You are on page 1of 162

‫‪1‬‬

‫‪BAB 1‬‬
‫‪-4‬الناسخ واملنسوخ‬ ‫‪-1‬غريب احلديث‬ ‫ما‬
‫علوم‬
‫‪-6‬حديث موضوعي‬ ‫‪-2‬مشكل احلديث‬ ‫يتعل‬
‫ق‬
‫‪-5‬لغة احلديث وبالغته‬ ‫‪-3‬خمتلف احلديث وحمكمه‬
‫بامل‬
‫‪-‬تقسيمات احلديث وأنواعه ومصطلحات‬
‫‪ 1‬نت‬ ‫قضاية عامة‬

‫‪-2‬قواعد نقد احلديث عند احملدثني‬


‫‪-1‬املقدمة للتعرف على املادة‬
‫‪-4‬علل احلديث‬ ‫‪-2‬نشأة علوم احلديث وتدوينها‬

‫‪-3‬ختريج احلديث النبوي‬ ‫‪-3‬نشأة احلديث وتدوينه‬


‫ما‬
‫يتعل‬ ‫‪-4‬حجية احلديث وأمهيته‬
‫‪-5‬حديث حتليلي‬
‫ق‬
‫بالسن‬ ‫‪-5‬مناهج احملدثني‬
‫‪-6‬اإلعتبار واملتابع والشاهد‬
‫د‬
‫كيفية مساع احلديث‬ ‫‪‬‬ ‫واملنت‬
‫‪-7‬طرق التحمل واألداء‬
‫كيفية كتابة احلديث‬ ‫‪‬‬
‫كيفية رواية احلديث‬ ‫‪‬‬ ‫‪-8‬املبهمات من األمساء‬
‫صيغ التحمل واألداء‬ ‫‪‬‬

‫‪9-‬زيادات الثقات‬ ‫ما يتعلق بالسند‬

‫‪-4‬معرفة التابعني وأتباعهم‬ ‫‪-3‬معرفة الصحابة‬ ‫‪-2‬طبقات احملدثني‬ ‫‪-1‬اجلرح والتعديل‬

‫‪-5‬املتفق واملفرتق‬ ‫‪-7‬السابق والالحق‬ ‫‪-8‬املدبج ورواية األقران‬ ‫‪-9‬اإلخوة واألخوات‬


‫‪-6‬املؤتلف واملختلف‬

‫‪-‬ألقاب الرواة‬
‫‪41‬‬ ‫‪-‬الوحدان‬
‫‪31‬‬ ‫‪-‬املهمالت‬
‫‪21‬‬ ‫‪-‬املتشاهبات من األمساء‬
‫‪11‬‬ ‫‪-‬العايل والنازل‬
‫‪01‬‬

‫‪-‬املنسوبون إىل غري آبائهم‬


‫‪51‬‬ ‫‪-‬من ذكر بأمساء أو صفات خمتلفة‬
‫‪61‬‬ ‫‪71‬واريخ الرواة‬
‫‪-‬ت‬ ‫‪-‬املفردات من األمساء والكين واأللقاب‬
‫‪81‬‬

‫‪-‬النسب اليت على خالف ظاهرها‬


‫‪22‬‬ ‫‪-‬أوطان الرواة وبلداهنم‬
‫‪12‬‬ ‫‪-‬أمساء من اشتهروا بكناهم‬
‫‪02‬‬ ‫‪91‬وايل من الرواة‬
‫‪-‬امل‬

‫‪-‬الثقات من الرواة‬
‫‪32‬‬ ‫‪-‬الضعفاء من الرواة‬
‫‪42‬‬ ‫‪-‬الكذابون من الرواة‬
‫‪52‬‬
‫‪1‬‬

‫‪-‬املرسلون من الرواة‬
‫‪82‬‬ ‫‪-‬املدلسون من الرواة‬
‫‪72‬‬ ‫‪-‬املختلطون من الرواة‬
‫‪62‬‬
2

ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH

Muqadimmah & Sejarah ulum hadith


definisi & pembukuannya
pengajian.

Isu-isu umum
Metodologi ahli
hadith
Sejarah hadith
&
Kehujahan & pembukuannya
kepentingan
hadith

1.0 Pendahuluan

Hadith merupakan sumber syaricat Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran.
Terdapat banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang
dengan hadith. Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijma c ulama
yang menyuruh berbuat demikian. Didalam modul ini, dijelaskan mengenai semua aspek
dalam ilmu hadith ini, sama ada yang berkaitan dengan sanad, berkaitan dengan matan
atau keduanya sekali.
Matlamat modul ini adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan
tentang prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahasan asas dalam Metodologi hadith
seperti Klasifikasi Ilmu Metodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai
persediaan awal untuk mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih
tinggi.

1.1 DEFINISI METODOLOGI HADITH

 Definisi Metodologi:
2
3

Suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan atau disiplin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1994. Ms 887)

 Definisi Hadith:

Dari sudut bahasa: diambil daripada perkataan Arab (‫ )حديث‬yang bermaksud


‘baru’ (lawan kepada lama) atau bermaksud ‘perkhabaran (berita). (Fairuz
Abaadi, 1987, ms 214)

Dari sudut istilah: sesuatu yang dikatakan sebagai perkataan, perbuatan,


ketetapan (akuan), dan sifat-sifat Rasulullah saw (sama ada sifat jasmani atapun
rohani). (Nuruddin I’tr, 1992, ms 26). Dalam konteks ini Baginda Rasulullah saw
sendiri menggunakan istilah ‘hadith’ dengan maksud perkataan dan perbuatan
Baginda. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sewaktu
ditanya siapakah oran yang paling bahagia kerana mendapat shafa’at Baginda
pada hari kiamat, Baginda berkata:
,‫((لق }}د ظننت ي }}ا أب }}ا هري }}رة أن ال يس }}ألين عن ه }}ذا احلديث أح }}د أول من }}ك ملا رأيت منحرص }}ك على احلديث‬

))‫أسعد الناس بشفاعيت يوم القيامة من قال ال اله اال اهلل خالصا من قلبه أو نفسه‬

Yang bermaksud: “wahai Abu Hurairah memang aku telah sangka tidak ada
orang lain yang akan mendahului engkau bertanya tentang hadith ini kerana aku
lihat engkau begitu mengambil berat tentang hadith, sesungguhnya orang yang
paling bahagia kerana mendapat shafa’at aku pada hari kiamat ialah mereka yang
berkata La Ilaha Illah Allah dengan hati yang tulus ikhlas”. [Al-Bukhari, tt, Kitab
(3) Al-I’lm, bab (33) Al-Hirs a’ala al-hadith, Jil 1, ms 193, no : 99, Abu
Hurairah].

 Definisi metodologi hadith:

Suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin dan


kaedah-kaedah tentang hadis, baik yang bersangkutan dengan Sanad (Rangkaian
3
4

perawi hadith) atau Matan (lafaz hadith), yang boleh digunakan untuk mengkaji
kebenaran sesebuah hadis sama ada boleh diterima pakai atau tidak. (As-Suyuti,
1996, Jil 1, ms 40-41).

 Nama-nama lain bagi metod hadith

 Ulum al-Hadith
 Mustalah Hadith
 Usul al-Hadith
 Sains Hadith
 Glosari Hadith, dan lain-lain lagi.

 Kepentingan Metodologi Hadith

 Dalam Konteks Syariat Islam:

Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadis itu sendiri yang
berfungsi sebagai sumber Syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. Jadi, sebagaimana
pentingnya hadis sebagai sumber maklumat syara’, maka begitu jugalah pentingnya
Metod Hadith yang berfungsi antara lainnya sebagai agen awal pengawal institusi Hadis
dari sebarang unsur kepalsuan dan ketidak sahihan nilai keboleh percayaan intitusi hadis
sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh dan bertambah.

 Dalam Konteks Dunia Akademik Semasa:

Ilmu ini boleh menyumbangkan banyak penemuan baru, terutamanya dalam menangani
permasalahan dan isu semasa, kerana hanya melaluinyalah kita dapat menggali semula
“Khazanah Hadith” bagi memperolehi nas-nas syara c yang mungkin belum pernah kita

4
5

temui sebelum ini. Selain dari itu, melaluinya juga kita dapat melihat ciri-ciri
keintelektualan Ulama Hadith mengatur disiplin pengajiannya dengan kemas dan teratur.
Kita juga dapat melihat bagaimana mereka menyusun kaedah-kaedah ilmu ini dengan
begitu cermat dan rapi hingga mereka dapat menilai dan mengenal pasti kesahihan
sesebuah hadith.

Ilmu ini juga mendedahkan kepada kita pendekatan yang digunakan oleh Ahli
Hadith dalam penulisan, penyusunan dan pengkaryaan buku yang lengkap. Sebagai
contohnya, buku karya Imam Bukhari yang terkenal dengan nama Soheh Bukhari yang
mana di dalamnya terdapat lebih daripada 4000 Hadith. Melalui buku ini, kita dapat
melihat metod yang digunakan oleh beliau untuk mengklasifikasikan tajuk-tajuk dan
bab-bab. Di dalamnya terdapat kaedah penerangan tentang selok belok ilmu hadith
secara perlambangan, simbolik dan penggunaan kod. Ini semua menggambarkan identiti,
kredibiliti dan potensi beliau sebagai seorang ulama yang memiliki taraf kesarjanaan
yang tinggi. Pendekatan ahli Hadith seperti Imam Bukhari ini boleh diaplikasikan ke
dalam dunia pengkaryaan akademik dan saintifik.

 Matlamat Pengajian Metod Hadith

 Dalam Konteks Pengajian Ahli Hadith:

Matlamat yang hendak di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah melahirkan tenaga
pakar yang mampu mengkaji, menyelidik, menganalisa, menilai dan seterusnya
menentukan kedudukan sesebuah hadith sama ada boleh diterima serta di amalkan atau
sebaliknya. Untuk mendapatkan kepakaran tersebut, seseorang itu perlu menguasai
terlebih dahulu semua cabang disiplin metod Hadith di samping memahirkan dan
membiasakan diri dengannya melalui latihan praktikal yang berterusan.
 Dalam Konteks Pengajian Awam (Bukan Ahli Hadith):

Matlamat yang ingin di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah untuk memperkasa
atau sekurang-kurangnya mempertahankan institusi Hadith itu sendiri. Melalui
pendedahan yang menyeluruh tentang ilmu ini, keyakinan masyarakat terhadap
kewibawaan institusi Hadith sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran
5
6

akan bertambah, atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan. Keyakinan terhadap


institusi Hadith ini akan menjadi benteng yang teguh yang boleh melindungi setiap
individu muslim daripada sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan terhadapnya.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN METODOLOGI


HADITH

Pendahuluan

Allah swt yang memilih Islam sebagai Agama Samawi yang terakhir dan
memberi jaminan untuk menjaga sumber ajaran Islam agar kekal dengan keaslian dan
ketulenannya sehingga Hari Kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 9
yang berbunyi:
Maksudnya: “sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Zikr (syariat yang
merangkumi isi kandungan al-Quran dan Hadith) dan sesungguhnya Kamilah yang
menjadi pengawalnya”.

Justeru, antara bukti jaminan tersebut terciptanya satu ilmu yang lengkap
berteraskan suatu metodologi yang mantap lagi berupaya untuk bertindak sebagai agen
pengawal bagi Institusi Hadith yang dikenali sebagai Ulum al-Hadith atau apa yang kita
namakan sebagai Metodologi Hadith.

Namun kesempurnaan proses pembentukkan ilmu ini, bukanlah berlaku sekaligus


dalam jangka masa yang singkat. Bahkan, sebelum sampai ke tahap komprehensif ilmu
ini telah terlebih dahulu berkembang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang
panjang menyeberangi detik-detik zaman yang berabad lamanya.

Secara terperincinya, sejarah perkembangan Ulum Hadith ini dapat dibahagikan


kepada tujuh tahap:

1.2.1 Tahap Pertama (Tahap Pembentukkan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah saw
dan Sahabat)

6
7

Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu Islam dari berbagai disiplin. Dalam
konteks Metodologi Hadith, perkembangan di peringkat ini dilihat dari beberapa aspek:

 Pembentukkan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran.


Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga akhir kurun
pertama Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah saw, tanggungjawab menyebarkan
dakwah Islam telah berpindah secara automatik kepada sahabat-sahabat yang
mewarisinya daripada Baginda. Sahabat yang memang sedar dan akur dengan
tanggungjawab besar yang terpaksa mereka pikul, iaitu tanggungjawab menyampaikan
mesej Islam kepada generasi-generasi berikutnya.

Menyedari kewajipan mereka yang begitu besar, mereka telah berusaha


bersungguh-sungguh untuk menghafaz segala maklumat syarak yang disampaikan oleh
Rasulullah saw baik dalam bentuk wahyu al-Quran mahupun Hadith Rasulullah saw
sendiri. Lantaran usaha mereka yang gigih, boleh dikatakan majoriti sahabat adalah
terdiri dari kalangan Penghafaz al-Quran yang mantap, seperti Abu Hurairah r.a dan Ibn
Omar r.a mampu menghafaz sebahagian besar hadith yang disampaikan oleh Rasulullah
saw.

Fenomena ini secara tidak langsung telah menghasilkan beberapa kaedah yang
digunakan oleh sahabat untuk menghafaz segala maklumat yang mereka terima dari
Rasulullah. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak ditulis tetapi sejarah membuktikan
bahawa ia memang diaplikasikan oleh sahabat secara praktikal.

Dalam menyampaikan ilmu kepada sahabat agar mudah difahami dan mudah
diingati, Rasulullah saw telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat berkesan,
antaranya:

a) Mengulangi percakapan beberapa kali.


Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang diceritakan oleh Anas
bin Malik:
‫))))أنه صلى اهلل عليه وسلمم اذا تكلم بكلمة أعادها ثالثا حىت تفهم عنه‬

7
8

Yang bermaksud: “Rasulullah (kadang-kadang) mengulangi sesuatu perkataan sebanyak


tiga kali agar senang difahami”. (Al-Bukhari, tt, kitab Al-I’lm, Jilid 1, ms 188, no: 94)

b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas padat dan jelas.


Ini ada kaitan dengan satu keistimewaan bahasa yang dianugerahkan oleh Allah
swt kepada Baginda yang tidak dimiliki oleh manusia biasa yang lain. Iaitu kebolehan
menerangkan sesuatu secara ringkas tetapi jelas maksudnya, sebagaimana yang
disabdakan oleh Baginda saw sendiri:
‫احلديث‬....‫))))أعطيت جوامع الكلم‬

Yang bermaksud: “ dan aku telah dianugerahkan dengan keistimewaan jawami’ al-kalim
(himpunan kata-kata yang padat lagi jelas)”.
Berdasarkan kelebihan inilah, maka kita dapati al-Quran telah menamakan hadith itu
sebagai “al-Hikmah” (As-Syafie, 1309 H,ms.78).

c) Berinteraksi dengan pendengar melalui pendekatan ‘komunikasi dua hala’.


Rasulullah saw sentiasa member peluang kepada sahabat berbincang dengan
Baginda dalam sesuatu majlis ilmu dengan mengambil kira keterlibatan semua pihak
dalam proses penerimaan dan penyampaian maklumat. Baginda tidak pernah
memonopoli majlis dengan percakapan dan penyampaian tanpa henti yang mungkin
boleh menjemukan. Bahkan Baginda amat cermat menyampaikan perkataan supaya
ianya dapat dihayati oleh sahabat-sahabat.
Aishah r.a, pernah berkata kepada sahabat-sahabat yang lain:
‫))))أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم مل يكن يسرد احلديث كسرد‬

Yang bermaksud: “ bahawa Rasulullah saw tidak bercakap (dengan percakapan tanpa
henti dan terburu-buru melalui satu gaya sahaja) sebagaimana kamu bercakap”.
Sebaliknya Baginda bercakap dengan sesuatu percakapan yang jelas, dan senang diingati
oleh sesiapa sahaja yang mendengarkannya.
d) Mengadakan majlis ilmu dalam bentuk ‘halaqat’.
Iaini mengadakan majlis ilmu dalam bentuk bulatan, kerana struktur yang
demikian boleh membantu agar penyampaian lebih jelas dan dapat didengar oleh semua
khalayak. (al-Bukhari, T.T, jilid 1, ms.156)

8
9

e) Teknik soal jawab


Teknik yang dilakukan ini adalah secara dua hala, sama ada guru menyoal murid
ataupun sebaliknya. Kaedah ini merupakan fenomena biasa yang berlaku di antara
Rasulullah dan sahabat. Malah mungkin boleh dikatakan sebahagian besar Hadith yang
diriwayatkan adalah melalui kaedah ini.

f) Memotivasikan sahabat tentang amanah dan tanggungjawab agama


Rasulullah saw telah Berjaya member kesedaran kepada sahabat tentang amanah
dan tanggungjawab mereka dalam menjaga maklumat, sumber dan hukum syarak dari
sebarang unsur kepalsuan. Ini secara tidak langsung telah mendorong mereka
meningkatkan daya ingatan dan bersungguh-sungguh dalam pengajian.

 Pembentukkan Asas-Asas Ilmu Periwayatan Hadith


Menyampaikan maklumat syarak adalah sesuatu yang sangat digalakkan
sebagaimana sabda Rasulullah:
‫ فرب حامل فقه اىل من هو افقه منه ورب حامل فقه ليس بفقيه‬,‫))))نضر اهلل امرءا مسع منا حديثا فحفظه حىت يبلغه‬

Yang bermaksud: “semoga Allah menceriakan atau menyerikan wajah seseorang (pada
hari akhirat) yang telah mendengar sesuatu (hadith) dari kami, kemudian dia
menyampaikan apa yang didengarnya itu (kepada orang lain) sebagaimana yang dia
dengar (tanpa mengubahnya), kerana boleh jadi orang yang mendengar (maklumat itu)
lebih faham dari orang yang menyampaikannya”.

Sehubungan itu, sahabat telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan


kewajipan tersebut berdasarkan kepada beberapa asas penting antaranya:

a) Berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sesuatu riwayat.


b) Tidak terlalu banyak meriwayat hadith
c) Membahas hadith yang diriwayatkan.

 Pembentukan Asas-Asas Pembacaan Dan Penulisan

9
10

Pembacaan dan penulisan merupakan dua cara yang terpenting bagi mendapatkan
sesuatu maklumat, justeru, Rasulullah saw telah mencetuskan satu revolusi keilmuan di
kalangan bangsa Arab yang buta huruf dengan memberi galakan supaya mereka belajar
membaca dan menulis. Dengan turunnya wahyu pertama yang memberi arahan supaya
‘membaca’, Rasulullah telah memantulkan suruhan tersebut kepada sahabat dengan
mengambil beberapa langkah awal bagi menimbulkan kesedaran tentang kepentingan
kedua-dua perkara itu. Antara langkah yang diambil ialah:

a) Mengarahkan sahabat-sahabat yang pandai membaca dan menulis, seperti


‘Ubadah bin As-Somit r.a supaya mengajar sahabat-sahabat yang lain.
b) Meletakkan syarat kepada tawanan perang badar yang ingin dibebaskan supaya
mengajar terlebih dahulu sekurang-kurangnya sepuluh anak orang Islam menulis
dan membaca.
Kesan daripada usaha-usaha ini maka terhasillah beberapa teknik awal penulisan
dan pembacaan, antaranya:

 Teknik muzakarah: untuk memastikan hafalan sentiasa mantap. Sahabat


menggunakan pendekatan muzakarah sama ada secara berseorangan atau
berkumpulan.
 Membaca dihadap guru: dari satu aspek ianya bertujuan supaya bacaan itu
dapat didengar oleh guru dan guru membetulkannya, jika ada kesilapan.
Dari sudut yang lain, guru tersebut juga mendapat manfaat dari pembacaan
pelajarnya kerana mendengar bacaan orang lain kadangkala member kesan
penghayatan yang lebih dari membaca sendiri.
 Kaedah penulisan secara imlak: iaitu guru membaca, manakala pelajar
menulis apa yang dibaca oleh guru mereka. Dalam konteks ini Rasulullah
saw selalu mengimlakkan hadith-hadith Baginda kepada sahabat seperti
Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As dan lain-lain.
 Penggunaan bahan penulisan yang sedia ada: sejarah membuktikan bahawa
penulisan al-Quran dan hadith di lakukan di atas bahan-bahan seperti
pelepah tamar, daun, tulang-temulang, kulit kayu, suhuf dan lain-lain.

1.2.2 Tahap Kedua (Tahap Perkembangan Dan Pembinaan Asas)

10
11

Tahap ini bermula dari awal kurun 2 Hijrah hingga awal kurun ke 3 Hijrah. Di
pertengahan zaman sahabat (sekitar tahun 40H), yang dikenali dengan ‘zaman fitnah’,
muncul gerakan pemalsuan hadith yang dipelopori oleh golongan Sabaiyyah dan Syiah.

Perselisihan pendapat yang berlaku antara mereka dengan aliran perdana Ahli
Sunnah wa al-Jamaah telah mendorong puak-puak yang terbabit mencari nas-nas syara’
bagi menguatkan hujah masing-masing. Setelah gagal mendapatkan nas-nas tersebut,
mereka mula menggunakan taktik jahat dengan membuat hadith-hadith palsu yang
seolah-olah menyokong pendapat mereka. Gejala pemalsuan ini berkembang dengan
hebat sekali hingga mencapai tahap kritikal di akhir zaman sahabat (awal kurun ke 2H),
menyedari hakikat ini, ulama bagun dan berusaha menangganinya, dan antara langkah-
langkah yang di ambil ialah:
a) Membuat pengembaraan bagi mencari dan mengesahkan sesuatu hadith.
Mengkritik perawi hadith yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan untuk
meriwayatkan hadith.
b) Menolak hadith yang matan (lafaznya) bercanggah dengan riwayat sohih yang
lain.

Kesan daripada usaha dan kesungguhan ulama ini maka terhasillah dua natijah penting:
a) Pembukuan buku-buku hadith yang pelbagai jenis dan bentuk secara rasmi
b) Bermulanya penggunaan prinsip-prinsip, kaedah-kaedah dan istilah-istilah
metodologi hadith. Keperluan kepada penggunaan kaedah-kaedah ini disokong
pula oleh dua factor lain:
 Daya ingatan yang kian merosot, apabila kekuatan hafalan seseorang ulama
semakin hari menjadi semakin lemah disebabkan oleh berbagai faktor seperti
factor persekitaran dan sebagainya.
 Rangkaian perawi hadith yang semakin ramai, kerana jarak masa yang
semakin jauh denga Rasulullah saw. Apabila jumlah perawi bertambah,
kemungkinan untuk tersilap menjadi lebih besar.

Akhirnya lahirlah istilah-istilah seperti hadith marfuc, mauquf, maqtuc, mursal,


muttasil, munqatic dan sebagainya. Dan orang yang pertama sekali dikatakan mengumpul
dan menggunakan istilah-istilah ini ialah Imam Az-Zuhri (124H). kebayakkan ahli hadith

11
12

menganggap beliaulah orang yang pertama memperkenalkan istilah-istilah metodologi


hadith. Namun, peringkat ini merupakan zaman pembukuan Metodologi Hadith secara
tempelan, tanpa pemfokusan yang khusus.

1.2.3 Tahap Ketiga (Tahap Pembukuan Berdasarkan Tujahan Khusus Dengan


Pemfokusan Kepada Disiplin-Disiplin Metod Hadith Yang Tertentu Sahaja)
Tahap ini bermula di awal kurun ke 3H hingga ke pertengahan kurun ke 4H dan
ianya merupakan zaman penulisan metodologi hadith yang paling aktif. Kebetulannya
pada zaman ini, berlaku ledakan pembukuan hadith yang amat meluas. Banyak buku-
buku hadith yang utama seperti Musnad Imam Ahmad, Kutub As-Sittah dan lain-lain
lagi yang telah muncul. Sehinggakan zaman ini digelar ‘Zaman Keemasan Pembukuan
Hadith’.

Gelombang penulisan dan pengkaryaan yang melanda dunia Islam pada waktu
ini, telah mendorong ulama untuk turut memberi sumbangan karya dalam bidang
Metodologi Hadith melalui gaya persembahan yang berbeza dari sebelumnya. Di
peringkat ini, disiplin Metodologi Hadith mula difokuskan sebagai kandungan utama dan
bukan lagi sebagai unsur sampingan kepada disiplin-disiplin ilmu lain.

Peringkat ini juga melihat setiap cabang Ilmu Metodologi Hadith berkembang
menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri, seperti: Ilmu Rijaal, Tabaqat,’Ilal al-Hadith,
an-Nasikh wa al-Mansukh dan lain-lain. Melihat perkembangan ini, satu pendekatan lain
telah di ambil oleh ulama dengan mengasingkan jenis-jenis ilmu tersebut dalam buku
yang khas. Antara buku yang ditulis menggunakan pendekatan ini ialah:
1- Taarikh Ar-Rijal Wa Al-cIlal, oleh Yahya Bin Ma’in (233H) dalam disiplin
C
ilal Al-Hadith
2- At-Tabaqaat, Oleh Muhammad Bin Sacd (230H) dalam disiplin Tabaqaat
Rijal Al-Hadith
3- An-Nasikh Wa Al-Mansukh, oleh Ahmad Bin Hambal (241H) dalam disiplin
Nasikh Al-Hadith Wa Mansukhihi.
4- Ikhtilaf Al-Hadith, oleh cAli Bin Jacfar Al-Madiini (234H) dalam disiplin
Mukhtalif Al-Hadith.
C
5- ilal Al-Kabir, oleh At-Tirmizi (279H) dalam disiplin Cilal Al-Hadith dan
lain-lain.
12
13

Demikianlah pendekatan yang digunakan oleh ulama zaman itu dalam penulisan
metodologi hadith. Suatu pendekatan yang menjurus kepada bidang-bidang tujahan
secara terperinci yang menggambarkan ketinggian ilmu perkaryanya.

1.2.4 Tahap Keempat (Tahap Pembukuan Secara Komprehensif Merangkumi


Semua Disiplim Metodologi Hadith)
Tahap ini bermula dari pertengahan kurun ke 4H hingga awal kurun ke 7H. bagi
meneruskan kesinambungan aktiviti penulisan, ulama yang muncul ketika ini, telah
mengumpulkan buku-buku metodologi hadith yang terhasil sebelumnya. Kemudian,
mereka cuba menggabungkan semua disiplin yang berlainan yang terdapat dalam buku-
buku yang berasingan itu ke dalam sebuah buku sahaja di samping membuat beberapa
tambahan, komentar atau ringkasan yang dirasakan perlu. Melalui usaha ini, terhasillah
beberapa buah buku metodologi hadith dalam bentuk multi disiplin, antaranya:
1- Al-Muhaddith Al-Fasil Baina Ar-Rawi Wa Al-Waa ci, oleh Ar-Raamhurmuzi
(360H)
2- Macrifat Culum Al-Hadith, oleh Al-Haakim An-Naisaburi (405H)
3- Al-Mustakhraj cAla Macrifat cUlum Al-Hadith, oleh Abu Nucaim Al-Asbahani
(430H)
4- Al-Kifayah Fi cIlm Ar Riwayah, oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (436H)
5- Al-Lima Ila Macrifat Usul Ar-Riwayah Wa Taqyiid As-Sama’, oleh Qaadhi
‘Iyadh Al-Yahsubi (544H)
Sekalipun buku-buku ini merangkumi semua disiplin metodologi hadith, namun
isi kandungannya terlalu mendatar dengan perbahasan yang tidak terperinci kerana
pengarangnya lebih mengutamakan ringkasan. Dari sudut yang lain, buku-buku ini masih
menggunakan gaya penulisan lama.

Akan tetapi, walau apa pun kelemahan yang terdapat di dalam buku-buku
peringkat ini, namun ianya tetap menjadi rujukan asas dalam bidang pengajian
metodologi hadith hingga ke hari ini.

1.2.5 Tahap Kelima (Tahap Kematangan Dan Kesempurnaan)


Tahap ini merangkumi jangka waktu dari pertengahan kurun ke 7H hingga awal
kurun ke 10H. di peringkat ini, penulisan buku metodologi hadith telah mencecah tahap
13
14

keranuman dan kemekaran dengan lahirnya ramai tokoh-tokoh ulama yang menguasai
semua bidang ilmu. Antara buku-buku yang terhasil diperingkat kematangan ini ialah:
1- Irsyad Tullab Al-Haqaaik, oleh Imam An-Nawawi (676H)
2- At-Tabsirah Wa At-Tazkirah, oleh Al-cIraqi (806H)
3- An-Nukat cAla Kitab Ibn As-Solah, oleh Ibnu Hajar Al-cAsqalani (852H)
4- Fath Al-Mughith Syarh Al-Fiat Al-cIraqi Fi cIlm Al-Hadith, oleh As-Sakhaawi
(902H)
5- Tadrib Ar-Rawi Syarh Taqriib An-Nawawi, oleh As-Suyuti (911H)

Kesemua kitab-kitab ini bolehlah di anggap sebagai “The Encyclopedia Of The


Methodology Of Hadith”, kerana ianya membahas semua aspek melalui sentuhan yang
terperinci dan tersusun kemas. Apa yang pasti ia akan tetap kekal sebagai rujukan
perdana dalam bidang metodologi hadith buat selama-lamanya.

1.2.6 Tahap Keenam (Tahap Kepastian Dan Kejumudan)


Peringkat ini berlanjutan dari kurun ke 10H hingga awal kurun ke 13Hijrah.
Ianya disifatkan sedemikian kerana karya-karya yang dihasilkan dalam jangka masa
tersebut lebih bersifat ringkasan dan ulasan sahaja kepada buku-buku yang telah
dihasilkan sebelumnya. Penerokaan dan penemuan baru dalam metodologi hadith seolah-
olah tidak lagi berlaku. Antara buku-buku yang terhasil pada peringkat ini ialah:
1- Syarh Nuzhah An-Nadzar Syarh An-Nukhbah, oleh cAli Bin Sultan Al-Harwi
(1014 H)
2- Al-Mandzumah Al-Baiquuniyyah, oleh Umar Bin Muhammad Al-Baiquuni
(1080H)
3- Taudih Al-Afkar, oleh As-Soncaani (1182H). dan lain-lain.

Diperingkat ini juga menyaksikan seolah-olah berlaku perpindahan pusat


perkembangan metodologi hadith dari bumi Arab ke bumi India, kesan daripada
perkembangan ilmu yang pesat yang mengaktifkan suasana pengkaryaan.

Ramai tokoh-tokoh ulama India yang berkaliber turut melibatkan diri dalam
penulisan ini, seperti Al-Mulla Ali Al-Qaari (1014H), Shah Waliyullah Ad-Dahlawi
(1176H), Muhd. Abdul Hayy Al-Laknawi (1264H) dan lain-lain. Walau bagaimanapun,
karya mereka tidak inovatif, sekadar mengulangi apa yang telah terhasil sebelumnya.
14
15

1.2.7 Tahap Ke Tujuh (Tahap Kesedaran Dan Kebangkitan Semula)


Melihat kepada kepentingan ilmu metodologi hadith ini, maka bermula dari awal
kurun ke 13 Hijrah (20 Mashi) hingga ke hari ini, kesedaran betapa perlunya diteruskan
budaya penulisan dalam bidan ini telah meledak semula di kalangan ulama semasa.
Perkembangan ini di dorong oleh dua faktor utama:
i. Ancaman sekularisme yang hebat dari blok timur dan barat kesan dari dasar
kerjasama di bidang akademik melalui pertukaran pelajar, program berkembar
dan sebagainya.
ii. Ancaman orientalisme yang bermatlamat mengelirukan umat Islam melalui
serangan pemikiran, khasnya yang bersangkutan dengan peribadi Nabi, Sahabat
dan Hadith.

Melalui dua faktor di atas, berlaku penyerapan maklumat negatif yang boleh
menggugat Institusi Hadith, dan kegoyahan institusi ini pula sudah tentu akan member
impak yang besar kepada keseluruhan epistemologi Islam.

Menyedari bahaya ini, ulama cuba menghasilkan buku-buku metodologi hadith


yang menyentuh isu-isu yang ditimbulkan sama ada secara langsung atau tidak langsung,
antaranya:
1- Qawaaid At-Tahdith, oleh Jamaluddin Al-Qasimi
2- As-Sunnah Wa Makaanatuha Fi At-Tasyri’ Al-Islami, oleh Dr.Mustaffa Al-
Sibaie
3- Dirasaat Fi Al-Hadith Al-Nabawi, oleh Prof. Muhd. Mustaffa Al-A’dzami
4- Hujiyyah As-Sunnah, oleh Sheikh Abd. Al-Ghani Abd. Al-Khaliq
5- Manhaj Al-Naqd Fi Ulum Al-Hadith, oleh Nuruddin Itr dan lain-lain.

Perkembangan pesat sains dan teknologi yang menghasilkan banyak penemuan


dan rekaan baru yang canggih seperti computer, robot, teknologi maklumat dan
sebagainya juga menuntut cendiakiawan Islam agar sama-sama menyahut cabaran era
baru ini melalui penyertaan yang bersifat proaktif.

Ulama nusantara juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan karya metodologi


hadith, antra buku-buku yang telah dihasilkan oleh ulama nusantara ialah:
15
16

1- Buku Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith, oleh Prof T.M Hasbi Al-Siddiqi,
cetakan pertama tahun1954
2- Ilmu Mustalah Hadith, oleh Hafiz Hasan Al-Masudi, Terjemahan: A.Aziz
Masyum, Cetakan Tahun 1967
3- Pokok-Pokok Ilmu Dirayat Hadith, oleh Prof T.M. Hasbi Al-Siddiqi, cetakan
tahun 1967
4- Status Hadith Sebagai Dasar Tasyri’, oleh Dr Barmawie Umarie, cetakan tahun
1977
5- Ilmu Hadith, Oleh Ab. Qadir Hasan, cetakan tahun 1996 dan lain-lain.

Kesimpulannya, pengkaryaan metodologi hadith merupakan satu aktiviti yang


aktif di kalangan ulama dari dahulu hingga sekearang. Ini ada hubungan dengan
kepentingan Institusi hadith itu sendiri sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas
al-Quran. Walaupun keaktifannya tidaklah konsisten di sepanjang zaman dengan adanya
perubahan pasang surut yang dipengaruhi oleh berbagai faktor, namun ianya mampu
bertahan dengan seadanya meskipun agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan
perkembangan semasa yang lebih mencabar pada hari ini.

1.3 PEMBUKUAN AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH DAN


PERKEMBANGANNYA

1.3.1 Definisi Al-Tadwin


Dari aspek etimologi erti al-tadwin ialah: mengumpulkan sesuatu yang bercerai-
berai didalam suatu kumpulan/ikatan seperti mengumpulkan suhuf (helaian-helaian)
menjadi satu kitab. Ia berasal dari bahasa parsi.
Dari aspek teknikal: al-tadwin digunakan untuk menunjukkan makna susun dan karang.

1.3.2 Penulisan Di Zaman Jahiliyyah Dan Islam

16
17

Kepandaian dalam tulis menulis di kalangan orang Arab Jahiliyyah amatlah


sedikit bilangannya, mereka bergantung kepada ingatan mereka yang kuat dan istimewa
untuk menghafaz syair, khutbah, sejarah nasab dan lain-lain.

Apabila Islam datang ke tanah arab, agama ini telah menggalakkan pendidikkan
menulis dan membaca. Rasul sendiri amat mengalakkan supaya umat mempelajari
kaedah-kaedah tulis dan baca kerana melalui ilmu akan meningkatkan martabat dan
kedudukan Islam itu sendiri dan juga ummahnya.

1.3.3 Bila Bermula Penulisan Al-Hadith

Di zaman awal ulama al-hadith menyebutkan hadith sebagai ilmu sahaja.


Terkenal dikalangan umum satu pendapat bahawa hadith ini tidak ditulis dan para ulama
hanya meriwayatkan hadith melalui lisan dan ingatan sahaja. Pendapat ini berlanjutan
selama lebih kurang lima kurun berturut-turut, hinggalah datang Al-Khatib Al-Baghdadi
yang telah mengkaji semula pendapat tersebut dan mengarang kitab “Taqyid Al-cIlmi”.

Sangkaan ini adalah kerana kesilapan mentakwilkan dalil yang datang berkenaan
tadwin al-hadith dan penulisannya. Mereka menyebutkan bahawa orang yang pertama
mentadwinkan hadith adalah Ibnu Syihab Al-Zuhri (124/125H), dan orang yang
menghimpunkan hadith di dalam kitab adalah datang kemudian darinya.
Idea ini juga, mempengaruhi beberapa penulis seperti Abu Talib al-Makki, al-
Imam al-Dhahabi, al-Hafiz Ibn Hajr dan al-Maqrizi. Mereka tetap menyatakan demikian
walaupun terdapat juga pendapat bertentangan yang mengatakan bahawa orang-orang
selepas sahabat dan tibicin meriwayatkan ilmu (hadith) dari suhuf-suhuf yang sahih tetapi
tidak tersusun rapi yang ditulis di zaman sahabat dan tabi cin. Oleh yang demikian,
sebenarnya sudah berlaku tadwin al-ilmi semenjak zaman sebelum Al-Zuhri yang
dianggap dari kalangan sighar al-tabicin.

Jadi al-Khatib al-Baghdadi telah berusaha mengkaji riwayat-riwayat yang


membicarakan penulisan ilmu (hadith) di zaman Rasulullah saw, sahabat dan tabi cin.
Untuk membuktikan bahawa penulisan hadith sebenarnya telah bermula di zaman
sebelum Al-Zuhri lagi, dibawakan di bawah ini beberapa riwayat:

17
18

‫ فانه يكتب وأنا ال‬,‫ ما من الصحابة أحد أكثر حديثا مىن اال ما كان من عبداهلل بن عمرو‬: ‫حديث ألبىت حريرة‬

‫أكتب‬.......

