You are on page 1of 1

Kehadapan Cikgu Walter yang terlebih saya sayangi,

Cikgu, saya ingin mengucapkan lebih daripada ribuan terima kasih kepada cikgu
kerana telah menjaga, mendidik dan melatih saya daripada sebiji benih, menjadi
sekuntum bunga mawar yang mekar, bersinar dan harum.

Tanpa kasih sayang dan kesabaran cikgu yang mendalam, saya tidak akan menjadi
seorang yang bersemangat, berpengalaman dan ceria; seperti langit yang dipenuhi
awan menghitam.

Usaha cikgu dalam melahirkan anak murid bertauliah kini sentiasa dihargai dan
akan dibalas balik berganda-ganda. Saya akan menjaga cikgu, seperti bagaimana
cikgu menjaga saya bagi membalas jasa cikgu yang besar nilainya.

Seperti air sungai yang deras dan sentiasa mengalir, kehidupan cikgu akan penuh
dengan kegembiraan kerana jasa-jasa murni cikgu, berkat murni cikgu dan
keikhlasan cikgu dalam melayani Yesus.

Amat saya pasti bahawa suatu hari nanti, panggilan yang cikgu nanti-nantikan
akan tiba pada masa yang sangat penting, kerana cikgu merupakan seorang insan
yang penting di dalam hidup kami. Dan saya juga pasti bahawa Allah Bapa yang
melihat cikgu dari syurga, merasa bangga melihat keikhlasan yang tersemai di hati
cikgu.

Saya doakan agar Yesus senantiasa berjalan bukan hanya sekadar di tepi cikgu,
namun juga berjalan di dalam cikgu. Dimana jua cikgu berada, akan ada malaikat
yang menjaga cikgu, dan Roh Kudus yang membimbing cikgu kearah yang benar.
Akan ada Bonda Maria yang memahami dukacita yang cikgu rasai, dan akan
memeluk cikgu dalam kasih yang suci bagi memberikan kedamaian di dalam jiwa
cikgu.

Kerana cikgu, saya menjadi Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah, dan juga
kerana cikgu, saya menjadi Timbalan Pengerusi YCS. Sungguh tidak dapat saya
bayangkan kehidupan saya di sekolah ini tanpa bimbingan dan nasihat cikgu.
Dengan adanya tanggungjawab yang diberikan oleh cikgu kepada saya, saya
menjadi insan yang beramanah, insan yang lebih matang, dan insan yang tidak
malu untuk tampil kehadapan untuk memberi pertolongan.

Bagi mengakhiri surat yang ditulis ikhlas daripada hati ini, saya ucapkan selamat
hari jadi kepada cikgu dan selamat menyambut hari kesyukuran bahawa cikgu
dilahirkan dengan selamat. Semoga kesihatan cikgu terjamin, dan semoga
kehidupan cikgu penuh dengan damai, cinta dan kasih. Teruskanlah merendahkan
hati dalam melayani, dan senyumlah selalu dengan hati yang riang kerana cikgu
adalah pelangi yang mewarnai kehidupan kami.

Ikhlas daripada;
Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Smk Bandar,
Timbalan Pengerusi Young Catholic Students,
Imelda Kumang

You might also like