You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH KETUA MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam Sejahtera saya ucapkan


kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Punan Ba, Encik Awang
Omar bin Awang Sepuan, Penolong Kanan Kurikulum, Encik Andrew
Francis, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Alawi Hj Sarie,
Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Jabou Ayok, guru-guru , staf-
staf dan rakan-rakan sekalian. Saya selaku ketua murid sebagai
wakil murid-murid SK Punan Ba, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16
Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini,
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih
berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula daripada
inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita
dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya.
Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah
jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan
mengira. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah.
Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan
tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali
kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar
segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru
merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar
kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar.
Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih cikgu.
Saya akhiri ucapan saya ini dengan sebuah sajak.

Dialah pelita, dialah perigi, dialah pelangi


Setiap ajarnya menemukan yang dicari
Setiap tutunya diikuti jika mahu menjadi
Setiap tegurnya dipatuhi untuk membina diri
Setiap didiknya membantu peribadi

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

You might also like