You are on page 1of 3

KISAH SEMANGKUK MI MASIN ISTERI

Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita, tersimpan sejuta hikmah yang amat
mahal nilainya. Hikmah dari setiap peristiwa itu, terkunci kemas dalam simpanan rahsia dan
pengetahuan Allah SWT. Harus kita ingat, bahawa Allah tidak akan membuat sesuatu yang
sia-sia tanpa ada pengajaran dan manfaatnya bagi kehidupan manusia. Tidak ada yang
serba kebetulan dalam dunia ini. Kenapa berlaku kepada kita...?, sebabnya telah ada yang
menetapkannya keatas kita. Barangkali hanya sedikit orang yang mampu menguak hikmah
dari apa yang berlaku keatas dirinya masing-masing. Sudah tentu orang tersebut adalah
orang yang memiliki sifat sabar, tenang dan merefleks secara positif setiap sesuatu yang
berlaku keatas dirinya. Kadang ada yang dapat menguak hikmah dibalik peristiwa yang
berlaku secara cepat, kadang ada yang lambat mencernanya, bahkan tidak kurang, ada
yang langsung tidak dapat menggapai titisan hikmah dari peristiwa-peristiwa yang berlaku
keatas diri mereka.

Ada sebuah kisah kecil yang inginku kongsikan pada posting kali ini. Kisah sebuah rumah
tangga yang mungkin juga berlaku dalam kehidupan rumah tangga kita. Diceritakan...,
sang suami adalah seorang pekerja keras. Pada suatu hari Mr. Suami tersebut, balik dari
bekerja dalam keadaan kelelahan dan lapar. Sudah tentu dalam fikirannya yang masih
terbeban dengan beratnya tugas di tempat kerja memikirkan segelas air minum ais dan
makanan yang lazat yang dihidangkan oleh Mdm. Isteri. Namun pada saat ia sampai,
Isterinya belum habis memasak di dapur. Al-maklumlah tugas dan kerja-kerja isteri di
rumah jangan pernah dianggap remeh oleh suami.
Dalam situasi demikian, menyedari suaminya sudah pulang
kerja dan dalam keadaan lapar, si isteri agak merasa tertekan. Dalam kesibukannya, ia
datang juga kepada suaminya, membuka pintu dengan lemparan senyum manis meskipun
fikirannya memikirkan masakan di dapur yang masih belum masak. Isteri nampak wajah
kelelahan di raut wajah suaminya, lalu mohon maaf ; "...abang saya minta maaf, hari ini
agak terlambat masak untuk abang, kerana tadi tugas-tugas rumah banyak...". tanpa
diminta, kembali isteri menawarkan ; "...kalau abang mahu saya buatkan mee segera dulu
untuk abang, nanti kalau makanan dah masak, kita akan makan bersama...". Suami dengan
senyum mengatakan pada isterinya ; "...boleh tak apa, kalau tidak mengganggu kerjamu di
dapur...". Lalu isteri ke dapur memasakkan mee yang dimaksudkan, dapur sebelahnya ada
masakan sayur yang masih belum masak. Kerana fikiran si isteri masih banyak, ikan belum
digoreng, sayur belum masak, pada saat tersebut ia mendecok sesudu garam untuk
dimasukkan ke dalam masakan sayurnya. Namun tanpa ia sedari tangan telah memasukkan
garam tersebut ke dalam masakan mee suaminya. Setelah mee masak, lalu ia hidangkan
mee tersebut kepada suaminya, "...silakan abang makan mee dulu bang..." dan ia pun
bergegas kedapur untuk meneruskan tugasnya di dapur. Suaminya pun memegang sudu
dan mengambil kuah mee tersebut, lantas dimasukkan ke dalam mulutnya. Suapan
pertama tersebut memberikan rasa masin yang amat sangat, barangkali seakan menelan
air laut.

Menurut anda, kalau situasi itu berlaku


keatas diri anda, apa tindakan yang akan anda buat. Mungkin ada yang berpendapat ;
"...siram sajalah mee tu atas kepala isteri tadi.." atau "...bagi tahu baik-baik
dengannya..."atau "...tak usah dimakan mee tersebut, biar si isteri tu tahu...". Mungkin ada
yang beranggapan situasi seperti ini adalah perkara kecil sahaja, namun ada yang tidak
demikian. Si suami tadi yang mengetahui isterinya kelelahan, memanggil isterinya;
"...sayang sini sekejap, seingat abang kita sudah lama tidak makan suap-suapan, abang
rindu dan ingin menyuap sayang...". Lantas isteri yang taat itupun datang kepada
suaminya. Si suami pun menyuapkan mee tadi ke mulut isterinya dengan penuh kasih
sayang. Apabila isterinya merasakan mee yang dimakannya masin, lantas si isteri pun
mohon maaf kepada suaminya atas kesilapannya. Perasaan bersalah mencengkam di dalam
hatinya. Ia menjelaskan, garam yang sepatutnya dimasukkan ke dalam masakan sayur tadi
telah dimasukkan kedalam rebusan mee si suami kerana fikirannya tidak fokus. Suami
berkata kepada isterinya seolah-olah ia tidak pernah merasa mee yang masin itu
sebelumnya; '...ada apa sayang...?, mungkin kamu keletihan, hari ini abang akan bantu
kamu masak di dapur...". Untuk masakan makan malam hari itu sangat istimewa,
disediakan secara bersama oleh kedua suami isteri tersebut.

Itulah hikmahnya, berkat sebuah fikiran jernih dan hati yang sabar. Bayangkan seandinya si
suami tidak sabar, dalam keadaan keletihan dan rasa lapar, sudah tentu akan
mengeluarkan kata-kata maki dan amarah, akhirnya isteri yang merasa tertekan akan balik
menjawab dan memaki. Maka akan berlaku perselisihan dan pergaduhan antara kedua-
duanya. Dari perkara kecil itu mungkin akan berlaku perkara besar dan merosakkan sebuah
ikatan cinta hanya kerana semangkuk mee masin.

Dalam hidup ini, Allah telah ciptakan semuanya berpasangan atau ada lawannya. Marah
adalah ujian kepada sabar kita. Bermuka masam adalah ujian untuk sebuah senyuman kita.
Sombong adalah ujian untuk tawadhuk, riya, ujub dan bangga diri adalah uijian untuk
keikhlasan yang ada di dalam hati kita. Akhirnya harus kita sedari, sikap kita merefleks atas
tiap sesuatu adalah penentu kepada apa yang akan berlaku berikutnya. Bercakap memang
mudah, namun pelaksanaannya perlu perjuangan. Wallhua'lam.

by: abuhakam@mahdilamit/simfonihatiku mei2017

You might also like