(‫)رواه البخارى‬

Maksudnya: “ tidak ada seorang sahabat pun yang lebih banyak hadithnya daripadaku
kecuali, cAbd Allah Bin cAmr kerana dia boleh menulis sedangkan aku tidak pandai
menulis…”
‫ أئتوين بكتاب أكتب لكم كتابا ال تضلوا بعده‬:‫أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم قال ىف مرضه‬......:‫عن ابن عباس‬

– ‫رواه البخاري‬

Maksudnya: “bahawa Rasulullah saw telah bersabda ketika Baginda saw gering: bawa
kemari kertas, akan ku tuliskan untuk kamu suatu kitab supaya kamu tidak tersesat
nanti”.
‫اىل أن‬...‫كنت أكتب ك }}ل ش }}ىء أمسعه من رس }}ول اهلل ص }}لى اهلل علي }}ه وس }}لم‬....:‫ح }}ديث عبداهلل بن عم }}رو بن الع }}اص‬

‫ (رواه االم }}ام أمحد ىف‬.‫ أكتب فوال }}ذي نفس }}ى بي }}ده م }}ا خ }}رج م }}ىن اال ح }}ق‬:‫ فق }}ال رس }}ول اهلل ص }}لى اهلل علي }}ه وس }}لم‬:‫ق }}ال‬

)‫مسنده‬

Maksudnya: “aku sering menulis apa sahaja yang aku dengar dari Rasulullah saw hingga
Baginda mengatakan kepadaku, tulislah, demi Allah tidak ada yang keluar dari (kata-
kata) ku melainkan yang benar”.

Disamping itu, terdapat juga beberapa riwayat yang dhaif tetap dapat menguatkan
sebahagian dengan sebahagian yang lain.
Dinyatakan di dalam kitab Jamic Bayan al-cilm, juz 1, hlm.71: Rasulullah saw
telah memerintahkan supaya ditulis satu sahifah yang memuat semacam undan-undang
yang mengatur hubungan antara sesame umat Islam dan orang lain di Madinah.

Rasulullah juga telah menghantar satu surat kepada gabenor Yaman, cAmr bin
Hazm yang terkenal dengan “Sahifah cAmr bin Hazm” yang berisi peraturan-peraturan
sadaqah (zakat), diyat, faraid dan beberapa susunan yang lain.

18
19

Rasul saw juga telah mengutus surat kepada raja-raja di sekitar semenanjung
Arab mengajak mereka supaya memeluk Islam, sebagaimana dinyatakan di dalam al-
Tabaqat al-Kubra li Ibn Sacd, juz 1, hlm. 5-38.

1.3.4 Beberapa Pendapat Sekitar Penulisan Hadith (Al-Tadwin)

 Pendapat Syeikh Muhammad Rasyid Rida

Al-Syeikh berpendapat bahawa kemungkinan orang yang pertama menulis hadith


dan lain-lainnya adalah dari kalangan tabicin yang bernama Khalid Bin Macdan Al-Himsi
(103/104H). Beliau mengumpulkan hadith dan menjilidnya dengan kemas supaya tidak
tercicir. Diriwayatkan bahawa beliau telah sempat menemui 70 orang sahabat. Namun
demikian, lebih masyhur lagi pendapat yang mengatakan, orang pertama yang
membukukan hadith ialah Ibn Syihab Al-Zuhri.

Di dalam perbahasan sebelum ini, kita telah melihat dan membuktikan bahawa
penulisan al-hadith sebenarnya telah dimulakan, walaupun mungkin dalam bentuk yang
tidak rasmi di zaman Rasulullah saw masih hidup lagi. Jadi pendapat ini tidak dapat
diterima dari dua aspek:
 Apabila kita mempertimbangkan penulisan secara peribadi, maka kita
dapati ramai sahabat dan tabicin yang telah mendahului Khalid tersebut,
seperti Hammam bin Munabbih dan al-Zuhri.
 Apabila dilihat dari aspek penulisan secara rasmi, yang dilakukan oleh al-
Zuhri atas permintaan cUmar bin Abd al-cAziz, maka kita dapati Khalid
ini sebenarnya telah di dahului oleh Abu Bakr bin Hazm dan al-Zuhri.

Jadi, pendapat yang mengatakan Khalid sebagai penulis hadith yang pertama,
adalah tidak dapat di terima, tetapi boleh kita golongkan beliau ini antara orang yang
mula-mula membukukan hadith di kurun pertama itu.

 Pendapat Golongan Syicah

19
20

Al-Sayyid Hasan al-Sadr (1272-1354H) mengatakan: al-Hafiz Jalal al-Din al-


Suyuti telah waham di dalam kitabnya “Tadrib al-Rawi” dengan mengatakan bahawa
permulaan tadwin hadith adalah pada permulaan kurun kedua hijrah pada zaman
pemerintahan cUmar bin cAbd cAziz dengan perintahnya kepada gabenor di Madinah,
Abu Bakr bin Hazm yang telah meminta ulama Madinah supaya melaksanakan perintah
tersebut. Perintah ini telah dilaksanakan oleh ibn Syihab al-Zuhri. Pendapat ini memang
benar dari aspek penulisan rasmi. Adapun penulisan hadith secara peribadi telah bermula
di zaman Rasulullah saw sendiri sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini.

Seterusnya, al-Sayyid Hasan al-Sadr menegaskan bahawa orang yang melakukan


pembukuan hadith walaupun secara tidak rasmi, adalah dari kalangan Syi cah di zaman
c
Ali sebagai khalifah. Kemudian beliau menyebutkan kitab dan sahifah kepunyaan cAli
yang tergantung di pedangnya, dan sebuah kitab kepunyaan Abu Rafi’ maula Rasul saw
yang dinamakannya “Kitab al-Sunan wa al-Ahkam wa al-Qadaya”. Abu Rafi c ini
meninggal dunia pada permulaan pemerintahan cAli r.a.

Sebenarnya pendapat ini kurang tepat kerana telah dinyatakan di atas bahawa
c
Abd Allah bin cAmr bin al-cAs telah terlebih dahulu menulis dihadapan Rasulullah saw
sendiri malahan diizinkan oleh Baginda saw.

 Penulisan secara rasmi


Dalam masalah ini terdapat dua pendapat, iaini:
 Pertama, menyatakan bahawa ia bermula pertengahan dekad kelapan kurun
pertama Hijrah. Gabenor Mesir ketika itu cAbd cAziz bin Marwan bin al-
Hakam al-Umawi, pada tahun pertengahan pemerintahannya antara tahun 65-
85H, beliau telah berusaha untuk mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah
saw. Diriwayatkan oleh Imam al-Layth bin Sa cd dari Abu Habib bahawa cAbd
al-cAziz bin Marwan telah menulis kepada Kathir bin Murrah al-Hadrami,
yang telah dapat menemui tujuh puluh ahli Badar dari kalangan sahabat Rasul
saw, supaya menuliskan untuknya hadith-hadith yang telah didengarnya dari
para sahabat Rasulullah saw kecuali hadith-hadith Abu Hurairah. Kathir
sendiri meninggal antara tahun 70-80H. Kalau kita anggarkan beliau
meninggal pada tahun 75H maka permintaan cAbd al-cAziz tentulah sebelum
20
21

tahun tersebut. Dapatlah disimpulkan bahawa penulisan hadith secara rasmi


telah dimulakan pada pertengahan kedua kurun pertama hijrah.
 Pendapat kedua pula adalah pendapat yang menegaskan bahawa penulisan
secara rasmi adalah dilakukan di zaman cUmar Bin Abd cAziz, anak kepada
c
Abd Al-cAziz Bin Marwan Bin Al-Hakam tersebut.

Kesimpulannya:

Al-Hadith sebenarnya telah ditulis atau dikumpulkan semenjak zaman Rasulullah saw
sendiri sama ada atas perintah atau izin Baginda. Jelas kepada kita bahawa telah ada
beberapa penulisan al-Hadith di zaman awal tersebut, lebih-lebih lagi di permulaan
kurun kedua. Permulaan pengumpulan secara rasmi dimulakan pada akhir kurun pertama
hijrah atau pada awal kurun kedua Hijrah.

1.4 PENULISAN HADITH DI ZAMAN SAHABAT DAN TIBI CIN HINGGA


AKHIR KURUN PERTAMA HIJRAH.

Ketika Rasulullah saw wafat, al-Sunnah belum lagi ditadwinkan secara rasmi
sebagaimana al-Quran. Penulisan al-Hadith di zaman sahabat dan kibar Tabi cin pun
masih seperti zaman Rasulullah saw.

1.4.1 Sikap Para Sahabat Terhadap Penulisan Al-Hadith

Seperti sedia maklum, al-Quran telah dikumpul dan ditulis keseluruhannya semenjak
zaman Rasulullah saw masih hidup lagi, tetapi belumlah dikumpulkan menjadi satu
mushaf sebagaimana ada di hari ini. Kerja pengumpulan dan penulisan semula al-Quran
ini dilakukan di zaman Abu Bakr, sebagai satu usaha untuk memelihara al-Quran supaya
tidak hilang dan tercicir di mana-mana. Namun demikian, para sahabat hanya melakukan
pengumpulan dan penulisan mushaf, merka tidak mengumpul dan menulis hadith,
walaupun terdapat dalil-dalil yang mengizinkan dan menyuruh. Mereka masih lagi
21
22

bergantung kepada hafazan yang jitu tanpa ada penyelewengan. Namun demikian sikap
mereka itu bukanlah menggambarkan bahawa penulisan al-hadith itu sesuatu yang di
haramkan. Sebahagian sahabat membenci tetapi sebahagian lagi mengizinkan. Al-Qadi
‘Iyad mengatakan: sebahagian sahabat ada yang menulis al-hadith tetapi apabila telah di
hafaz lalu mereka bakar tulisan tersebut.

Tujuan utama para sahabat tidak menulis al-hadith adalah untuk memelihara
kemurniaan al-Quran dan al-Sunnah. Para sahabat yang tidak menyukai penulisan al-
hadith, pada permulaanya adalah kerana khuatir orang ramai akan berpaling dari al-
Quran atau membandingkan al-Quran dengan yang lain atau akan berlaku percampuran
di kalangan sebahagian orang yang baharu dengan al-quran. Ini kerana al-Quran belum
lagi lengkap mereka hafaz disamping masih kurang orang-orang yang mahir dan yang
dapat membezakan antara wahyu dari yang lain di kalangan mereka ketika itu.

Al-Ustaz Muhammad Abu Zahu telah menyebutkan bahawa keengganan Umar


Al-Khatab untuk menulis hadit-hadith adalah sesuai dengan keadaan orang ramai ketika
itu, mereka masih begitu baharu dengan al-Quran lebih-lebih lagi orang-orang yang baru
memeluk Islam dari segenap penjuru tanah arab ketika itu. Andainya hadith-hadith
ditulis dan dihantar kesegenap negeri dan orang ramai berpusu-pusu menghafaz dan
mengkaji hadith nescaya akan berlaku percampuran di antara keduanya.

Kemungkinan antara sebab keengganan para sahabat menulis al-hadith juga


adalah kerana mereka khuatir akan mengakibatkan para penulis (juga ummah
seluruhnya) akan berpegang dan mengutamakan kitab dan tulisan dan akhirnya akan
melemahkan kekuatan daya hafalan di samping mereka percaya belum ada sebab yang
kuat untuk enulis al-hadith pada masa itu, keran al-hadith belum lagi terdedah kepada
apa-apa bentuk penyelewengan.

Jadi jelaslah kepada kita bahawaa keengganan para sahabat untuk menulis al-
hadith bukanlah kerana tegahan dari Rasulullah saw, tetapi adalah kerana sebab-sebab
yang sementara. Kerana itulah kita dapat melihat perselisihan mereka tentang boleh atau
tidaknya menulis al-hadith telah padam setelah beberapa lama dan akhirnya mereka telah
sepakat atas keharusan menulis al-hadith apabila timbul keadaan-keadaan yang
mendesaknya selepas itu.
22
23

1.4.2 Sikap Kibar Tabi’in Terhadap Penulisan Al-Hadith

Di kalangan para tabicin juga terdapat mereka yang menolak penulisan al-hadith iaini
seperti Cubaydah bin Camr Al-Samani (72H), Ibrahim bin Al-Yazid Al-Taymi (92H),
Jabir Bin Zayd (93H), Ibrahim bin Yazid Al-Nakha ci (96H), Amir Al-Syacbi (103H),
Amr bin Dinar dan Muhammad bin Sirin.

Walau demikian ramai juga sahabat yang mengizinkan dan menulis hadith seperti
Sacid bin Jubayr, Sacid bin Al-Musayyab (94H), cAmir Al-Syacbii, Al-Dahhak bin
Muzahim (105H), cAta’ bin Abu Rabah (114H), Nafic Maula Ibn cUmar (117H), Qatadah
Bin Dacamahh Al-Sudussi (118H). Sikap mereka ini tidaklah menghairankan kerana
kehidupan mereka sebenarnya masih sangat hampir dengan para sahabat disamping
mereka murid para sahabat dan memiliki ketokohan seperti sahabat. Akhirnya ijma’lah
para ulama tabicen atas keharusan menulis dan menuntut al-hadith.
Kesimpulannya, dari perbahasan ini kita dapat melihat dan membuktikan bahawa
al-hadith atau as-sunnah sebenarnya adalah merupakan salah satu sumber perundangan
semenjak zaman Rasulullah saw. Walaupun demikian, pengumpulan dan penulisannya
belumlah dilakukan secara terancang rapi dan rasmi di zaman tersebut. Ia hanya
dimulakan secara rasmi sama ada diantara akhir kurun pertama hijrah atau awal kurun
kedua hijrah. Dalam masalah ini sahaja, para pengkaji sebenarnya tidak sepakat
berkenaan keaslian dan kehujahan hadith. Namun demikian, ahli as-sunnah telah sepakat
dalam menerima al-hadith atau as-sunnah sebagai salah satu hujah hukum-hakam Islam,
malahan meletakkannya ditempat kedua selepas al-Quran. Kita juga dapat melihat sikap
sahabat dan kibar tabicen terhadap penulisan al-hadith. Walau bagaimanapun, mereka
akhirnya telah sepakat atas keharusan menulis al-hadith di atas sebab-sebab yang
mendesak terutama selepas berlaku fitnah di kalangan mereka dan sebab-sebab yang
bersangkutan dengan bertambahnya bilangan umat Islam. Kita patut bersyukur dengan
keadaan tersebut kerana kini kita dapat menikmati khazanah al-hadith yang tidak ternilai
harganya. Kalaulah tidak kerana jasa para ulama, bagaimanakah kita dapat menyelami
dan seterusnya mengamalkan al-Quran dengan betul.

1.5 KEPENTINGAN HADITH DAN KEHUJAHANNYA


23
24

1.5.1 Definisi Kehujahan Hadith

Kehujahan hadith bermaksud kefungsiannya sebagai sumber hukum syarac atau sebagai
dalil hukum syarac atau sebagai perantara untuk mengetahui hukum syarac

1.5.2 Dalil-Dalil Yang Menunjukkan Kehujahan Hadith

Secara umumnya ulama telah membahagikan dalil-dalil tersebut kepada 3 jenis, iaitu:
naqli,’aqli dan ijma’.
1. Dalil-Dalil Naqli: ialah dalil-dalil yang diambil daripada al-quran sahaja dan tidak
termasuk dali-dalil yang diambil daripada hadith, kerana tidak wajar sesuatu itu
dibuktikan dengan menggunakan dalil dari jenis yang sama.
Ulama telah mengkaji keseluruhan isi kandungan al-quran dan mendapati dalil-
dalil yang menunjukkan kehujahan hadith itu terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:
 Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib beriman kepada rasulullah saw.
Beriman kepada rasul bukan sekadar beriman kepada diri baginda sahaja, tetapi
lebih daripada itu, iaini beriman kepada keseluruhan ajaran yang di bawa baik
dalam bentuk nas wahyu (al-quran) mahupun dalam bentuk hadith yang
disampaikan oleh baginda.
 Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan wajib taat kepada rasulullah. Antara
ciri-ciri ketaatan kepada rasulullah saw ialah taat serta patuh kepada segala ajaran
yang disampaikan oleh baginda baik dalam bentuk suruhan atau larangan yang
terkandung dalam nas-nas al-quran dan hadith.
 Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan fungsi dan tugas rasulullah saw sebagai
penerang, penghurai dan penafsir isi kandungan al-quran melalui bentuk huraian
yang diiktiraf dan diakui benar oleh Allah swt.
 Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan kewajipan mengikut ajaran yang dibawa
oleh rasulullah saw serta kewajipan menjadikan baginda sebagai contoh ikutan.
 Kumpulan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa baginda rasulullah saw memang
diperintahkan oleh Allah swt supaya menyampaikan semua ajaran yang
diturunkan kepadanya. Dan baginda dilarang daripada mengabaikan

24
25

tanggungjawab tersebut atau takut untuk menyampaikannya kerana allah swt


telah memberi jaminan keselamatan kepada baginda.

C
2. Dali-Dalil aqli: iaitu dalil-dalil yang menunjukkan kehujahan hadith sebagai
sumber syarac yang diperolehi melalui pertimbangan logik akal yang waras. Seperti:
 Kemacsuman baginda Rasulullah saw sebagaimana yang kita sedia maklum
bahawa Rasulullah saw telah diberi jaminan keselamatan oleh Allah swt baik dari
segi nyawa mahupun tugas.
 Keiltizaman para sahabat dengan as-Sunnah, sebagaimana yang kita semua akui
bahawa para sahabat Rasulullah saw memang menunjukkan komitmen yang
tinggi terhadap segala ajaran yang dibawa oleh Baginda dalam bentuk hadith. Ini
memang sejajar dengan kedudukan mereka sebagai ‘generasi terpilih’ untuk
hidup berjuang menegakkan Islam bersama-sama baginda Rasulullah saw.
 Kemustahilan beribadat tanpa hadith. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa
sesuatu ibadat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah saw kepada umatnya
adalah mengikut kaedah dan pendekatan yang tertentu. Dan kaedah-kaedah serta
tatacara beribadat ini pula tidak dihuraikan secara terperinci melalui nas-nas al-
Quran, sebaliknya maklumat yang terperinci itu hanya dihurai oleh Baginda
Rasulullah saw secara amali (praktikal) melalui amalan baginda. Huraian yang
bersifat praktikal ini kemudiannya diriwayatkan oleh para sahabat dalam bentuk
hadith kepada generasi berikutnya hingga ianya dibukukan dan sampai kepada
kita hari ini dalam bentuk yang lengkap.

3. Dalil Ijma’: semua ulama muctabar dalam konteks Ahli Sunnah Wa Al-Jama cah
bersepakat menerima institusi hadith dan mengiktirafnya sebagai sumber syarac yang
kedua selepas al-Quran.

1.5.3 Hubungan Hadith Dengan Al-Quran

Hubungan antara kedua dilihat dari sudut fungsi hadith terhadap al-Quran itu sendiri.
 Fungsi hadith sebagai penguat hukum yang terkandung di dalam al-quran.

25
26

Contohnya, seperti hukum kefardhuan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat


dan sebagainya yang terdapat di dalam al-Quran telah diperkuat dan disokong
oleh nas-nas hadith Rasulullah saw.
 Fungsi hadith sebagai penerang/ penghurai kepada isi kandungan al-Quran.
 Fungsi ini dilihat dalam tiga aspek:
- Mentafsilkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal.
- Mengkhususkan nas-nas al-Quran yang bersifat ‘umum’.
- Mengikat nas-nas al-Quran yang bersifat ‘mutlak’.

 Fungsi hadith sebagai pencawang kepada nas induk yang terdapat di dalam al-
Quran
Contohnya, seperti larangan menjual buah-buahan yang belum masak. Dimana
sewaktu Rasulullah saw berhijrah ke madinah baginda mendapati masyarakat
Madinah pada masa itu mengamalkan jual beli buah-buahan yang masih putik di
pokok, sedangkan mereka tidak dapat mengenal pasti kuantiti dan kualiti sebenar
buah-buah tersebut. Apabila buah-buah itu masak dan sedia untuk dipetik
didapati jumlah dan mutu sebenar yang boleh dipetik tidak seberapa disebabkan
perubahan cuaca atau penyakit yang menyerang pokok. Keadaan ini selalu
menimbulkan perselisihan di antara penjual dengan pembeli.
Oleh yang demikian, Rasulullah saw telah mengharamkan bentuk jual beli seperti
ini melalui riwayat hadith.

26
‫‪27‬‬

‫‪BAB 2‬‬

‫‪JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERKAITAN DENGAN SANAD‬‬

‫‪JENIS-JENIS ILMU METODOLOGY HADITH YANG‬‬


‫‪BERKAITAN DENGAN SANAD‬‬

‫‪27‬‬
‫‪-22‬النسب اليت على‬ ‫‪-‬املتشاهبات من‬
‫‪-118‬املدبج ورواية‬
‫ظاهرها‬ ‫خالف‬ ‫غريأو‬
‫األمساء‬ ‫إىل‬
‫‪-‬املنسوبونمن‬
‫بأمساء‬ ‫‪-‬املفردات‬
‫‪-‬أمساءذكر‬
‫‪-20‬من‬ ‫‪15‬‬
‫‪18‬‬
‫‪16‬‬ ‫‪-‬معرفة والتابعني‬
‫التعديل‬ ‫‪-41‬اجلرح‬
‫الرالراةوو‬
‫الراةواةاة‬ ‫الرو‬
‫منمن‬‫منمن‬ ‫‪-‬الثقات‬
‫‪-‬الضعفاء‬
‫‪-‬املختلطون‬
‫‪-26‬الكذابون‬
‫‪-‬الكذابون‬ ‫‪23‬‬
‫‪24‬‬
‫‪26‬‬
‫‪25‬‬ ‫اشتهروا‬ ‫من‬ ‫النازلات‬
‫األخاةو‬
‫الرو‬
‫األمساء‬
‫‪10‬ران‬
‫‪-‬ألقابوو‬
‫‪-‬العايل‬
‫‪-‬اإلخوة‬
‫‪-‬املهمالت‬ ‫األق‬
‫‪9‬‬
‫‪14‬‬
‫‪12‬‬
‫من الرالروواةاة‬
‫‪-‬املدلسون من‬
‫‪-28‬املرسلون‬
‫‪27‬‬ ‫‪-‬الوحدان‬ ‫‪13‬‬ ‫الالحق‬
‫األلقابوواةاةالرواة‬
‫وبلداهنم‬ ‫خمتلفةمن‬
‫الر‬
‫الر‬ ‫آبائهم‬
‫الكين‬
‫‪-‬املواوورايل‬
‫‪-‬أوطان‬
‫يخ‬ ‫صفات‬
‫‪-‬ت‬ ‫و‪17‬‬
‫‪19‬‬
‫‪21‬‬
‫بكناهم‬ ‫املختلف‬‫‪-‬املؤتلفووو‬
‫احملدثني‬
‫الصحابة‬
‫املفرتق‬ ‫‪-‬السابق‬
‫و‪72653‬أتباعهم‬
‫‪-‬طبقات‬
‫‪-‬معرفة‬
‫‪-‬املتفق‬
28

Sanad merupakan rangkaian perawi-perawi yang terlibat dalam periwayatan sesebuah


hadith bermula dari seseorang pembuka hadith sehingga sampai kepada Rasulullah saw.
Oleh kerana sanad memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan
kesohihan sesebuah hadith yang diriwayatkan, maka sebahagian besar (60%) daripada
disiplin ilmu Metod Hadith adalah berkisar tentang sanad dan perawi hadith.

2.1 Ilmu Al-Jarh Wa At-Tacdil

Ilmu Al-Jarh Wa Tacdil merupakan neraca atau penimbang perawi-perawi sesuatu


riwayat. Sekiranya berat timbangan memihak kepada al-tacdil bolehlah diterima atau
sekiranya ringan timbangan atau darjah keadilannya maka tertolaklah ia. Dengan ilmu ini

28
29

juga, kita akan mengenali seseorang perawi yang diterima hadithnya dan
membezakannya dengan perawi yang tidak diterima hadithnya.

 Al-jarh di sisi al-muhaddithun ialah, suatu kritikan pada perawi hadith dengan
sesuatu yang merosak dan mencacatkan keadilannya atau kedhabitannya.
 Al-tacdil pula ialah sebaliknya, iaitu pujian terhadap perawi dan menghukum ke
atasnya sebagai cadil atau dhabit.

2.1.1 Syarat Orang Yang Mentarjih Dan Orang Yang Mentacdil

Wajib bagi seseorang yang mentarjih dan orang yang menta cdil memenuhi syarat-
syarat tertentu sehingga fatwanya di ambil pakai dalam menyingkap perihal perawi
sebagaimana berikut:

1- Hendaklah ‫ارح‬UU‫ الج‬dan ‫دل‬UU‫ المع‬memiliki ilmu, takwa, warak dan benar kerana
seandainya keduanya tidak memiliki sifat-sifat demikian maka, bagaimana boleh
menjadi hakim ke atas orang lain dalam masalah al-jarh dan al-tacdil.
2- Hendaklah alim dengan sebab-sebab yang membawa al-jarh dan al-tacdil.
3- Hendaklah pakar dalam bahasa arab, supaya tidak meletakkan sesuatu lafaz
kepada bukan maksudnya dan tidak mentarjih seseorang dengan mengambil
sesuatu lafaz (ungkapan) sedangkan dia sendiri bukan ahlinya.

2.1.2 Perkara-Perkara Yang Tidak Disyaratkan Kepada Pentarjih Dan Pentacdil:

 Tidak disyaratkan seseorang pentarjih dan pentacdil itu lelaki atau merdeka.
Malah menurut pendapat yang muktamad menyatakan bahawa, diterima ta cdil
dan tarjihnya dari semua mereka sama ada ia seorang lelaki, perempuan, merdeka
atau hamba.
 Tidak disyaratkan bagi pentarjih untuk membawa saksi, iaini dia seorang sahaja
telah mencukupi seandainya telah melengkapi syarat-syarat tarjih.

2.1.3 Adab Pentarjih Dan Pentacdil

 Bersifat sederhana ketika membuat pengakuan dan pengiktirafan ke atas


seseorang, agar tidak mengangkat perawi lebih dari martabatnya dan tidak juga
menjatuhkannya ditempat yang tidak sewajarnya sebagaimana berlaku di
kalangan kebanyakkan kita di hari ini.
 Tidak diharuskan mentarjih lebih dari keperluan atau hajat. Kerana al-jarh di
syariatkan kerana darurat. Manakala darurat tersebut hendaklah disukat sekadar
keperluan sahaja.

29
30

 Tidak harus tertumpu kepada al-jarh semata-mata pada seorang perawi sedangkan
terdapat padanya al-jarh dan al-ta’dil menurut ahli pengkritik. Para ulama hadith
melarang keras perbuatan ini kerana menyebabkan berlakunya berat sebelah atau
ketidak adilan terhadap seseorang perawi.
 Tidak diharuskan al-jarh ke atas sesiapa sahaja yang tidak diperlukan jarhnya. Ini
adalah disebabkan al-jarh itu dibolehkan hanya dalam keadaan darurat sahaja.
Selama mana tidak terdapat darurat ke atasnya nescaya tidak harus menyelami
dan menyelidiki kecacatannya.

2.1.4 Syarat-Syarat Penerimaan Al-Jarh Dan Al-Tacdil

 Hendaklah al-jarh wa tacdil diterbitkan menerusi seseorang yang melengkapi


syarat-syarat pentarjih dan pentacdil.
 Tidak boleh al-jarh kecuali beserta dengan penjelasan atau penafisran (sebab-
sebabnya). Manakala al-tacdil pula tidak disyaratkan kepada sebarang penafsiran.
 Diterima al-jarh secara ringkas tanpa perlu kepada penafsiran bagi perawi yang
sunyi dari tacdil.
 Hendaklah al-jarh itu selamat daripada faktor-faktor yang menghalang
penerimaannya. Apabila terdapat sesuatu perkara yang boleh menghalang
penerimaan al-jarh dan al-tacdil hendaklah al-jarh dan al-tacdil tersebut di tolak.

 Antara rujukan utama dalam masalah ini ialah, kitab Ar-Raf c Wa At-Takmil Fi Al-
Jarh Wa At-Tacdil oleh Muhd cAbd Al-Hayy Al-Laknawi dan Kitab Dowabit Al-
Jarh Wa At-Tacdil oleh Dr. cAbd Al-cAziz Ibn Muhd Al-cAbd Al-Latif.

2.2 Tabaqat Al-Muhaddithin

Disiplin ilmu ini membicarakan tentang kumpulan-kumpulan perawi yang berada dalam
tingkatan atau lapisan sanad yang sama. Lapisan sanad ini ditentukan berdasarkan
beberapa ciri-ciri seperti:

 Perawi berasal dari generasi yang sama sperti generasi sahabat, tabi cin, tabic at-
tabicin dan sebagainya.
 Perawi berasal dari tempat yang sama seperti kumpulan perawi Makkah, tabaqat
perawi Madinah, tabaqat perawi cIraq dan sebagainya.
 Perawi berasal dari kurun atau dekad yang tertentu seperti tabaqat perawi kurun
pertama hijrah, tabaqat perawi kurun ke dua hijrah, tabaqat perawi awal kurun
pertama hijrah atau sebagainya.
 Berdasarkan tahap kemuliaan atau keistimewaan yang sama seperti tabaqat
perawi yang terawal memeluk Islam, tabaqat perawi yang menyertai perang
Badar, tabaqat perawi yang terdiri daripada Kibar As-Sahabah, tabaqat perawi
yang terdiri daripada Kibar At-Tabicin.

30
31

 Ataupun berdasarkan guru yang sama seperti, tabaqat perawi yang meriwayatkan
hadith daripada Abu Bakr r.a, tabaqat perawi yang meriwayatkan hadith daripada
Az-Zuhri dan sebagainya.

Dari itu, lahirlah apa yang dikatakan sebagai tabaqah sahabat, tabaqat tabi cin,
tabaqah al-Badriyyin, tabaqat al-Madaniyyin, tabaqah ke dua, tiga, empat dan
sebagainya. Antara buku rujukan utama bagi disiplin ilmu ini ialah kitab At-Tabaqat Al-
Kubrao Ibn Sacd, At-Tabaqat oleh Al-Khalifah Ibn Khayyat dan lain-lain.

2.3 Ma’rifat As-Sahabah

Ilmu ini membicarakan tentang isu-isu yang berkaitan dengan sahabat. Mengenali
sahabat adalah merupakan suatu ilmu yang besar, penting lagi banyak faedahnya, iaini
dengan mengenali sahabat kita akan mengetahui sama ada sesuatu hadith itu bersambung
sanadnya atau terputus. Definisi umum sahabat ialah:

menurut bahasa: kata sahabat adalah isim masdar yang bererti “berteman atau
berkawan”, manakala kata “as-sahaby” dan “as-saahib” yang di jama’kan
menjadi “ashab” dan “sahabun”.
 Menurut istilah: sahabat adalah orang yang bertemu dengan Nabi saw dalam
keadaan Islam dan mati dalam keadaan Islam juga, sekalipun pernah murtad.
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar, al-sahabah ialah: “sesiapa yang sempat bertemu
Nabi saw dalam keadaan beriman dengan Baginda saw dan mati dalam Islam”.
Ungkapan “sesiapa yang sempat bertemu” dalam definisi ini, termasuklah sahabat Nabi
saw yang lama berdamping atau dalam tempoh masa yang pendek serta yang sempat
berperang atau tidak. Manakala apabila disebut sahaja ungkapan “ dalam keadaan
beriman dengan Baginda saw” maka terkeluarlah mereka yang pernah menemui Nabi
saw dalam keadaan kafir kemudian Islam kembali, selepas itu tidak bertemu dengan
Baginda saw, seperti utusan Hirqal.

2.3.1 Tanda-Tanda Seseorang Itu Dikenali Sebagai Sahabat

 Dikenali secara mutawatir, iaitu dikenal pasti kesahihan sebagai seorang sahabat
menerusi ramai daripada para sahabat Nabi saw seperti Al-Khulafa’ Al-Rasyidin
yang empat.
 Dikenali secara masyhur, seperti Dimam bin Thaclabah, Ukasyah bin Mihsan
 Dinyatakan oleh sahabat lain, seperti Humamah bin Abu Humamah.
 Di nyatakan oleh sahabat itu sendiri, jika dia seorang yang bersifat adil.
 Dinyatakan oleh seorang Tabicin mengikut pendapat yang rajah.

2.3.2 Keadilan Sahabat

31
32

Menurut jumhur ulama Ahli Sunnah, semua sahabat adalah adil sama ada mereka yang
terlibat dalam fitnah ataupun tidak. Dimaksudkan dengan keadilan mereka adalah
terhindarnya mereka dari sengaja berbuat dusta dalam meriwayatkan dan
menyelewengkannya. Dapat disimpulkan bahawa, semua riwayat sahabat diterima tanpa
perlu bersusah payah membahas keadilan mereka. Dan sahabat yang menyandang fitnah
itu, adalah semata-mata kerana ijtihadnya yang salah dimana mereka tetap mendapat
pahala atas dasar husnuzzonn kepada mereka. Kerana mereka adalah orang yang
membawa syaricat dan sebaik-baik generasi.

2.3.3 Kronologi Sahabat (Tabaqat)

Ibn Sacd membahagikan mereka kepada lima tabaqat, Al-Hakim membahagikan mereka
kepada 12 tabaqat dan sebahagian ulama membahagikan lebih daripada itu. Namun
demikian, pembahagian oleh Al-Hakim adalah lebih masyhur, iaini:
 Yang lebih awal memeluk Islam di Makkah, seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin
 Yang memeluk Islam sebelum permusyawaratan penduduk Makkah di Dar al-
Nadwah
 Muhajir Habsyah
 Yang menyertai al-cAqabah pertama
 Yang menyertai al-cAqabah kedua, kebanyakkan mereka dari kalangan Ansar
 Yang mula-mula berhijrah ke Madinah sebelum hijrah Rasul saw
 Ahli Badar
 Yang berhijrah antara peperangan Badar dan Hudaybiyyah
 Yang menyertai Bayc at al-Ridwan di Hudaybiyyah
 Yang berhijrah antara peperangan Hudaybiyyah dan Fath Makkah, seperti Khalid
bin al-Walid, cAmr bin al-cAs dan Abu Hurayrah
 Yang memeluk Islam ketika Fath Makkah
 Semua kanak-kanak yang sempat bertemu dan melihat Rasulullah saw pada hari
Fath Makkah, Haji Wadac dan lain-lain kesempatan selepas itu.

Disamping itu, Ahli Sunnah juga bersepakat bahawa yang paling utama secara
berturut-turut adalah Abu Bakr al-Siddiq, cUmar, cUthman bin cAffan, cAli bin Abu
Talib, baki sepuluh sahabat yang di janjikan syurga, ahli Badar, ahli Uhud, peserta
Baycat al-Ridwan dan akhirnya adalah para sahabat yang mempunyai keutamaan dari
kalangan al-Awwalun al-Sabiqun.

2.3.4 Sahabat Yang Terbanyak Dalam Meriwayatkan Hadith

Antara sahabat yang paling banyak dalam meriwayatkan hadith ialah:


 Abu Hurayrah: meriwayatkan sebanyak 5374 hadith.
 Ibnu Umar: meriwayatkan 2630 hadith
 Anas bin Malik: meriwayatkan 2286 hadith
 Acisyah: meriwayatkan sebanyak 2210 hadith

32
33

 Ibnu Abbas: meriwayatkan sebanyak 1660 hadith


 Jabir Abdullah: meriwayatkan sebanyak 1540 hadith

2.3.5 Siapakah Yang Dimaksudkan Dengan Ubadalah

Yang dimaksudkan dengan Ubadalah berdasarkan asal nama mereka “Ubadalah”


dari kalangan sahabat jumlahnya mencapai sekitar 300 sahabat, akan tetapi yang
dikehendaki disini adalah 4 orang sahabat, semuanya bernama Abdullah, mereka itu
adalah:
 Abdullah bin Umar
 Abdullah bin Abbas
 Abdullah binZubair
 Abdullah bin Amer bin Ash

Keistimewaan mereka adalah termasuk dalam ulama di kalangan para sahabat


yang palaing akhir meninggal. Hingga mereka perlu dikenali, mereka memiliki
keistimewaan dan kemasyhuran yang mana apabila mereka telah menyepakati sesuatu
masalah berupa fatwa mereka di gelar “Qaul Ubadalah”.

2.3.6 Jumlah Bilangan Sahabat

Tidak ada kiraan yang paling tepat untuk menentukan jumlah sahabat yang
sebenar, akan tetapi ada beberapa pendapat ahli ilmu yang dapat dijadikan pedoman,
iaini lebih dari 100 ribu sahabat. Dan pendapat yang paling masyhur adalah pendapat
Abi Zarcah Ar-Razy iaini 114,000 orang.

2.3.7 Kitab-Kitab Biografi Sahabat

 Al-Isticab Fi Asma’ Al-Ashab, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Muhaddith Al-


Faqih Abu cUmar Yusuf bin cAbd Al-Bar Al-Namari (463H)
 Usd Al-Ghabah Fi Makrifat Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Muhaddith Al-
Hafiz cIzz Al-Din cAli Bin Muammad Al-Jazari Ibn Al-Athir (630H)
 Al-Isabah Fi Tamyiz Al-Sahabah, karangan Al-Imam Al-Hafiz Al-Bahr Al-
Hujjah Ahmad Bin cAli Bin Hajar Al-cAsqalani (852H)
 Hayat Al-Sahabah, karangan Al-cAllamah Al-Daciyah Al-Muhaddith Al-Syeikh
Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Al-Hindi (1383H)

2.4 Ma’rifat At-Tabicin Wa Al-Atbac

33
34

Ilmu ini juga penting, kerana kita dapat mengetahui keterlibatan mereka secara langsung
dalam periwayatan hadith dan bagi menentukan taraf sesuatu hadith kita terlebih dahulu
perlu mengenali para tabicin.

