You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN

BILANGAN 2/2017
SMK KERATONG

Tarikh : 27 Mac 2017


Hari : Isnin
Tempat : Bilik Guru SMK Keratong
Masa : 2.00 petang

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Ketua Bidang
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama
4. Analisa Keputusan UP1 2017
5. Program Kecemerlangan Tingkatan 4 dan 5
6. Penilaian dan Pencerapan Guru
7. Pembelian peralatan PdP
8. Buku Pelajar dan Semakan
9. Hal-hal lain

Kehadiran :

1. En. Muhammad Termizi bin Shafii (Ketua Bidang Sains & Matematik)
2. En. Mohamad Norazimin bin Abdul Aziz

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.


1.2 Mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru di bawah Panitia Matematik
Tambahan.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Ketua Bidang

2.1 Mesyuarat menerima makluman bahawa Panitia Matematik Tambahan sentiasa di ambil berat oleh tuan
pengetua.

1
2.2 Mesyuarat juga dimaklumkan supaya menggunakan modul pembelajaran untuk murid tingkatan 4 dan
tingkatan 5 sebaik mungkin.
2.3 Mesyuarat mengingatkan supaya kelas bimbingan perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
2.4 Mesyuarat juga mengingatkan supaya buku nota dan latihan dihantar mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum.
Tindakan: Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kali Pertama

3.1 Mesyuarat telah menerima pengesahan dan disokong minit mesyuarat lepas oleh En Norazimin Abd Aziz

4.0 Analisa Keputusan UP1 2017

4.1 Analisa Peperiksaan Awal Tahun/Sumatif 1 tahun tingkatan 5 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Calon TH A A A B B C+ C D E F LULUS GAGAL GPMP


calon ambil + - +

2017 10 10 0 0 0 0 0 0 0 0 1 2 7 3 7 8.6

4.2 Mesyuarat menjelaskan kepada ahli mesyuarat bahawa bilangan murid yang gagal akan dapat dikurangkan
memandangkan kebanyakan murid menunjukkan sikap yang positif untuk belajar matematik.

Tindakan: Makluman

5.0 Program Kecemerlangan Tingkatan 4 dan 5

5.1 Mesyuarat menerima makluman mengenai program kecemerlangan yang akan diadakan iaitu penggunaan
Modul kemerlangan PDPC, Program Kelas Berfokus yang dijalankan pada waktu PdP (kumpulan Cemerlang,
Sederhana Cemerlang dan Potensi), seminar matematik tambahan.

Tindakan : semua guru Matematik

5.2 Mesyuarat menerima makluman tentang pelaksanaan PBS yang telah dilaksanakan oleh semua guru yang
mengajar Matematik menengah rendah (Tingkatan 1,2 dan 3).

Tindakan: Makluman

2
6.0 Penilaian dan Pencerapan Guru

6.1 Mesyuarat memaklumkan kepada ahli mesyuarat supaya merujuk jadual Pemantauan dan Pencerapan
yang telah diedarkan pada mesyuarat yang lepas.
6.2 Mesyuarat menerima maklum bahawa pencerapan yang akan dilakukan bertujuan untuk penambahbaikan
kualiti guru dalam proses PdP yang dilakukan.
6.3 Mesyuarat memaklumkan kepada ahli mesyuarat supaya sentiasa bersedia kerana Ketua Bidang akan
melakukan pencerapan pada bila-bila masa sahaja.

Tindakan : semua guru

7.0 Pembelian Peralatan PdP

7.1 Mesyuarat menerima makluman mengenai bahan bantu mengajar, jika ada dalam kalangan guru yang ingin
membeli bahan tersebut mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Guru tersebut juga perlu
merujuk atau berbincang dengan ketua bidang.

Tindakan : Semua guru

8.0 Buku Pelajar dan Semakan

8.1 Mesyuarat memaklumkan semua ahli mesyuarat perlu menghantar buku latihan murid kepada Ketua
Bidang pada 13/06/2017 hinggan 17/06/2017.

Tindakan: Makluman

9.0 Hal-hal lain

9.1 Mesyuarat memaklumkan supaya ahli mesyuarat mengaplikasikan pembelajaran abad ke 21 sebagai
contoh penggunaan traffic light semasa PdP dijalankan.

9.2 Mesyuarat memaklumkan penggunaan papan putih semasa proses PdP perlulah berfokus.

9.3 Mesyuarat memberi maklum tentang penulisan KPI pada objektif PdP di dalam buku RPH. Sebagai contoh,
16 daripada 18 murid akan dapat menguasai PdP pada hari ini.

9.4 Mesyuarat memberi maklum bahawa penulisan refleksi di dalam buku RPH perlu ditulis menggunakan pen
berdakwat hitam.

Tindakan: Makluman

3
Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh ; Disemak/Disahkan oleh ;

. ..

(EN NORAZIMIN ABD AZIZ) (EN. MUHAMMAD TERMIZI BIN SHAFII)

Setiausaha/KP Ketua bidang


Panitia Matematik Bidang Sains & Matematik

You might also like