Baron Von Overbeck. Walau bagaimanapun, perjanjian ini
telah tamat pada 22 Januari 1958.

Cadangan Jawapan KBAT : calon mesti memilih jawapan yang tepat


berdasarkan soalan pada tema khusus.

Soalan : Tindak balas pemimpin negara terhadap penentangan Indonesia dan


Filipina terhadap Pembentukan Malaysia.

Tindak balas yang dilakukan oleh Pemimpin Negara sewaktu penentangan


Indonesia dan Filipina terhadap Pembentukan Malaysia ialah menyusun semula
pasukan pertahanan atau Askar Wataniah. Selain itu, kita juga memberikan
latihan ketenteraan kepada masyarakat supaya mereka sentiasa bersedia.
Pemimpin Negara juga mengarahkan kawalan yang lebih ketat dipantai dan di
laluan strategik yang boleh dicerobohi musuh. Seterusnya, pemimpin negara
mengadakan rundingan dengan pemimpin Indonesia dan Filipina.
Tindakan lain yang dibuat oleh pemimpin negara kita ialah mengedarkan
poster konfrontasi untuk makluman semua rakyat. Pemimpin Negara juga ada
membuat bantahan terhadap pencerobohan Indonesia kepada PBB.
Pekara ketujuh ialah pemimpin negara telah melawat negara-negara Afrika
bagi menjelaskn masalah diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kita juga telah
melakukan tindak balas terhadap serangan Indonesia dengan bantuan tentera
komanwel. Pemimpin negara juga menawarkan hadiah bagi penangkapan
musuh serta sentiasa mengarahkan supaya melakukan tinjauan udara.

Soalan : Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia akan


menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh dirantau ini. Bincangkan

Penubuhan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh di


rantau ini kerana negara akan menjadi lebih besar dan wilayah akan menjadi
lebih luas.
Selain itu, pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh kerana pasukan
pertahanan dapat bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan
perluasan wilayah, penduduk akan bertambah ramai. Penubuhan Malaysia akan
dapat membenteras pengaruh komunis yang cuba menyebarkan pangaruh di
negeri-negeri yang belum merdeka. Ekoran itu juga, pasaran menjadi lebih luas
dan dapat meningkatkan ekonomi serantau. Akhirnya kawasan serantau juga
akan mempunyai tenaga kerja yang lebih ramai.

Soalan : Peranan pelajar menjayakan Konsep 1Malaysia. Bagaimana pelajar


memupuk semangat perpaduan yang kukuh / memupuk rasa cinta dan
sayangkan Malaysia.

Peranan pelajar bagi memupuk semangat perpaduan yang kukuh atau


memupuk rasa cinta dan sayangkan Malaysia ialah dengan mengamalkan prinsip
Rukun Negara. Selain itu, pelajar perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi dan bersama-sama menyertai aktiviti sukan dan
perkhemahan di sekolah tanpa diskriminasi kaum.
Pelajar boleh memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
kepentingan perpaduan antara kaum dan mempelajari kepelbagaian budaya di
Malaysia.
Selain itu, pelajar boleh bersama-sama mengadakan minggu/bulan berkaitan
dengan Semangat 1 Malaysia dan menyertai pertandingan mengarang/menulis
esei berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Peranan seterusnya ialah belajar menghormati budaya/kepercayaan sesuatu
kaum dan sentiasa bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai kaum.
Kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum amat
digalakkan dalam usaha memupuk perpaduan atau cintakan Malaysia.
Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pelajar ialah
mengunjungi rumah terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa dan juga
mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah bersama-sama semua kaum dan
sentiasa menjaga/meningkatkan nama baik sekolah secara bersama.

Soalan : Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia ialah dengan pembinaan Lapangan


Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan juga KLIA 2. Selain itu, tersergam
megah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur/KLCC yang menjadi mercu
tanda dan antara bangunan tertinggi di dunia.
Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh negara kita ialah pembinaan Litar
Formula One di Sepang berjaya menarik pelancong asing seterusnya
meningkatkan ekonomi negara. Kejayaan lain ialah, pembinaan Menara Kuala
Lumpur dengan restoran berputar dapat menyaksikan keindahan Bandaraya
Kuala Lumpur.
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia ialah Perisytiharan
Melaka/Pulau Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia serta Kejayaan pelayar
negara Dato Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia secara solo.
Kejayaan seterusnya yang dicapai dan membanggakan rakyat Malaysia
Program Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dan Dato Sharifah
Mazlina berjaya merentasi kutub selatan serta Dato Malik Maidin merentasi Selat
Inggeris.
Seterusnya, pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Jambatan Pulau
Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Shah juga dilihat sebagai kejayaan
yang dicapai oleh Malaysia.
Tidak dilupakan, Kemajuan sistem pengangkutan awam seperti LRT,MRT
dan Monorel banyak memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat
malaysia. Terakhirnya, kejayaan yang dapat dicapai oleh Malaysia ialah
pengeluaran Kereta nasional seperti Proton Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira.
Soalan: Kewajaran tindakan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura
daripada Malaysia.