2.4.1 Definisi Tabicin

 Menurut bahasa: adalah jama’ dari kata tabici atau tabicun sedang kata tabici
adalah isim fail dari kata “tabicahu” bererti berjalan di belakangnya.
 Menurut istilah: adalah orang yang bertemu sahabat dalam keadaan Islam dan
mati secara Islam pula, juga dikatakan sebagai orang yang berteman dengan
sahabat.

2.4.2 Tabaqat Tabi’in

Para ulama berbeza pendapat mengenai tabaqat tabi’in:


 Imam Muslim membahagikan mereka kepada tiga tabaqat
 Ibnu Saced membahagikan mereka kepada empat tabaqat
 Imam Al-Hakim membahagikan mereka kepada 15 tabaqat, yang pertama ialah
mereka yang sempat bertemu dengan sepuluh orang sahabat.

2.4.3 Al-Mukhadramun

Untuk seorang adalah “mukhdram”, iaini orang yang sempat hidup pada masa Jahiliyah
dan zaman Nabi saw, dan dia beragama Islam sedangkan dia tidak pernah bertemu
dengan Rasulullah saw. Dan mereka ini adalah termasuk dalam golongan tabi cin menurut
pendapat yang kuat.

Jumlah bilangan Mukhdaramun adalah sekitar dua puluh orang, sebagaimana


kiraan imam muslim, tetapi yang lebih kuat bilangan mereka adalah lebih dari itu.
Diantaranya ialah, Abu Uthman An-Nahdy dan Aswad Bin Yazid Ad-Ducally.

2.4.4 Fuqaha’ Tujuh

Fuqaha’ tujuh ialah, mereka yang terawal dari kalangan tabi cin, mereka ini termasuk dari
penduduk kota Madinah, iaini: Said Bin Al-Musayyab, Qasim Bin Muhammad, Urwah
Bin Zubair, Kharijah Bin Zaid, Abu Salamah Bin Abdul Rahman, Ubaidillah Bin
Abdullah Bin Utbah Dan Sulaiman Bin Yasar.

2.4.5 Tabicin Yang Paling Utama

34
35

Terdapat banyak pendapat dikalangan ulama tentang tabicin yang paling utama, sedang
pendapat yang paling masyhur adalah pendapat Said Bin Al-Musayyab dan Abu
Abdullah Muhammad Khafis As-Syairazy, iaini seperti berikut:
 Penduduk kufah menyatakan yang paling utama adalah Uwais al-Qorni
 Penduduk basrah menyatakan yang paling utama adalah al-Hassan al-Basri

Kitab yang terkenal adalah:


 Kitab Macrifatuttabicin, karya Abil Mitrof Bin Fatis Al-Andalusi.

2.5 Al-Muttafaq Wa Al-Muftaraq

Ilmu ini membincarakan tentang perawi-perawi yang nama mereka dan nama ayah
mereka sama, baik dari segi tulisan mahupun bacaannya, sementara berbeza orangnya.
Kerana ada terjadi diantara mereka itu yang sama nama, dan nasab-nasabnya.
Contohnya:
 Al-khalil bin Ahmad: terdapat enam orang yang mempunyai nama yang sama,
salah seorang daripadanya ialah guru kepada Sibawaih.
 Ahmad bin Jacfar bin Hamdan: yang dimiliki oleh empat orang perawi dari
tabaqat yang sama
 cUmar bin Khatab: ada enam orang yang mempunyai nama yang sama.

2.5.1 Kepentingan Dan Faedahnya:

Mengetahui ilmu ini adalah penting sekali, agar orang tidak meyangka nama tersebut
dimiliki oleh seorang perawi sahaja, dan ia menjadi lebih penting apabila perawi-perawi
yang berlainan itu dihukum dengan hukuman yang berbeza dari segi kethiqahan dan
kedhaifannya. Maka melalui disiplin ini dapatlah dikenal pasti siapakah sebenarnya yang
meriwayatkan sesebuah hadith di antara mereka, yang thiqah ataupun yang dhaif.

Antara kitab-kitab yang terkenal ialah, Kitab Al-Muttafiq Wa Al-Muftariq, karya


Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.6 Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif

Disiplin ini mjembahaskan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama, gelaran,


kunyah atau nasab yang sama dari segi tulisannya, tetapi berlainan dari segi sebutannya.
Contoh-contohnya:
 Salam (‫ )سالم‬dan sallam (‫)سالم‬
 Miswar (‫ )مسور‬dan musawwar (‫)مسور‬

Kepentingan disisplin ini, sama dengan sebelumnya iaitu untuk mengelak


daripada berlaku kesilapan dalam menentukan perawi. Dalam konteks ini Ibnu Al-

35
36

Madani berkata: “kesilapan riwayat paling banyak berlaku pada nama-nama perawi”. Ini
kerana nama seseorang tidak boleh di agak atau di ukur dengan sesuatu ukuran dan tidak
boleh ditentukan mengikut kaedah yang tertentu. Antara kitab-kitab terkenal yang
membahaskan tentang ilmu ini ialah, kitab “Al-Mu’talif Wa Al-Mukhtalif" oleh Abdul
Ghani Bin Said dan Kitab”Al-Ikmal” oleh Ibn Makula.

2.7 As-Sabiq Wa Al-Lahiq

Disiplin ini membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith yang
sama dari seorang guru sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua amat ketara.
Contohnya: Ibnu Syihab Al-Zuhri dengan Ahmad Ibn Ismail As-Sahmi yang sama-sama
meriwayatkan hadith daripada Imam Malik (179H). Sedangkan beza umur mereka ialah
135 tahun, di mana Al-Zuhri meninggal pada tahun 124H manakala As-Sahmi pula pada
tahun 259H.

Melalui disiplin ini, kesinambungan sesuatu sanad yang kontroversi dapat


dipastikan, disamping dapat mengenal pasti manakah sanad yang tinggi (pendek) dan
manakah sanad yang rendah (panjang). Antara rujukan utamanya ialah kitab As-Sabiq
Wa Al-Lahiq oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.8 Al-Mudabbaj Wa Riwayat Al-Aqran

Tajuk ini, membincangkan tentang perawi-perawi yang sebaya, seangkatan atau


sezaman, yang saling meriwayatkan hadith antara satu sama lain. Contohnya:
 Diperingkat sahabat seperti cAisyah dengan Abu Hurairah.
 Diperingkat tabicin seperti Al-Zuhri dengan cUmar Ibn cAbd Al-‘Aziz
 Diperingkat atbac at-tabicin seperti Malik dengan Al-Auzaci.

Faedahnya, supaya orang tidak tersalah anggap bahawa berlaku penambahan


perawi pada sanad atau berlaku pertukaran ( can) dengan (wau) pada lafaz periwayatan.
Antara rujukan utama disiplin ini ialah kitab Al-Mudabbaj oleh Al-Daraqutni dan kitab
Riwayat Al-Aqran oleh Abu Al-Syeikh Al-Asbahani.

2.9 Al-Ikhwah Wa Al-Akhawat

Tajuk ini membincangkan tentang perawi yang bersaudara dan saling meriwayatkan
hadith antara satu sama lain. Contohnya:
 Di peringkat sahabat seperti, cUmar Ibn Al-Khattab dengan Zaid Ibn Al-Khattab,
 Di peringkat tabicin seperti Muhd Ibn Sirin dengan adik beradiknya iaitu, Anas,
Yahya, Ma’bad, Hafsah dan Karimah,
 Di peringkat al-atbac pula seperti Sufyan Ibn cUyaynah dan adik beradiknya iaitu,
Adam, Imran, Muhd dan Ibrahim.

36
37

Faedahnya antara lain ialah untuk membezakan antara perawi-perawi yang


memiliki nama ayah yang sama dan memang mereka mempunyai hubungan adik beradik
sebagaimana contoh-contoh diatas, dengan perawi yang nama ayah mereka juga sama
tetapi tidak mempunyai hubungan adik beradik seperti Abdullah Ibn Dinar dengan Amru
Ibn Dinar. Di mana bagi yang tidak tahu mungkin menyangka keduanya adalah adik
beradik sedangkan hakikatnya tidak.

Antara rujukan utama disiplin ini ialah, Kitab Al-Ikhwah oleh Abu Al-Abbas As-
Sarraj dan Kitab Al-Ikhwah oleh Abi Al-Mutarrif Ibn Fatis Al-Andalusi.

2.10 Al-cAli Wa An-Nazil

Disiplin ini membahaskan dua perkara, iaini:


1- Tentang al-cali iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang
sedikit (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang
meriwayatkan hadith yang sama.
2- Tentang an-nazil iaitu sanad-sanad yang mempunyai bilangan perawi yang
ramai (secara menegak/vertical) berbanding dengan sanad lain yang
meriwayatkan hadith yang sama.
Contohnya:
 Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith melalui empat orang perawi
sebelum sampai kepada Rasulullah saw, sedangkan Imam At-Tirmizi pula
meriwayatkan hadith yang sama melalui enam orang perawi. Dalam keadaan
ini sanad Imam Bukhari dikatakan al-cali manakala sanad Imam At-Tirmizi
dikatakan an-nazil.

Kepentingan disiplin ini dilihat kerana sanad al-cali dikira lebih tinggi daripada
sanad an-nazil dari segi nilai kekuatan dan kesohihannya. Dengan perkataan lainnya, al-
c
ali itu lebih sohih daripada an-nazil. Justeru, ianya cukup penting terutama dalam isu
pentarjihan antara riwayat yang bercanggah.

Walau bagaimanapun, kadang kala berlaku keadaan dimana sanad an-nazil lebih
kuat daripada sanad al-cali seperti jika rangkaian sanad an-nazil terdiri daripada perawi-
perawi yang lebih thiqah berbanding dengan perawi-perawi yang ada dalam rangkaian
sanad al-cali.

Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenis sanad al-cali dan an-nazil kepada
lima jenis berdasarkan lima dasar penisbahan yang berbeza, iaitu:

1- Nisbah kepada Baginda Rasulullah saw, dan ini dinamakan Al-Culuw Al-Mutlak.
Dalam konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit (secara menegak)
untuk sampai kepada Rasulullah saw dikira lebih tinggi (al- cali), jika

37
38

dibandingkan dengan sanad yang lain yang meriwayatkan hadith yang sama
dengan bilangan perawinya lebih ramai untuk sampai kepada rasulullah.
2- Nisbah kepada seseorang imam atau perawi masyhur yang tertentu.
Seperti nisbah kepada Imam Az-Zuhri, Imam Malik dan sebagainya. Dalam
konteks ini sanad yang bilangan perawinya lebih sedikit untuk sampai kepada
Az-Zuhri misalnya, dikira lebih tinggi jika dibandingkan dengan sanad yang lain
yang meriwayatkan hadith yang sama dengan bilangan perawi yang lebih ramai
untuk sampai kepada beliau.
3- Nisbah kepada riwayat kitab hadith yang tertentu, dan ianya terbahagi pula
kepada empat jenis:
 Al-Muwafaqah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith daripada guru
seseorang pengarang kitab hadith dengan tidak melalui perantaraannya.
 Al-Badal: iaitu seseorang itu meriwayatkan sesebuah hadith daripada guru
kepada guru seseorang pengarang kitab hadith melalui rangkaian sanad yang
lebih ringkas tanpa melalui perantaraan pengarang kitab dan gurunya.
 Al-Musawat: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang telah
diriwayatkan oleh seseorang pengarang kitab hadith, melalui sanad yang
berlainan hingga ke akhir sanad, dan bilangan perawi yang terlibat di dalam
kedua-dua sanad tersebut adalah sama.
 Al-Musafahah: iaitu seseorang itu meriwayat sesebuah hadith yang sama yang
telah diriwayatkan oleh salah seorang murid pengarang sesebuah kitab hadith,
melalui sanad yang berlainan dan bilangan perawi yang terlibat di dalam
kedua-dua sanad
tersebut adalah sama.

4- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi (yang sama-sama meriwayat
hadith daripada seorang guru) yang lebih dahulu wafat. Dalam konteks ini sanad
yang terdapat di dalam perawi yang lebih dahulu wafat dikira lebih tinggi
daripada sanad yang satu lagi.
5- Nisbah kepada siapakah di antara dua orang perawi yang lebih dahulu menerima
riwayat sesebuah hadith daripada seseorang guru yang sama. Dalam konteks ini,
sanad yang perawinya lebih dahulu menerima riwayat hadith tersebut daripada
gurunya dikira lebih tinggi berbanding dengan yang satu lagi.

Disiplin ini amat diambil berat oleh para muhaddithin, kerana memiliki
ketinggian sanad merupakan satu perkara kebanggaan dikalangan mereka. Walau
bagaimanapun, tidak ada kitab khusus yang mengumpulkan riwayat-riwayat al- cali dan
an-nazil secara umum yang ada hanyalah kitab khusus tentang sanad-sanad al-cali (yang
terdiri daripada tiga orang perawi untuk sampai kepada rasulullah), yang dimiliki oleh
individu yang tertentu. Kitab ini di beri nama Thulathiyat seperti Kitab Thulathiyyat Al-
Bukhari oleh Ibn Hajar Al-cAsqalani dan kitab Thulathiyyat Ahmad Ibn Hambal oleh
Ahmad As-Safaraini.

38
39

2.11 Al-Mutashabihat

Disiplin ini membahaskan tentang nama perawi yang hampir sama sama ada dari segi
tulisan mahupun lafaznya, sementara nama-nama bapa mereka berbeza lafaznya tetapi
sama tulisannya atau sebaliknya. Ulama telah membahagikan ini kepada beberapa jenis,
iaitu:
 Nama-nama perawi yang sama dari segi tulisan dan bacaan tetapi nama ayah
mereka berbeza dari segi sebutan walaupun sama dari segi tulisan, seperti:
Muhd Ibn ‘Uqail dengan Muhd Ibn ‘Aqil
 Perawi-perawi yang nama ayah mereka sama dari segi tulisan dan sebutan
sedangkan nama mereka sendiri berbeza dari segi sebutan sekalipun sama dari
segi tulisan, seperti:
Shuraih Ibn An-Nu’man dengan Suraij Ibn An-Nu’man
 Perawi-perawi yang nama mereka sama tetapi nama ayah mereka berbeza
pada satu atau dua huruf sahaja, seperti:
Muhammad Ibn Hunain dengan Muhammad Ibn Jubair
 Perawi-perawi yang nama mereka sama dengan nama ayah perawi lain
sebaliknya ayah mereka pula sama dengan nama perawi tersebut, seperti:
Al-Aswad Ibn Yazid dengan Yazid Ibn Al-Aswad

Disiplin ini penting untuk mengenal pasti seseorang perawi dan mengelak
kekeliruan. Antara rujukan utamanya ialah kitab talkhis al-mutashabih fi ar-rasm oleh
khatib al-baghdadi.

2.12 Al-Muhmalat

Disiplin ini pula membahaskan tentang nama-nama perawi yang sama tetapi tidak ada
unsur yang boleh membantu untuk mengenal pasti mereka hingga sukar untuk
dibezakan antara mereka. Keadaan ini boleh menjejaskan nilai kesahihan riwayat
sesebuah hadith andainya salah seorang daripada mereka merupakan perawi yang dha’if.

Contohnya, nama Sulaiman Ibn Daud yang dimiliki oleh dua orang perawi, salah
seorang daripada mereka thiqh iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Khaulani dan seorang lagi
dha’if iaitu Sulaiman Ibn Daud Al-Yamami. Dengan adanya disiplin ini, penentuan
siapakah individu yang terbabit dalam sesuatu riwayat lebih mudah dilakukan dan cepat
dikesan oleh ulama. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Mukmal Fi Bayan Al-
Muhmal oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2.13 Al-Wuhdan

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang mempunyai seorang sahaja


murid yang meriwayatkan hadith daripada mereka. Contohnya: Urwah Ibn Mudarris r.a
yang mempunyai seorang sahaja murid yang meriwayatkan hadith daripada beliau iaitu

39
40

c
Amir Asd-Shacbi. Begitu juga dengan Al-Musayyab Ibn Hazn ra satu-satunya murid
yang meriwayatkan hadith daripada beliau adalah anaknya Sacid.

Antara faedah disiplin ilmu ini ialah, dapat mengetahui perawi-perawi yang
majhul al-cain (yang tidak diketahui identitinya). Antara rujukan utamanya ialah, Kitab
Al-Munfaridat Wa Al-Wuhdan oleh Imam Muslim.

2.14 Al-Qab Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang gelaran yang dimiliki oleh perawi hadith. Contohnya:
Al-Aa’raj, Al-A’mash dan sebagainya. Kepentingan mengenali nama-nama gelaran
adalah kerana:
 Supaya orang tidak terkeliru dengan menyangka gelaran yang dimiliki oleh
seseorang perawi itulah nama baginya.
 Dapat membantu kita mngenal pasti seseorang perawi dan mengetahui sebab-
sebab kenapa seseorang perawi itu digelar dengan sesuatu gelaran.
Gelaran ini ada dua jenis:
 Tidak boleh diperkenalkan: iaitu ketika orang yang digelar itu membencinya
 Boleh diperkenalkan: iaitu orang yang digelar itu tidak membencinya.

Contohnya:
 Adl-Dlal: adalah gelaran bagi Mu’awiyah Bin Abdul Karim, digelar demikian
kerana dia pernah tersesat di jalan kota Makkah.
 Ghunjar: gerlaran Isa Bin Musa At-Taimy, dia di gelar kerana merahnya dan dua
kebunnya. Dan lain-lain lagi.
Antara rujukan utama dalam ilmu ini ialah, Kitab Nuzhah Al-Albab Li Ma’rifat
Al-Alqab oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani.

2.15 Manm Zukir Bi Asma’ Au Sifat Mukhtalifah

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang disebut didalam sesuatu sanad
hadith dengan panggilan yang berbeza, kadang kala disebut dengan namanya sahaja dan
ada kalanya disebut gelarannya sahaja, ada ketika pula disebut kunyahnya sahaja dan ada
masanya pula disebut kesemua nama, gelaran dan kunyah.

Contohnya: Muhd Ibn As-Saib Al-Kalbi, kadang-kala ia disebut dengan nama


Hammad Ibn As-Saib, kadang-kala dia disebut dengan kunyah Abu Al-Nadhir, dan
adakalanya pula disebut dengan kunyah Abu Sacid.

Faedahnya ialah, untuk mengelak kekeliruan pada nama seseorang perawi dengan
menyangka ianya individu yang berlainan. Selain daripada itu, melalui disiplin ini juga
dapat didedahkan tadlis ash-shuyukh (satu penipuan dalam bentuk penukaran identiti
seseorang perawi yang da’if bagi menutup kelemahan sesuatu sanad).

40
41

Antara rujukan utamanya ialah Kitab Mudihu Auham Al-Jam c Wa At-Tafriq oleh
Al-Khatib Al-Baghdadi dan Kitab Idah Al-Ishkal oleh cAbd Al-Ghani Ibn Sacid Al-
Maqdisi.

2.16 Tawarikh Ar-Ruwwah

Disiplin ini membicarakan tentang sejarah atau riwayat hidup seseorang perawi dari segi
tarikh lahirnya, tarikh wafatnya, asal-usulnya, gurunya, muridnya, pengembaraannya,
keilmuannya, aqidahnya, bila dia menerima riwayat daripada gurunya dan bila pula dia
sampaikan kepada muridnya, contoh-contoh riwayatnya, peristiwa-peristiwa yang
melibatkannya, karya-karyanya, hukuman yang telah di buat oleh ulama keatasnya sama
ada thiqah atau dha’if dan sebagainya.

Faedahnya yang utama ialah untuk memastikan kesinambungan sanad sesuatu


riwayat hadith. Misalnya apabila seseorang perawi mendakwa dia menerima riwyat
hadith daripada seseorang guru yang tinggal di Basrah pada tahun 115H, sedangkan
apabila diselidik riwayat hidup perawi dan guru tadi (di dalam buku-buku rijal hadith),
maka di dapati perawi itu tidak pernah pergi ke basrah dan guru itu pula telah wafat pada
tahun 110H lagi (lima tahun sebelum berlakunya proses periwayatan yang didakwakan).
Maka hasil analisa seperti ini membuktikan bahawa perawi tersebut sebenarnya tidak
menerima sebarang riwayat hadith secara langsung daripada guru tersebut dan ini
menunjukkan bahawa sanad sebenarnya terputus dan dalam konteks ini riwayat itu
diiktiraf dha’if.

Rujukan utama bagi disiplin ini ialah semua Kitab Rijal Hadith atau Kitab Jarh
Wa Al-Tacdil seperti kitab at-tarikh Oleh Ibn Ma’in, kitab Khatib Al-Baghdadi, kitab
Tarikh Dimashq oleh Ibn ‘Asakir, Kitab Tahzib Al-Kamal oleh Al-Mizzi, Kitab Siyar
A’lam An-Nubala oleh Az-Zahabi dan lain-lain.

2.17 Al-Mufradat Min Al-Asma’ Wa Al-Kunya Wa Al-Alqab

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang mempunyai nama atau kunyah
atau gelaran yang tidak dikongsi bersama perawi lain. Contohnya: cAjmad Ibn cUjyan
Ra, Abu Al-Hamra’ Ra, Safinah Ra, Duraib Ibn Nuqair, Abu Al-Ubaidain, Mandal dan
sebagainya.

Faedah utama mengetahui ilmu ini ialah untuk mengelak daripada berlaku
kesilapan apabila menulis atau menyebut nama-nama tersebut. Antara rujukan utamanya
ialah Kitab Al-Asma’ Al-Mufradah oleh Ahmad Ibn Harun Al-Bardiji.

2.18 Al-Mawali Min Ar-Ruwwah

41
42

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi dari kalangan ‘maula’. Boleh di


bahagikan kepada tiga, iaitu:
1- Maula Al-Hilf : yang berwala’ melaui perjanjian, seperti Imam Malik Ibn Anas
Al-Asbahi At-Taimi, kerana Kaum Asbah adalah mawali kepada Qabilah Taim
Quraish secara Al-Hilf.
2- Maula Al-cAtaqah: yang berwala’ melalui pembebasan perhambaan, seperti Abu
Al-Bukhturi Sacid Ibn Fairuz At-To’i kerana tuannya yang telah
membebaskannya adalah Qabilah Taic.
3- Maula Al-Islam : yang berwala’ melalui pemelukan Islam, seperti Muhd Bin
Ismail Al-Bukhari Al-Ju’fi (kerana datuknya al-mughirah asalnya seorang majusi
kemudian memeluk islam melalui Al-Yaman Ibn Akhnas Al-Ju’fi, maka
dinisbahkan Imam Al-Bukhari kepadanya).

Faedah disiplin ini antara lain ialah untuk mengelakkan kekeliruan pada nasab
seseorang perawi dari kalangan maula dan untuk memastikan siapa atau kabilah mana
yang dia berintisab kepadanya serta bentuk intisab tersebut. Antara rujukan utamanya
ialah, Kitab Al-Mawali oleh Abu ‘Umar Al-Kindi.

2.19 Asma’ Man Ishtaharu Bi Kunahum

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang lebih dikenali dengan kunyah
berbanding dengan nama, gelaran, sifat dan nisbah mereka. Seperti Abu Bakr ra, Abu
Hurairah ra, Abu Idris Al-Khaulani, Abu Bilal Al-Ashcari dan lain-lain.

Faedah disiplin ini, antara lainnya ialah supaya orang tidak menyangka seorang
perawi itu dua individu yang berbeza apabila disuatu ketika dia disebut dengan
kunyahnya yang masyhur manakala disuatu ketika yang lain dia disebut pula dengan
namanya yang tidak masyhur. Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Kuna Wa Al-
Asma’ oleh Abu Bishr Muhd Ibn Ahmad Ad-Dulabi.

2.20 Autan Ar-Ruwwah Wa Buldanuhum

Disiplin ini memperkatakan tentang tempat lahir atau tempat menetap seseorang perawi
secara khusus. Kepentingannya dilihat apabila ada dua orang perawi atau lebih memiliki
nama yang sama tetapi berbeza tempat lahir atau tempat tinggal, jadi melalui disiplin ini
dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya perawi yang terlibat dalam sesuatu sanad.
Antara perbahasan tajuk ini ialah:
 Bagaimanakah perawi-perawi arab dan perawi-perawi cajam berintisab kepada
kabilah atau kepada negeri
 Bagaimanakah seseorang perawi yang tinggal di beberapa tempat yang berlainan
hendak berintisab, bagaimanakah sekiranya seseorang itu tinggal disebuah negeri
apakah dia perlu berintisab kepada nama kampungnya atau kepada nama
negerinya

42
43

 Berapa lamakah pula tempoh masa bermukim di suatu tempat sebelum seseoran
itu boleh di nasabkan kepada tempat tersebut.
Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Ansab oleh As-Sam’ani.

2.21 An-Nasab Allati cAla Khilaf Zahiriha

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang kerana sesuatu peristiwa atau
munasabah tertentu telah dinisbah, digelar atau disifatkan dengan sesuatu yang boleh
mengelirukan sedangkan ianya bukan nisbah gelaran atau sifatnya yang sebenar.
Contohnya:
 Abu Mas’ud Al-Badri, beliau dinisbahkan kepada Badar bukan kerana turut
menyertai perang Badar tetapi kerana pernah menetap di sana.
 Yazid Al-Faqir, beliau disifatkan faqir bukan kerana kefakirannya tetapi kerana
beliau mengalami sakit bahagian tulang belakang yang digelar ‘faqar’.
 Khalid Al-Hazzac, beliau digelar tukang kasut bukan kerana beliau seorang
tukang kasut, tetapi kerana beliau suka mendampingi tukang-tukang kasut
sehingga digelar al-hazzac.
Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Al-Lubab Fi Tahzib Al-Ansab oleh Ibn Al-Athir
Al-Jazari.

2.22 Al-Mansubun Ila Ghair Aba’ihim

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dibinkan kepada bukan ayah
mereka. Ianya penting kerana apabila ketika mereka dibinkan kepada ayah mereka orang
menyangka mereka adalah individu yang berlainan sedangkan mereka adalah individu
yang sama.
Contohnya:
 Mu’az ibn ‘Afra yang dibinkan kepada emaknya sedangkan ayahnya bernama Al-
Harith.
 Muhd ibn Al-Hanafiyyah sedangkan nama ayahnya cAli Ibn Abi Talib
 Yacla ibn Munyah yang dibinkan kepada nenek sebelah ayah.
 Ahmad ibn Hambal yang dibinkan kepada datuk sebelah ayah.
 Al-miqdad ibn Al-Aswad yang dibinkan kepada orang yang memeliharanya
sedangkan ayahnya bernama cAmr Al-Khindi
Tidak ada rujukan khusus (setakat yang penulis tahu) untuk disiplin ini, walau
bagaimanapun maklumat tentangnya terdapat di dalam kitab rijal hadith secara umum.

2.23 Ath-Thiqat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi thiqah yang menepati ciri-ciri atau
syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya
dapat ditentukan kesohihan sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ath-
Thiqah oleh Al-cIjli dan lain-lain.

43
44

2.24 Ad-Ducafat Min Ruwwat

Disiplin ini membicarakan tentang perawi-perawi yang dhaif yang tidak ada ciri-ciri atau
syarat-syarat kelayakkan untuk meriwayatkan hadith. Ianya penting kerana melaluinya
dapat ditentukan kelemahan sesuatu sanad hadith. Antara rujukan utamanya ialah Kitab
Ad-Du’afat oleh Al-Bukhari, An-Nasai, Al-cUqaili, Ad-Daraqutni dan lain-lain.

2.25 Al-Kazzabun Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini pula membicarakan tentang perawi-perawi pembohong yang terlibat dalam
membuat atau meriwayatkan hadith palsu secara khusus. Antara rujukan utamanya ialah
Kitab Al-Wadc Fi Al-Hadith Oleh Syeikh cUmar Hasan Fallatah.

2.26 Al-Mukhtalituh Min Ar-Ruwwat

Disiplin ini membincangkan tentang perawi-perawi (termasuk perawi thiqah pada


asalnya) yang terkena penyakit ‘ikhtilat’ secara khusus, iaitu sejenis penyakit lupa yang
disebabkan oleh faktor-faktor seperti umur yang lanjut, hilang daya penglihatan, hilang
atau kemusnahan buku, atau kerana terkena sesuatu musibah seperti kematian keluarga
terdekat rumah terbakar dan sebagainya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab Al-
Ightibat Biman Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh Sibt Ibn Al-cAjami.

2.27 Al-Mudallisun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini membahaskan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam jenayah ‘tadlis’
secara khusus iaitu menyembunyikan kecacatan atau kelemahan yang ada pada sesuatu
sanad disamping menzahirkan keelokkan dan kekuatannya. Melalui tajuk ini perawi-
perawi yang terlibat telah dibahagikan kepada lima kumpulan yang berbeza tahap
kesalahan dan riwayatnya.

Antara rujukan utamanya ialah Kitab Ta’rif Ahl At-Taqdis Bi Maratib Al-
Mausufin Bi At-Tadlis oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani.

2.28 Al-Mursilun Min Ar-Ruwwah

Disiplin ini memperkatakan tentang perawi-perawi yang terlibat di dalam periwayatan


hadith ‘mursal’ secara khusus, iaitu hadith yang mana akhir sanadnya terputus selepas
tabicin. Antara rujukan utamanya ialah Kitab At-Tabyin Li Asma’ Al-Mudallisin oleh
Burhanuddin Al-Halabi.

44
45

BAB 3
ILMU-ILMU HADITH YANG BERKAITAN DENGAN MATAN

Ilmu-Ilmu Hadith Yang Berkaitan Dengan Matan

Al-Gharib Al-Hadith Musykil Al-Hadith Hadith Maudhu’i

An-Nasikh Wa Al- Lughah Al-Hadith Wa Mukhtaliful Al-Hadith


Mansukh Balaghatuhu Wa Muhkamuhu

45
46

3.1 AL-GHARIB AL-HADITH

Gharib al-hadith ialah ilmu yang membicarakan tentang perkataan yang sukar
difahami maksudnya kerana terlalu jarang digunakan yang terkandung di dalam matan
sesebuah hadith. Kesukaran itu bukan sahaja bagi orang-orang awam, malah ianya dikira
sukar juga bagi pakar bahasa arab itu sendiri hingga mereka terpaksa mencari rujukan
untuk menangganinya.
Contohnya ialah perkataan (‫ )التحنث‬yang terdapat di dalam matan sebuah hadith yang di

riwayatkan oleh Bukhari: (ِ‫َّث فِيه‬ ٍ )


ُ ‫ َو َكا َن خَيْلُو بِغَا ِر ِحَراء َفيَتَ َحن‬.

Yang bermaksud: “dan dia (Baginda Rasulullah saw) telah berkhalwat di gua hira’ untuk
beribadat di dalamnya”. (Al-Bukhari, 1407H, Kitab Bad’ Al-Wahi, jil 1, ms. 30, no 3).

Begitu juga hadith-hadith tentang Ash-Shamail yang banyak menceritakan


tentang sifat-sifat fizikal baginda Rasulullah saw yang kebanyakkannya menggunakan
istilah-istilah bahasa yang sukar.

Kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan ulama, isu ini boleh ditanggani
dengan merujuk kepada salah-satu daripada empat rujukan berikut:
a. Kitab-kitab khusus yang mengumpul dan menghuraikan perkataan berkenaan
seperti kitab Gharib Al-Hadith oleh Abu cUbaid Al-Qasim Ibn Sallam, Kitab
Gharib Al-Hadith oleh Ibn Qutaibah, Kitab An-Nihayah Fi Gharib Al-Hadith
oleh Ibn Al-Athir Al-Jazari Dan Kitab Al-Faaiq Fi Gharib Al-Hadith oleh Az-
Zamakhshari.
b. Shuruh kitab hadith (kitab-kitab sharah hadith)
c. Kamus atau mucjam yang utama seperti kamus Lisan Al-Carab oleh Ibn Manzur,
Mucjam Maqaayis Al-Lughah oleh Ibn Faris, Qamus Al-Muhit oleh Fairuz
Abaadi dan lain-lain
d. Pakar bahasa arab.

46
47

3.2 MUSYKIL AL-HADITH

Ilmu ini membahaskan tentang sesuatu matan hadith sahih yang sukar difahami
maksudnya serta mengelirukan. Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-
Bukhari dan Muslim:

((‫ورته‬
َ‫ص‬ َ ‫))إِ َّن اللَّه َخلَ َق‬
ُ ‫آدم َعلَى‬
Yang bermaksud: “Allah menjadikan Adam mengikut bentuk kejadiannya”. (Al-Bukhari,
tt, Kitab Al-Isti’zan, Bab Bad’ As-Salam, jil 11, ms.3 no 6227).

Maksud hadith ini nyata mengelirukan kerana ganti nama ‘nya’ pada perkataan
‘kejadiaany’ tidak boleh dikembalikan kepada Allah swt untuk mengelak daripada
tashbih (menyamakan kejadian Allah dengan kejadian makhluk). Maka itu, maksud
hadith ini mesti di hurai dengan suatu huraian yang tidak membawa kepada unsur tashbih
berkenaan, ianya boleh dilakukan dengan merujuk kepada tafsiran dan huraian yang
telah di buat oleh ulama baik dari kalangan sahabat mahupun selepasnya, yang terdapat
di dalam buku-buku huraian hadith yang utama.

Dari sinilah timbulnya kepentingan disiplin ini lebih-lebih lagi bilangan hadith-
hadith soheh yang maksud matannya mengelirukan agak banyak, khasnya hadith-hadith
yang menyentuh perkara-perkara ghaib, zat dan sifat Allah, kejadian malaikat, para Nabi
dan sebagainya.

Antara rujukan khusus disiplin ini, ialah Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar oleh Al-
Tohawi dan Kitab Mushkil Al-Hadith Wa Bayanuhu oleh Ibn Faurak.

3.3 MUKHTALIFUL AL-HADITH WA MUHKAMUHU

Mukhtalif al-hadith membicarakan tentang dua hadith soheh atau lebih yang
bercanggah maksudnya pada zahir antara satu sama lain, yang memerlukan kepada
penyatuan atau penyelarasan maksud tersebut. Manakala ‘muhkam al-hadith’ pula adalah
lawan kepada mukhtalif al-hadith iaitu hadith-hadith sohih yang terselamat daripada
percanggahan zahir makna dengan hadith lain.

47
48

Disiplin ini adalah antara jenis ilmu matan yang terpenting selain daripada gharib
al-hadith dan musykil al-hadith. Kepentingannya dilihat kerana realiti membuktikan
bahawa terdapat banyak hadit-hadith sohih yang zahir matannya nampak bercanggah
antara satu sama lain. Sedangkan kesan daripada percanggahan zahir ini amat besar
kerana ia bukan sahaja menyukarkan kita untuk memahami sesuatu hadith atau isu,
malah ia juga menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan ulama dalam menentukan
hukum sesuatu masalah feqh.

Contohnya: hadith-hadith tentang pembatalan puasa bagi seseorang yang sedang


bermusafir. Dalam masalah ini ada dua kelompok hadith sahih yang telah diriwayatkan
daripada Baginda Rasulullah saw.
 Kelompok pertama mafhumnya menunjukkan tidak wajar meneruskan puasa di
dalam safar seperti Hadith Jabir Ibn cAbdillah ra, bahawa: Rasulullah saw
bersabda:
(( ‫)) ليس من الرب الصوم يف السفر‬

maksudnya: “berpuasa di dalam safar bukanlah daripada cirri-ciri kebaikkan”.


(Al-Bukhari, tt, Kitab As-Saum, Bab As-Saum Fi As-Safar, jil 4, ms.183, no
1946).
 Kelompok kedua pula, mafhumnya menunjukkan sebaliknya, seperi hadith
Ibn’abbas ra bahawa Rasulullah bersabda: ((‫صام ومن شاء أفطر فمن شاء‬....)),
maksudnya: “…maka siapa yang nak teruskan puasa (dalam safar) boleh teruskan
dan sesiapa yang nak buka boleh buka”.

Kesan daripada percanggahan zahir inilah ulama khilaf dalam menentukan


hukum tersebut. Orang yang pertama sekali dikenal pasti mempopularkan perbahasan
disiplin ini ialah Imam As-Shafi’e melalui bukunya Ikhtilaf Al-Hadith, di mana beliau
telah mengumpulkan sebanyak 79 permasalahan feqh yang berlaku kerana percanggahan
zahir hadith. Usaha ini kemudiannya disambung oleh generasi ulama selepas beliau
hinggalah ke hari ini.

Di peringkat awal kemunculannya, disiplin ini hanya di fokuskan kepada hadith-


hadith yang bercanggah sesama sendiri sahaja. Namun generasi pengkaji semasa telah

48
49

meluaskan skop perbahasannya kepada percanggahan yang berlaku antara hadith dengan
perkara-perkara lain seperti nas al-Quran, fakta-fakta dan penemuan-penemuan sains
yang terbukti kebenarannya serta realiti-realiti yang dapat ditangkap oleh pancaindera.
Akhirnya lahirlah buku-buku khusus yang membahaskan disiplin ini secara teori dan
praktikal melalui perbahasan teori digariskan pendekatan atau langkah yang telah
diambil oleh ulama untuk menanggani isu-isu yang berkaitan dengan disiplin ini.

