You are on page 1of 7

JENIS-JENIS KUASA DALAM

KEPIMPINAN

NAMA : AHMAD ASYRAF BIN JAMALUDDIN


910501-11-5029
KUMPULAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 T3 MT2
PENSYARAH : EN. AZHAR BIN ZAKARIA
TARIKH : 06 MAC 2013
JENIS-JENIS KUASA DALAM
KEPIMPINAN

NAMA : MUHAMMAD MURSYID BIN HITHAYATHULLA


890812-07-5495
KUMPULAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2011 T3 MT2
PENSYARAH : EN. AZHAR BIN ZAKARIA
TARIKH : 06 MAC 2013
KUASA DALAM KEPIMPINAN

PENDAHULUAN

Kuasa tidak boleh wujud tanpa hubungan yang rapat dengan individu atau kehendak

orang lain. Seseorang tidak mempunyai kuasa jika hidup berseorangan di sesuatu

tempat dan tidak ada kuasa sekiranya apa yang miliki tidak diperlukan oleh

masyarakat sekeliling. Oleh itu, kuasa ialah sesuatu yang mempunyai hubungan

yang bersandar dengan unsur-unsur lain. Perkara utama ialah manusia dan

keperluan manusia itu sendiri. Menurut Weber (1947), kuasa adalah suatu tindakan

yang dilakukan tanpa sebarang tentangan dan ia didasarkan kepada penerimaan

arahan secara sukarela dan sekiranya tidak diterima, tindakan seperti dendaan atau

ancaman akan diberi. Selain itu, French dan Raven(1962) pula membahagikan

sumber-sumber kuasa ini kepada lima bahagian iaitu kuasa ganjaran, paksaan, sah,

pakar serta rujukan. Berbeza dengan kuasa, autoriti merupakan sesuatu yang

tercapai apabila seseorang mendapat kuasa yang sah (legitimate power).

Kepimpinan amat berkait rapat dengan kuasa. Pemimpin dianggap mempunyai

kuasa selagi orang bawahan mahu. Menurut Mescon et al., kuasa adalah sesuatu

yang diberi oleh orang bawahan kepada seseorang pemimpin. Kuasa tersebut

boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah bergantung kepada kemajuan

matlamat ahli kumpulan (78). Dari segi konsepnya juga, kuasa melibatkan

bagaimana orang melihat perhubungan antara satu sama lain. Kuasa bukannya

datang apabila seseorang berada di dalam hiraki tertentu di dalam organisasi.


KUASA GANJARAN

Kuasa Ganjaran bermaksud seorang individu atau pentadbir yang mempunyai

kelebihan untuk memberi ganjaran atau hadiah kepada kakitangan yang menurut

arahannya. Kuasa ganjaran adalah berasaskan kebolehan yang ada kepada

pemimpin untuk memberi ganjaran kepada orang bawahan yang telah

melaksanakan arahan atau memenuhi kehendak. Asas utama kuasa ini adalah

untuk memberi ganjaran. Kuasa ganjaran ini dianggap sebagai satu kuasa yang

positif yang boleh menyebabkan perubahan dalam tingkahlaku dan perlakuan

seseorang. Dengan kata lain ia merupakan pengukuhan positif. Namun kuasa ini

ada had dan batasannya untuk membolehkan seseorang itu bertindakbalas darinya.

Ia juga kuasa yang dapat mengawal pekerja melalui hadiah ganjaran bonus atau

menjanjikan pelbagai bentuk insentif yang boleh membawa perubahan positif

kepada para pekerja atau ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Kadangkala berbentuk

memberi tugas dan cabaran baru kepada seseorang yang menunjukkan prestasi

kerja yang memuaskan dan baik di samping memberikan ganjaran atau hadiah

sampingan.

KUASA PAKSAAN

kuasa paksaan merupakan aspek negatif kepada kuasa ganjaran kerana kuasa ini

berasaskan kebolehan pemimpin untuk mendenda atau menghukum dan

mengenakan tindakan tertentu terhadap orang bawahan apabila kehendaknya tidak

dipenuhi. Kuasa ini bersifat negatif kerana biasa perubahan perlakuan seseorang itu

bukan atas kehendaknya tetapi lebih kepada ancaman dan dendaan yang akan

diberikan oleh pihak atasan bila ianya tidak diikuti. Kuasa yang wujud cara ini

biasanya tidak akan kekal. Ia dikatakan sebagai kuasa kerana ia dapat mengawal
pekerja melalui paksaan, dendaan, ancaman dan mungkin juga berbentuk ugutan.

