You are on page 1of 3

KESIHATAN / KESELAMATAN: Keselamatan

Panduan-panduan Keselamatan di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah
anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang
rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa
untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.

Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku
di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-
kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu
malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering
berlaku ialah:
Terjatuh
Terkena api
Terambil racun
Sesak nafas atau tercekik
Lemas

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan
rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun
anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan
persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah
untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk
menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil
kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke
semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.

Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih
selamat, ialah:

Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda di rumah bersendirian, di atas katil atau meja,
atau di dalam tandas tanpa diiringi oleh orang dewasa

Jangan tinggalkan beg plastik atau belon di kawasan yang boleh dicapai oleh bayi.
Kanak-kanak boleh mengalami kesesakan nafas apabila bermain dengan benda-benda
ini

Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak
kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh
mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung

Pastikan pengasuh anak anda, ialah seorang yang mempunyai pengalaman menjaga
kanak-kanak

Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak
boleh dicapai oleh kanak-kanak

Baby walkers merupakan alat permainan yang merbahaya dan tidak membantu anak
anda belajar berjalan lebih awal.
Pastikan buaian yang boleh dilambung, dipasang dengan betul dan mempunyai dasar
yang lebar berbanding rangkanya. Letakkan sebuah tilam atau bantal seluas dua kali
ganda kawasan dasar buaian apabila buaian digunakan.

Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh
dicapai oleh kanak-kanak

Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula
dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok
sepenuhnya.

Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.

Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.

Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya
kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.

Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM
certified.

Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air.

Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu,
kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya.

Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.

Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan
perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK.
Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek.

Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa
dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan,
anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan
impak ke atas anak anda.

Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidak boleh menumpang di kerusi belakang


basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa
kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal
mereka.

Pagarkan tangga di rumah anda jika anak-anak anda baru mula belajar merangkak atau
berjalan.

Jauhkan anak anda daripada mesin memotong rumput apabila rumput halaman rumah
anda sedang dipotong

Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi


kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak.
Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanak-kanak.

Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa dari cat
ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan cat anda kepada
jenis yang bebas daripada bahan plumbum.

Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.


Belajar kaedah pertolongan cemas untuk kanak-kanak. Beri didikan kepada
anak-anak anda tentang kaedah-kaedah pertolongan cemas.

Didiklah anak-anak anda cara untuk berenang.

Jangan biarkan alat-alat elektrik di dalam tandas.

Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin
akan cuba menggunakannya.

Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.

Jangan biarkan anak anda bersendirian dalam kereta.

Pastikan semua alat permainan anak anda memiliki ciri-ciri keselamatan.

Labelkan semua bahan-bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-
pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan
tidak boleh disentuh.

Jangan biarkan anak-anak bermain mercun atau cuba untuk membuat mercun secara
bersendirian.

Pastikan anak anda memakai pakaian yang sesuai apabila bermain.

Pastikan taman permainan yang digunakan oleh anak anda adalah selamat untuk kanak-
kanak.

Jangan sekali-kali membawa kanak-kanak sebagai penumpang motorsikal. Penunggang


motorsikal merupakan kumpulan terbesar yang mengalami kemalangan di jalan raya.
Gunakan kaedah pengangkutan lain yang lebih selamat.

You might also like