Rujukan bagi disiplin ini terbahagi kepada tiga:


 Rujukan umum iaitu semua buku sharah hadith
 Rujukan khusus, iaitu buku-buku yang mengumpul mukhtalaf hadith sahaja dan
menghuraikannya, seperti kitab Imam Shafi’e di atas, Kitab Takwil Mukhtalif Al-
Hadith oleh Ibn Qutaibah Ad-Daidanuri, Kitab Sharh Mushkil Al-Aathar dan
Sharh Ma’ani Al-Aathar keduanya oleh At-Tohawi dan lain-lain
 Buku-buku yang membahas disiplin ini secara teori yang di dalamnya terdapat
perbahasan contoh-contoh mukhtalaf hadith, Seperti Kitab Al-Ihkam Fi
Mukhtalif Al-Hadith Baina Al-Fuqaha Wa Al-Muhaddithin dan kesemua buku
metod hadith yang membahaskan disiplin ini.

3.4 AN-NASIKH WA AL-MANSUKH

Tajuk ini membicarakan tentang an-naskh iaitu pertukaran hukum yang lama
dengan hukum yang baru yang dilakukan oleh syara’ melalui hadith Rasulullah saw.
Hadith yang menasakh dinamakan an-nasikh manakala hadith yang dimansukhkan
dinamakan al-mansukh.

Proses nasakh hukum ini hanya boleh diketahui melalui empat cara:
 Penjelasan daripada Rasulullah saw sendiri tentang berlakunya nasakh hukum
dalam sesuatu masalah. Contohnya, seperti hadith Buraidah ra yang diriwayatkan
ِ ِ
َ }َ‫فَإن ََّها تُ } َذ ِّكر اآْل }خ َرة ُكْنت َن َهْيتُ ُك ْم َع ْن ِزي‬
oleh Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda: ‫}ارة‬

‫وها‬
َ ‫ور‬
ُ ‫ َف ُز‬، ‫الْ ُقبُور‬
Maksudnya: “aku pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, tetapi
sekarang kamu ziarahlah kubur kerana ianya boleh mengigatkan akhirat”.

49
50

 Penjelasan daripada sahabat, contohnya seperti kata Jabir ra yang diriwayatkan


oleh Ashab As-Sunan Al-Arba’ah:
(( ‫ت النَّار‬ ‫آخر اأْل َمري ِن ِمن رسول اللَّه صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم ترك الْو مِم‬
ِ ‫)) َكا َن‬
ْ ‫ضوء َّا َم َّس‬ُ ُ َْ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ ْ َْ
Maksudnya: “pilihan terakhir yang dibuat oleh Rasulullah saw ialah tidak perlu
mengambil air sembahyang jika memakan makanan yang disentuh api”.
 Mengetahui sejarah sesebuah hadith. Misalnya, hadith Shaddad ibn Aus ra yang
ِ
ُ ‫أَفْطََر احْلَاج ُم َوالْ َم ْح ُج‬
diriwayatkan oleh abu daud bahawa rasulullah saw bersabda: ((‫وم‬

))
Maksudnya: “puasa orang yang membekam dan orang yang dibekam adalah
batal”.
Hadith ini telah dinasakhkan oleh hadith Ibn ‘Abbas ra yang diriwayatkan oleh
muslim:
((‫))أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم احتجم وهو حمرم صائم‬

Maksudnya: “bahawa rasulullah saw pernah berbekam dalam keadaan baginda


berihram dan berpuasa”.
Hadith Ibnu Abbas ini dikatakan menasakh hukum yang terdapat di dalam hadith
shaddad kerana kajian sejarah membuktikan bahawa hadith shaddad telah
disabdakan oleh Rasulullah saw pada zaman pembukaan kota Makkah iaitu pada
tahun8H, sedangkan peristiwa haji Baginda sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Ibnu Abbas berlaku pada tahun 10H.
 Melalui ijmac ulama. Contohnya, hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi

bahawa Rasulullah saw bersabda: (( ُ‫الرابِ َع} ِ}ة فَ }}ا ْقُتلُوه‬ ِ َ‫))من ش } ِرب اخْل }م}ر ف‬,
َ }‫اجل } ُ}دوهُ فَ }ِإ ْن َع‬
َّ ‫}اد ىِف‬ ْ َ َْ َ َ ْ َ
yang bermaksud:
“sesiapa minum arak hendaklah kamu menyebanya dan sekiranya ia ulang
sehingga empat kali, maka hendaklah kamu membunuhnya”.
Imam Nawawi berkata: “ijma’ ulama (bahawa orang yang minum arak sebanyak
empat kali hanya disebat sahaja bukan di bunuh) menunjukkan bahawa hadith
tersebut telah dimansukhkan. Walau bagaimanapun ini bukanlah bermakna ijma
itu yang menasakhkan hadith tersebut, tetapi ia sekadar menunjukkan bahawa di
sana ada nasikhnya (nas yang menasakhkan).

50
51

Disiplin ini, antara jenis-jenis ilmu hadith yang penting dan sukar untuk dikuasai.
Orang yang mula-mula sekali memashurkannya juga imam as-shafi’e. antara perbahasan
utamanya ialah mengenal kaedah-kaedah untuk memastikan berlakunya proses
pertukaran hukum antara hadith yang diriwayatkan. Manakala antara rujukan utamanya
pula ialah kitab al-I’tibar Fi An-Nasikh Wa Al-Mansukh Min Al-Athar oleh Al-Hazimi
dan Kitab An-Nasikh Wa Al-Mansukh oleh Imam Ahmad.

3.5 LUGHAH AL-HADITH WA BALAGHATUHU

Melalui disiplin ini, beberapa isu seperti fungsi kesumberan sesuatu hadith di
dalam pengajian bahasa arab dan kedudukan nilai balaghah di dalamnya dibahaskan.
Disiplin ini masih dalam proses perkembangannya. Antara rujukan utamanya ialah Kitab
Al-Bayan An-Nabawi oleh Muhd Rajab Al-Bayumi.

3.6 HADITH MAUDHU’I

Disiplin ini membahaskan tentang pengumpulan dan pengkajian makna terhadap


hadith-hadith yang berkaitan dengan sesuatu masalah, isu atau tajuk yang tertentu.
Misalnya, pengumpulan dan kajian makna terhadap hadith-hadith tentang ilmu, remaja,
pembetukkan keluarga dan sebagainya.

Antara rujukan utamanya ialah, Kitab Jami’ Al-Usul Fi Ahadith Ar-Rasul oleh
Ibn Al-Athir.

51
52

BAB 4
JENIS-JENIS ILMU METOD HADITH YANG BERSANGKUTAN DENGAN
KEDUA-DUA SANAD DAN MATAN

Jenis-Jenis Ilmu Metod Hadith Yang Bersangkutan Dengan Kedua-Dua Sanad Dan Matan

1.Klasifikasi Hadith Qawaid Naqd Al- Takhrij Hadith C


llal Al-Hadith
Dan Istilah- Hadith Nabawi
Istilahnya

Hadith Tahlili Al-Citibar Wal Turuq At-Tahammul Al-Mubhamat Ziyadat At-


Mutabic Wa Al- Wa Al-Ada’ Minal Asma’ Thiqah
Syahid

52
53

4.1 Klasifikasi Hadith Dan Istilah-Istilahnya

Disiplin ini membicarakan tentang pembahagian jenis-jenis hadith serta istilah-istilah


dan huraian yang telah dibuat oleh ulama kepada kesemua jenis-jenis tersebut. Ulama
ulum al-hadith telah mengklasifikasikan hadith kepada berbagai-bagai jenis berdasarkan
keadaan dan ciri-ciri yang ada pada hadith tersebut. Tujuannya ialah untuk membezakan
antara jenis-jenis hadith serta memudahkan mereka membuat kajian keatas hadith
tersebut. Setiap jenis hadith diberikan istilah, pengerian dan perbahasan yang tersendiri.
Melalui pemerhatian yang menyeluruh terhadap buku-buku metod hadith dapatlah kita
bahagikan jenis hadith itu berdasarkan tujuh dasar utama.

Jenis-jenis Hadith:

Berdasarkan bilangan perawi / sanad

Berdasarkan asal usul punca matannya

Berdasarkan seni keunikkan sanadnya

Berdasarkan persambungan sanadnya

Berdasarkan kedudukannya antara boleh dibuat amal atau tidak

Berdasarkan kedudukannya antara bersambung sanad atau tidak

Berdasarkan kesahihan dan kedhaifannya

4.1.1 Pembahagian Hadith Berdasarkan Bilangan Perawi / Sanad:


53
54

Dibawah dasar ini ulama telah membahagikannya kepada dua jenis:

Hadith Mutawatir Hadith Ahad

Lafzi Macnawi Gharib c


Aziz Masyhur

Mutlak Nisbi

Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab
5 dan 6.

4.1.2 Pembahagian Hadith Berdasarkan Asal Usul Punca Matannya:

Berdasarkan dasar ini, ulama telah membahagikannya kepada empat bahagian:

Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc

Perbahasan mengenai hadith-hadith ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam
bab 6.

4.1.3 Pembahagian Hadith Berdasarkan Seni Keunikan Sanadnya:

Dibawah dasar ini, hadith boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian:

Hadith

Riwayat Al- Riwayat As-Sabiq Riwayat Al-Cali Riwayat Al-


Musalsal Wa Al-Lahiq Wa An-Nazil Aqraan
54
55

Riwayat Al-Ikhwah Riwayat Al-Abnaa Riwayat Al-Abaa’ Riwayat Al-Kabir


C C
Wa Al-Akhawat an Al-Abaa’ C
an Al-Abnaa’ an Al-Soghir

1. Hadith Al-Musalsal

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang mana berlaku di dalam proses periwayatannya ikutan perawi
terhadap sifat, keadaan, cara atau gaya riwayat perawi sebelumnya.

Berdasarkan jenis ini, ulama telah membahagikannya kepada tiga jenis utama,
iaitu:

Al-Musalsal

Musalsal berdasarkan Musalsal berdasarkan sifat- Musalsal berdasarkan


keadaan perawi sifat yang ada pada perawi sifat-sifat periwayatan

Perkataan Perbuatan Perkataan & Lafaz Zaman Tempat


Perbuatan Periwayatan Periwayatan Periwayatan
nn

 Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi, ianya terbahagi kepada tiga:


 Al-musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perkataan, contohnya
seperti hadith riwayat Mucaz Ibn Jabal ra bahawa Rasulullah saw bersabda
kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Mucaz! Sesungguhnya aku sayang kepadamu, maka
hendaklah kamu baca setiap kali selepas sembahyang doa (yang bermaksud):
Ya Allah ya Tuhan kami!, bantulah kami agar sentiasa mengingati kamu,
sentiasa bersyukur kepada kamu dan sentiasa melakukan ibadat yang baik
kepada kamu”. (Riwayat Abu Daud dalam Bab Witir)

55
56

Semua perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka, mereka
menyebut ungkapan “sesungguhnya aku sayang kepadamu”. Maka dalam
konteks inilah ia dikatakan Musalsal.

 Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari segi perbuatan, contohnya


seperti kata Abu Hurairah ra:
Maksudnya: “ Rasulullah saw telah memegang tanganku (secara tashbik)
seraya bersabda (maksdunya): Allah swt telah menjadikan bumi pada hari
Sabtu”. (Riwayat al-Hakim, Macrifat cUlum al-Hadith)
Semua perawi yang terlibat didalam periwayatan hadith ini kepada murid
mereka, melakukan tindakan yang sama iaitu memegang tangan (secara
tashbik).

 Al-Musalsal berdasarkan keadaan perawi dari kedua-dua segi, iaini


perkataan dan perbuatan. Contohnya, seperti hadith Anas ra, bahawa
Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “ seseorang hamba itu tidak akan dapat mengecap kemanisan
iman sehingga dia beriman dengan qadar, sama ada baik, buruk, manis atau
pahit. Kemudian Baginda saw menggenggam janggutnya seraya berkata: aku
beriman dengan qadar sama ada baik, buruk, manis atau pahit”. (Riwayat al-
Hakim, Macrifat cUlum al-Hadith)
Semua, perawi yang meriwayatkan hadith ini kepada murid mereka,
melakukan perkara yang sama sambil berkata ‘aku beriman dengan qadar
sama ada baik, buruk, manis atau pahit’.

 Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat yang ada pada perawi:


Dalam konteks ini, ia boleh dilihat dari beberapa aspek, seperti nama, nasab,
bidang kepakaran dan sebagainya. Misalnya:
 Apabila semua perawi yang terdapat didalam rangkaian sesuatu sanad itu
bernama Muhammad, maka ia dikatakan Musalsal dari segi nama.

56
57

 Apabila semua perawi terbabit terdiri dari ahli feqh, maka ia dinamakan
Musalsal dari segi persamaan perawi didalam bidang kepakaran yang
tertentu.
 Apabila perawi terbabit dinasabkan kepada nasab yang sama, sama ada nasab
kepada tempat seperti Makkah atau kepada qabilah seperti Tamim, maka ia
dinamakan Musalsal dalam konteks persamaan nasab tersebut.

 Al-Musalsal berdasarkan sifat-sifat periwayatan.


Dalam konteks ini, ia boleh dibahagikan kepada tiga:
 Berdasarkan lafaz periwayatan, seperti hadith Musalsal yang menggunakan

lafaz periwayatan (‫)حدثنا‬, (‫)أخربنا‬, (‫)مسعت‬

 Berdasarkan zaman periwayatan seperti hadith Musalsal yang diriwayatkan di


musim haji, musim hari raya dan sebagainya.
 Berdasarkan tempat periwayatan seperti, hadith Musalsal yang diriwayatkan
di Multazam, padang cArafah dan sebagainya.
 Kepentingan dan faedahnya:
Menambahkan nilai kekuatan dan kesahihan sesuatu hadith dari segi
kesinambungan sanadnya. Ini kerana ciri-ciri yang ada pada sesuatu hadith musalsal
menggambarkan betapa proses periwayatannya berlaku secara langsung antara
seorang perawi dengan perawi yang lain. Dalam konteks ini al-Musalsal menjadi
salah satu unsur sokongan tambahan yang boleh membuktikan tidak berlaku
sebarang unsur tadlis (penipuan) dalam periwayatan.

 Hukumnya:
Sesuatu hadith musalsal tidak semestinya sahih, sebaliknya ia berkemungkinan
sahih, dhaif malah mauduc. Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara
keseluruhan. Walau bagaimanapun, andainya ia sahih maka ia mempunyai nilai
kekuatan tambahan berbanding dengan riwayat yang tidak musalsal.

 Sumber rujukannya:
 Kitab al-Musalsalaat al-Kubra oleh As-Suyuti, yang terkandung didalamnya
85 hadith.

57
58

 Kitab al-Manaahil As-Salsalah Fi Al-Ahaadith Al-Musalsalah oleh Muhd


c
Abd al-baqi Al-Ayyubi. Di dalamnya terkandung sebanyak 212 hadith.

2. Riwayat As-Saabiq Wa Al-Lahiq

 Definisinya:
Disiplin ini, membicarakan tentang dua orang perawi yang meriwayatkan hadith
yang sama dari seorang guru, sedangkan perbezaan umur antara mereka berdua
amat ketara.
 As-Sabiq, mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tua diantara
dua orang perawi tadi.
 Manakala Al-Lahiq pula mewakili hadith yang diriwayatkan oleh perawi
yang muda.

 Hukumnya:
- Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.

3. Riwayat Al-cAli Wa An-Nazil

 Definisinya:
Suatu disiplin ilmu yang membicarakan tentang sesuatu sanad yang mempunyai
bilangan perawi yang sedikit (secara vertical), berbanding dengan sanad lain yang
meriwayatkan hadith yang sama tetapi mempunyai bilangan perawi yang lebih
ramai.
 Al-cAli mewakili hadith-hadith yang sanadnya mempunyai bilangan perawi
yang sedikit.
 An-Nazil pula mewakili hadith-hadith yang mempunyai bilangan perawi yang
ramai.

 Hukumnya:
- Bergantung kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.

4. Riwayat Al-Aqraan

58
59

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang
sebaya, seangkatan atau sezaman yang saling meriwayatkan hadith antara satu
sama lain.

 Hukumnya:
- Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.

5. Riwayat al-Ikhwah Wa al-Akhawat

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya perawi-perawi yang
mempunyai hubungan persaudaraan, yang saling meriwayat hadith antara satu
sama lain.

 Hukmunya:
- Tertakluk kepada keadaan sanad dan matannya secara keseluruhan.

6. Riwayat Al-Abnaa’ cAn Al-Abaa’

 Definisisnya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang anak daripada bapanya atau
seseorang anak daripada bapa dan bapa daripada datuknya hingga ke atas.

 Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas ia terbahagi kepada dua jenia:
 Riwayat anak daripada bapa. Jenis ii amat banyak, contohnya seperti riwayat
Abu Al-cUsharaa’ daripada bapanya.
 Riwayat anak daripada bapa dan bapa daripada datuk dan seterusnya. Seperti
riwayat cAmr Ibn Shucaib daripada bapanya dan bapanya pula daripada
datuknya. Melalui kajian terperinci yang telah dibuat oleh ulama, didapati
bahawa yang dimaksudkan dengan ‘datuknya’ di sini ialah salah seorang

59
60

sahabat Rasulullah saw yang masyhur yang bernama Abdullah Ibn cAmr Ibn
Shucaib Ibn Muhammad Ibn cAbdillah Ibn cAmr Ibn al-cAss dan Shuacaib pula
memang banyak menerima riwayat daripada datuknya IbncAmr ra.

 Kepentingan dan faedahnya:


Keunikkan yang ada dalam periwayatan seseorang anak daripada bapa dan datuk
mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ia member nilai kekuatan
tambahan pada hadith dari segi persambungan sanadnya. Selain daripada itu,
melalui perbahasan jenis hadith ini juga dapat dikenal pasti siapakah sebenarnya
ayah dan datuk seseorang perawi yang terlibat di dalam periwayatan.

 Sumber rujukannya:
 Kitab Riwayat Al-Abnaa’ cAn Aabaa’ihim oleh cUbaidillah Ibn Sacid Al-
Waa’ili.
 Kitab Juz’ Man Rawa cAn Abihi cAn Jaddih oleh Ibn Abi Khaithamah.
 Kitan Al-Washyu Al-Muclim Fi Man Rawa cAn Jaddih cAn An-Nabiyy saw
oleh Al-cAlaa’i.

7. Riwayat Al-Abaa’ cAn Al-Abnaa’

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang bapa daripada anaknya.

 Contohnya:
Seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-cAbbas Ibn cAbd Al-Muttalib ra
daripada anaknya Al-Fadl ra bahawa, Rasulullah saw pernah menghimpunkan
dua sembahyang (Maghrib dan cIsyak) di Muzdalifah.

 Kepentingan dan faedahnya:


Supaya orang tidak menyangka bahawa berlaku keterbalikan pada sanad
sesebuah kitab hadith kerana biasanya anak yang meriwayatkan sesebuah hadith
daripada bapa, bukan sebaliknya. Dari sudut yang lain, keunikkan ini

60
61

menunjukkan betapa tawaduknya seseorang perawi hingga sanggup menerima


ilmu daripada orang yang lebih muda dan lebih jahil daripadanya.

8. Riwayat Al-Kabir cAn Al-Sooghir

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang besar (berwibawa)
daripada perawi yang kecil (kurang kewibawaan) daripadanya, baik dari segi
umur, tabaqat, ilmu, kepakaran dan sebagainya.

 Jenis-jenisnya:
 Riwayat perawi yang lebih tua umurnya dan lebih dahulu tabatnya daripada
perawi yang lebih muda dan lebih terkemudian. Seperti riwayat Az-Zuhri
(124H) daripada Syucbah (160H).
 Riwayat perawi yang lebih alim daripada perawi yang kurang sedikit
kealimannya, seperti riwayat Imam Malik (179H) daripada cAbdullah Ibn
Dinar (127H). sekalipun Imam Malik lebih muda dari segi umurnya tetapi
beliau lebih berwibawa dari segi keilmuannya.
 Riwayat perawi yang lebih tua, lebih alim dan lebih berwibawa daripada
perawi yang kurang sedikit dari segi umur, keilmuan dan kewibawaanya.
Seperti riwayat al-Barqani daripada al-Khatib kerana al-Khatib merupakan
murid kepada al-Barqani.
 Riwayat sahabat daripada tabicen, seperti riwayat Al-cAbaadilah daripada
Kacab al-Ahbar.
 Riwayat Tabicen daripada Al-Atbaac, seperti riwayat Yahya Ibn Sacid Al-
Ansari daripada Imam Malik.
 Riwayat bapa daripada anak, seperti yang telah dinyatakan dalam jenis
ketujuh seperti di atas.

 Kepentingan dan faedahnya:


Untuk mengelakkan kekeliruan dengan menyangka bahawa berlaku keterbalikan
dalam rangkaian sanad atau supaya orang tidak menyangka bahawa perawi yang
menyampaikan riwayat (guru) lebih baik daripada perawi yang menerima riwayat

61
62

(murid). Melalui perbahasan jenis ini juga, terserlah sifat tawaduk dan tidak
sombong perawi-perawi hadith hingga sanggup menerima riwayat daripada orang
yang lebih rendah kedudukannya daripada mereka.

 Sumber rujukan:
 Ma Rawahu Al-Kibar cAn As-Sighar Wa Al-Aabaa’ cAn Al-Abnaa’ oleh
Ishaq Ibn Ibrahim Al-Warraq (403H).

4.1.4 Pembahagian Hadith Berdasarkan Persambungan Sanadnya


Dibawah dasar ini, ia terbahagi kepada dua jenis:

Al-Musnad Al-Muttasil

1. Al-Musnad
Al-Muttasil Al-Muttasil Al-Muttasil
 Definisinya:
Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya secara marfu c (hingga kepada
Rasulullah saw)

2. Al- Muttasil

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya sama ada secara marfuc, mauquf
(hingga
kepada sahabat sahaja) atau maqtuc (hingga kepada Tabicen sahaja).

 Jenis-jenisnya terbahagi kepada tiga:


 Al-Muttasil Al-Marfuc, seperti riwayat Malik mislanya daripada Az-Zuhri
c c
daripada Salim Ibn Abdullah daripada ayahnya Ibn Umar daripada
Rasulullah saw bahawa Baginda bersabda:…
 Al-Muttasil Al-Mauquf, seperti hadith riwayat malik misalnya daripada Nafic
daripada Ibn cUmar bahawa beliau berkata:…

62
63

 Al-Muttasil Al-Maqtuc, mengikut pendapat Al-cIraqi, kata-kata Tabicen tidak


boleh diguna istlah Al-Muttasil secara mutlak, sebaliknya ia hanya boleh
digunakan secara muqayyad (dengan menyebut nama Tabicen yang terbabit).
Contohnya: hadith ini bersambung hingga kepada Az-Zuhri. Ini untuk
mengelakkan daripada berlaku percanggahan makna dari segi bahasa kerana
al-Maqtuc dari segi bahasa bermakna’yang terputus’ sedangkan Al-Muttasil
pula bermakna ‘yang bersambung’.

4.1.5 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Boleh Dibuat


Amal Atau Tidak.

 Apa yang dimaksudkan dengan ‘boleh dibuat amal’ ialah jenis-jenis hadith
maqbul (yang boleh diterima kesabitannya) yang boleh diamal serta dijadikan
dalil syarac iaitu: Al-Muhkam dan An-Nasikh.
 Manakala yang dimaksudkan dengan ‘tidak boleh beramal’ ialah jenis-jenis
hadith maqbul yang tidak boleh diamal serta dibuat dalil syarac bukan kerana
kedhaifannya tetapi kerana ada sebab-sebab lain yang menghalang. Jenis-jenis ini
ialah: Al-Mansukh,
 Al-Musykil (sebelum dihilangkan kemusykilan dan difahami maksud sebenar)
dan Al-Mukhtalif (sebelum diselaraskan makna dan difahami maksud
sebenarnya).

Boleh diamal & Tidak boleh diamal &


dijadikan hukum syarac dijadikan hukum syarac

Al-Mansukh Al-Mukhtalif Al-Musykil


Al-Muhkam Al-Nasikh

1. Al-Muhkam

Sesuatu hadith maqbul yang mana matan dan maknanya tidak bercanggah dengan
mana-mana nas syarac yang lain. Jenis ini mewakili majority hadith yang telah

63
64

diriwayatkan, kerana mengikut kebiasaannya percanggahan makna tidak banyak


berlaku (secara relatifnya) antara sesebuah hadith yang maqbul dengan nas-nas
syarac yang lain.

2. An-Nasikh

Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar
hukum yang lama yang terdapat di dalam dalil yang lain.

3. Al-Mansukh

Sesuatu hadith yang menjadi dalil bagi sesuatu hokum yang baru untuk menukar
hukum yang lama yang telah ditukar dengan hukum baru yang terdapat di dalam
nas syarac yang lain. (lawan kepada an-nasikh)

4. Al-Mukhtalif

Sesuatu hadith maqbul yang zahir maknanya bercanggah dengan nas syarac yang
lain, dan kedua-dua makna tersebut belum dapat diselaraskan. Andainya
percanggahan itu dapat dihapus dan diselaraskan maka ia bukan lagi dari jenis
ini.

5. Al-Musykil

Sesuatu hadith maqbul yang sukar difahami maksud matannya dan masih
mengelirukan. Andainya kekeliruan itu dapat dihilangkan, maka ia bukan lagi
dari jenis ini.

4.1.6 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kedudukannya Antara Bersambung


Sanad Atau Tidak

Di bawah dasar ini terdapat dua jenis hadith:


64
Al-Mucancan
65

Al-Muannan

1. Al-Mucancan

 Definisinya:
Sesuatu hadith yang mana proses periwayatannya yang berlaku antara seorang
perawi dengan guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz cAn.

 Hukumya:
Penggunaan lafaz cAn dalam proses periwayatan tidak mengambarkan bahawa
seorang perawi itu menerima sesuatu riwayat hadith daripada gurunya secara
langsung. Ini berbeza dengan penggunaan lafaz As-Sama’ sepert (haddathana),
(akhbarana), (samictu) dan sebagainya yang menggambarkan berlakunya proses
periwayatan secara langsung antara murid dan gurunya. Oleh yang demikian,
dalam keadaan di mana tidak dapat dipastikan sama ada berlaku periwayatannya
secara langsung antara seorang perawi dan gurunya, maka ia membawa
kemungkinan sama ada sanad itu bersambung atau sebaliknya. Justeru, hadith
jenis ini berada di dalam dua kemungkinan sama ada boleh di terima atau
sebaliknya, bergantung kepada keadaan sanadnya secara keseluruhannya. Andai
dapat dipastikan bahawa sanadnya bersambung dari awal hingga akhir, maka ia
boleh diterima, sebaliknya jika tidak dapat dipastikan perkara tersebut maka ia
terpaksa ditolak.

 Syarat-syarat penerimaannya:
Oleh kerana hadith jenis ini berada di dalamdua kemungkinan seperti yang
disebutkan di atas, maka ulama awal-awal lagi telah meletakkan syarat-syarat
penerimaan hadith tersebut sanadnya. Di antara syarat-syarat itu, dua daripadanya
disepakati oleh semua ulama, yang mana ianya diterima pakai oleh Imam Muslim
dalam kitab sohihnya. Syarat-syarat tersebut ialah:
 Al-Mucasarah. Iaitu hendaklah si murid dan si guru itu sempat hidup sezaman
(walaupun ditempat berlainan), asalkan ada kemungkinan untuk mereka
berjumpa, sekalipun tidak pernah terbukti bahawa mereka pernah berjumpa.

65
66

 Hendaklah si murid itu bukan seorang Mudallis (perawi yang pernah


melakukan kesalahan tadlis iaitu sengaja menyembunyikan sesuatu kecacatan,
kekurangan atau kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sanad hadith).

Manakala tiga syarat lagi tidak disepakati oleh ulama iaitu:


 Kesabitan perjumpaan. Iaitu hendaklah terbukti bahawa si murid pernah
berjumpa dengan si guru walaupun sekali. Syarat ini ialah yang diterima
pakai oleh Imam Al-Bukhari, Ibn Al-Madani dan lain-lain.
 Persahabatan yang lama, iaitu hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah
berjumpa dengan si guru, malah lebih daripada itu beliau sempat berguru dan
bersahabat dalam tempoh masa yang lama. Syaraat ini diguna pakai oleh Abu
Al-Muzaffar As-Samcaani.
 Hendaklah si murid itu bukan sahaja pernah berjumpa dengan si guru dan
bukan sahaja sempat berguru untuk jangka masa yang lama, malah lebih
daripada itu beliau hendaklah pula terkenal sebagai salah seorang daripada
murid yang menerima riwayat hadith daripada guru tersebut. Syarat ini ialah
yang diguna pakai oleh Abu cAmr Ad-Dani.

2. Al-Muannan

 sesuatu hadith yang mana proses periwayatan yang berlaku antara seorang perawi
dengan guru dalam jalinan sanadnya menggunakan lafaz ‘Anna’ (‫)أن‬.

4.1.7 Pembahagian Hadith Berdasarkan Kesahihan Dan Kedhaifan

Pembahagian ini ialah pembahagian yang paling popular di dalam perbahasan ilmu
Metod Hadith. Di bawah dasar ini hadith di bahagikan kepada tiga jenis:

Hadith berdasarkan
kesahihan dan kedhaifan

Sahih Hasan Dhaif

66
67

Huraian yang lebih terperinci dan jelas mengenai tajuk ini akan dibincangkan dalam Bab
8.

4.2 Qawaid Naqd Al-Hadith

Disiplin ini membahaskan tentang kaedah-kaedah asas yang diterima pakai oleh ulama
hadith dalam usaha mereka mengkaji, menapis dan mengenal pasti kesahihan sesebuah
hadith. Terdapat empat punca utama yang menjadikan taraf sesebuah hadith itu dhaif,
iaini:
1. Hadith dhaif berdasarkan sebab keterputusan sanad
2. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan cillah yang menjejaskan hadith
3. Hadith dhaif berdasarkan sebab kewujudan unsur percanggahan
4. Hadith dhaif berdasarkan sebab kedhaifan perawi.
4.2.1 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Keterputusan Sanad:

Secara umum, dasar ini terbahagi kepada dua:

Hadith al-Munqatic
Hadith al-Mucdal
1.Keterputusan
sanad yang jelas
Hadith al-Mursal
Hadith al-Mucallaq

2.keterputusan
yang Hadith al-Mursal
tersembunyi(tidak al-Khafi
Hadith al-Mudallas jelas)

67
68

4.2.2 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kewujudan cIllah Yang Menjejaskan


Hadith:

Jenis ini terbahagi kepada enam, iaitu:

1. Al-Mucallal 2. Al-Mudraj 3. Al-Maqlub 4. Al-Muttarib

5. Al-musahhaf 6. Al-mazid Fi Muttasil al-Asanid

Disiplin ini diterangkan dengan lebih terperinci didalam Bab 9

4.2.3 Pembahagian Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kewujudan Unsur


Percanggahan

Jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu:

Ash-Shaz Al-Munkar

Pada Sanad Pada Matan

4.2.4 Hadith Dhaif Berdasarkan Sebab Kedhaifan Perawi:

Jenis ini terbahagi kepada dua, iaitu:

Al-Dabt Al-cAdalah

Riwayat al-Mubham Riwayat al-Majhul


R
Riwayat al-Kafir Riwayat al-Sobiyy
i
w Riwayat al-Fasiq Riwayat Makhrum al-

a Muruucah
Riwat al-Mubtadic Riwayat al-Muttaham Bi
y
al-Kazib
a Riwayat al-Majnun Riwayat al-Kazzab @
Hadith Maudhuc 68
69

t al-Mutasahil
Riwayat Sayyi’ al-Hifz
Riwayat al-Wahm

Riwayat Shadid al-Ghafalah

Riwayat Faahish al-Ghalat

4.3 Takhrij Al-Hadith An-Nabawi

Cabang ilmu ini membahaskan tentang cara-cara mencari sesebuah hadith daripada
sumbernya yang asal serta cara-cara mengkaji hadith tersebut sehingga dapat ditentukan
kedudukkannya sama ada sohih boleh diterima atau dhaif dan perlu ditolak.

4.3.1 Al-Takhrij Menurut Definisi Ulama Hadith:

Apabila mereka berkata “hadha al-hadith akhrajah fulan”, ini bermaksud hadith ini
disebut atau dikemukakan dalam kitab mereka dengan sanad mereka. Oleh itu bolehlah
dikatakan bahawa ilmu al-takhrij disisi ahli hadith ialah, “Hadith yang dikemukakan oleh
pengarang dengan sanadnya sendiri dalam kitabnya”.

Mereka juga berkata, “hadha al-hadith akhrajah fulan” yang bermaksud


akhrajahu. Oleh itu kharraja dan akhraja, begitu juga al-takhrij dan al-ikhraj adalah
membawa maksud yang sama iaitu, “hadith yang dikemukakan oleh pengarang dengan
sanadnya sendiri dalam kitabnya”.

69
70

Menurut al-Qasimi, ramai dikalangan ahli hadith selepas menyebut hadith


tertentu menggunakan ungkapan ‘kharrajahu fulan’ atau ‘akhrajahu’ yang bermaksud
‘dhakarahu’. Oleh itu orang yang mengeluarkan hadith ialah seseorang yang
mengemukakan riwayat tertentu seperti al-Bukhari dan lain-lain.

4.3.2 Tujuan Takhrij

Tujuan ilmu al-takhrij ialah sebagai sumber sesuatu hadith atau tempat terbit hadith dan
mengenal pasti kedudukan sesuatu hadith samada diterima atau ditolak.

4.3.3 Faedah Takhrij

Terdapat banyak faedah yang kita dapat perolehi dengan menguasai ilmu takhrij ini,
antaranya:
1. Mengenali rujukan dan sumber-sumber al-hadith
2. Pengumpulan sebanyak mungkin sanad-sanad hadith.
3. Mengenali perihal al-Isnad dengan cara meneliti turuq hadith
4. Memperkenalkan perihal hadith tertentu berdasarkan turuq hadith berbilang-bilang
5. Memperkuat martabat hadith dengan banyak turuqnya
6. Mengetahui satu atau lebih hokum hadith yang dikemukakan oleh para ulama
hadith dan pendapat-pendapat mereka sama ada sahih atau sebaliknya.
7. Membezakan yang al-Muhmal dikalangan perawi-perawi al-Isnad
8. Menentukan yang al-Mubham pada hadith
9. Menghilangkan kecurigaan pada can-canah al-Mudalis
10. Melenyapkan rasa curiga terhadap sesuatu riwayat yang bersumber daripada perawi
yang bercelaru atau bercampur.

4.3.4 Kaedah-Kaedah Takhrij

1. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengetahui Rawi Al-Hadith Di Kalangan


Sahabat
70
71

Kaedah pertama di atas ini digunakan ketika nama seseorang sahabat itu disebut dalam
sesebuah hadith yang hendak ditakhrijkan. Sebaliknya sekiranya nama sahabat tidak
disebut di dalam hadith dan kita pula cuba mencarinya dengan cara lain maka kita
mungkin menggunakan kaedah ini.

Sekiranya nama sahabat disebut dalam hadith atau diketahui menerusi cara mana
sekalipun seterusnya kita ingin menggunakan kaedah ini, maka sewajarnya kita
berpandukan kepada tiga jenis hasil karya berikut:
i. al-Masanid
ii. al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat.
iii. Kutub al-Atraf
(a) al-Masanid

Al-Masanid merupakan kitab-kitab hadith yang disusun oleh penyusunnya berdasarkan


kepada sanad-sanad nama sahabat. Iaitu mereka menghimpunkan hadith-hadith yang
terbatas kepada setiap sahabat tertentu.

Al-Masanid yang dikarang oleh para ulama hadith begitu banyak sehingga ada
yang mengatakan seratus musnad atau lebih. Al-Kattani menyebutkan dalam al-Risalah
al-Mustatrafah, bahawa terdapat 82 musnad dan beliau menegaskan lagi bahawa al-
Masanid begitu banyak lagi (Muhammad bin Jacafar al-Kattani: 1383H : 74).

Dalam al-Musnad nama-nama sahabat ada kalanya ia disusun mengikut huruf-


huruf abjad dan ada kalanya pula disusun mengikut mereka yang terdahulu memeluk
Islam, atau kabilah-kabilah atau negeri-negeri atau sebagainya. Tetapi penyusunannya
menggunakan huruf-huruf abjad adalah lebih mudah untuk memperolehinya. Begitulah
keadaan biasa dan yang lebih dikenali dalam al-Masanad dan tertibnya. Al-Musnad di
sisi ulama hadith juga didefinisikan sebagai kitab-kitab yang tersusun berdasarkan bab-
bab dan huruf-huruf abjad bukan berdasarkan Sahabat.

71
72

Keadaan ini berlaku kerana hadith-hadith yang di dalamnya disusun dan ditulis
secara bersanad dan marfuc kepada Rasul Allah s.w.t. seperti musnad ‫بقي بن مخلد األندلوسى‬
yang tersusun mengikut bab-bab fiqh.

Di bawah ini dibawakan beberapa contoh nama-nama sesetengah al-Masanid:


1.‫( مسند أحمد بن حنبل‬wafat 241 H)
2. ‫( مسند أبي بكر عبد هللا بن الزبير الحميدى‬wafat 219 H)
3. ‫( مسند أبي داود سليمان بن داود الطيالسى‬wafat 204 H).
4. ‫( مسند أسد بن موسى األموى‬wafat 212 Hijrah).
5. ‫( مسندأبى يعلى أحمد بن على المثنى الموصلى‬wafat 307H).
6.‫( مسند عبد بن حميد‬wafat pada 249H).