Antara bentuk dendaan dan hukuman yang dipraktikkan ialah seperti tidak memberi

kenaikan pangkat, menahan kenaikan gaji, menamatkan tugas atau pemberhentian

dengan laporan yang negatif. Dendaan mungkin dalam bentuk teguran atau

sehinggalah kepada dibuang kerja.

KUASA SAH

Kuasa yang sah timbul dari persepsi individu terhadap sesuatu arahan yang

diberikan. Adakah arahan itu boleh diberikan oleh seseorang itu kepada orang

bawahannya? Jika ianya dapat diterima maka kuasa ini menjadi satu kuasa yang

sah dan tidak akan timbul masalah untuk mereka yang menerimanya melakukan

arahan dan tugas yang diberikan itu. Ia terhasil akibat pelantikan seseorang dalam

sesebuah organisasi. Kuasa yang ada pada seorang itu pula bergantung kepada

kedudukannya dalam organisasi tersebut. Kuasa sah yang dimaksudkan di sini ialah

kuasa rasmi yang diperoleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui

penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi . Ia

mendapat restu orang yang dipimpin bahawa ketua itu mempunyai hak yang sah

untuk mempengaruhi mereka. Keadaan ini timbul dari nilai-nilai budaya, struktur

sosial, ataupun kedudukan ketuaKuasa sah merupakan autoriti formal yang wujud

apabila orang bawahan sedia maklum bahawa pemimpin tersebut mempunyai hak

secara perundangan. Pemimpin boleh menggunakan pengaruhnya dalam

lingkungan perundangannya untuk mengambil sesuatu tindakan. Justeru itu, kuasa

sah mempunyai perkaitan yang akrab dengan kedudukan atau jawatan seseorang.

Dengan kata lain, pemimpin tersebut mempunyai obligasi untuk menerima kuasa ini.
KUASA PAKAR

Kuasa ini timbul apabila A mempunyai sumber dari segi kepakaran, kemahiran dan

pengetahuan yang tinggi dari pandangan B. Maka apa yang diberikan dan

diharapkan oleh A ke atas B akan dituruti dengan mudahnya. Kuasa pakar di

peroleh oleh mereka yang mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam bidang-

bidang tertentu. Kuasa pakar juga merujuk kepada kuasa yang berasaskan kepada

pemahaman, persepsi atau kepercayaaan bahawa pemimpin mempunyai sesuatu

kepakaran yang relevan atau pengetahuan khusus yang tidak dimiliki oleh orang

bawahan. Apabila orang bawahan akur dengan apa yang disuruh oleh seorang

pemimpin dalam menangani sesuatu situasi, ini bermakna orang bawahan

mengiktiraf kuasa pakar yang ada pada pemimpin tersebut.

KUASA RUJUKAN

Kuasa rujukan adalah sama dengan karisma di mana ia merujuk kepada kebolehan

seseorang ketua untuk menggalakkan penggabungan atau penglibatan daripada

pengikut-pengikutnya dan lebih kepada kebolehan untuk mempengaruhi orang lain

melalui ciri-ciri perlakuan yang ada padanya. Sikap dan kebolehan ini boleh

menghasilkan pelbagai tanggapan dan juga dalam kebanyakan hal menyelesaikan

masalah. Kuasa ini datang dari perasaan dan keinginan pengikut mengenal pasti

orang yang lebih berkuasa tanpa mengira kesan positif atau negatif. Kuasa rujukan

juga berasaskan kepada kehendak dan kerelaan orang bawahan untuk menyerupai

pemimpin. Contohnya, pemimpin yang popular akan mempunyai kuasa rujukan

apabila orang bawahan bermotivasi untuk mencontohi tabiat kerja yang baik yang

ditunjukkan oleh pemimpin tersebut.


RUJUKAN

http://www.sabah.net.my/nurfirdaus/universiti/kom3101.htm telah di layari pada 05

Mac 2013

http://aj85553.multiply.com/journal/item/4/Terangkan-dan-membuat-penilaian-atas-

sumber-sumber-kuasa-yang-dikemukakan-oleh-French-dan-Raven-1962.-Pada-

pendapat-anda-mengapa-autoriti-merupakan telah dilayari pada 05 Mac 2013

http://komunitifssk.wordpress.com/2010/02/14/pengenalan-politik/ telah dilayari pada

05 Mac 2013

You might also like