You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK BUNTAR

09800 SERDANG, KEDAH

TEL : 04 4077 895 FAX : 04 4078 162

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


SMK LUBOK BUNTAR
BIL 3/2016

Tarikh : 17 November 2016


Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

KEHADIRAN:
1. Cik Roslinda bt Ridzuan Ketua Panitia
2. Tn. Hj. Md Shahmir bin Sabu Guru subjek Tingkatan 2,4 dan 5
3. En. Mohamad Najib bin Mat Rus Guru subjek Tingkatan 1 dan 3
4. Pn. Hidayah binti Azizi Guru subjek Tingkatan 3
5. Pn. Shuhana bt Ismail Guru subjek Tingkatan 5

TIDAK HADIR BERSEBAB:


Tiada

I AGENDA I: UCAPAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru yang hadir ke mesyuarat pada


kali ini.
2. Pengerusi memohon maaf kerana tidak dapat menjemput guru kanan bagi
mengendalikan mesyuarat atas sebab kekangan masa dan mengambil masa
guru-guru secara spontan.

II AGENDA II: MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LALU

3. Pn. Hidayah mencadangkan minit mesyuarat Panitia PJK Bil 2/2016 disahkan
dan disokong oleh En. Mohamad Najib bin Mat Rus.

III AGENDA III: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

1
IV AGENDA IV: 5 MINIT INFO PPPM

4. Pengerusi memaklumkan bahawa bermula tahun depan gelombang kedua KBAT


akan dilaksanakan. Ia akan digunakan sepenuhnya dalam setiap kelas dan
setiap sesi PdP. Indeks penggunaan KBAT dan i-THINK dalam PdP perlu ada
dalam setiap Buku Rekod Mengajar.

Makluman

V AGENDA V : PENGURUSAN KURIKULUM

5. Analisis dan Post Mortem Peperiksaan

5.1 Pengerusi membuat peringatan mesra kepada semua guru untuk mengisi
SAPS selewat-lewatnya pada 22 November 2016.
Tindakan: Semua guru

5.2 Pengerusi mengingatkan semua guru agar menyemak dan menyerahkan


semula semua buku nota dan latihan murid.
Tindakan: Semua guru

5.3 Pengerusi memaklumkan Modul PBS Offline perlu dilengkapkan dan


dihantar kepada guru tingkatan dan seterusnya menghantarnya kepada
SU PBS sebelum 23 November 2016.
Tindakan: Semua Guru

6. Pengurusan Panitia

6.1 Guru Kanan meminta Ketua Panitia melengkapkan Fail Panitia dan
dihantar kepada beliau selewat-lewatnya pada 24 November 2016.
Tindakan: Ketua Panitia

6.2 Ketua Panitia meminta semua ahli panitia memikirkan perancangan


strategik untuk sesi 2017.
Tindakan: Semua guru

6.3 Laporan aktiviti panitia 2016

6.3.1 Pengerusi mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada semua ahli


panitia kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti SEGAK sebanyak
2 kali bagi tahun ini. Pengerusi memaklumkan data-data tersebut
2
telah dihantar kepada JU daerah dan pegawai PPD yang
bertanggungjawab. Pengerusi turut menambah data-data tersebut
juga telah dapat dimanfaatkan untuk pengisian PAJSK online bagi
guru-guru tingkatan.
Makluman

Makluman

6.3.2 Jabatan Kemanusiaan khususnya Panitia PJPK telah mengadakan


pameran ada 3 Ogos 2016 bersempena Hari Ko akademik 2016.
Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan
daripada semua warga SMKLBs. Pengerusi mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua guru-guru yang memberi kerjasama
dalam menjayakan program tersebut.
Makluman

6.4 Perancangan aktiviti panitia 2016


6.4.1 Pengerusi memaklumkan semua aktiviti yang telah dirancang pada
tahun ini akan diteruskan pada tahun depan dan dibuat
penambahbaikan.
Makluman

6.4.2 Guru Kanan mengingatkan semua guru supaya menerapkan


pembelajaran alaf 21 dalam setiap PdP termasuklah penggunaan
Peta i-THINK, KBAT, HEBAT dan PLC.
Makluman

6.4.3 Pembahagian guru untuk sesi pembelajaran 2017 adalah seperti


berikut:

Bil Kelas Nama Guru


1 1 Arif Mohammad Najib bin Mat Rus
2 1 Bestari Roslinda binti Ridzuan
Mohammad Najib bin Mat Rus
3 1 Cendekiawan Noor Hidayah Binti Azizi
4 2 Arif Md Shahmir bin Sabu
5 2 Bestari Roslinda binti Ridzuan
Mohammad Najib bin Mat Rus
6 2 Cendekiawan Roslinda binti Ridzuan
7 3 Arif Mohamad Najib bin Mat Rus
8 3 Bestari Mohamad Najib bin Mat Rus
Noor Hidayah Binti Azizi
9 3 Cendekiawan Noor Hidayah Binti Azizi
10 4 Sains Md Shahmir bin Sabu
11 4 Arif Md Shahmir bin Sabu

3
12 4 Bestari Md Shahmir bin Sabu
Roslinda bt Ridzuan
13 4 Cendekiawan Roslinda bt Ridzuan
14 5 Sains Md Shahmir bin Sabu
15 5 Arif Mohamad Najib bin Mat Rus
16 5 Bestari Roslinda bt Ridzuan
17 5 Cendekiawan Roslinda bt Ridzuan

6.5 ABM
6.5.1 KP meminta semua guru menyenaraikan keperluan PdP 2017 untuk
dimasukkan dalam ABM.
Tindakan: Semua guru

VI AGENDA VI: Hal-hal Lain

7. Tuan Hj. Shahmir berkongsi dengan semua ahli panitia berkenaan dengan
pengemasan stor sukan (di bahagian belakang Bilik PJK) telah siap dikemaskini
untuk tujuan penyimpanan alatan rumah sukan.
8. Beliau juga turut meminta persetujuan bersama dalam pengendalian Bilik PJK
(tempat simpanan alatan) hanya untuk tujuan penyimpanan alatan baru.
Manakala alatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran akan diletakkan di
astaka untuk memudahkan guru-guru subjek mengakses penggunaannya ketika
PdP.
9. Pengerusi juga mengambil kesempatan memaklumkan tentang penggunaan
kabin sebagai Bilik Aktiviti SEGAK.
10. Guru-guru PJPK telah memilih Iras Budi sebagai pembekal buku PBS subjek.
Makluman

VII Penutup

11. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir atas
perhatian dan sumbangan pendapat dalam mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30petang.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NOOR HIDAYAH BINTI AZIZI) (ROSLINDA BT RIDZUAN)


Setiausaha Mesyuarat , Ketua Panitia PJK
SMK Lubok Buntar
SMK Lubok Buntar, Serdang, Kedah
Serdang, Kedah.

You might also like