Berikut ini akan dikemukakan penjelasan satu sahaja di antara kitab-kitab di atas
iaitu Musnad Ahmad bin Hanbal. Kitab ini merupakan antara kitab yang terpenting dan
mashur yang disusun secara musnad dan dianggap tertinggi darjatnya. Ia mengandungi
30,000 hadith dan jika termasuk yang berulang-ulang berjumlah 40,000 hadith.

 Cara susunan Musnad Ahmad bin Hanbal:

Beliau memulakan dengan masanid Khulafa' al-Rashidin yang empat Kemudian baki
sepuluh orang lagi di kalangan al-Mubashshirin bi al-Jannah (sahabat yang dijamin
masuk syurga). Kemudian mengemukakan musnad-musnad yang empat di kalangan
sahabat. Kemudian musnad-musnad Ahli Bayt, musnad-musnad pembesar al-Sahabah
dan yang termashur di kalangan mereka, musnad, Ahli Mekah, Sham, Kufah, Basrah, al-
Ansar dan al-Nisa' (sahabiyyah). Di pertengahan musnad al-Nisa’ disebut pula musnad
para qabilah dan sebahagian hadith-hadith Abu al-Darda'. Namun begitu musnad Imam
Ahmad secara umum memiliki kekurangan dari sudut. al-Tabwib (klasifikasi bab-bab)
dan penyusunan. Oleh itu menurut al-Hafiz al-Dhahabi musnad ini perlu diedit dan
disusun semula. Terdapat pelbagai cetakan musnad Ahmad di Mesir dan di dunia Islam.
Di antaranya ialah cetakan al-Maymamah Mesir dan sebagainya.

(b) al-Macajim yang disusun mengikut nama-nama sahabat.

72
73

Kitab yang berbentuk demikian merupakan antara sumber rujukan yang disusun
mengikut nama-nama sahabat yang menjadi rujukan pengkaji untuk melakukan kerja al-
Takhrij apabila bersamanya nama seorang perawi hadith di kalangan para sahabat.

Kitab yang termashur disusun mengikut cara di atas secara mutlak ialah al-
Mucjam al-Kabir oleh al-Tabarani yang wafat pada 360 hijrah. Kitab ini memuatkan
sekitar enam puluh ribu hadith. Apabila disebut sahaja al-Mucjam atau ungkapan ” ‫أخرجه‬
‫ ”الطبرانى‬maksudnya ialah al-Mucjam al-Kabir karya al-Tabarani.

Oleh itu apabila disebut selain dari kitab al-Tabarani di antara kitab-kitab mu cjam
yang lain, maka perlulah dikhususkan seperti al-Mucjam al-Saghir atau Mucjam al-
Sahabah dan begitulah seterusnya (Muhammad cUthman al-Khusht: t.th.: 142).

(c) Kutub al-Atraf

Al-Atraf adalah kata jamak dari Tarafa dan Tarf al-Hadith bermaksud; sebahagian
daripada matan al-hadith yang menunjukkan matan seterusnya, seumpama hadith ‫كلكم راع‬
dan hadith ‫الم على خمس‬UUU‫ني اإلس‬UUU‫ ب‬dan begitulah seterusnya (Dr. Mahmud al-Tahhan:
1417/1996: 48).

Pengarang kitab-kitab al-Atraf pada kebiasaannya menyusun nama-nama sahabat


mengikut huruf hijaiyyah. Setelah itu diikuti dengan Tarf al-Hadith yang diriwayat oleh
sahabat. Seterusnya barulah dikemukakan semua sanad-sanad menerusi tariq sahabat
tertentu tadi yang terdapat sanad-sanadnya dalam kitab-kitab hadith kesemuanya atau
dalam kitab-kitab tertentu. Sebahagian mereka menyebut isnad secara sempurna dan
setengahnya pula terhad kepada sebahagian isnad sahaja, sebagaimana juga tidak
disebut matan hadith dengan lengkap dan tidak semestinya sesuatu al-Tarf yang
disebutkan daripada nas al-hadith tertentu itu diberi dengan lafaz yang asal.

Kitab al-Atraf ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah:


i. Mengetahui Asanid al-Hadith yang pelbagai yang terhimpun pada satu tempat.
Keadaan ini memudahkan kita untuk membuat kajian, membuat perbandingan
dan menghukumkannya.

73
74

ii. Begitu juga mudah untuk meneliti ke atas makhraj-makhraj hadith daripada
empunya-empunya sumber-sumber rujukan asal terhadap sesuatu hadith dan
nama bab.
iii. Mengetahui bilangan periwayatan seseorang sahabat dalam sumber rujukan
kitab-kitab al-Atraf.

Di antara Kutub al-Atraf yang terpenting yang boleh dijadikan sumber rujukan
kepada para pengkaji adalah kitab karya al-Mizzi (wafat 742H). Yang bertajuk ‫ة‬UU‫تحف‬
‫ األشراف بمعرفة األطراف‬Imam al-Mizzi telah menghimpun dalam kitab ini atraf al-Kutub al-
Sittah dan sebahagian kitab yang bersangkutan dengan al-Kutub al-Sittah. Kitab ini
mengandungi lebih kurang 19,595 hadith.

2. Al-Takhrij Menerusi Cara Mengenal Pasti Awal Lafaz Daripada Matan


Hadith

Kaedah di atas boleh digunakan ketika pengkaji benar-benar pasti mengetahui awal
kalimat daripada matan hadith kerana tanpanya menyebabkan kita menghabiskan masa
begitu sahaja tanpa faedah.

Di antara hasil karya yang boleh membantu menggunakan kaedah di atas ialah
tiga jenis sebagaimana di bawah ini:
i. Kitab-kitab yang disusun yang mengandungi hadith-hadith yang masyhur
menjadi sebutan .
ii. Kitab-kitab yang disusun itu mengandungi hadith-hadith mengikut tertib huruf al-
Mucjam.
iii. Senarai-senarai kandungan yang disusun oleh ulama bagi kitab-kitab tertentu.

3. Al-Takhrij Dengan Cara Mengetahui Kalimah Yang Jarang Digunakan Di


Mana-Mana Bahagian Matan Hadith

Kaedah ketiga ini boleh dilakukan dengan bantuan kitab karya kumpulan orientalis yang
bertajuk ”‫وى‬UU‫ديث النب‬UU‫اظ الح‬UU‫رس أللف‬UU‫ ”المعجم المفه‬Apabila bersama kita sebuah hadith atau
sebahagian daripadanya sahaja dan kita ingin mengetahui di mana tempat-tempat
beradanya di kalangan al-Kutub al-Sittah, sewajarnya kita mengunakan kaedah ini.
Kerja al-Takhrij ini boleh dimulakan dengan mengambil atau memilih kalimah yang

74
75

jarang digunakan daripada kalimah-kalimah yang ada pada hadith yang hendak ditakhrij.
Setelah itu pengkaji hendaklah mencari kalimah berkenaan dalam ‫ المعجم المفهرس‬di atas.
Kitab ini menyajikan indeks sembilan buah kitab sunnah yang menepati kaedah al-
Mucjam. Kitab-kitab tersebut ialah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud,
Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, Muwatta' Malik, Musnad Ahmad dan al-Darimi.

4. Al-Takhrij Menerusi Kaedah Mengetahui Tajuk Hadith

Kaedah keempat di atas dianggap antara kaedah-kaedah terpenting dalam melakukan


kerja al-Takhrij. Di antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk melakukan kerja
al-Takhrij dengan menggunakan kaedah keempat di atas adalah seperti berikut:

 Para pengkaji hendaklah terlebih dahulu menentukan tajuk atau beberapa tajuk
yang munasabah dan sesuai diletakkan sebagai tajuk hadith mereka.
 Setelah tajuk ditentukan langkah kedua hendaklah pengkaji bersegera
mendapatkan sumber-sumber rujukan yang disusun berdasarkan tajuk-tajuk.
Setelah itu pastikan ia terletak di bawah kitab atau abwab apa dan kemudian
barulah pergi mencarinya di bawah tajuk-tajuk kecil seperti:
"‫" وجوب الطواف بالبيت سبعا‬

 Bagaimanapun pengkaji yang menggunakan kaedah ini hendaklah memiliki


kemahiran yang mendalam dalam menentukan tajuk yang diperolehi melalui
penelitian dan intisari yang diperolehinya menerusi hadith tertentu.
 Di bawah ini disenaraikan di antara kitab yang dianggap boleh membantu
pengkaji dalam usaha melakukan kerja al-Takhrij menerusi kaedah keempat ini
seperti berikut:
- Berdasarkan al-Jawamic iaitu kitab-kitab yang merangkumi semua tajuk-tajuk
berkaitan dengan agama dan disusun mengikut bab-bab seperti:
 Al-Jamic al-Sahih oleh Imam al-Bukhari.
 Al-Jamic al-Sahih oleh Imam Muslim.
 Al-Jamic oleh Imam al-Turmudhi yang dikenali juga dengan sunan al-
Turmudhi.

75
76

- Al-Sunan iaitu kitab-kitab yang terkumpul di dalamnya hadith-hadith al-


Ahkam yang marfuc disusun mengikut bab-bab fiqh seperti :
 Sunan al-Nasa'i
 Sunan Abi Dawud
 Sunan Ibn Majah
 Sunan al-Turmudhi atau Jamic al-Turmudhi.
 Sunan al-Darimi
 Sunan al-Daraqutni
- al-Musannafat yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc, al-
Mawqufah, al-Maqtucah yang tersusun mengikut bab-bab, seperti:
 Musannaf Ibn Abi Shaybah
 Musannaf Baqi Ibn Makhlad
 Musannaf Abi Salamah
 Musannaf cAbd al-Razzaq
- Al-Muwatta'at iaitu yang mengandungi hadith-hadith yang al-Marfuc, al-
Mawquf, dan al-Maqtuc yang disusun mengikut bab-bab fiqh, seperti
Muwatta' Imam Malik.
- Al-Mustakhrajat, apabila seorang pengarang pergi kepada sesuatu kitab
daripada kitab-kitab hadith. Kemudian dia mengeluarkan hadith-hadithnya
dengan sanad-sanadnya sendiri yang bukan tariq empunya kitab tertentu tadi.
Maka bertemu dan berhimpun bersamanya pada seorang gurunya atau orang
yang di atasnya. Contoh kitab al-Mustakhrajat ialah sebagaimana berikut:
i. ‫مستخرج أبى نعيم على الصحيحين‬
ii. ‫مستخرج أبى بكر اإلسماعيلى‬

5. Al-Takhrij Dengan Cara Membuat Penelitian Terhadap Al-Hadith Dari


Sudut Matan Dan Sanad

Maksudnya ialah penelitian secara teliti perihal-perihal hadith dan sifat-sifatnya yang
terdapat dalam matan hadith atau sanad tertentu. Kemudian diikuti dengan perbahasan
berhubung makhraj hadith tertentu tadi menerusi cara mengetahui perihal atau sifatnya
dalam kitab-kitab tertentu yang dikarang untuk mengumpulkan hadith-hadith yang
mempunyai sifat tersebut pada matan atau sanad.

76
77

Di sini disebutkan sebahagian contoh sahaja sebagai qias kepada yang lain dan
dimulakan dengan melihat sifat-sifat atau keadaan-keadaan yang ada pada matan dahulu,
kemudian yang ada pada sanad dan akhirnya yang ada pada keduanya sebagaimana
berikut:

(i) Pada Matan

Apabila terlihat pada matan hadith tanda-tanda kepalsuan, sama ada kerana ada
kecanggungan pada lafaz, kerosakan makna atau bertentangan dengan nas al-Qur'an yang
jelas dan seumpamanya, maka cara yang termudah untuk mengetahui makhrajnya adalah
dengan menelitinya dalam kitab-kitab al-Mawducat. Seringkali ditemui, di samping
takhrij hadith tersebut dinyatakan sekali orang yang memalsukannya serta sebab
kepalsuannya. Sebahagian kitab al -Mawducat disusun mengikut huruf-huruf dan
sebahagian lagi disusun mengikut bab-bab.

Contoh-contoh kitab bentuk di atas yang disusun mengikut huruf ialah, ‫الموضوعات‬
‫ الصغرى‬oleh al-Shaykh cAli al-Qari al-Harawi (wafat 1014H). Manakala contoh kitab
yang disusun mengikut abwab antaranya ialah, ‫نيعة‬UU‫اديث الش‬UU‫ة عن األح‬UU‫ريعة المرفوع‬UU‫ه الش‬UU‫تنزي‬
‫ الموضوعة‬oleh Abu al-Hasan cAli bin Muhammad bin cIriq al-Kanani (wafat 963H).

Jika terdapat pada hadith-hadith al-Qudsi maka rujukan termudah untuk


mengetahuinya adalah dengan merujuk kitab-kitab hadith yang dikarang semata-mata
mengumpulkan hadith al-Qudsi. Kitab-kitab jenis tersebut selain dari menyebut hadith,
disebut juga oleh pengarangnya para ulama yang mengemukakan hadith tersebut seperti
kitab,‫ مشكاة األنوار‬oleh Muhiddin Muhammad bin cAli bin cArabi al-Hatimi al-Andalusi
(wafat 638H) dan karya cAbd al-Ra'uf al-Manawii(wafat 1031H) bertajuk‫اإلتحافات السنية‬
‫باألحاديث القدسية‬

(ii) Pada al-Sanad

Apabila terdapat pada sanad perkara-perkara yang halus berkenaan Isnad umpamanya
terdapat bapa meriwayatkan hadith daripada anaknya, maka rujukan termudah untuk

77
78

mentakhrijkannya adalah kitab-kitab seumpama, ‫اء‬UU‫اء عن األبن‬UU‫ة اآلب‬UU‫ رواي‬oleh Abu Bakar
Ahmad bin Ali al-Khatib al-Baghdadi (wafat 463H) dan la

Kalau terdapat isnad al-musalsal, maka rujukannya adalah kitab-kitab


seperti,‫ المسلسالت الكبرى‬oleh al-Suyuti dan ‫ المناهل السلسلة فى األحاديث المسلسة‬oleh Muhammad
bin cAbd. al-Baqi al-Ayyubi.
Apabila terdapat isnad mursal maka gunakanlah kitab-kitab seperti ‫المراسيل‬
oleh Abu Daud al-Sajastani dan ‫ المراسيل‬oleh Ibn Abi Hatim (wafat 327H).

(iv) Apabila terdapat dalam sanad rawi yang dacif gunakanlah kitab seperti ‫ميزان اإلعتدال‬
oleh al-Dhahabi (al-Tahhan: 1996M, 130-131)

(iii) Pada al-Matan dan al-Sanad

Di sana terdapat sifat atau perihal yang kadang-kadang ada pada sanad dan kadang-
kadang pada matan seperti al-cIllah dan al-Ibhām. Sekiranya hadith-hadith yang terdapat
di dalamnya sebarang masalah seperti di atas boleh dibahas dan dikaji menerusi kitab-
kitab yang ditulis secara khusus. Di antara kitab-kitab tersebut ialah:

A. cIlal al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim al-Razi. Iaitu kitab yang disusun mengikut
bab-bab. Di bawah bab tertentu disebut pula hadith-hadith yang mengandungi
al-cIllah dan diperjelaskan sebab kecacatan hadith-hadith tersebut dengan baik.
B. Al-Asma' al-Mubhamah fi al-Abna' al-Muhakkamah, karya al-Khatib al-
Baghdadi. Kitab ini mengemukakan hadith-hadith yang terdapat pada matan-
matannya nama-mana yang disebut secara mubham. Kemudian diterangkan
nama yang mubham tadi dengan mengutarakan hadith dari sanad lain yang
disebut namanya secara jelas.
C. al-Mustafad min mubhamat al-Matn wa al-Isnad karya Abu Zurcah Ahmad bin
Abd. al-Rahim al-cIraqi (wafat 826H) yang disusun mengikut bab-bab fiqh.

6. Takhrij Hadis Berkomputer

Dewasa ini perkembangan sains dan teknologi (S&T) pesat sekali. Kepesatan
perkembangannya telah membentuk satu dimensi baru dalam penerusan survival hidup
78
79

di mana ia bukan sahaja membantu kerja-kerja seseorang itu bahkan ianya juga
mempercepatkan kerja mereka. Kepesatan pembangunan teknologi ini bukan sahaja
melibatkan aspek-aspek yang berbentuk akademik bahkan ianya telah mula menjalar ke
dalam bidang-bidang yang ada hubungkait dengan keagamaan.
Di antara program hadis berkomputer yang terdapat dalam pasaran sekarang ialah
al-Mawsucah al-Dhahabiyyah, al-Ahadith al-Da’ifah, al-Alfiyyah, al-Bayan, al-Kutub
al-Tiscah dan sebagainya.

 Faedah Takhrij Hadith Berkomputer

 Ia mempercepatkan carian sesuatu hadis.


 Ia menghimpunkan jumlah kitab yang banyak dalam satu CD ROM. Ini dapat
membantu pengguna meminimakan ruang yang digunakan.
 Ia menghimpunkan kata-kata ulama hadis terhadap seseorang perawi. Ini
memudahkan seseorang pelajar untuk menganalisa seseorang perawi itu
dengan lebih cepat dan efisyen.
 Ia mengandungi kitab-kitab yang susah didapati di mana-mana perpustakaan.
Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali kitab-
kitab tersebut bahkan dapat mengelakkannya daripada lenyap dan hilang
daripada khazanah ilmu Islam.
 Ia membantu proses pengumpulan hadis yang sama dalam masa yang singkat.
Ini dapat meminimakan tenaga pengguna serta memberikanya ruang yang
lebih besar untuk proses analisa hadis-hadis tersebut.
 Ia memudahkan serta mempercepatkan proses print dan cetakan tanpa perlu
mengeluarkan belanja tanbahan untuknya. Ia menjimatkan kos dan masa.
 Contoh Program Hadith Berkomputer
- Al-Mawsucah Al-Dhahabiyyah

79
80

4.4 Hadith Tahlili

Disiplin ini membicarakan tentang kaedah menganalisa sanad dan matan sesebuah hadith
untuk mengetahui kedudukan sanad dan maksud sebenar hadith tersebut. Aspek
penganalisaan biasanya melibatkan takhrij hadith bagi memastikan sumbernya, kajian
riwayat hidup perawi yang terlibat di dalam periwayatan hadith tersebut, kajian Latoif
Al-Isnad (ciri-ciri keunikkan dan keistimewaan sanad), kajian bahasa dan balaghah serta
pengajaran yang boleh dipetik daripada hadith tersebut. Kesemua kitab shuruh hadith
dikira sebagai rujukan bagi disiplin ini.

4.5 Al-Ictibar Wa Al-Mutabic Wa As-Shahid

Al-Ictibar bermaksud satu proses pencarian dan penjelasan sanad hadith yang
diriwayatkan secara berseorangan oleh seorang perawi bagi memastikan adakah ada
perawi lain (dalam tabaqat yang sama) yang turut meriwayatkan hadith tersebut. Dengan
perkataan lainnya ia bermaksud satu proses penjejakan untuk mencari al-mutabi c dan as-
shaahid.
 Al-mutabic bermaksud sanad yang kedua dari seseorang sahabat yang sama, yang
meriwayatkan sesebuah hadith.
 As-shaahid bermaksud sanad kedua dari sahabat yang berlainan yang
meriwayatkan hadith yang sama maknanya dengan sahabat yang pertama.

Tujuan pencarian al-mutabic dan as-shaahid ialah untuk menguatkan nilai


kesahihan sesebuah hadith melalui sokongan keduanya.

Misalnya sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam As-Shafice daripada Imam
Malik daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar daripada Rasulullah saw.
Kemudian melalui Ictibar di dapati hadith yang sama diriwayatkan oleh Imam Al-
Bukhari daripada Abdullah bin Maslamah Al-Qacnabi daripada Imam Malik daripada
Abdullah bin Dinar daripada Ibnu cUmar daripada Rasulullah saw. Dan melalui proses
yang sama juga di dapati hadith yang sama telah diriwayatkan oleh Imam An-Nasa’i
daripada Muhd bin Hunain daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah saw. Maka riwayat

80
81

Imam Bukhari itu digelar al-mutabic manakala riwayat Imam an-Nasa’i pula digelar as-
shaahid.
4.6 Turuq At-Tahammul Wa Al-Ada’

Disiplin ini membahaskan tentang cara-cara meriwayatkan hadith, cara-cara menerima


riwayat, cara-cara menulis riwayat dan lafaz-lafaz yang digunakan oleh perawi dalam
penyampaian dan penerimaan riwayat.

 Kelayakkan mendengar dan menerima hadith:

Terdapat beberapa pendapat tentang umur yang melayakkan seseorang mendengar atau
menerima hadith bagi membolehkan hadith yang diriwayatkan itu diterima, ada yang
mengatakan sekurang-kurangnya umur pendengar atau penerima tersebut 13 tahun dan
ada pula yang mengatakan 15 tahun, 20 tahun dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
menurut kebanyakkan ahli hadith seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz layak
mendengar dan mempelajari hadith. Menurut al-Khatab al-Baghdadi, pendapat ini benar.

Mereka bersandarkan kepada amalan para muhaddithin yang menerima hadith


daripada kanak-kanak ketika kanak-kanak itu belajar atau menerima hadith ketika masih
kecil tetapi sudah mumaiyyiz, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Mahmud bin al-
Rabic, cAbdullah bin Zubair, cAbdullah bin Abbas dan lain-lain. Para ulama menerima
hadith mereka tanpa menerangkan umur mereka dan sama ada semasa menerima hadith
itu mereka telah baligh atau belum. Hanya yang dijelaskan mereka telah mumaiyyiz.

 Kelayakkan meriwayat atau menyampaikan hadith:

Jumhur ulama hadith dan feqh telah ijma c bahawa perawi-perawi ayng diterima hadith
mereka hendaklah merupakan seorang muslim, baligh, cadil dan dhabit.

 Cara-cara menerima riwayat hadith:


Terdapat beberapa cara menerima hadith. Cara-cara ini boleh diringkaskan kepada lapan
cara iaitu:

1. Mendengar lafaz guru yang disebut ( ‫)السماع من لفظ الشيخ‬


81
82

Maksudnya disini, guru membaca hadith daripada ingatan atau berpandukan


kitab, manakala murid-murid yang hadir mendengar bacaan guru tersebut.
Menurut kebanyakkan ulama cara ini ialah cara yang paling tinggi.

2. Membaca kepada guru yang disebut (‫)القراءة على الشيخ‬


Ramai di antara ulama hadith yang menamakannya sebagai pembentangan,
kerana pembaca membentangkan bacaan kepada guru. Ada juga yang
menamakan sebagai pembentangan bacaan.

3. ‫اجازه‬
Ijazah ialah, seorang muhaddith member izin kepada seseorang yang tertentu atau
beberapa orang yang tertentu untuk meriwayatkan sebahagian yang tertentu
daripada hadith yang ada padanya tanpa dibaca terlebih dahulu atau dibaca
sebahagian daripadanya sahaja.

4. ‫لةمناو‬
Munawalah ialah, seorang muhaddith atau guru menunjukkan kepada murid satu
hadith atau beberapa hadith atau pun sebuah kitab supaya murid itu
meriwayatkan hadith atau kitab tersebut daripadanya.

5. ‫مكاتبة‬
Iaitu, seorang calim menulis hadith dengan tangannya sendiri atau ia menyuruh
orang-orang lain menulis untuk diberikan kepada seseorang murid yang hadir
bersama-samanya atau kepada murid yang tidak hadir dan disampaikan kepada
murid itu melalui seorang thiqah.

6. Menghulurkan kitab kepada murid yang disebut (‫)اعالم‬


Seorang guru atau muhaddith memberitahu murid bahawa hadith atau kitab ini
ialah kitab yang telah diriwayatkan atau didengarnya daripada gurunya tanpa
member ijazah untuk meriwayatkan hadith atau kitab tersebut.
7. Wasiat guru yang disebut (‫)وصية‬
Ialah, seorang calim atau muhaddith mewasiatkan hadith yang telah diriwayatkan
kepada seorang yang lain. Sebelum beliau meninggal dunia atau bermusafir.

82
83

8. ‫وجادة‬
Maksudnya ialah, pengambilan hadith daripada lembaran atau kitab tanpa ijazah
dan tanpa munawalah. Ini bermaksud seorang mendapati hadith dalam sebuah
kitab hadith yang ditulis oleh orang yang sezaman dengannya atau tidak sezaman
dengannya, dengan syarat thabit kebenaran kitab atau sahifah itu kepada
penulisnya.

 Lafaz-lafaz yang digunakan:


- Seorang guru menggunakan lafaz ‫ أنبأنا‬,‫ أخبرنا‬,‫ سمعت‬semasa ia mengajar. Antara
lafaz tersebut yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah ‫سمعت‬,
kemudian ‫ حدثني‬atau ‫حدثنا‬.

4.7 Al-Mubhamat

Disiplin ini membicarakan tentang individu yang terlibat di dalam sanad atau matan
hadith tetapi nama mereka tidak disebut, sebaliknya hanya disebut pengenalan yang
bersifat umum seperti seorang lelaki, seorang perempuan, seorang anak lelaki, seorang
anak perempuan, seorang suami dan sebagainya.

Faedahnya dari segi sanad antara lainnya ialah mengenal pasti perawi yang
terlibat dalam sesuatu sanad bagi menentukan kesahihan sanad tersebut, manakala dari
segi matan pula ialah untuk mengetahui individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa
atau kisah yang terdapat didalam sesuatu matan hadith

Cara untuk mengetahui identiti perawi mubham ialah dengan mengumpul riwayat
sesebuah hadith seberapa banyak yang mungkin kemudian mencari identiti perawi
tersebut berdasarkan riwayat-riwayat yang terkumpul itu. Atau dengan merujuk kepada
buku sirah dan sejarah islam. Antara rujukan utama disiplin ini ialah Kitab Al-Mustafad
Min Mubhamat Al-Matn Wa Al-Isnad oleh Al-cIraqi.

4.7 Ziadat Ath-Thiqah

83
84

Disiplin ini membincangkan tentang maklumat-maklumat tambahan yang terdapat pada


sanad atau matan sesebuah hadith yand diriwayat oleh seseorang perawi thiqah, yang
tidak ada di dalam riwayat perawi-perawi thiqah yang lain yang meriwayatkan hadith
yang sama.

Keunikan dan keistimewaan yang ada dalam disiplin ini telah menarik perhatian
ramai ulama hadith untuk mengkajinya. Antara mereka ialah seperti Abu Bakar Abdullah
Ibn Muhd Ibn Zaid An-Naisaburi, Abu Nucaim Al-Jurjani, Abu Al-Walid Hassan Ibn
Muhd Al-Quraishi dan lain-lain.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas bahawa tambahan maklumat itu berlaku


dalam dua keadaan:
 Pada matan
 Pada sanad.

 Jenis Penambahan Pada Matan

Berdasarkan kajian yang dibuat, ulama mengenal pasti penambahan yang berlaku kepada
matan terbahagi kepada tiga jenis:
 Penambahan yang tidak membawa kepada percanggahan makna.
Misalnya, sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi thiqah dari

kalangan murid Al-Acmash bahawa Rasulullah saw bersabda: (( ‫إذا ولغ الكلب يف إن}}اء‬

‫))أحدكم فليغسله سبع مرات‬,

Yang bermaksud: “apabila seekor anjing menjilat bekas makanan seseorang


kamu, maka hendaklah ia membasuhnya sebanyak tujuh kali”.
Manakala salah seorang murid Al-Acmash yang juga thiqah yang bernama cAli
Ibn Mushir meriwayatkan hadith yang sama dengan ditambah perkataan ((‫))فلريقه‬

yang bermaksud: “hendaklah ia buang (isi kandungan bekas itu telebih dahulu
sebelum dia membasuhnya)”. (Muslim,tt, Kitab At-Toharah, bab (27), jil 1,
ms.234, no: 279).

84
85

Berdasarkan contoh ini, penambahan yang berlaku jelas tidak membawa kepada
percanggahan makna antara riwayat tersebut. Sebab itulah ulama menghukumkan
penambahan jenis ini makbul (boleh diterima).

 Penambahan yang membawa kepada percanggahan makna.


Misalnya: penambahan perkataan ((‫))ي} }}وم عرفة‬, yang bermaksud: “hari wukuf di

padang arafah” dalam matan hadith: ( ‫ي}}وم عرفة وي}}وم النحر وأي}}ام التش}}ريق عيد أهل االس}}الم‬

‫)وهي أيام أكل وشرب‬

Maksudnya: “hari wukuf di padang arafah, hari an-nahr dan hari-hari at-tashriq
adalah hari perayaan bagi kita umat islam, dan ia merupakan hari untuk menjamu
selera”.
Penambahan ini diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah Bernama Musa
Ibn cAli Ibnrabah daripada ayahnya, daripada cUqbah Ibn cAmir ra. Manakala
perawi-perawi thiqah yang lain meriwayatkan tanpa penambahan tersebut. Oleh
kerana kes seperti ini dilihat sebagai percanggahan riwayat, maka ulama khilaf
dalam menentukan hukumnya kepada beberapa pendapat, antaranya:
i. Boleh diterima (makbul) secara mutlak asalkan perawi thiqah.
ii. Tidak boleh diterima secara mutlak kerana ia dikira jenis hadith shaz
iii. Tidak boleh diterima sekiranya penambahan itu dibuat oleh perawi yang
sama yang meriwayatkan hadith tersebut tanpa penambahan pada
mulanya. Adapun jika penambahan itu datang daripada perawi yang
berlainan, maka boleh diterima.
 Penambahan yang ada unsur percanggahan hanya dari beberapa sudut. Ianya
berlaku kerana beberapa sebab, seperti:
- Taqyid al-Mutlak (mengikat yang mutlak)
- Takhsis al-cAm (mengkhususkan yang umum)

Contohnya:
Seperti penambahan perkataan ((‫ ))وتربتها‬yang diriwayatkan oleh abu Malik Al-
Ashjacie ke dalam matan hadith ((...‫))وجعلت لنا األرض كلها مسجدا وجعلت تربتها لنا طهورا‬,
yang bermaksud: “ …dan dijadikan bagi kami keseluruhan bumi itu sebagai
tempat sujud dan dijadikan bagi kami tanahnya sebagai bersih”.

85
86

Sedangkan perawi-perawi thiqah yang lain tidak menyebut perkataan tersebut.


Mengikut pendapat jumhur ulama seperti Imam Abu Hanifah, Malik, As-Shafi ce,
An-Nawawi dan lain-lain, penambahan jenis ini boleh diterima (makbul), kerana
ia lebih bersifat penjelasan daripada percanggahan.

 Jenis Penambahan Pada Sanad

Penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah disiplin ini ialah dalam bentuk
penambahan perawi di dalam rangkaian sanad yang pada asalnya terputus hingga
menjadikannya nampak bersambung. Penambahan jenis ini menyebabkan timbulnya isu
percanggahan antara riwayat muttasil (yang ada penambahan) dengan riwayat mursal
atau antara riwayat marfuc (yang ada penambahan) dengan riwayat mauquf.

 Contohnya:
Hadith, (( ‫ولي‬UU‫ ))ال نكاح اال ي‬yang telah diriwayatkan oleh Yunus Ibn Abi Ishaq,
Israel ibn Yunus dan Qais Ibn Ar-Rabic daripada Abi Ishaq As-Sabiice secara
muttasil marfuc, sedangkan Sufyan Ath-Thauri dan Shukbah Ibn Hajjaj pula
meriwayatkan hadith yang sama daripada Abi Ishaq As-Sabi ce secara mursal.
Percanggahan ini dilihat kerana berlakunya penambahan perawi dalam sesuatu
riwayat. Dalam konteks ini, terdapat empat pendapat dalam menentukan riwayat
manakah yang lebih sahih dan perlu diterima pakai, iaini:
i. Menerima riwayat yang ada penambahan dan ini merupakan pendapat
jumhur ahli feqh dan usul feqh.
ii. Menerima riwayat yang tidak ada penambahan, dan ianya merupakan
pendapat kebanyakkan al-muhaddithun.
iii. Menerima riwayat terbanyak, dan ini adalah pendapat sebahagian ahli
hadith.
iv. Menerima riwayat perawi yang lebih afdal, lebih thiqah, lebih masyhur
dan lebih berwibawa. Ini juga adalah pendapat sebahagian ahli hadith.

Hanya inilah sahaja jenis penambahan pada sanad yang dibahaskan dibawah
disiplin ini, adapun penambahan yang berlaku pada sanad dalam bentuk lain seperti

86
87

penambahan huruf, perkataan, ungkapan, ayat dan sebagainya, maka ia dibahaskan


dibawah disiplin lain seperti al-Mudraj dan Al-Mazid Fi Muttasil Al-Asaanid.

87
88

BAB 5
GAMBAR RAJAH PEMBAHAGIAN HADITH NABI S.A.W

AL-
HADITH

Al-Mutawatir Al-Aahad

Lafzi Macnawi c
Amali

Bilangan Perawi Kepada Siapa disandarkan Kekuatan & Kelemahan

Gharib Masyhur Marfuc Maqtuc Maqbul Mardud

c
Aziz Qudsi Mauquf

Mutlak Nisbi Sahih Hasan

Lizatihi Lighairihi Lizatihi Ligahirihi

Saqoto Fi As-Sanad Tocan Fi Al-Rawi

Zohir Khafiy Fi Al-cAdalah Fi Ad-Dobt

Al-Kazib Al-Mauduc Kathrat Al-


Al-Munkar
Al-Muallaq Ghalat
Tuhmah Bi Al-Matruk
Al-Mursal Al-Kazib
Kathrat Al-
Al-Mucdhal Al-Munkar
Al-Fisq Al-Munkar Ghaflah
Al-Munqatic Al-Juhalah Ad-Dhacif
Al-Wahm Al-Maclul
c c
Al-Bid ah Ad-Dha if
Jiddan
Suu’u Al- Ad-Dhacif
Al-Mudallas
Hifz

Al-Mursal
Al-Khafiy Mukhalafat As-Syaz/
Al-Thiqaat Al-Munkar

88
Al-Mudraj Al-Maqlub Al-Mudhtarib Al-Mazid Fi Al-Musahhaf Al-Muharraf
Muttasil Al-
Isnad
89

HADITH MUTAWATIR

Hadith Mutawatir

Lafzi Macna
wi

5.0 HADITH MUTAWATIR

5.1 Definisinya:

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi (secara mendatar/ horizontal), yang
mana bilangan mereka itu secara lojiknya menolak kemungkinan berlaku pendustaan
terhadap hadith tersebut.

Dengan perkataan lainnya, hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang ramai
bilangannya di setiap tabaqat (lapisan) sanad yang mana tidak mungkin secara lojiknya
bilangan yang sebegitu ramai boleh berpakat untuk mereka-reka riwayat hadith tersebut.

 Syarat-syaratnya:

Berdasarkan huraian definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesebuah hadith itu
tidak dinamakan mutawatir kecuali dengan adanya empat syarat:
1. Keterlibatan ramai perawi di dalam periwayatan hadith tersebut. Ulama khilaf
dalam menentukan had minima bagi bilangan yang disyarakan kepada beberapa
pendapat. Walaubagaimanapun, pendapat yang terpilih ialah sekurang-kurangnya
sepuluh orang.
2. Hendaklah bilangan yang ramai itu terdapat di dalam setiap tabaqat
3. Hendaklah bilangan yang ramai itu menolak kemungkinan adanya konspirasi
nagi mereka-reka hadith palsu. Iaitu dengan adanya unsur-unsur yang boleh
menunjukkan kemustahilannya seperti perbezaan individu, masa dan tempat
periwayatan yang ketara di antara mereka.
4. Hendaklah proses periwayatan hadith itu berlaku secara langsung melalui
tangkapan pancaindera seperti kata perawi ‘aku dengar’ atau ‘aku lihat’ atau ‘aku
sentuh’ dan sebagainya. Andainya periwayatan hanya berdasarkan lojik akal
seperti kata perawi bahawa ala mini adalah sesuatu yang baru maka ia tidak
dinamakan mutawatir.
 Hukumnya:

89
90

Hadith mutawtir dihukum sabit secara qatcie. Iaitu ia member faedah keilmuan secara
yakin tanpa sebarang keraguan. Setiap orang wajib percaya kepada kebenarannya
seolah-olah ia terlibat sendiri di dalam peristiwa dan proses periwayatan hadith
tersebut. Dalam konteks ini, ia dikira setaraf dengan al-Quran dan sesiapa yang
mengingkarinya samalah seperti ia menolak al-Quran.

 Jenis-jenisnya:

Hadith mutawatir terbahagi kepada dua:


1. Mutawatir lafzi
Iaitu, mutawatir dari segi lafaz dan maknanya sekali. Seperti hadith:
‫من كذب علي متعمدا فليتبلوأ مقعده من النار‬
Hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih daripada 70 orang sahabat dengan lafaz
dan makna yang sama.

2. Mutawatir macnawi
Iaitu mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza.
Seperti hadith tentang mengangkat kedua belah tangan sewaktu berdoa, yang
telah diriwayatkan melalui tidak kurang daripada 100 riwayat. Setiap riwayat
menceritakan tentang bagaimana Rasulullah saw mengangkat kedua belah tangan
baginda sewaktu berdoa di dalam kisah, peristiwa dan keadaan yang berbeza-
beza. Setiap kisah itu tidak dikira mutawatir, yang mutawatir hanyalah kadar
persamaan yang ada dalam kisah tersebut iaitu hukum mengangkat tangan
sewaktu berdoa.