Singapura wajar dikeluarkan daripada Malaysia untuk menjamin keharmonian


negara. Selain itu, tindakan ini dapat menjamin keselamatan negara dan
mengukuhkan perpaduan.
Kewajaran tindakan ini dapat dilihat untuk mengelakkan berlaku rusuhan kaum
serta mengelakkan tercetusnya isu perkauman.
Lain daripada itu, kewajaran dapat dilihat tindakan ini dapat mewujudkan
kestabilan politik dan mewujudkan keamanan untuk negara. Seterusnya,
kerajaan dapat menumpukan pembangunan negara yang lebih baik.
Selain mengukuhkan pertahanan negara, tindakan ini amat wajar kerana
menunjukkan kebijaksanaan pemimpin yang berfikiran jauh ke hadapan.

Soalan : Cara meraikan hari Malaysia pada 16 September setiap tahun untuk
mengukuhkan penghayatan terhadap semangat Penubuhan Malaysia.

Cara untuk meraikan Hari Malaysia dalm usaha mengukuhkan penghayatan


terhadap semangat Penubuhan Malaysia ialah dengan melibatkan diri dalam
Perbarisan Hari Malaysia. Kita juga boleh mengibarkan bendera Jalur Gemilang
di rumah-rumah kita. Kita juga patut mengadakan pameran yang berkaitan
dengan Malaysia serta menganjurkan forum-forum yang berkaitan juga.
Seterusnya, belajar mengenal tokoh-tokoj yang berkaitan dengan
merealisasikan Penubuhan Malaysia dengan cara membaca bibliografi atau
membuat kajian tentang mereka.
Disamping itu, menganjurkan Majlis Tahlil untuk pejuang-pejuang negara
dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan Negara.

Soalan : Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia menjamin kedaulatan


negara serta usaha/ langkah/ cara mengatasi nya.

i) cabaran/ masalah
Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kesukaran mendapat
pengiktirafan dari negara maju. cabaran kedua ialah gejala keruntuhan akhlak
remaja akibat daripada nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
Cabaran ketiga ialah Penyalahgunaan dadah yang semakin merebak di
kalangan belia yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Cabaran
ke empat ialah Institusi kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat
menyebabkan ramai rakyat mula hilang jati diri dan sukar dibawa berunding.
Cabara ke lima ialah Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan
hati semakin berleluasa sehingga menampakkan bentuk bentuk keganasan yang
bakal sukar untuk dikawal.

ii) Usaha/Langkah/cara
Usaha/Langkah/cara mengatasinya ialah dengan Melahirkan modal insan
berkualiti. Usaha seterusnya ialah Memperkukuh jati diri dalam program PLKN
untuk pelajar lepasan SPM.
Usaha/Langkah/cara lain yang dapat dibuat ialah dengan memperkasakan
sekolah agama bagi membentuk insan yang kamil dan cemerlang dunia dan
akhirat. Usaha/Langkah/cara keempat ialah dengan Menerapkan integriti diri
dalam setiap rakyat menerusi sifat Bersih Cekap dan
Amanah. Usaha/Langkah/cara seterusnya, Mengukuhkan institusi kekeluargaan
supaya dapat Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala sosial.

Soalan : Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme


Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ialah perlunya kerjasama antara
pemimpin dengan pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. Nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme seterusnya ialah kita perlu Berfikiran positif dan
melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ketiga ialah masyarkat kita perlu berani
untuk berdaya saing dengan negara-negara yang lebih maju. Nilai-nilai
murni/iktibar/patriotisme ke empat ialah, kita mesti berbangga dengan
pencapaian negara. Seterusnya, Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme kelima
ialah tidak mudah putus asa walau sering berdepan dengan pelbagai rintangan
dan kesusahan serta sentiasa memelihara jati diri.
.
Soalan : Rumusan

Pengetahuan yang saya perolehi ialah pada peringkat awal Penubuhan


Malaysia, kita menghadapi pelbagai cabaran seperti penentangan dari Indonesia
dan Filipina. Namun begitu, saya juga memperolehi pengetahuan bahawa
dengan usaha dan kesungguhan para pemimpin, segala masalah itu dapat
diatasi dan akhirnya Penubuhan Malaysia dapat dilaksanakan.
Iktibar untuk diri, bangsa dan negara ialah, usaha yang bersungguh-
sungguh tanpa rasa putus asa dan menggunakan kebijaksanaan maka segala
masalah akan dapat diatasi dengan segera. Selain itu, iktibar yang saya dapati
ialah semangat perpaduan dapat menjayakan sesuatu rancangan.
Harapan saya agar Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan negara-
negara maju dari segi ekonomi dan politik dan mampu mencorakkan aspek
sosial dalam bentuk kita tersendiri.

You might also like