 Jumlahnya:

Jumlah hadith mutawatir tidaklah banyak jika hendak dibandingkan dengan hadith ahad.

 Sumber tujukannya:

Sebahagian ulama telah mengambil inisiatif mengumpul dan membukukan hadit-hadith


mutawatir di dalam kitab yang khusus, antaranya:
1. Kitab Al-Azhar Al-Mutanathirah Fi Al-Akhbar Al-Mutawatirah oleh As-Suyuti
yang disusun berdasarkan bab-bab feqh.
2. Kitab Qatfu Al-Azhar oleh As-Suyuti juga yang merupakan ringkasan kepada
kitab di atas.
3. Kitab Nazmu Al-Mutanathir Min Al-Hadith Al-Mutawatir oleh Muhammad Ibn
Jacfar Al-Kattani.

90
91

BAB 6

HADITH AL-AAHAD (‫ )اآلحاد‬DAN PEMBAHAGIANNYA.

6.1 Hadith Al-Aahad (‫)اآلحاد‬

Definasinya: Al-Ahad menurut bahasa kata jama’ dari ahad yang bererti satu, iaitu
khabar yang diriwayatkan oleh seorang perawi.
Manakala dari segi istilah, ia bermaksud, sesuatu hadith yang tidak
menepati syarat-syarat hadith mutawatir.

Hukumnya:
1- Ia dikira sabit secara ‘zanni’, berbeza dengan Mutawatir kerana Mutawatir adalah
membawa kepada yaqin.

2- Ia memberi faedah keilmuan secara ‘nazari’ (bergantung kepada pemerhatian dan


kajian).

3- Wajib beramal dengannya jika ia memenuhi syarat yang maqbul tetapi tidak
kufur bagi sesiapa yang mengingkarinya.

Pembahagian hadith al-Aahad:

Al-Aahad

Bilangan Perawi Kepada Siapa disandarkan Kekuatan & Kelemahan

Gharib Masyhur Marfuc Maqtuc Maqbul Mardud

c
Aziz Qudsi Mauquf

Mutlak Nisbi Sahih Hasan


91
92

Lizatihi Lighairihi Lizatihi Ligahirihi

6.2 Pembahagian Akhbar Al-Aahad Dari Segi Bilangan Perawi

Bilangan Perawi

Gharib Masyhur

c
Aziz

Mutlak Nisbi

Ianya terbahagi kepada tiga, iaitu:

a. Hadith Gharib (‫)غريب‬

b. Hadith Al-‘Aziz (‫)العزيز‬

c. Hadith Al-Masyhur (‫)املشهور‬

6.2.1 Hadith Gharib (‫)غريب‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau satu
tabaqat sanad.
Andainya satu tabaqat sahaja terdapat seorang perawi sedangkan di
tabaqat lain semuanya lebih daripada seorang, maka ia masih lagi dikira
gharib.

Istilah lain baginya:


Ada sebahagian ulama seperti Al-Hafiz Ibn Hajar Al-cAsqalani menggunakan

istilah ‘Al-Fard’ (‫ )الف}}رد‬dengan makna yang sama dengan istilah Al-Gharib. Manakala

ada pula yang membezakan mafhum keduanya dari segi kebiasaan penggunaannya. Di

92
93

mana Al-Fard biasanya diguna pakai bagi istilah Al-Fard Al-Mutlak manakala Al-Gharib
pula biasanya diguna pakai bagi istilah Al-Gharib Al-Nisbi.

Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikan hadith gharib ini kepada dua jenis
berdasarkan tempat berlakunya gharabah (ketunggalan perawi).

Mutla Ghari Nisbi


k b

1- Gharib Mutlak atau Al-Fard Al-Mutlak, iaitu mana-mana hadith gharib yang
gharabahnya (ketunggalan perawi) berlaku di asal sanad, walau bagaimanapun
pendapat yang terpilih ialah penghujung sanad yang ada padanya sahabat. Jenis

inilah yang dinamakan (‫ومتنا‬ ‫ )غ}}ريب س}}ندا‬iaitu gharib dari segi kedua-dua sanad
dan matan mengikut istilah sebahagian ulama yang lain.

Contohnya ialah hadith “‫احلديث‬ ...‫”إمنا األعمال بالنيات‬, yang diriwayatkan secara
berseorangan oleh Umar Ibn Al-Khattab r.a di mana tidak ada sahabat lain yang
meriwayat hadith ini selain daripadanya.

2- Gharib Nisbi atau Al-Fard An-Nisbi, iaitu sesuatu hadith gharib yang
gharabahnya berlaku nisbah kepada seseorang perawi (selepas tabaqat sahabat)
yang terdapat dalam sesuatu rangkaian sanad atau nisbah kepada keadaan

tertentu yang ada pada sanad. Jenis inilah yang dinamakan (‫متنا‬ ‫)غ }}ريب س }}ندا ال‬
iaitu gharib dari segi sanadnya sahaja sedangkan matannya tidak. Dan jenis inilah
juga yang diistilahkan oleh Imam Al-Tirmizi dalam kitabnya As-Sunan sebagai (

‫)غريب من هذا الوجه‬.

Contohnya ialah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Az-

Zuhri dan Az-Zuhri pula daripada Anas Ibn Malik r.a “ ‫وس}}لم‬ ‫أن النيب ص}}لى اهلل عليه‬

93
94

‫( ”دخل مكة وعلى رأسه املغفر‬riwayat Ash-Shaikhan). Daripada bilangan anak-anak


murid Az-Zuhri secara khusus. Ia tidak boleh dinamakan Gharib Mutlak kerana
selain daripada Anas r.a ada lagi sahabat yang meriwayatkan hadith yang sama.

Jenis-jenis Gharib Nisbi yang lain:


Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa gharib nisbi juga meliputi hadith-
hadith yang padanya terdapat keadaan-keadaan tertentu yang unik dan ganjil. Keadaan
tersebut antara lainnya seperti:

a) Ketunggalan perawi thiqah dalam periwayatan sesebuah hadith, seperti apabila


ulama berkata: “tidak ada perawi thiqah yang meriwayatkan hadith ini selain
daripada orang itu.”

b) Ketunggalan kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat dalam meriwayat


sesebuah hadith. Misalnya, bila ada ulama berkata: “hanya perawi-perawi
Madinah yang meriwayatkan hadith ini.” Maksudnya senua perawi yang terlibat
di dalam periwayatan hadith itu daripada sahabat hinggalah kepada pembukuan
hadith adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di Madinah.

c) Ketunggalan kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat dalam meriwayat


sesebuah hadith daripada kumpulan perawi yang tinggal di suatu tempat yang
lain. Misalnya, apabila ada ulama berkata: “hanya kumpulan perawi Makkah
yang meriwayatkan hadith itu daripada kumpulan perawi Syam.”

d) Keganjilan, kedhaifan dan kepalsuan matan. Dalam konteks ini sebahagian ulama
menggunakan istilah gharib ke atas hadith-hadith yang dhaif matannya dengan
maksud Gharib Bukan Istilah.

Tempat kewujudannya:
Ulama telah mengenal pasti beberapa buah buku hadith yang di dalamnya
terdapat banyak hadith gharib:

1- Kitab Musnad Al-Bazzar.

94
95

2- Kitab Al-Mucjam Al-Ausat oleh At-Tibrani.

95
96

Sumber rujukannya:
Sebahagian ulama lain pula telah membukukan hadith gharib di dalam buku yang
khusus seperti:

1- Kitab Gharaaib Malik oleh Ad-Daruqutni.

2- Kitab Al-Afrad oleh Ad-Daraqutni juga.

3- Kitab As-Sunan Al-Lati Tafarrada Bi Kulli Sunnah Minha Ahlu Baldah oleh
Imam Abu Daud As-Sijistani.

6.2.2 Hadith Al-cAziz (‫)العزيز‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang daripada dua orang
perawi di setiap tabaqat sanad.
Sekiranya di sesetengah tabaqat terdapat tiga orang perawi atau lebih
sedangkan hanya satu tabaqat sahaja yang mempunyai dua orang perawi,
maka ia masih lagi dikira cAziz, kerana yang dikira ialah terdapatnya di
dalam rangkaian sanad itu satu tabaqat yang terdiri daripada dua orang
perawi.

Contohnya: Hadith “ ‫أمجعني‬ ‫”ال ي} }}ؤمن أح} }}دكم حىت أك} }}ون أحب إليه من وال} }}ده وول} }}ده والن} }}اس‬,
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Hadith ini telah diriwayatkan daripada
Anas Ibn Malik r.a oleh Qatadah Ibn Di caamah dan cAbd Al-cAziz Ibn
Suhaib. Kemudian ianya telah diriwayatkan daripada Qatadah oleh
Shucbah dan Sacid manakala daripada cAbd Al-cAziz pula oleh Ismail Ibn
c
Ulaiyyah dan cAbd Al-Warith. Kemudian selepas mereka barulah
rangkaian sanad itu berkembang dengan banyaknya.

Hukumnya: Konsep penentuan hukum hadith ini adalah sama dengan konsep
penentuan hukum hadith Masyhur, iaitu bergantung kepada kekuatan
sanad dan matan sesebuah hadith itu samada ianya sahih, hasan, dha cif
atau palsu.

96
97

Sumber rujukannya:
Ulama tidak mengadakan sumber rujukan yang khsus untuk jenis-jenis hadith
cAziz kerana jumlahnya yang terlalu sedikit, di samping tidak ada faedah yang besar
daripadanya.

6.2.3 Hadith Al-Masyhur (‫)المشهور‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih di
setiap tabaqat sanad tetapi tidak sampai ke tahap bilangan perawi hadith
mutawatir.

Contohnya: Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi,

Ibn Majah dan Ahmad: “‫بقبض‬ ‫إن اهلل ال يقبض العلم انتزاعا ينتزع}}ه ولكن بقبض}}ه‬

‫”العلماء‬.

Istilah lain bagi Hadith Masyhur:

Sebahagian ulama mengistilahkan hadith masyhur dengan istilah ‘Al-Mustafid’ (‫ال‬

‫)مس}}تفيض‬. Manakala sebahagian yang lain cuba membezakan kedua-dua istilah tersebut.
Ada yang mengkhususkan Al-Mustafid itu kepada sesuatu keadaan di mana bilangan
perawi di akhir dan di awal sanad sama jumlahnya, dan ada pula yang berpendapat
sebaliknya iaitu mereka mengkhususkan hadith masyhur kepada keadaan tersebut.

Jenis-jenisnya:
Ulama telah membahagikan hadith Masyhur kepada dua jenis, iaitu:

1- Masyhur Istilah (sebagaimana definisi di atas).

2- Masyhur Bukan Istilah.

97
98

Masyhur Istilah
Masyhur Bukan
Masyhur
Istilah

Masyhur Bukan Istilah.

Definisinya: Hadith-hadith yang masyhur pada lidah kerana kekerapan


penggunaannya, tanpa mengira bilangan perawi yang terdapat di dalam
rangkaian sanadnya. Maka termasuklah dalam pengertian ini semua
hadith yang selalu diguna pakai samada mempunyai satu sanad atau lebih,
atau tidak mempunyai sanad langsung. Ini bermaksud, ia merangkumi
hadith sahih, dhacif malah mauduc.

Jenis-jenis Hadith Masyhur Bukan Istilah:


Ulama telah membahagikannya kepada beberapa jenis berdasarkan kumpulan
manusia yang selalu menggunakannya, antaranya:

1- Masyhur di kalangan ahli hadith, seperti sebuah hadith yang diriwayatkan oleh

Anas r.a “‫وذك} }}وان‬ ‫” أن رس} }}ول اهلل ص} }}لى اهلل عليه وس} }}لم قنت ش} }}هرا ي} }}دعوا على رعل‬,
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2- Masyhur di kalangan ahli feqah, seperti hadith “‫الطالق‬ ‫”أبغض احلالل إىل اهلل‬,
(riwayat Al-Hakim dan hukumnya ke atas hadith ini adalah sahih dan telah
diakui oleh Az-Zahabi).

3- Masyhur di kalangan ahli usul feqah, seperti hadith “ ‫والنس}}يان‬ ‫رفع عن أميت اخلطأ‬

‫”وما اس}}تكرهوا عليه‬, (riwayat Ibn Hibban an Al-Hakim dan kedua-duanya telah
menghukumkan hadith ini sebagai sahih).

98
99

4- Masyhur di kalangan ahli nahu, seperti hadith “ ‫مل‬ ‫نعم العبد ص}هيب لو مل خيلف اهلل‬

‫”يعصه‬, hadith ini telah dihukum oleh ulama sebagai ‫ ال أصل له‬, yang bermaksud
tidak ada asas sanadnya. Maka dalam konteks ini ia dikira palsu.

5- Masyhur di kalangn orang awam, seperti hadith “ ‫الش}}يطان‬ ‫”العجلة من‬, (riwayat
At-Tirmizi dan beliau menghukumkannya sebagai hasan).

6- Masyhur di kalangan semua golongan, seperti hadith “ ‫من‬ ‫املسلم من سلم املسلمون‬

‫”لسانه ويده‬, (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Hukumnya: Hadith Masyhur samada masyhur istilah atau bukan istilah hukumnya
bergantung kepada keadaan sanad dan matannya. Maknanya, ia terdedah
kepada sebarang kemungkinan samada sahih, hasan, dhacif ataupun
mauduc. Namun sekiranya ia sahih maka ia mempunyai nilai kekuatan
yang lebih berbanding dengan jenis hadith aahad yang lain.

Sumber rujukannya:
Yang dimaksudkan di sini ialah sumber rujukan yang masyhur bukan istilah,
antaranya ialah:

1- Kitab Al-Maqasid Al-Hasanah Fi Ma Ishtahara cAla Al-Ilsinah oleh As-


Sakhawi.

2- Kitab Kashf Al-Khafa Wa Munzil Al-Ilbas Fi Ma Ishtahara Min Al-Hadith


c
Ala Alsinah An-Nas oleh Al-cAjluni.

3- Kitab Tamyiz At-Tayyib Min Al-Khabith Fi Ma Yaduru cAla Alsinah An-Nas


Min Al-Hadith oleh Ibn Ad-Daibac As-Shaibani.

99
100

6.3 Pembahagian Akhbar Al-Aahad Dari Segi Kepada Siapa Disandarkan

Kepada Siapa disandarkan

Qudsi Marfuc Mauquf Maqtuc

Ulama telah membahagikannya kepada empat bahagian, iaitu:

1- Hadith Qudsi (‫)القدسي‬

2- Hadith Marfuc (‫)املرفوع‬

3- Hadith Mauquf (‫)املوقوف‬

4- Hadith Maqtuc (‫)املقطوع‬

100
6.3.1 Hadith Qudsi (‫)القدسي‬

Definisinya: Iaitu sesuatu hadith yang mana Allah s.w.t sebagai asal-usul punca
matannya. Ulama mentakrifkannya dengan maksud sesuatu hadith yang
matannya dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w. manakala maksudnya
disandarkan oleh baginda kepada Allah s.w.t. secara khusus. Dengan kata
lain, baginda menyebut matan sesebuah hadith itu dalam erti kata ianya
adalah kalam Allah s.w.t. dan Allah adalah asal-usul punca matan
tersebut.

Dengan hubungan ini, baginda dilihat seolah-olah perawi yang


meriwayatkan kalam Allah dengan menggunakan bahasa dan lafaz yang
diolah sendiri oleh baginda. Oleh sebab itu, seseorang yang ingin
meriwayatkan sesebuah hadith qudsi beliau mesti mengikut sighah
periwayatan yang betul, misalnya apabila baginda menyebut secara terang

dengan sighah seperti: (‫اهلل‬ ‫)ق }}ال‬, (‫)يق }}ول اهلل‬, (‫)إن روح الق }}دس نفث يف روعي‬
atau apabila hadith yang diriwayatkan oleh sahabah dengan sighah seperti

ini, ‫وجل‬ ‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم فيما يرويه عن ربه عز‬.

Ia dinamakan qudsi bukan kerana kesahihannya tetapi kerana


periwayatannya yang disandarkan terus kepada Allah s.w.t.

Contohnya:
Hadith riwayat Abu Zar Al-Ghifari daripada Rasulullah s.a.w. dari apa
yang baginda riwayatkan daripada Allah s.w.t. bahawasanya Allah berfirman:

}"...‫"يا عبادي إين حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم حمرما فال تظاملوا‬
Maksudnya: “Wahai hambaku sesungguhnnya aku telah mengharamkan
kezaliman ke atas diriku dan aku telah mengharamkannya juga di antara kamu,
maka janganlah kamu saling zalim menzalimi…” (Muslim, Kitab Al-Birr Wa As-
Silah, bab 15, no: 55)

Hukumnya: Ia tidak semestinya sahih kerana ia dinamakan Qudsi bukan kerana


kesahihannya tetapi kerana dakwaan asal-usul matannya daripada Allah
s.w.t. Adapun hukumnya yang sebenar bergantung kepada keadaan sanad
dan matannya yang berkemungkinan sahih atau sebaliknya.

Jumlahnya: Ia tidak banyak iaitu antara 200-300 hadith sahaja. Bilangan ini juga
diambil kira dengan yang dhacif dan mauduc.

Kitab yang paling mahsyur yang mengumpulkan jenis hadith ini ialah, kitab Al-Ithafat
As-Saniyyah Bi Al-Ahadith Al-Qudsiyyah oleh cAbd Ar-Rauf Al-Manawi, di mana
beliau mengumpulkan hadith ini sebanyak 272 hadith.

Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Al-Qur’an.

Bil. Al-Qur’an Hadith Qudsi


1. Mengandungi unsur kemukjizatan dari Tidak ada keistimewaan tersebut
segi bahasa dan kandungannya.
2. Ia diriwayatkan secara mutawatir yang Kebanyakannya riwayat Aahad yang
menjadikannya thabit (sah) secara thabit secara zann, dan ianya
qatcie dan berkemungkinan riwayat yang sahih,
hasan, dhacif dan juga palsu.
3. Merupakan wahyu samada dari segi Maknanya sahaja yang datang daripada
lafaz dan maknanya Allah s.w.t dan lafaznya adalah
mengikut gaya bahasa yang diolah oleh
Rasulullah s.a.w.
4. Membacanya dikira sebagai ibadat Tidak boleh dijadikan bacaan di dalam
khususnya dalam solat solat.
5. Sesiapa yang membacanya akan Membacanya dikira sebagai pembacaan
mendapat pahala. umum sahaja.
6. Sesiapa yang mengingkari Tidak kufur melainkan yang terbukti di
kesahihannya dikira kufur. atas kesahihannya.
Penjelasan Secara Terperinci:

1- Al-Qur’an mengandungi unsur kemukjizatan baik dari segi bahasa mahupun


maklumat yang terkandung di dalamnya yang tidak boleh ditiru dan dicapai oleh
kepakaran manusia.

Hadith Qudsi pula tidak ada keistimewaan tersebut.

2- Keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an diriwayatkan secara mutawatir yang


menjadikannya thabit (sah) secara qatcie dan sesiapa yang mengingkari
kesahihannya dikira kufur.

Hadith Qudsi pula kebanyakkannya riwayat Aahad yang thabit secara zann, dan
ianya berkemungkinan riwayat yang sahih, hasan atau dha cif malah mungkin juga
palsu. Ia dinamakan qudsi bukan kerana kesahihannya tetapi kerana
periwayatannya yang disandarkan terus kepada Allah s.w.t.

3- Kedua-dua lafaz dan makna Al-Qur’an daripada Allah s.w.t. iaitu baginda
menyampaikan lafaz dan makna Al-Qur’an sebagaimana yang diwahyukan
kepada baginda tanpa diolah. Ini bermakna Al-Qur’an itu adalah wahyu samada
dari segi lafaz dan maknanya.

Hadith Qudsi pula maknanya sahaja yang datang daripada Allah s.w.t. sedangkan
lafaznya adalah mengikut gaya bahasa yang diolah oleh baginda sendiri. Kerana
itulah ia dikira wahyu dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya adalah
tidak.

4- Pembacaan Al-Qur’an dikira sebagai ibadat khasnya di dalam ibadat solat.

Hadith Qudsi pula, tidak boleh dijadikan bacaan di dalam solat.

5- Pahala membaca Al-Qur’an dikira bukan sahaja berdasarkan pembacaan umum


semata-mata dan bukan sahaja berdasarkan ayat atau perkataan bahkan pahalanya
dikira sehingga berdasarkan setiap huruf. Ini berdasarkan sebuah hadith
Rasulullah s.a.w.:

‫ ولكن ألف‬،‫ ال أقول امل حرف‬،‫ واحلسنة بعشر أمثاهلا‬،‫"من قرأ حرفا من كتاب اهلل فله حسنة‬

"‫حرف و الم حرف وميم حرف‬


Maksudnya: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Qur’an maka dia
akan mendapat sepuluh kebajikan, bukan aku maksudkan Alif Lam Mim itu satu
huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (At-Tirmizi,
hukumnya, hasan sahih).

Hadith Qudsi pahala pembacanya dikira berdasarkan pembacaan umum sahaja


bukan berdasarkan setiap huruf seperti Al-Qur’an.
Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.

Isi kandungan Hadith Qudsi diterima oleh baginda melalui wahyu yang tidak
dapat diketahui caranya secara khusus. Sekalipun kandungannya dinisbahkan kepada
Allah tetapi jika dilihat dari segi lafaznya ia dinisbahkan kepada baginda, kerana sesuatu
percakapan itu dinisbahkan kepada penuturnya meskipun isi kandungannya diperoleh
daripada sumber lain.

Manakala, Isi kandungan Hadith Nabawi pula adalah manifestasi ijtihat baginda
sendiri yang diperoleh melalui pemahaman Al-Qur’an dan pemerhatian yang dilakukan
oleh baginda, yang diungkapkan dengan gaya bahasa baginda sendiri. Sekalipun bersifat
ijtihadi ia tetap dijaga, ditapis dan diperiksa oleh Allah s.w.t., melalui wahyu. Sekiranya
ijtihad itu betul maka ia akan diakui dan sekiranya tidak betul ia akan diperbetulkan.
Contohnya, dalam kisah tawanan perang Badar, baginda berpendapat untuk
mengampunkan mereka dan mengenakan ke atas mereka fidyah, tetapi pendapat ini tidak
diakui sebagai pendapat yang tepat lantas baginda ditegur melalui firman Allah dalam
surah Al-Anfal ayat 67. Dalam konteks ini, hadith Nabawi juga dikira wahyu dan inilah
yang dimaksudkan oleh Allah dalam firmannya:

ِ ِ ِ
َ ُ‫﴿ َو َما َيْنط ُق َع ِن اهْلََوى إ ْن ُه َو إاَّل َو ْح ٌي ي‬
﴾‫وحى‬
Maksudnya: “dan bukanlah dia (Muhammad) bercakap berdasarkan hawa nafsu,
sesungguhnya apa yang dia perkatakan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan”
(An-Najm: 3-4).

Kesimpulannya, Al-Qur’an, Hadith Qudsi dan Hadith An-Nabawi ( yang telah


diperakukan oleh wahyu) dikira berasal daripada sumber yang satu iaitu Allah s.w.t.
Akan tetapi hanya Al-Qur’an dinamakan kalam Allah kerana kedua-dua lafaz dan makna
daripadaNya tanpa ada campur tangan di pihak baginda Rasulullah s.a.w. Manakala
Hadith Qudsi, meskipun maknanya daripada Allah, tetapi oleh kerana lafaznya diolah
sendiri oleh baginda, maka ia dinamakan hadith. Hadith Nabawi pula, oleh kerana kedua-
dua lafaz dan maknanya daripada baginda, maka ia tidak diberi istilah Qudsi.
6.3.2 Hadith Marfuc (‫)المرفوع‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w samada dalam
bentuk kata-kata, perbuatan, akuan atau sifat baginda.
Dengan kata lain, ia adalah satu hadith yang mana Rasulullah s.a.w
merupakan punca matan yang pertama tanpa mengira samada sanadnya
bersambung atau tidak, sahih atau sebaliknya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas ianya boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

1- Marfuc Qauli, iaitu marfuc dari segi kata-kata seperti apabila seorang sahabat atau
mana-mana perawi berkata, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda…”

2- Marfuc Ficli, iaitu marfuc dari segi perbuatan seperti apabila seseorang perawi
berkata, “Rasulullah s.a.w. telah melakukan sekian sekian…”

3- Marfuc Taqriri, iaitu marfuc dari segi akuan seperti apabila seseorang perawi
berkata, “sesuatu perbuatan itu telah dilakukan di hadapan baginda Rasulullah
s.a.w. dan baginda tidak melarangnya…”

4- Marfuc Wasfi, iaitu marfuc dari segi sifat seperti apabila seseorang perawi
berkata, “Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat elok pekertinya”

Hukumnya: Hadith ini terdedah kepada sebarang kemungkinan samada sahih, hasan,
dhacif ataupun mauduc.
6.3.3 Hadith Mauquf (‫)الموقوف‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada sahabat samada dalam bentuk
kata-kata, perbuatan, atau akuan tanpa mengira samada sanadnya
bersambung atau tidak, sahih atau sebaliknya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas, ianya boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

1- Mauquf Qauli, iaitu mauquf dari segi perkataan, seperti kata seorang perawi,
“Telah berkata cAli Ibn Abi Talib, yang mana maksudnya: “Khabarkan
kepada orang ramai apa yang mereka tahu. Adakah kamu ingin Allah dan
Rasulnya didustakan (sekiranya kamu khabarkan sesuatu yang orang tidak
tahu).

2- Mauquf Ficli, iaitu mauquf dari segi perkataan seperti kata Imam Al-Bukhari,
yang mana maksudnya: “Dan Ibn Abbas menjadi imam sedangkan dia
seorang yang bertayammum” (riwayat Al-Bukhari dalam kitab At-
Tayammum).

3- Mauquf Taqriri, iaitu mauquf dari segi akuan seperti kata seorang At-Tabi cen:
“Aku telah melakukan perkara tersebut di depan sahabat dan mereka tidak
melarangnya”.

Bilakah Hadith Mauquf mengambil hukum Hadith Marfuc:

Ulama telah mengenal pasti beberapa keadaan di mana sesuatu hadith mauquf itu

dikira marfuc dan mereka menamakannya (‫حكما‬ ‫ )املرف}}وع‬iaitu ‘Yang Marfuc Dari Segi
Hukum’. Maknanya hadith itu mauquf dari segi lafaz tetapi marfu c dari segi hukumnya.
Keadaan tersebut ialah seperti:
1- Apabila seseorang sahabat (yang tidak pernah menerima riwayat daripada ahli
kitab) memperkatakan sesuatu yang tidak boleh diijtihadkan dan yang tidak ada
kaitan dengan huraian terhadap makna kalimah sesuatu matan hadith, seperti:

a. Menceritakan sesuatu yang bersifat purbakala seperti peristiwa permulaan


kejadian makhluk.

b. Menceritakan sesuatu yang bersifat futuristik seperti keadaan Hari Qiamat


serta peperangan dan fitnah-fitnah yang berlaku sebelumnya.

c. Menceritakan tentang fadhilat sesuatu amalan yang dijanjikan dengan


sesuatu ganjaran

2- Apabila seseorang sahabat melakukan sesuatu yang tidak boleh diijtihadkan.


Seperti cara-cara solat sunat gerhana yang ada dua kali rukuc di setiap rakaat dan
sebagainya.

3- Apabila seseorang sahabat berkata: “Mereka pernah melakukan sesuatu atau


memperkatakan sesuatu perkataan atau tidak mengambil kisah dengan sesuatu
perkara.” Sekiranya mereka melakukan perkara-perkara tersebut di zaman
Rasulullah s.a.w. maka hukumnya adalah hukum marfuc, seperti kata Jabir r.a.: “

‫ ”كنا نع} }}زل على عهد الرس} }}ول اهلل ص} }}لى اهلل عليه وس} }}لم‬yang mana maksudnya: “Kami

pernah anzal (memancutkan mani ketika berjimac) di luar kemaluan isteri pada
zaman Rasulullah s.a.w.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Sebaliknya jika
tidak dinyatakan bahawa perkara-perkara tersebut dilakukan di zaman Rasulullah
s.a.w., maka pendapat jumhur hukumnya adalah mauquf, seperti kata Jabir r.a: “

‫”كنا إذا ص} } } }}عدنا كربنا وإذا نزلنا س} } } }}بحنا‬, maksudnya: “Kami dulu, apabila kami

mendaki kami bertakbir dan apabila kami menuruni kami bertasbih.” (Riwayat
Al-Bukhari).

4- Apabila seseorang sahabat berkata: “Kami diarahkan supaya melakukan sekian

atau dilarang daripada melakukan sekian”, seperti kata seorang sahabat: “ ‫بالل‬ ‫أمر‬
‫”أن يش}}فع األذان وي}}وتر اإلقامة‬, maksudnya: “Bilal r.a. telah diarahkan supaya azan

secara genap dan iqamah secara witir.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Dan

seperti kata Ummu Atiyyah r.a. : “ ‫علينا‬ ‫”هنينا عن اتب}}اع اجلن}}ائز ومل يع}}زم‬, maksudnya:
“Kami telah dilarang daripada mengikut jenazah (yang sedang diusung ke kubur)
dan ianya tidaklah diwajibkan ke atas kami.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Termasuk juga dalam kategori ini bila sahabat berkata : “Di antara amalan

sunnah ialah perkara sekian”, seperti kata Anas r.a. : “‫على‬ ‫من الس}}نة أذا ت}}زوج البكر‬

‫”ال } }}ثيب أق } }}ام عن } }}دها س} }}بعا‬, maksudnya: “Di antara amalan sunnah ialah apabila

seseorang itu mengambil seorang dara sebagai isteri keduanya dia tinggal
bersamanya terlebih dahulu selama tujuh hari.” (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim).

5- Apabila seseorang perawi (sewaktu dia menyebut seseorang sahabat)

menggunakan salah satu daripada ungkapan ini: ( ‫)يرفعه‬, (‫)ينميه‬, (‫به‬ ‫)يبلغ‬, (‫)رواية‬,

seperti kata perawi: “ ‫األعني‬ ‫ تق }}اتلون قوما ص }}غار‬:‫”ح }}ديث األع }}راج عن أيب هري }}رة رواي }}ة‬,
maksudnya: “hadith Al-Acraj daripada Abi Hurairah secara riwayat: kamu akan
berpegang dengan satu kaum yang mempunyai mata yang kecil.” (Riwayat Al-
Bukhari).

6- Apabila seseorang sahabat mentafsirkan sebab turunnya sesuatu ayat Al-Qur’an,

seperti kata Jabir r.a. : “ ‫الولد‬ ‫ من أتى امرأته من دبرها يف قبلها ج}}اء‬:‫ك}}انت اليه}}ود تق}}ول‬

‫األية‬...‫ نس}}اءكم ح}}رث لكم‬:‫ ف}}أنزل اهلل‬،‫”أحول‬, maksudnya: “orang-orang yahudi telah
berkata: sesiapa yang mendatangi faraj isteri dari belakang maka anak yang lahir
akan juling, maka Allah s.w.t. pun menurunkan ayat yang maksudnya:
Perempuan-perempuan kamu itu adalah tanaman kamu…” (Riwayat Muslim).

Hukumnya: Hadith ini juga terdedah kepada sebarang kemungkinan hukum samada
sahih, hasan, dhacif ataupun mauduc. Kerana ia bergantung kepada
keadaan sanadnya.
6.3.4 Hadith Maqtuc (‫)المقطوع‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang disandarkan kepada Tabicen samada dalam bentuk
perkataan atau perbuatan tanpa mengira samada sanadnya bersambung
atau tidak, sahih atau sebaliknya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas ulama telah membahagikannya kepada dua jenis,
iaitu:
1- Maqtuc Qauli, iaitu maqtuc dari segi perkataan, seperti kata Al-Hasan Al-Basri

tentang hukum solat berimamkan ahli bidcah: (‫بدعته‬ ‫)صل وعليه‬, maksudnya:

“sembahyanglah, dan hanya dia yang akan menanggung dosa bid cahnya.”
(Riwayat Al-Bukhari).

2- Maqtuc Ficli, iaitu maqtuc dari segi perbuatan seperti kata seorang perawi yang

bernama Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Al-Muntashir: “ ‫بينه‬ ‫ك}}ان مس}}روق ي}}رخي السرت‬

‫ وخيليهم ودني}}اهم‬،‫ ويقبل على ص}}الته‬،‫”وبني أهل}}ه‬yang mana maksudnya: “Masruq telah
melabuhkan tirai antaranya dengan keluarganya dan kemudian beliau
menunaikan solat, beliau membiarkan keluarganya dengan urusan dunia mereka.”
(Abu Nucaim Al-Asfahani, 1932, Hilyah Al-Auliyac).

Hukumnya: Hadith ini juga seperti hadith yang sebelumnya, terdedah kepada sebarang
kemungkinan hukum samada sahih, hasan, dhacif ataupun mauduc. Kerana
ia bergantung kepada keadaan sanadnya. Namun, sekalipun ia sahih tidak
boleh dijadikan hujah syarac kerana ia adalah kata-kata atau perbuatan
orang Islam biasa. Walau bagaimana pun sekiranya terdapat unsur-unsur
sokongan yang menunjukkan bahawa ia mengandungi hukum marfuc

sepeti penggunaan ungkapan (‫ )يرفعه‬dan sebagainya, maka pada masa itu

ia diberi hukum Marfuc Mursal.


Sumber kewujudan Hadith Mauquf dan Hadith Maqtuc:
Ulama telah mengenal pasti beberapa sumber rujukan yang mengandungi banyak
jenis-jenis hadith tersebut, antaranya ialah:

1- Kitab Al-Musannaf oleh Ibn Abi Shaibah.

2- Kitab Al-Musannaf oleh cAbd Ar-Razzaq Ibn Hammam.

3- Kitab-Kitab tafsir oleh Ibn Jarir At-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn Al-Munzir dan
sebagainya.
BAB 7

PEMBAHAGIAN HADITH AAHAD BERDASARKAN


KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Kekuatan & Kelemahan

Maqbul Mardud

Ianya, terbahagi kepada dua, iaitu:

1- Maqbul (‫)مقبول‬

a. Definisinya : Sesuatu yang disahkan benar oleh perawinya.


b. Hukumnya : Wajib beramal dengan hadith tersebut.

2- Mardud (‫)مردود‬

a. Definisinya : Sesuatu yang tidah disahkan benar oleh perawinya.


b. Hukumnya : Tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan
beramal dengannya.

PEMBAHAGIAN ِAL-HADITH AL-MAQBUL (‫المقبول‬ ‫)الحديث‬

Maqbul

Sahih Hasan

Lizatihi Lighairihi Lizatihi Ligahirihi

Ianya pula terbahagi kepada dua, Kemudian, bagi setiap kedua-duanya pula
dibahagikan kepada dua jenis hadith, iaitu:

1- Sahih

a. Sahih Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)صحيح‬


b. Sahih Lighairihi (‫لغريه‬ ‫)صحيح‬
2- Hasan

a. Hasan Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)حسن‬

b. Hasan Lighairihi (‫لغريه‬ ‫)حسن‬

7.1 Sahih (‫)صحيح‬/ Sahih Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)صحيح‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh rangakain perawi thiqah secara
bersambung sanadnya, tanpa ada cilllah serta shaz.

Syarat-syaratnya:
Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa syarat hadith sahih ada
tujuh iaitu, seperti gambar rajah di bawah:

6-Tidak ada unsur 7-Tidak ada unsur


c
illah pada sanad illah pada matan
c

5-Tidak ada unsur 1-Bersambung


syaz pada matan sanad
Syarat-
syarat hadith
sahih
4-Tidak ada unsur 2-Keadilan
syaz pada sanad perawi
3-Kedhabitan
perawi

Penjelasan:

1- Bersambung sanad
Maksudnya, ialah setiap orang perawi yang terlibat dalam periwayatan
sesuatu hadith menerima riwayat hadith itu daripada gurunya secara
langsung. Bermula dari awal sanad hinggalah ke akhirnya. Sekiranya proses
periwayatan tidak berlaku secara langsung sebaliknya melalui perantaraan
perawi lain maka sanad dikira tidak bersambung (terputus).
2- Keadilan perawi
Salah satu daripada dua sifat perawi thiqah ialah adil. Maksud keadilan
perawi dalam konteks metode hadith ialah hendaklah perawi tersebut
memiliki lima ciri iaitu; beragama Islam, berakal, baligh, tidak fasik, dan
tidak melakukan sesuatu perkara aib yang boleh menjatuhkan maruah atau air
muka.

3- Kedhabitan perawi
Sifat perawi thiqah yang kedua ialah dhabit. Perawi yang dhabit maksudnya
ialah perawi yang sempurna daya kawalan dan daya penjagaannya terhadap
sesuatu hadith. Penjagaan terhadap hadith dilakukan samada dalam bentuk
ingatan (menghafal hadith tersebut) atau dalam bentuk penjagaan kitab (yang
ditulis di dalamnya hadith tersebut) daripada musnah, hilang dan sebagainya.

4- Tidak ada unsur syaz pada sanad


Syaz maksudnya, percanggahan antara riwayat perawi yang thiqah dengan
riwayat perawi yang lebih thiqah daripadanya.

5- Tidak ada unsur syaz pada matan.

6- Tidak ada unsur cillah pada sanad


C
Illah maksudnya, sesuatu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi dan
sukar dikesan yang mana kewujudannya boleh menjejaskan kesahihan
sesebuah hadith, sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada.

7- Tidak ada unsur cillah pada matan.

Contohnya:
Hadith riwayat Al-Bukhari katanya:

‫ح} } } }}دثنا عبد اهلل بن يوسف ق} } } }}ال أخربنا مالك عن أبن ش} } } }}هاب عن حممد بن جبري بن مطعم عن أبيه‬

."‫ "قرأ يف املغرب بالطور‬:‫ مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬:‫قال‬
Maksudnya: “cAbdullah Ibn Yusuf telah memberitahu kami, katanya, Malik telah
menceritakan kepada kami daripada Ibn Shibah, daripada Muhd Ibn Jubair Ibn Mutcim,
daripada ayahnya, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah
At-Tur sewaktu sembahyang maghrib.” (Al-Bukhari, Kitab Al-Azan, bab (99) Al-Jahr
Fi Al-Maghribi, jil. 2, ms: 247, no: 765)

Hadith ini hadith sahih kerana ia menepati kesemua syarat yang disebutkan.
Sanadnya bersambung kerana kesemua perawinya menerima riwayat tersebut secara
langsung daripada guru mereka. Manakala kesemua perawi terbabit terdiri daripada
individu yang thiqah yang menggabungkan kedua-dua sifat cAdil dan Dhabit.

7.2 Sahih Lighairihi (‫لغيره‬ ‫)صحيح‬

Definisinya: Iaitu suatu Hadith Hasan Lizatihi yang disokong oleh riwayat lain yang
setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya. Ia dinamakan Sahih
Lighairihi kerana kesahihannya bukan disebabkan riwayatnya yang asal
tetapi setelah mendapat sokongan riwayat yang lain.

Hadith ini kedudukannya lebih kuat daripada Hadith Hasan Lizatihi tetapi
lebih lemah berbanding dengan Sahih Lizatihi.

Contohnya:
Hadith riwayat Muhd Ibn cAmar daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"‫"لو ال أن أشك على أميت ألمرهتم بالسواك عند كل صالة‬


Maksudnya: “Kalau tidak kerana takut membebankan umatku, nescaya aku akan
perintahkan mereka supaya bersugi setiap kali hendak sembahyang.” (At-Tirmizi, Kitab
At-Toharah, bab As-Siwak, jil. 1, ms: 34, no: 22).

Ibn Solah berkata: “Muhd Ibn cAmar seorang perawi yang ‘soduq’ (riwayatnya
bertaraf hasan) kerana hafalan beliau agak lemah, namun oleh kerana hadith ini telah
diriwayatkan juga melalui jalan sanad yang lain, maka hilanglah apa yang dibimbangkan
tetang kelemahan tersebut dan hadith ini dinaikkan tarafnya menjadi Sahih Ligahairihi”
(Ibn Solah, 1978, ms: 17)

Hukum hadith sahih (Lizatihi dan Lighairihi):


Ulama muktabar secara cijmac mengatakan bahawa hadith sahih wajib diterima
sebagai hujah atau dalil sharac, dan setiap orang tidak boleh menolaknya.

Kitab-kitab yang mengumpul hadith sahih:


Ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan siapakah yang mula-mula
sekali dikatakan mengumpul hadith sahih di dalam kitab mereka. Sebahagian kecil ada
yang mengatakan Imam Malik, kitabnya Al-Muwatta’. Namun, jumhur berpendapat
Imam Al-Bukhari melalui kitabnya Al-Jamic Al-Sahih kemudian diikuti Imam Muslim
dengan kitabnya yang dikenali sebagai Sahih Muslim. Pendapat jumhur ini adalah
berdasarkan kepada kedudukan hadith-hadith di dalam kitab kedua-dua Imam ini adalah
yang lebih kuat dari segi nilai kesahihannya berbanding dengan hadith-hadith di dalam
Al-Muwatta’.

Maksud Kata-Kata Ulama (‫صحيح‬ ‫ )هذا حديث‬atau (‫)هذا حديث غري صحيح‬.

‫هذا حديث صحيح‬ ‫هذا حديث غير صحيح‬


Ialah hadith tersebut telah menepati Ialah kesemua atau sebahagian daripada
kesemua syarat yang telah digariskan, dan syarat-syarat tersebut tidak ada padanya,
ia bukanlah bermaksud hadith itu memang dan tidak bermakna ia pasti tidak thabit.
thabit secara qatcie (100%)
Ini kerana seseorang perawi yang thiqah Ini kerana seseorang perawi yang dhacif
(di atas kapasitinya sebagai manusia biasa) dari segi ingatannya pun masih ada
masih ada kemungkinan terlupa dan kemungkinan dia meriwayatkan sebuah
tersilap dalam periwayatannya sekalipun hadith yang sahih sekalipun kemungkinan
kemungkinan itu amat kecil sekadar itu kecil
(0.001%)

Tingkatan-Tingkatan Hadith Sahih (‫الصحيح‬ ‫)مراتب‬:

Hadith yang paling sahih ialah yang mempunyai rangkaian sanad yang paling
sahih misalnya rangkaian Malik daripada Nafic daripada Ibn Umar, kemudian diikuti
oleh hadith yang mempunyai rangkaian sanad yang kurang sedikit nilai kesahihannya
dan begitulah seterusnya.
Manakala sebahagian yang lain menentukannya berdasarkan riwayat Al-Bukhari
atau Muslim. Di bawah dasar ini hadith sahih dibahagikan kepada tujuh tingkatan:

1- Hadith yang diriwayatkan oleh Ash-Shaikhain secara bersama (‫عليه‬ ‫)متفق‬.

2- Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari sahaja.

3- Yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja.

4- Yang diriwayatkan oleh orang lain, tetapi mengikut syarat yang diterima pakai
oleh keduanya.

5- Yang diriwayatkan oleh orang lain tetapi mengikut syarat yang diterima pakai
oleh Al-Bukhari sahaja.

6- Yang diriwayatkan oleh orang lain tetapi mengikut syarat yang dipakai oleh
Muslim sahaja.

7- Yang diriwayatkan oleh orang lain dan tidak mengikut mana-mana syarat baik
Al-Bukhri mahupun Muslim.
Makna Kata-Kata Ulama “Hadith Sahih Isnad” (‫اإلسناد‬ ‫)حديث صحيح‬.

Apabila seseorang ulama mengatakan: “hadith ini sanadnya sahih”, maka


maksudnya tidak sama dengan kata-kata mereka: “ini hadith sahih”. Kerana tidak
semestinya apabila sanad sesuatu hadith itu sahih maka matannya turut sahih, kerana
kemungkinan terdapat unsur kelemahan lain pada matannya seperti unsur shaz dan cillah.
Andainya hadith itu sahih secara mutlak, maka tidak ada sebab untuk seseorang ulama
itu menyempitkan skop kesahihan tersebut kepada sanadnya sahaja di dalam kata-kata
mereka.
Jadi, pengkhususan skop kesahihan kepada sanad sahaja menunujukkan ada
sesuatu sebab yang tertentu. Dalam konteks ini jenis Hadith Hasan pun sama juga,
apabila ulama berkata: “hadith ini sanadnya hasan”, maka maksudnya tidak sama dengan
kata mereka: “hadith ini sahih”, secara mutlak.

7.3 Hasan (‫)حسن‬/ Hasan Lizatihi (‫لذاته‬ ‫)حسن‬


Ulama berbeza pendapat dalam menentukan definisi Hadith Hasan kerana
kedudukannya yang berada di tengah-tengah antara Hadith Sahih dengan Hadith Dhacif.
Di samping itu ada ulama yang membuat definisi bagi salah satu daripada jenis-jenisnya
sahaja.
Hasil daripada perbahasan yang terdapat di dalam semua buku metode hadith,
dapatlah disimpulkan definisi Hadith Hasan.

Definisinya: Sesuatu hadith yang bersambung sanadnya, yang tidak ada padanya syaz
atau cillah, yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil tetapi
kurang sedikit dari segi kedhabitannya.
Berdasarkan definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa titik
perbezaan antara Hadith Sahih dan Hadith Hasan hanyalah tentang
kedudukan perawi dari segi dhabitnya, di mana perawi Hadith Sahih
kedhabitannya sempurna manakala perawi Hadith Hasan kurang
sempurna, tetapi tidaklah terlalu lemah. Adapun dari segi syarat-syarat
yang lain semuanya sama.
Hukumnya: Ia adalah sama dengan Hadith Sahih dari segi kedudukannya sebagai
hadith Maqbul yang boleh dibuat hujjah atau dalil syarac, sekalipun ia
lebih rendah dari segi nilai kesahihannya berbanding dengan Hadith
Sahih. Walau bagaimana pun, sebahagian ulama seperti Al-Hakim, Ibn
Hibban dan Ibn Khuzaimah memasukkannya ke dalam kumpulan Hadith
Sahih.

7.4 Hasan Lighairihi (‫لغيره‬ ‫)حسن‬


Definisinya: Sesuatu Hadith Dhacif yang sederhana kedhacifannya, yang
disokong oleh riwayat lain yang setaraf atau lebih kuat
daripadanya.

Syarat-syaratnya:
Berdasarkan definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa syarat Hasan
Lighairihi ada dua, iaitu:

1- Adanya riwayat lain yang menyokong riwayat asal, tanpa mengira banyak
atau sedikit asalkan setaraf atau lebih kuat daripadanya.

2- Hendaklah sebab kedhacifan itu bersifat sederhana, seperti kelemahan daya


hafalan, terputus sanad, kejahilan perawi dan sebagainya, yang bukan
bersifat melampau seperti kefasikan dan pembohongan.

Hadith ini merupakan jenis Hadith Maqbul yang menduduki tahap


yang paling rendah, tetapi masih boleh dibuat Hujjah atau dalil syarac.
Contohnya, hadith riwayat At-Tirmizi daripada jalan Sh ucbah
daripada cAasim Ibn cUbaidillah daripada Abdillah Ibn cAamir Ibn Rabicah
daripada ayahnya bahawa seorang wanita daripada Bani Fazarah telah
berkahwin dengan mas kahwinnya sepasang selipar, maka Rasulullah s.a.w.
bertanya, yang mana maksudnya: “Adakah kamu redha dengan mas kahwin
tersebut?”, beliau menjawab: Ya! Saya redha, maka Rasulullah s.a.w.
mengesahkan perkahwinan tersebut. Sebaik sahaja menyebut hadith ini, At-
Tirmizi berkata: “Hadith yang sama telah diriwayatkann daripada Umar,
Abu Hurairah, Aishah dan Abu Hadrad.”
Perawi yang bernama cAasim yang tedapat di dalam riwayat asal
memang seorang yang lemah ingatannya, tetapi kelemahan itu dapat
ditampung oleh riwayat lain yang menyokongnya. Disebabkan itu, Imam At-
Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai Hasan Lighairihi.

Tingkatan-Tingkatannya:

Sebagaimana hadith sahih, hadith hasan juga mempunyai tingkatan-tingkatannya.


Sebahagian ulama seperti Az-Zahabi telah membahagikannya kepada dua tingkatan:

1- Hadith hasan yang mempunyai rangkaian sanad seperti Bahz Ibn Hakim daripada
ayahnya daripada datuknya, atau rangkaian cAmr Ibn Shucaib daripada ayahnya
daripada datuknya, dan yang seumpamanya yang terdiri daripada rangkaian sanad
yang paling hampir kepada martabat kesahihan, bahkan ada ulama yang terus
sahaja menghukumkam rangkaian seperti ini sebagai sahih.

2- Hadith hasan yang mempunyai rangkaian sanad yang kurang sedikit nilai
kekuatannya berbanding dengan yang di atas seperti hadith-hadith riwayat Al-
Harith Ibn Abdillah, cAsim Ibn Damrah, Hajjaj Ibn Artacah dan seumpamanya.

Kitab-Kitab Yang Banyak Mengandungi Hadith Hasan:

Ulama telah mengenal pasti beberapa buah kitab yang dikatakan mengandungi
banyak hadith jenis ini, walaupun bukan kesemuanya dari jenis ini. antara kitab-kitab
tersebut ialah:

1- Kitab Sunan At-Tirmizi atau dikenali juga sebagai Jaamic At-Tirmizi.


Kitab ini dianggap sebagai rujukan utama untuk mengenali hadith hasan, kerana
Imam At-Tirmizi dikatakan sebagai orang yang mula-mula sekali
mempopularkan istilah ‘hasan’ sekalipun beliau bukan orang yang pertama
memperkenalkannya. Walaubagaimana pun, sesiapa yang berinteraksi dengan
kitab ini perlu berhati-hati tentang perbezaan ungkapan Imam At-Tirmizi ‘Hasan
Sahih’ kerana ianya banyak berlaku disebabkan perbezaan naskhah (manuskrip
tulisan tangan) yang dipilih oleh sesebuah syarikat pencetak dalam percetakan
mereka.

2- Kitab Sunan Abi Daud.


Ini dijelaskan sendiri oleh beliau di dalam risalah yang ditulisnya kepada Ahli
Makkah bahawa beliau memasukkan ke dalam kitabnya hadith-hadith sahih dan
yang seumpamanya. Andainya sesuatu hadith itu dhacif beliau akan jelaskan
kedhacifannya dan mana-mana hadith yang beliau tidak membuat sebarang
komentar ke atasnya, bermakna hadith itu bertaraf salih (hasan).

3- Kitab Sunan Ad-Daruqutni.


Di mana beliau banyak menghukumkan ke atas hadith-hadith di dalamnya
sebagai hasan.

Kesimpulannya, daripada perbahasan-perbahasan di atas, dapatlah disimpulkan


bahawa jenis Hadith Maqbul itu terbahagi kepada empat:

1- Sahih Li Zatihi.

2- Sahih Li Ghairihi.

3- Hasan Li Zatihi.

4- Hasan Li Ghairihi.
BAB 8

PEMBAHAGIAN HADITH AL-MARDUD ( ‫المردود‬ ‫)الحديث‬

Mardud

c
Saqoto
SaqotoFiFiAs-Sanad
As-Sanad To
To c an Fi Al-Rawi
an Fi Al-Rawi

c
Zohir
Zohir Khafiy
Khafiy Fi Al-
Fi Al-cAdalah
Adalah FiFiad-Dobt
Ad-Dobt

Al-Muallaq Al-Kazib Kathrat Al-


Al-Mauduc Al-Munkar
Ghalat
Al-Mursal
Al-Mucdhal Tuhmah Bi Kathrat Al-
Al-Matruk Al-Munkar
Al-Munqatic Al-Kazib Ghaflah

Al-Fisq Al-Munkar Al-Wahm Al-Maclul

Al-Mudallas Al-Mursal
Al-Khafiy Al-Juhalah Suu’u Al-
Ad-Dhacif Ad-Dhacif
Hifz

Tadlis Tadlis
Al-Isnad As-Shuyukh Al-Bidcah Ad-Dhacif Mukhalafat As-Syaz/
Jiddan Al-Thiqaat Al-Munkar
Tadlis
At-
Taswiyah

Al-Mudraj Al-Maqlub Al-Mudhtarib Al-Mazid Fi Al-Musahhaf Al-Muharraf


Muttasil Al-
Isnad
8.1 Hadith Dhacif (‫ )الضعيف‬atau Al-Mardud (3‫المردود‬ ‫)الحديث‬
Mardud

Saqot Fi As-Sanad Tocan Fi Al-Rawi

Definisinya: Sesebuah hadith yang tidak ada salah satu atau lebih syarat-syarat hadith
maqbul.

Contohnya:
Seperti sebuah hadith riwayat At-Tirmizi melalui jalan sanad Hakim Al-Athram
daripada Abu Tamimah Al-Hujaimi daripada Abu Hurairah bahawa kononnya baginda
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"‫"من أتى حائضا أو امرأة يف دبرها أو كاهنا فقد كفر مبا أنزل على حممد‬
Maksudnya: “Sesiapa yang menyetubuhi seseorang wanita haid atau
menyetubuhi seseorang wanita di duburnya atau mendatangi seorang ahli nujum, maka
dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w.” (At-
Tirmizi, Kitab At-Taharah, bab 102, jil 1, ms: 242, no: 135)

Selepas member isyarat kedhacifan yang ada pada hadith ini At-Tirmizi
menyatakan bahawa hadith ini telah dihukum dhacif oleh Imam Al-Bukhari dari segi
sanadnya kerana terdapat seorang perawi dhacif yang bernama Hakim Al-Athram.

Hukum beramal dengannya:


Ulama telah berbeza pendapat (khilaf) dalam menentukan hukum beramal dengan
hadith ini. walau bagaimana pun, berdasarkan perbahasan yang telah dilakukan, dapatlah
disimpulkan bahawa jumhur ulama berpendapat bahawa boleh beramal dengan hadith
dhacif, akan tetapi melalui empat syarat, iaitu:

1- Hendaklah hadith tersebut dalam bab kelebihan amalan sahaja dan tidak
menyentuh persoalan akidah atau feqah yang melibatkan hukum hakam.
2- Hendaklah unsur kedhacifan yang terdapat dalam hadith tersebut bersifat
sederhana dan tidak melampau.

3- Hendaklah sebahagian daripada isi kandungan hadith tersebut termasuk


dalam mafhum nas-nas syarac yang lain, yang sahih, serta bersifat induk.

4- Hendaklah sewaktu beramal dengannya seseorang itu berada dalam keadaan


mengharap semoga ianya sahih bukan dalam keadaan yakin bahawa ianya
pasti sahih. Syarat ini lebih bersifat etika semasa beramal.
Sumber Hadith Dhacif:
Secara umumnya ia boleh didapati daripada dua jenis buku, iaitu:

1- Buku-buku yang mengumpul dan menyenaraikan nama-nama serta riwayat


hidup perawi-perawi dhacif, seperti kitab Mizan Al-Ictidal oleh Az-Zahabi,
kitab Al-Kamil Fi Ad-Ducfat oleh Ibn cAdi dan sebagainya. Biasanya kitab-
kitab ini akan menyebut contoh riwayat-riwayat dhacif yang melibatkan
perawi-perawi yang terbabit.

2- Buku-buku khusus yang mengumpulkan jenis-jenis hadith dha cif yang


tertentu. Seperti kitab Al-Mauducat oleh Ibn Al-Jauzi (hadith mauduc), kitab
Al-Marasil oleh Imam Abu daud (hadith mursal), kitab Al- cIlal oleh Ad-
Daraqutni (hadith Mucallal) dan sebagainya.

Sebab-sebab kedhacifan:
Kedhacifan sesuatu hadith itu secara umumnya terbahagi kepada empat, iaitu:

Sebab-sebab
kedhacifan
1-Terputus 4-Kewujudan
sanad unsur
percanggahan
2-Ketidak 3-Kewujudan
c
thiqahan illah yang
perawi menjejaskan
Penjelasan:

1- Terputus sanad, iaitu seseorang perawi itu tidak menerima sesuatu riwayat
daripada gurunya secara langsung.

2- Ketidak thiqahan perawi, iaitu ia dapat dilihat daripada dua aspek:


a. Al-cAdalah (keadilan perawi)
b. Ad-Dhabt (kedhabitan perawi)

3- Kewujudan cIllah yang menjejaskan.

4- Kewujudan unsur percanggahan.

Jenis-jenis Hadith Dhacif:


Ulama hadith telah membahagikan jenis-jenisnya berdasarkan sebab-sebab yang
tersebut di atas kepada banyak jenis, seperti yang ditunjukkan dalam peta minda.

8.2 Pembahagian Hadith Dhacif Berdasarkan Sebab Keterputusan Sanad

‫سقط يف السند‬

Zohir Khafiy
Al-Muallaq

Al-Mudallas Al-Mursal
Al-Mursal Al-Khafiy

Al-Mucdhal Tadlis Tadlis


Al-Isnad As-Shuyukh
Al-Munqatic Tadlis
At-
Taswiyah

Pembahagian hadith seperti di atas, secara umumnya, terbahagi kepada dua, iaitu:
1- Keterputusan sanad yang jelas iaitu hadith-hadith Al-Mucallaq, Al-Mursal, Al-
Mucdhal dan Al-Munqatic.

2- Keterputusan sanad yang tersembunyi iaitu Al-Mudallas dan Al-Mursal Al-


Khafiy.
8.2.1 Al-Mucallaq (‫)المعلق‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang sanadnya terputus di peringkat permulaan disebabkan


gugurnya perawi atau lebih walau hingga ke akhir sanad.
Dalam konteks jenis-jenis hadith dhacif berdasarkan sebab ini,
permulaan sanad yang dikira dalam pembukuan hadith dan bukan di sisi
sahabat.

Contohnnya:

Hadith yang disebut oleh Al-Bukhari dalam bab ‫الفخذ‬ ‫ ما يذكر يف‬, katanya:

،"‫ "الفخذ عورة‬:‫ويروي عن ابن عباس وجرهد وحممد بن جحش عن النيب صلى اهلل عليه وسلم‬

."‫ "غطى النيب صلى اهلل عليه وسلم ركبتيه حني دخل عثمان‬:‫وقال أبو موسى‬
Maksudnya: “Dan telah diriwayatkan daripada Ibn Abbas, Jarhad dan Muhd Ibn
Jahsy daripada Rasulullah s.a.w. bahawa peha itu adalah aurat. Dan telah berkata
Abu Musa r.a bahawa baginda Rasulullah telah menutup lututnya sewaktu
c
Uthman masuk berjumpa baginda.”

Berdasarkan contoh ini didapati sanad hadith ini terputus dari


permulaannya hinggalah kepada sahabat.

Hukumnya: Secara umumnya, ia adalah dhacif, kecuali yang terdapat dalam sahih Al-
Bukhari dan Muslim kerana ia mempunyai pengecualian yang khusus.

Hadith Muacllaq di dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim:


Di dalam sahih Al-Bukhari terdapat 1341 hadith jenis ini, manakala di dalam
sahih Muslim pula terdapat satu sahaja iaitu di dalam bab At-Tayammum. Ulama telah
mengkaji, di dalam sahih Al-Bukhari, secara umumnya hadith jenis ini terbahagi kepada
dua, iaitu:

1- Dengan menggunakan lafaz Al-Jazm ( ‫اللجزم‬ ‫)صيغة‬, seperti (‫)قال‬, (‫)ذَكر‬, (‫)روى‬
dan sebagainya. Jenis ini dikira sahih sehingga kepada orang yang
disandarkan kepadanya.
2- Dengan menggunakan lafaz At-Tamrid (‫التم}}ريض‬ ‫)ص}}يغة‬, seperti (‫)قيل‬, (‫)ذُكر‬, (

‫) ُروي‬ dan sebagainya. Hukum jenis ini bergantung kepada sanad dan

matannya secara keseluruhan, kerana ia berkemungkinan sahih, hasan atau


dhacif.

Rujukan utama: Antaranya ialah Kitab Taghliq At-Tacliq oleh Al-Hafiz Ibn Hajar.

8.2.2 Al-Mursal (‫)المرسل‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang akhir sanadnya terputus di peringkat perawi selepas
At-Tabicein. Ini bermaksud, akhir sanad ialah penghujung sebelah
sahabat. Dalam konteks ini ia dilihat sebagai berlawanan dengan Hadith
Muacllaq. Bentuknya ialah seperti apabila tabicein besar atau pun kecil

berkata: ‫كذا‬ ‫قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم كذا أو فعل كذا أو فُعل حبضرته‬
Al-Mursal di sisi Fuqaha dan Usuliyyun:
Definisi di atas adalah berdasarkan istilah Muhaddithin dalam ilmu Metod
Hadith, manakala ahli usul feqh dan ahli feqh pula menggunakan istilah Al-Mursal
dengan maksud semua jenis hadith yang terputus sanad, tanpa mengira apa bentuk
keterputusan sanad tersebut.

Dalam konteks ini, Al-Mursal di sisi Fuqaha dan Usuliyyun adalah sama dengan
Al-Munqatic di sisi Muhaddithin.

Hukumnya:
Secara umumnya ia dikira dhacif kerana sanadnya terputus. Namun, berdasarkan
kajian yang dilakukan, ulama mendapati ada sebahagian yang boleh diterima apabila
menepati dengan syarat-syarat yang berikut:

1- Hendaklah perawi tabicein itu terdiri daripada Tabicein Kibar, kerana seorang
tabicein kabir seperti Al-Hasan Al-Basri dan Sacid Ibn Al-Musayyab biasanya
banyak menerima riwayat daripada sahabat secara langsung dan bukan
melalui perantaraan tabicein yang lain.

2- Hendaklah seseorang tabicein itu, apabila dia menyebut nama gurunya, maka
didapati tidak ada seorang pun yang bertaraf dhacif.

3- Hendaklah riwayat tabicein itu tidak bercanggah dengan riwayat perawi


thiqah yang lain.

4- Salah satu daripada perkara-perkara di bawah yang perlu digabungkan dengan


tiga syarat di atas:

a. Hendaklah hadith tersebut telah diriwayatkan secara bersambung


sanad oleh perawi yang lain.

b. Atau hendaklah hadith tersebut telah diriwayatkan secara mursal juga


oleh perawi yang lain.

c. Hendaklah isi kandungan hadith tersebut menepati pendapat, kata-kata


atau fatwa mana-mana sahabat Rasulullah s.a.w.

d. Hendaklah isi kandungan hadith tersebut menepati fatwa kebanyakan


ulama.

Jenis-jenisnya:
Ulama telah membahagikannya kepada dua, iaitu:

Jenis-jenis Hadith
Mursal

Mursal Tabicein Mursal Sahabi


1- Mursal Tabicein, iaitu sebagaimana yang dibahaskan di atas.

2- Mursal Sahabi (‫ص }}حايب‬ ‫)مرسل‬ iaitu sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh

seseorang sahabat daripada Rasulullah s.a.w. bukan secara langsung. Dengan


kata lain, ia diriwayatkan melalui perantaraan sahabat yang lain.

Keadaan ini berlaku mungkin kerana seseorang sahabat itu tidak menghadiri
sesuatu peristiwa bersama Rasulullah s.a.w. atau kerana umurnya yang
panjang atau kerana sewaktu Rasulullah s.a.w. wafat beliau masih muda.

Jumhur Ulama menerima hadith mursal sahabi sebagai sebuah hadith yang
sahih kerana kebiasaannya seseorang sahabat itu menerima sesuatu riwayat
daripada sahabat yang lain, dan jarang berlaku riwayat seorang sahabat
daripada tabicein. Jika perawi yang digugurkan ialah seorang sahabat juga,
maka keadaaan ini tidak akan menjejaskan nilai kesahihan sanad sesuatu
hadith.

Sumber Hadith Mursal:


Terdapat sebahagian ulama yang mengumpulkan hadith jenis ini di dalam sebuah
buku yang khusus, antaranya ialah:

1- Kitab Al-Marasil oleh Abu Daud.

2- Kitab Al-Marasil oleh Ibn Abi Hatim.

3- Kitab Jamic At-Tahsil Li Ahkam Al-Marasil oleh Al-cAlaa’i.


8.2.3 Al-Mucdhal (‫)المعضل‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang gugur daripada rangkaian sanadnya dua orang perawi
atau lebih secara berturut-turut.

Contohnya: Hadith riwayat Malik daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah


bersabda:

"‫"اململوك طعامه وكسوته باملعروف‬


Maksudnya: “Bagi seseorang hamba itu makanan dan pakaian yang elok.”
(Al-Hakim, 1977, ms:37)

Hadith ini dikatakan Mucdhal kerana antara Malik dengan Abu


Hurairah terdapat dua orang perawi yang digugurkan secara berturut-
turut, iaitu Muhd Ibn cAjlan dan ayahnya cAjlan. Hakikat ini dapat
dikesan melalui riwayat lain yang terdapat di luar kitab Muwattac Malik.

Kadangkala berlaku keadaan di mana sesebuah hadith itu


diberikan kedua-dua istilah Mucdhal dan Mucallaq, iaitu sekiranya sanad
hadith tersebut terputus di peringkat permulaan melalui pengguguran dua
orang perawi secara berturut-turut.

Kitab yang mengandungi hadith ini:


Menurut pendapat As-Suyuti ialah:

1- Kitab Sunan Sacid Ibn Mansur

2- Karya-karya Ibn Abi Ad-Dunya seperti; Kitab As-Samt, Kitab Al-cAql, Kitab
Makarim Al-Akhlaq dan lain-lain.
8.2.4 Al-Munqatic (‫)المنقطع‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang terputus sanadnya dalam apa jua bentuk. Dalam
konteks ini termasuklah di dalamnya semua jenis hadith dha cif kerana
terputus sanad.

8.2.5 Al-Mudallas (‫)المدلس‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku di dalam periwayatannya jenayah ‘tadlis’ (

‫)التدليس‬.
Jenayah Tadlis maksudnya, menyembunyikan kecacatan dalam
bentuk keterputusan sanad yang ada pada sanad sesuatu hadith. Perawi
tersebut telah menggunakan lafaz periwayatan yang mengelirukan dan
mendakwa bahawa dia menerima sesuatu riwayat hadith daripada
gurunya, sedangkan hadith tersebut telah beliau terima daripada orang
lain. Maka dengan menggugurkan nama orang sebenar yang
meriwayatkan hadith kepadanya dan menggantikannya dengan nama
gurunya. Ini bermakna, sanad tersebut telah terputus. Keadaan ini menjadi
lebih serius sekiranya perawi yang digugurkan itu adalah seorang yang
bertaraf dhacif.

Contohnya:
Seperti kata Sufyan Ibn cUyainah: daripada Az-Zuhri, sedangkan hadith tersebut
beliau terima daripada cAbd Ar-Razak daripada Macmar daripada Az-Zuhri. Dalam
konteks ini Sufyan dikatakan telah menggugurkan dua orang perawi sebelum Az-Zuhri.
Keadaan ini dikatakan tersembunyi dan sukar dikesan kerana Az-Zuhri memang guru
kepada Sufyan, dan sanad dilihat seolah-olah bersambung, sedangkan pada hakikatnya
tidak bersambung.
Jenis-jenisnya:
Ulama telah membahagikannya kepada tiga, iaitu:

Tadlis Al-Isnad

Jenis-jenis Hadith Al-


Mudallas

Tadlis At- Tadlis Al-


Taswiyah Shuyukh

1- Tadlis Al-Isnad (‫اإلسناد‬ ‫)تدليس‬


Maksudnya, seperti yang diterangkan di atas mengenai Al-Mudallas.

2- Tadlis Ash-Shuyukh (‫الشيوخ‬ ‫)تدليس‬


Maksudnya, iaitu menukar identity guru agar tidak dikenali, samada tukar

nama, kuniyah (‫)كين‬, nasab (‫)نسب‬, atau gelarannya ( ‫)لقب‬. Contohnya, seperti

kata Abu Bakar Ibn Mujahid: telah memberitahu kami cAbdullah Ibn Abi
c
Abdillah. Yang dimaksudkannya ialah Abu Bakar Ibn Abi Daud As-Sijistani.

3- Tadlis At-Taswiyah (‫التسوية‬ ‫)تدليس‬


Iaitu, menggugurkan seorang perawi dhacif yang berada di antara dua orang
perawi yang thiqah dalam rangkaian sesuatu sanad, yang mana kedua perawi
thiqah itu memang saling mriwayatkan hadith antara satu sama lain.
Jenis ini adalah dikatakan jenayah tadlis yang paling buruk. Antara
individu yang dikenalpasti banyak melakukannya ialah seperti Baqiyyah Ibn
Al-Walid dan Al-Walid Ibn Muslim.
Faktor-faktor yang mendorong jenayah tadlis:
Antara faktor-faktor yang dikenalpasti oleh ulama sebagai pendorong jenayah

Tadlis Ash-Shuyukh ialah:

1- Ketidak thiqahan guru.

2- Kelanjutan umur guru, hingga menyebabkan dia mempunyai ramai murid.

3- Kesenioran murid berbanding guru.

4- Terlalu banyak riwayat daripada seorang guru.

Manakala, antara faktor-faktor yang dikenalpasti oleh ulama sebagai pendorong


jenayah Tadlis At-Taswiyah pula ialah:

1- Berpura-pura memiliki sanad yang tinggi (pendek).

2- Tertinggal beberapa hadith daripada seorang guru.

Rujukan utamanya:
1- Kitab At-Tabyiin Li Asmaa’ Al-Mudallisin oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2- Kitab At-Tabyiin Li Asmaa’ Al-Mudallisin oleh Burhanuddin Al-Halabi.

3- Tacrif At-Taqdia Bi Maratib Al-Mausufin Bi At-Tadlis oleh Al-Hafiz Ibn


Hajar.

8.2.6 Al-Mursal Al-Khafiy (‫الخفي‬ ‫)المرسل‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi daripada
seseorang perawi lain yang dia pernah jumpa atau pernah hidup sezaman
dengannya, dengan menggunakan lafaz, periwayatan yang mengelirukan
seperti (‫)عن‬, (‫ )ق } }}ال‬dan sebagainya. Sedangkan pada hakikatnya dia

memang tidak menerima riwayat tersebut daripada perawi itu, sebaliknya


daripada perawi yang lain.

Contohnya: Hadith riwayat cUmar Ibn cAbd Al-cAziz daripada cUqbah Ibn Al-cAmir
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"‫"رحم اهلل حارس احلرس‬

Maksudnya: “Semoga Allah merahmati pengawal kepada pengawal” (Ibn


Majah, kitab Al-Jihad, no: 2769)

Hadith ini dikatakan Al-Mursal Al-Khafiy kerana cUmar Ibn cAbd Al-
c
Aziz sempat berjumpa cUqbah r.a. walaupun pernah hidup sezaman
dengannya sebagaimana kata Al-Mizzi di dalam kitab Tuhfah Al-Atraf.

Perbezaan Di Antara Al-Mudallas Dan Al-Mursal Al-Kahfiy

Ia dapat dilihat dari segi berlakunya periwayatan antara seorang perawi dengan
gurunya. Dalam konteks Al-Mudallas, memang seorang ‘mudallis’ (orang yang
melakukan tadlis) itu pernah meriwayat hadith daipada gurunya Cuma hadith-hadith
tertentu sahaja yang beliau tidak sempat meriwayatkannya, maka beliau mentadliskan.
Manakala dalam konteks Al-Mursal Al-Khafiy pula, memang seseorang perawi
itu tidak pernah meriwayatkan hadith daripada seseorang yang didakwa gurunya, Cuma
dia hanya sempat berjumpa atau sekurang-kurangnya sempat hidup dalam satu masa
dengan gurunya.

Sumber rujukan utama: Antara sumber utama yang khusus ialah Kitab Al-Tafsil Li
Mubham Al-Marasil oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.
BAB 9

TOcAN FI AL-RAWI DARI SUDUT cADALAH

Tocan Fi Al-Rawi

Fi Al-cAdalah Fi Ad-Dobt

Al-Kazib Kathrat Al-


Al-Mauduc Al-Munkar
Ghalat

Tuhmah Bi Kathrat Al-


Al-Matruk Al-Munkar
Al-Kazib Ghaflah

Al-Fisq Al-Munkar Al-Wahm Al-Maclul

Al-Juhalah Ad-Dhacif Suu’u Al-


Ad-Dhacif
Hifz

Al-Bidcah Ad-Dhacif Mukhalafat As-Syaz/


Jiddan Al-Thiqaat Al-Munkar

9.1 Riwayat Al-Kazzab (‫)الكذاب‬/ Hadith Mauduc (‫)الموضوع‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang atau terdapat di dalam
rangkaian sanadnya, seorang perawi ‘kazzab’, iaitu seseorang perawi
yang membuat atau meriwayatkan sesuatu hadith palsu dengan sengaja
walaupun sekali sahaja.

Hadith seperti ini dinamakan ‘Al-Mauduc’ (‫)املض}}وع‬. Pada hakikatnya, ia

bukanlah sebuah hadith. Ia dinamakan sebuah hadith atas beberapa sebab iaitu:

1- Berdasarkan dakwaan perawi atau pembuatnya.


2- Bagi memudahkan ulama mengkaji atau mengenal pastinya.

3- Berdasarkan makna ‘hadith’ dari segi bahasa yang bermaksud; sesuatu yang
diperkata, diperkhabar, diucapkan dan sebagainya.

4- Penentuan bagi hadith bagi sesebuah hadith itu sebagai maudu c adalah
berdasarkan kepada kajian yang natijahnya bersifat atau bertaraf ‘zanni’.
Sesuatu hukuman itu dikatakan bertaraf zanni kerana ia masih ada
kemungkinan bahawa hadith yang dihukum sebagai maudu c itu bukan mauduc
dan perawi yang dihukum sebagai pembohong itu tidak berbohong di dalam
riwayatnya yang tertentu, meskipun peratus kemungkinannya amat kecil
sekadar 0.001% misalnya. Oleh kerana kemungkinan (walaupun kecil) inilah,
maka sesuatu hadith mauduc itu masih boleh dinamakan hadith, sekalipun ada
hakikatnya bukan hadith.

Kedudukan Hadith Mauduc.

Ia merupakan jenis hadith dhacif yang paling dhacif, dengan kata lain ia
menduduki carta yang terkebawah sekali dalam senarai kedudukan jenis-jenis hadith
dhacif. Sebahagian ulama menjadikannya satu bahagian khusus dan mengasingkannya
daripada kumpulan hadith dhacif, kerana ia bukan sekadar dhacif bahkan palsu.

Tingkatan-tingkatan Hadith Mauduc.

Sebagaimana hadith yang lain, hadith ini juga mempunyai tingkatan-tingkatan yang
berbeza bergantung kepada sejauh mana nilai kepalsuan yang ada padanya. Tingkatan-
tingkatan tersebut ialah:
1- Yang disepakati oleh ulama tentang kepalsuannya.

2- Yang dihukum oleh Jumhur ulama sebagai palsu.

3- Yang dihukum oleh segelintir ulama sebagai palsu, manakala jumhur hannya
menghukumkannya sebagai Matruk, Munkar dan sebagainya yang tidak sampai
ke tahap Mauduc.
Jenis-jenisnya berdasarkan pembuatnya:
Secara umumnya ia terbahagi kepada tiga, iaitu:
1- Maklumat yang memang direka oleh pemalsu hadith itu sendiri dan kemudian
dijadikan sebagai hadith.

2- Maklumat yang direka atau disebutkan oleh seseorang tokoh dan kemudian
dijadikan sebagai hadith oleh pemalsu hadith.

3- Maklumat yang bukan direka oleh pemalsu hadith dan bukan disebut oleh
seseorang tokoh, tetapi merupakan suatu kesilapan dalam periwayatan yang
tidak disengajakan.

Sejarah Pemalsuan Hadith Mauduc:

Jumhur ulama berpendapat bahawa pemalsuan hadith bermula di zaman ‘Fitnah’,


iaitu zaman bermulanya perselisihan yang serius di kalangan umat Islam. ‘Fitnah’ dalam
konteks sejarah Islam bermula dengan pembunuhan cUthman Ibn cAffan r.a. dan
kemudiannya terus melarat dengan beberapa siri pertentangan di antara umat Islam.

Rasional kemunculan hadith palsu di zaman ini dilihat kerana pengikut-pengikut


puak yang bertelagah masing-masing ingin menguatkan pendapat mereka dengan dalil-
dalil syarac daripada Al-Qur’an dan Hadith. Apabila nas-nas Al-Qur’an serta hadith-
hadith sahih yang ada dirasakan tidak cukup dan tidak mampu menguatkan hujah
mereka, maka mereka mula mereka-reka nas palsu bagi tujuan tersebut.

Khilaf Berhuja Tidak ada Hadith


h dalil Palsu
Faktor-faktor kemunculan Hadith Mauduc:

2-Faktor
perselisihan (khilaf)

3-Faktor keinginan 1-Faktor Zindiq


untuk menyeru atau Mulhid
kebaikan
Faktor-faktor
Kemunculan Hadith
Mauduc 5-Faktor cerita
dan penceritaan
4-Faktor
ketacsuban
6-Faktor kepentingan
peribadi

Berdasarkan hadith-hadith Mauduc yang terkumpul dan yang telah dibukukan,


ulama telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan timbulnya hadith Mauduc
ini. antaranya ialah:

1- Faktor Zindiq atau Mulhid,


Iaitu golongan yang tidak berpegang kepada ajaran agama, yang pura-pura
memeluk Islam untuk menikan Islam dari dalam dengan mentakwilkan nas-
nas syarac sebagai satu takwilan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip
aqidah. Golongan ini pada hakikatnya memusuhi dan membenci Islam tetapi
mereka menyembunyikannya kekufuran mereka dan menonjolkan imej
keislaman mereka sebagai penganut agama Islam yang benar-benar iltizam.

2- Faktor perselisihan (khilaf)


Perselisihan ini berlaku di kalangan umat Islam, baik perselisihan politik
kerana merebut jawatan khalifah, mahu pun perselisihan aqidah yang berlaku
seyelah munculnya berbagai aliran pemikiran, ataupun perselisihan feqah
yang berlaku setelah muncul berbagai mazhab feqah yang berbeza pendapat.
3- Faktor keinginan untuk menyeru dan menggalakkan kepada kebaikan,
Faktor ini adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya mengamalkan
sesuatu amalan baik atau member peringatan agar mereka meninggalkan
sesuatu amalan yang tidak baik. Faktor ini dianggap sebagai antara yang
terpenting dan yang paling besar kesannya dalam menimbulkan hadith-hadith
palsu khasnya yang berkaitan dengan fadhail al-Acmal (kelebihan sesuatu
amalan), targhib dan tarhib dan sebagainya.

4- Faktor ketacsuban,
Ianya berlaku samada ketacsuban kepada mazhab, negeri, bahasa, kaum,
pemimpin dan sebagainya.

5- Faktor cerita dan penceritaan,


Iaitu penceritaan yang dilakukan oleh tukang cerita (penglipur lara), tentang
kisah dahulu kala atau akan datang yang kebiasaannya menyentuh perkara-
perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia kecuali melalui nas-nas
syarac yang sahih.

6- Faktor kepentingan peribadi,


Contohnya ialah, seperti membodek raja, melariskan jualan, maslahat diri
sendiri dan sebagainya.

Tanda-tanda kepalsuan hadith Mauduc: Tanda-


tanda
Kepals
uan
Hadith
Pa Pa
Maudu
da Pada
c da
sa sana m
na d at
d dan an
mata
n
Melalui penelitian terhadap semua hadith-hadith mauduc yang telah dikumpul dan
yang telah dibukukan, ulama telah mengenal pastti beberapa unsur yang boleh dijadikan
tanda untuk mengecam sesuatu hadith mauduc. Secara umumnya, tanda tersebut
terbahagi kepada tiga, iaitu:

1- Tanda-tanda pada sanad,

2- Tanda-tanda pada matan,

3- Tanda yang tidak ada pada kedua-duanya (sanad dan matan).

1- Tanda-tanda pada sanad:

a. Pengakuan perawi atau pembuat hadith palsu itu sendiri.

b. Perkara-perkara yang seakan-akan pengakuan, seperti apabila ditanya


tentang bilakah beliau menerima sesuatu riwayat itu daripada gurunya,
lalu beliau menyebutkan tarikh di mana pada ketika itu guru tersebut telah
pun meninggal dunia. Begitu juga apabila ditanya tentang di mana beliau
menerima riwayat tersebut, lalu beliau menjawab, di mana satu tempat
yang guru tersebut tidak pernah pergi atau beliau sendiri tidak pernah
pergi.

c. Berdasarkan keadaan-keadaan yang ada pada perawi tersebut, seperti


apabila beliau meriwayatkan sesuatu yang menyokong puaknya, atau
apabila beliau dilihat suka mengampu raja dan mementingkan
kepentingan peribadi.

d. Terdapat di dalam rangkaian sanad perawi-perawi yang dihukum oleh


ulama sebagai ‘kazzab’ (pendusta).

2- Tanda-tanda pada matan:


a. Bercanggah dengan dalil-dalil lain daripada Al-Qur’an, hadith, serta ijmac
yang qatcie.

b. Bercanggah dengan kelogikan aqal yang waras, tangkapan pancaindera


serta reality.

c. Bahasa yang longgar, termasuk di dalam tanda ini ialah:

i. Ketidak seimbangan balasan dengan sesuatu amalan yang


dilakukan, samada amalan baik atau jahat. Tanda ini biasanya
terdapat di dalam hadith-hadith tentang fadhilat amalan atau
targhib dan tarhib.

ii. Bahasa yang mengandungi unsur keji, kotor, jijik, jelek dan
sebagainya.

iii. Bahasa yang tdak mirip kepada bahasa kenabian, tetapi lebih mirip
kepada bahasa kepawangan dan kedoktoran.

3- Tanda yang tidak ada pada kedua-duanya (sanad dan matan):

Satu-satunya tanda dalam konteks ini, ialah ketidakwujudan hadith di


dalam mana-mana sumber rujukan hadith yang utama. Iaitu apabila dicari hadith
terbabit di dalam semua kitab hadith yang ada pada hari ini, kita tidak
menjumpainya. Ini dikatakan antara unsur-unsur yang boleh dijadikan tanda
kepalsuan kerana jika sesuatu hadith itu sahih atau thabit nescaya kita akan
mendapatinya di dalam sumber-sumbernya. Ini kerana, boleh dikatakan hamper
keseluruhan hadith Rasulullah s.a.w. sudah dibukukan.

Usaha-usaha ulama dalam menangani Hadith Palsu:

Sebaik sahaja bermulanya gejala pemalsuan hadith, ulama pantas mengambil


langkah yang sewajarnya bagi menangani gejala tersebut. Antara langkah yang telah
diambil ialah:
1- Memeriksa sanad sesebuah hadith. Dalam konteks pemeriksaan sanad ini, ulama
telah mengambil beberapa pendekatan antaranya:
a. Mengembara kerana mencari sesebuah hadith untuk bertemu dengan
seseorang guru, bagi memastikan kesahihan hadith tersebut khasnya dari
segi san adnya.
b. Membahaskan kedudukan perawi-perawi yang terlibat di dalam
periwayatan hadith bagi menentukan sama ada seseorang perawi itu
thiqah (boleh diterima riwayatnya) atau sebaliknya.

2- Membahas matan sesuatu hadith yang diriwayatkan itu bagi menentukan apakah
terdapat cillah padanya atau tidak.

3- Mengenakan sekatan akademik ke atas kawasan-kawasan tertentu yang dikenal


pasti sebagai ‘lubuk’ hadith palsu, dengan mengawal aliran keluar masuk sesuatu
maklumat hadith ke kawasan terbabit. Dalam konteks ini, ulama pernah
mengenakan sekatan tersebut ke atas negeri Kufah.

4- Mengumpul dan membukukan hadith-hadith yang dikenal pasti sebagai palsu.

Hasil-Hasil Yang Diperolehi Daripada Usaha-Usaha Yang Telah Dilakukan:

Kesan daripada usaha gigih tersebut, maka terhasillah beberapa natijah yang
cukup positif antaranya:

1- Lahirnya beberapa disiplin ilmu hadith yang belum wujud sebelumnya secara
lengkap seperti ilmu Kajian Sanad dan Matan, ilmu Al-Jarh wa Ta cdil, ilmu cIal
Al-Hadith, Gahrib Al-Hadith dan sebagainya. Kesemua disiplin-disiplin tersebut
menjurus kepada satu matlamat iaitu, menjaga, mengawal, menapis dan
memantau hadith-hadith yang diriwayatkan daripada sebarang unsur kepalsuan.

2- Lahirnya banyak buku-buku hadith dan buku-buku cUlum Al-Hadith.


3- Lahirnya banyak buku-buku khusus yang mengumpul dan menyenaraikan hadith-
hadith palsu serta nama-nama perawi yang terlibat dalam membuat dan
meriwayat hadith tersebut. Antara kitab-kitab tersebut ialah:

a. Kitab Al-Abaatil Wa Al-Manaakir oleh Al-Juzaqani.

b. Kitab Al-Mauduucat oleh Ibn Al-Jauzi.

c. Kitab Tanzih Ash-Sharicah Al-Marfucah cAn Al-Ahaadith Ash-Shanicah


Al-Mauducah oleh Ibn cArraq.

d. Kitab Al-Laalii’ Al-Masnucah Fi Al-Ahaadith Al-Mauducah oleh As-


Suyuti

e. Al-Fawaid Al-Majmucah Fi Al-Ahaadith Al-Mauducah.

f. Kitab Al-Manar Al-Munif oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.

Hadith-Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir:

Sebahagian daripada penulis-penulis kitab tafsir tidak memasukkan ke dalam


karya-karya mereka (sama ada dengan sengaja atau tidak) beberapa hadith palsu khasnya
hadith-hadith tentang fadhilat (kelebihan) sesuatu surah yang kononnya diriwayatkan
oleh Ubai Ibn Kacb r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Antara mereka ialah seperti Ath-
Thaclabi, Al-Wahidi, Az-Zamakhsyari, Al-Baidawi, Ash-Shaukani dan lain-lain.

9.2 Riwayat Al-Muttaham Bi Al-Kazib (‫بالكذب‬ ‫)رواية المتهم‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh atau terdapat di dalam rangkaian
sanadnya seorang perawi yang ‘Muttaham Bi Al-Kazib’, iaitu seseorang
yang selalu bercakap bohong di dalam pergaulannya dengan orang ramai,
meskipun tidak pernah thabit bahawa dia pernah membuat atau
meriwayatkan walaupun sebuah hadith palsu atau pun seseorang yang
berpegang kepada sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip dan
kaedah-kaedah umum agama.

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi jenis ini dinamakan ‘Al-Matruk’ (‫امل‬

‫)رتوك‬.

Contohnya: Hadith yang diriwayatkan oleh Sodqah Ibn Musa Ad-Daqiqi daripada
Farqad As-Subkhi daripada Murrah At-Toiyyib daripada Abu Bakar r.a.
Begitu juga hadith yang diriwayatkan daripada cAmr Ibn Shamir Al-Jucfi
daripada Jabir Al-Jucfi daripada Al-Harith Al-Acwar daripada cAli r.a.

9.3 Riwayat Al-Fasiq (‫الفاسق‬ ‫)رواية‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang atau terdapat di dalam
rangkaian sanadnya seorang perawi yang fasiq, iaitu seseorang yang
dikenal pasti pernah melakukan dosa besar walaupun sekali, atau yang
sering melakukan dosa kecil.

Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh perawi jenis ini dinamakan Al-

Munkar (‫)املنكر‬.

9.4 Riwayat Al-Majhul (‫المجهول‬ ‫)رواية‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi yang
‘majhul’ iaitu yang tidak diketahui samada ianya cadil (thiqah) atau
sebaliknya.

Jenis-jenisnya: Ulama telah membahagikannya kepada dua jenis, iaitu:

Majhul Al-cAin
Majhul Majhul Al-
c
Ain
Majhul Al-Hal
Majhul Al-
c
Ain
1- Majhul Al-cAin (‫العين‬ ‫)مجهول‬
Iaitu seseorang perawi yang tidak dikenali identitinya meskipun
namanya disebut dalam rangkaian sanad. Ulama telah mendefinisikan
perawi jenis ini sebagai seseorang yang hanya mempunyai seorang
murid sahaja, dan murid tersebut tidak mengatakan bahawa dia
seorang yang thiqah.

2- Majhul Al-Hal (‫الحال‬ ‫)مجهول‬


Iaitu seseorang perawi yang dikenali nama dan identitinnya tetapi
tidak diketahui keadaan dan sifatnya samada thiqah atau sebaliknya.
Perawi jenis ini diistilahkan juga oleh ulama sebagai Al-Mastur (

‫ )المستور‬dan definisi perawi jenis ini ialah seseorang yang mempunyai


dua orang murid atau lebih tetapi kesemua murid-murid tersebut tidak
mengatakan bahawa dia seorang yang thiqah.

Kedua-dua hadith jenis ini adalah dinamakan bahawa


hadithnya adalah dhacif dan tidak diterima. Namun begitu, sekiranya
terdapat jalan atau riwayat lain yang lebih baik daripadanya maka
martabat hadith ini akan menjadi Hasan Lighairihi. (Abu Laith, 2005,
c
Ulum Al-Hadtih, hlm: 236)

Rujukan Utama:
Antara rujukan utama yang membahaskan isu ini secara terperinci ialah kitab
Dhawaabit Al-Jarh Wa At-Tacdil oleh Syeikh cAbd Al-cAziz Ibn Muhd cAbd Al-Latif.

9.5 Riwayat Al-Mubtadic (‫المبتدع‬ ‫)رواية‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi atau terdapat di
dalam rangkaian sanadnya seorang perawi dari kalangan ahli bid cah.
Bidcah yang dimaksudkan di sini ialah mempercayai atau mengamalkan
sesuatu aqidah yang bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bukan kerana ingkar tetapi kerana
sesuatu syubuhat yang tertentu.

Jenis-jenisnya:
Bidcah dalam konteks ini ialah dari sudut aqidah dan ianya terbahagi
kepada dua iaitu:

Bidcah

Bidcah Bidcah Ghair


Mukaffirah Mukaffirah

1- Bidcah Mukaffirah
Iaitu, yang boleh membawa seseorang itu kepada kekufuran seperti
bidcah pelampau-pelampau Syicah yang mengankat cAli r.a bukan
sahaja ke tahap kenabian malah ke taraf ketuhanan.

2- Bidcah Ghair Mukaffirah


Iaitu, yang tidak membawa seseorang itu kepada kekufuran, seperti
bidcah pengikut-pengikut Syicah yang sederhana, yang mana mereka
berselisih dengan prinsip-prinsip ahli sunnah kerana terkeliru dengan
takwilan dan syubuhat yang tertentu.
9.6 Riwayat Al-Mubham (‫المبهم‬ ‫)رواية‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi yang
‘mubham’ iaitu perawi yang tidak dinyatakan nama dan identitinya di

dalam rangkaian sanad sebaliknya digunakan umum seperti (‫ )رجل‬atau (

‫ )امرأة‬atau (‫ )ابن‬dan sebagainya.

Faedahnya dari segi sanad ialah mengenal pasti perawi yang


terlibat dalam sesuatu sanad bagi menentukan kesahihan sanad tersebut,
manakal dari segi matan pula ialah untuk mengetahui individu yang
terlibat dalam sesuatu peristiwa atau kisah yang terdapat dalam sesuatu
matan.

Cara untuk mengetahui identity perawi mubham ialah dengan


mengumpul riwayat sesebuah hadith seberapa banyak yang mungkin
kemudian mencari identity perawi tersebut berdasarkan riwayat-riwayat
yang terkumpul itu. Ataupun dengan merujuk kepada buku-buku sirah
dan sejarah Islam.

Sumber rujukan:
Antara rujukan utamanya ialah, kitab Al-Mustafad Min Mubhamat
Al-Matn Wa Al-Isnad oleh Al-cIraqi.

9.7 Riwayat Al-Kafir (‫الكافر‬ ‫)رواية‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam sanadnya seorang perawi kafir.

9.8 Riwayat As-Sobiyy (‫الصبي‬ ‫)رواية‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi
yang belum baligh atau belum sampai umurnya ke tahap kelayakan
meriwayatkan hadith.
9.9 Riwayat Al-Majnun (‫المجنون‬ ‫)رواية‬
Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalam rangkaian sanadnya seorang perawi
yang gila.

9.10 Riwayat Makhrum Al-Muru’ah (‫المروءة‬ 3‫)رواية مخروم‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh perawi atau terdapat di dalam
rangkaian sanadnya seorang perawi yang mengaibkan, seperti ketawa dan
begurau daengan gurauan yang keterlaluan, makan di tengah-tengah
kesibukan pasar dan sebagainya.
BAB 10

TO’AN FI AL-RAWI DARI SUDUT DHABIT

Mardud

Tocan Fi Al-Rawi

Fi Ad-Dobt

Kathr Kathr Suu’u Al- Mukh


at Al- at Al- Al- Wah alafat
Ghala Ghafl Hifz m Al-
t ah Al- Thiqa
Thiqa at
h As-Syaz/
Al-Munkar Al-Munkar Ad-Dhacif Al-Ma c
lul
Al-Munkar

Mukhtalit Dhacif Al-Mudraj

Al-Maqlub

Al-Mudhtarib

Al-Mazid Fi
Muttasil Al-
Isnad
Al-Musahhaf

Al-Muharraf

10.1 Riwayat Fahsh Al-Ghalat (‫الغلط‬ ‫)رواية فحش‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang Faahish Al-
Ghalat, iaitu seorang yang dikenal pasti bahawa kesilapannya lebih
banyak daripada ketepatannya dalam meriwayatkan hadith. Hadith ini
juga dihukumkan sebagai Al-Munkar.

10.2 Riwayat Kathrat Al-Ghaflah ( ‫الغفلة‬ ‫)رواية كثرة‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang Kathrat Al-
Ghaflah, iaitu perawi yang banyak kelekaan serta kurang daya
kepekaannya sehingga beliau tidak dapat membezakan manakah
riwayatnya yang sebenar. Apabila seseorang perawi itu dibacakan
kepadanya beberapa hadith dengan satu bentuk pembacaan yang bukan
bersifat periwayatan yang diistilahkan oleh Muhaddithin sebagai ‘talqin’ (

‫)التلقني‬. Maka, perawi tersebut menyampaikan hadith tersebut kepada

orang lain melalui cara periwayatan yang menggambarkan seolah-olah


riwayat tersebut sememangnya beliau mendengarnya sendiri (diterima
secara langsung) sedangkan, beliau hanya mendengar riwayat tersebut
secara ‘talqin’ sahaja. Maka dalam konteks ini, riwayatnya dikira dha cif
dan ianya juga dinamakan hadith tersebut sebagai Al-Munkar.

10.3 Riwayat Suu’u Al-Hifz (‫الحفظ‬ ‫)رواية سوء‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dihukum
sebagai Sayyi’ Al-Hifz (dalam konteks disiplin Al-Jarh Wa Al-Tacdil),

iaitu, seseorang perawi yang terkena penyakit pelupa ( ‫احلفظ‬ ‫)س}}وء‬. Yang
bermaksud ketepatan dan kesilapannya dalam meriwayatkan hadith
adalah sama banyak.

Jenis-jenisnya:
Keadaan apa yang dikatankan dengan Suu’ Al-Hifz itu, terbahagi kepada
dua, iaitu:
1- Yang berlaku daripada asal dan berkekalan.

2- Yang berlaku kerana sebab-sebab tertentu seperti umur yang lanjut,


buku terbakar atau hilang dan sebagainya.
Keadaan inilah yang dinamakan oleh ulama sebagai ‘Al-Ikhtilat’ ( ‫ا‬

‫ )إلختالط‬manakala perawi yang terkena penyakit ini dinamakan sebagai

‘Al-Mukhtalit’ (‫)املختلط‬.

Rujukan utama:
1- Kitab Al-Ikhtilat Bi Macrifat Man Rumiya Bi Al-Ikhtilat oleh Burhanuddin
Al-Halabi.

2- Kitab Al-Kawakib An-Niirat Fi Macrifat Man Ikhtalat Min At-Thiqat oleh Ibn
Al-Kayyat.

10.4 Riwayat Wahm Al-Thiqah (‫الثقة‬ ‫)رواية وهم‬


Defnisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang banyak

waham (‫ )ال}}وهم‬iaitu, tersilap di dalam meriwayatkan hadith muttasil atau

meriwayatkan hadith mauquf secara marfuc dan sebagainya.

Satu-satunya cara untuk mengesan waham ini adalah dengan


mengumpulkan seberapa banyak riwayat yang mungkin bagi sesuatu
hadith. Kemudian dibuat perbandingan di antara riwayat-riwayat tersebut.

Jenis hadith ini telah dihukumkan hadithnya dengan dinamakan


Al-Maclul. (Abu Laith, 2005, cUlum Al-Hadtih, hlm: 194)

10.4.1 Al-Maclul (‫)المعلول‬/ Al-Mucallal (‫)المعلل‬/ Al-Mucalla(‫المعل‬


ّ )

Definisinya: Sesuatu hadith yang terdapat di dalamnya cillah walaupun pada zahirnya
tidak ada.
C
Illah maksudnya, sesuatu kelemahan atau kecacatan yang
tersembunyi dan sukar dikesan yang mana kewujudannya boleh
menjejaskan kesahihan sesebuah hadith, sedangkan pada zahirnya ia
seolah-olah tidak ada.
Kadang kala, ulama menggunakan istilah cillah dengan mafhum
bahasa iaitu sebarang unsur atau sebab yang menjadikan sesebuah hadith
itu dhacif. Maka, dalam konteks ini ia merangkumi semua sebab-sebab
kedhacifan dan semua jenis hadith berdasarkan mafhum bahasa ini dikira
hadith Al-Mucallal.

Mengesan cillah adalah sesuatu yang amat sukar kerana ia


biasanya terdapat di dalam riwayat perawi thiqah. Adapun riwayat perawi
dhacif, maka kedhacifan perawi itu sendiri sudah cukup menjadi faktor
yang jelas lagi mudah untuk mengesannya. Oleh sebab itulah, tugas
mengesan cillah sesuatu hadith hanya mampu dilakukan oleh ulama yang
benar-benar mahir di dalam seni kajian hadith.

Sumber rujukannya: Antara yang utama ialah:

1- Kitab Al-cIlal oleh Ibn Al-Madini.

2- Kitab cIlal Al-Hadith oleh Ibn Abi Hatim

3- Kitab Al-cIlal Wa Macrifat Ar-Rijal oleh Imam Ahmad

4- Kitab Al-cIlal Al-Kabir dan As-Soghir oleh At-Tirmizi

5- Kitab Al-cIlal Al-Waridah Fi Al-Ahadith An-Nabawiyyah oleh Ad-


Daraqutni

10.5 Riwayat Mukhalafat Al-Thiqaat (‫الثفة‬ ‫)رواية مخالفات‬


Definisinya: sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang berbeza (

‫ )خيالف‬samada seorang atau lebih perawi yang thiqah. Iaitu, samada hadith
tersebut berbeza dengan perawi yang thiqah dinamakan sebagai As-Syaz
dan perawi yang dhacif dinamakan sebagai Al-Munkar.
Namun begitu, terdapat muallif (‫ )مؤلف‬dalam penulisan metod

hadith meletakkan riwayat Al-Mutasahhil (‫املتساهل‬ ‫ )رواية‬adalah salah satu


daripada kedhacifan perawi dari segi Ad-Dhabt ini. Definisinya ialah,
sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi yang pemalas
sehingga daya kewalannya terhadap hadith menjadi tidak kemas dan tidak
sempurna. Iaitu, malas dari segi penjagaan terhadap kitabnya daripada
rosak, kotor, diubah, dicuri dan sebagainya, malas dari segi penjagaan
terhadap hafalannya daripada terlupa, tersilap dan sebagainya, malas
dalam proses penyampaian, penerimaan dan penulisan hadithnya, atau
malas dalam membandingkan riwayatnya dengan riwayat gurunya bagi
memastikan ketepatan dan kesahihan.

Jenis-jenisnya:
Kesimpulan daripada definisi di atas, ulama hadith telah membahagikan Riwayat
Mukhalafat Al-Thiqaat ini kepada lima jenis, iaitu:

Muk
halaf
at Al-
Thiq
aat

1-Al-Mudraj (‫)ا} } }مل}در}ج‬ 2-Al-Maqlub ‫}قلوب‬


( }‫)ا} } } }مل‬ 3-Al-Mudhtarib ‫}ضطرب‬
( }‫)ا} } } }مل‬

4-Al-Musahhaf ‫}صحف‬
( } ‫ )ا} } } }مل‬dan 5-Al-Mazid Fi Muttasil Al-Isnad
Al-Muharraf ‫}رف‬
( }‫)ا} } } }حمل‬ (‫)ا} } } }مل}زيد يف } } } } م}}تصلا} } }}ألس}ناد‬
10.5.1 Al-Mudraj (‫)المدرج‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku penambahan unsur luar pada sanad atau matannya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa ia terbahagi kepada dua
jenis, iaitu:
1- Mudraj pada sanad, seperti penambahan nama perawi.

2- Mudraj pada matan, dan ia kadang-kala berlaku pada permulaan,


pertengahan atau penghujung sesuatu matan.

Sumber rujukannya: Antara rujukan yang paling utama ialah:


1- Kitab Al-Fasl Li Wasl Al-Mudraj Fi An-Naql oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

2- Kitab Taqrib Al-Manhaj Bi Tartib Al-Mudraj oleh Ibn Hajar Al-cAsqalani.

10.5.2 Al-Maqlub (‫)المقلوب‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku pertukaran ayat atau perkataan pada sanad atau
matan dengan mendahulukan yang kemudian atau mengkemudiankan yang
dahulu dan sebagainya.
Jenis-jenisnya: Ianya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1- Maqlub pada sanad seperti hadith yang diriwayatkan oleh Kacab Ibn Murrah
misalnya, ditukar kepada Murrah Ibn Kacab. Atau pun, sebuah hadith yang
diriwayatkan oleh Salim daripada Ibn Umar r.a. ditukar kepada Nafic daripada
Ibn Umar r.a.

2- Maqlub pada matan seperti dalam hadith berikut:

"‫ ورجل تصدق فأخفاها حىت ال تعلم ميينه ما ينفق مشاله‬..."


Maksudnya: “…Dan seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu
sedekah yang dia berikan sehingga tangan kanannya tidak tahu apa yang telah
disedekahkan oleh tangan kirinya.” (Muslim, kitab Az-Zakah, bab 30, no: 1031)
Hadith ini dikatakan Maqlub pada matan kerana matan sebenarnya adalah
seperti berikut: yang mana maksudnya: “…sehingga tangan kirinya tidak tahu
apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. (Al-Bukhari, kitab Az-
Zakah, bab 16, no: 1423)

Sumber rujukannya:
Antara sumber rujukan khusus bagi hadith jenis ini ialah Kitab Rafi c Al-Irtiyaab Fi Al-
Qulub Min Al-Asmaa’wa Al-Aqlab oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

10.5.3 Al-Mudhtarib (‫)المضطرب‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan melalui banyak riwayat yang sama nilai
kekuatannya, tetapi bercanggah antara satu sama lain.

Jenis-jenisnya: Ianya terbahagi kepada dua, iaitu:


1- Mudhtarib As-Sanad
Iaitu, bercanggah dari segi sanad. Misalnya seperti sebuah hadith riwayat Abu
Bakar r.a. bahawa beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai
Rasulullah aku lihat engkau telah banyak beruban (semakin tua).” Baginda
menjawab, yang mana maksudnya: “peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam
surah Hud, Al-Waqicah, Al-Mursalaat dan… yang menjadikan aku begini.”
(At-Tirmizi, kitab At-Tafsir, Tafsir Surah Al-Waqicah, no: 3297).

Ad-Daraqutni berkata: “Hadith ini sanadnya Mudhtarib kerana berlaku khilaf


riwayat di dalamnya. Ada yang meriwayatkannya secara mursal, ada yang
meriwayatkannya secara muttasil, ada yang mengatakan ianya riwayat Sacd
c
Ibn Abi Waqqas r.a. atau Aishah r.a. dan sebagainya. Sedangkan
percanggahan ini tidak boleh juga ditarjihkan kerana kekuatan riwayat-riwayat
tersebut adalah setara.

2- Mudhtarib Al-Matan
Iaitu, bercanggah dari segi matan. Contohnya seperti percanggahan yang
berlaku antara satu hadith riwayat At-Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda:

"‫"إن يف املال حلقا سوى الزكاة‬


Maksudnya: “Sesungguhnya pada harta itu ada hak selain daripada zakat”.
(At-Tirmizi, kitab Az-Zakah, bab 27, no: 659).

Sedangkan Ibn Majah meriwayat hadith yang sama dengan matannya, iaitu:

"‫"ليس يف املال حق سوى الزكاة‬


Maksudnya: “Tidak ada hak pada harta itu selain daripada zakat”. (Ibn
Majah, kitab Az-Zakah, bab 3, no: 1789).

Keadaan ini dikatakan Mudhtarib Al-Matan kerana percanggahan yang


terdapat pada matan kedua riwayat tersebut tidak boleh diselaraskan lagi
maknanya.

Syarat-syarat percanggahan Hadith Al-Mudhtarib:


Syarat percanggahan hadith jenis ini ada dua, iaitu:

1- Percanggahan yang hakiki, iaitu yang mustahil untuk diselaraskan maknanya.

2- Kekuatan riwayat-riwayat yang bercanggah adalah setara dan tidak boleh


ditarjihkan antara satu sama lain.

Sumber Rujukannya:
Antara rujukan yang utama ialah Kitab Al-Muqtarib Fi Bayan Al-Mudhtarib oleh Al-
Hafiz Ibn Hajar.

10.5.4 Al- Musahhaf (‫ )المصحف‬dan Al-Muharraf (‫)المحرف‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku padanya pertukaran kalimah kerana kesilapan
membaca, menulis, mendengar dan sebagainya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan tempat berlakunya sesuatu kesilapan terbahagi kepada dua jenis,
iaitu:

1- Pada sanad, seperti penukaran nama perawi Al-cAwwam Ibn Murajim (‫الع}}وام‬

‫ )بن مراجم‬dengan Al-cAwwam Ibn Muzahim (‫)العوام بن مزاحم‬.

2- Pada matan, seperti hadith Zaid Ibn Thabit:

"‫"احتجر رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يف املسجد‬


Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. mengadakan sebuah bilik kecil untuknya di dalam
masjid”, yang ditukar oleh Ibn Lahicah dengan lafaz:

"‫"احتجم رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يف املسجد‬


Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. telah berbekam di dalam masjid”.

Perbezaan di antara Al- Musahhaf (‫ )املصحف‬dan Al-Muharraf (‫)احملرف‬:

Ibn Hajar telah membezakan antara keduanya dengan mengkhususkan Al-Musahhaf


bagi kesilapan yang berlaku pada huruf.

Manakala Al-Muharraf pula bagi kesilapan yang berlaku pada baris-baris huruf.
Sumber rujukannya: Antara rujukannya yang utama ialah:
1- Kitab At-Tashif oleh Ad-Daraqutni.

2- Kitab Islah Khato’ Al-Muhaddithin oleh Al-Khattabi.

3- Kitab Tashifat Al-Muhaddithin oleh Abu Ahmad Al-cAskari.

10.5.5 Al-Mazid Fi Muttasil Al-Isnad (‫األسناد‬ ‫)الزيد في متصل‬


Definisinya: Sesuatu hadith yang berlaku penambahan nama perawi di tengah-tengah sanadnya
yang memang bersambung.

Contohnya: Hadtih riwayat Ibn Al-Mubarak daripada Sufyan daripada Abd Ar-Rahman Ibn
Yazid daripada Busr Ibn cUbaidillah daripada Abu Idris Al-Khaulani daripada
Wathilah r.a daripada Abu Marthad bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang
mana maksudnya: “Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu
sembahyang sambil menghadap kepadanya”. (Muslim, kitab Al-Janaiz, bab 33,
no: 972).

Dalam hadith ini penambahan nama perawi dikatakan berlaku di dua


tempat iaitu perawi yang bernama Sufyan dan yang bernama Abu Idris Al-
Khaulani. Di dalam perbahasan hadith jenis ini, ulama mengatakan bahawa tidak
semestinya penambahan nama perawi itu dilihat sebagai suatu cillah yang boleh
menjejaskan kesahihan sesebuah hadith, kerana kemungkinan hadith tersebut
diriwayatkan di dalam dua keadaan yang berbeza, yang mana kedua-dua sanadnya
adalah sahih. Walau bagaimanapun, jika dapat dipastikan melalui kajian yang
terperinci bahawa penambahan yang berlaku memang daripada kesilapan perawi,
maka dalam konteks ini ia dilihat sebagai cillah yang menjadikan sesebuah hadith
itu dhacif.
Sumber rujukannya:
Antara yang khusus untuk jenis ini ialah Kitab Tamyiz Al-Mazid Fi Muttasil Al-
Asaanid oleh Al-Khatib Al-Baghdadi.

10.6 Pembahagian Hadith Dhacif Berdasarkan Sebab Kewujudan Unsur Percanggahan.

Dalam tajuk ini ia hanya terdapat dua jenis sahaja. Apabila dilihat pada gambar rajah
pembahagian hadith Dhacif pada awal bab ini, terdapat beberapa jenis riwayat yang
hukumnya membawa kepada Al-Munkar.
Manakala, jenis riwayat yang membawa hukumnya kepada Ash-Shaz ada di tempat
Mukhalafat Al-Thiqaat. Maka di bawah ini akan dijelaskan secara terperinci tetang maksud
bagi kedua-dua jenis hadith ini di mana ia mempunyai sebab kewujudan unsur
percanggahan.

10.6.1 Ash-Shaz (‫)الشاذ‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayat oleh perawi yang maqbul atau thiqah tetapi
bercanggah dengan riwayat perawi-perawi yang lebih thiqah daripadanya.

Jenis-jenisnya:
Berdasarkan tempat berlakunya percanggahan, ianya terbahagi kepada dua jenis,
iaitu:

1- Ash-Shaz pada sanad


Contohnya, sebuah hadith riwayat Ibn Juraij dan Ibn cUyainah daripada cAmr
Ibn Dinar daripada cAusajah daripada Ibn cAbbas daripada Rasulullah s.a.w.
secara marfuc misalnya. Sedangkan Hammad Ibn Salamah meriwayatkan
hadith yang sama daripada cAmru Ibn Dinar daripada cAusajah daripada
Rasulullah s.a.w. secara mursal iaitu dengan menggugurkan Ibn cAbbas.
Dalam konteks ini, riwayat Hammad dikatakan Shaz, manakala riwayat Ibn

Juraij dan Ibn cUyainah dinamakan ‘Al-Mahfuz’ (‫ )احملف}}وظ‬iaitu lawan kepada

‘Ash-Shaz’.

2- Ash-Shaz pada matan


Contohnya, hadith riwayat cAbd Al-Wahid Ibn Ziad daripada Al-cAmash
daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, yang mana maksudnya: “Apabila seseorang itu telah selesai
sembahyang sunat fajar maka hendaklah dia tidur mengiring atas lambung
kanannya.”

Menurut Al-Baihaqi, hadith ini dikatakan Shaz pada matannya kerana ramai
perawi thiqah selain daripada cAbd Al-Wahid Ibn Ziad meriwayatkannya
daripada perbuatan Rasulullah s.a.w., bukan daripada sabda baginda,
sedangkan perbuatan dan perkataan boleh membawa kesimpulan hukum yang
berbeza-beza.

10.6.2 Al-Munkar (‫)المنكر‬

Definisinya: Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang dhacif kemudian
bercanggah pula dengan riwayat perawi yang thiqah.

Syarat-syaratnya:
Berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ianya ada dua syarat,
iaitu:
1- Kedhacifan perawi yang meriwayatkannya.

2- Ada unsur percanggahan dengan riwayat perawi thiqah.

Contohnya: Hadith riwayat Hubayyib Ibn Habib Az-Zayyat daripada Abu Ishaq daripada Al-
c
Aizar Ibn Huraith daripada Ibn cAbbas daripada Rasulullah s.a.w. secara marfuc,
sedangkan perawi-perawi thiqah meriwayatkan hadith tersebut secara mauquf
setakat Ibn cAbbas sahaja.

Dalam konteks ini, riwayat Hubayyib dikatakan ‘Munkar’, manakala riwayat

perawi-perawi thiqah tersebut dinamakan ‘Al-Macruf’ (‫ )املع} } }}روف‬iaitu lawan

kepada Al-Munkar.

You might also like