You are on page 1of 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

TEMA : Saya anak Malaysia


TAJUK : Kuala Lumpur
TAHUN : 2 Abadi
MASA : 2.15-3.15
STANDARD : 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat
KANDUNGAN dengan betul.
STANDARD : 3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat
PEMBELAJARAN mudah dengan betul berdasarkan soalan
OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menjawab 5 soalan kefahaman
berdasarkan petikan dengan betul.
PENGISIAN ILMU : Nilai : Patriotik
Ilmu : Pendidikan Muzik
Bbm : Gambar, Video, Lagu
KBT : Menjana idea
SISTEM BAHASA : Tatabahasa : Ayat tunggal
Kosa kata :menganjurkan, destinasi,berkhidmat
PENILAIAN : Murid menjawab soalan kefahaman

LANGKAH AKTIVITI CATATAN


/MASA
Set Induksi 1. Guru memaparkan video Kuala Lumpur
(5 minit) 2. Guru soal jawab dengan murid tentang video
yang dilihat dan pengetahuan am murid tentang
Kuala Lumpur
Langkah 1 1. Guru paparkan petikan.
(15 minit) 2. Murid baca petikan dengan kuat.
3. Guru soal jawab tentang petikan.
4. Murid nyatakan isi penting dalam petikan.
Langkah 2 1. Guru papar aktiviti dalam kelender Kuala
(10 minit) Lumpur sepanjang tahun 2017
2.Murid beri pendapat dan kemukakan pendapat
Langkah 3 1. Guru paparkan gambar tempat menarik di
(Aktiviti Kuala Lumpur.
berkumpulan) 2. Secara berkumpulan, murid menyenarai
(15 minit) tempat menarik di Kuala Lumpur dengan
menggunakan carian google.
3. Perbentangan
Langkah 4 1. Murid jawab kuiz soalan kefahaman
(10 minit) berdasarkan petikan

Penutup 1. Murid nyanyikan lagu Wilayah Persekutuan


(5 minit) Kuala Lumpur
Petikan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah
Persekutuan Malaysia selain Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada


berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan
Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu. Pada tahun 2017,
Kuala Lumpur sekali lagi telah terpilih untuk menganjurkan Sukan SEA
ke 29 dan Sukan Para Asean. Penganjuran ini merupakan kali keenam
Malaysia diberi kepercayaan menjadi tuan rumah sukan Dwi-tahunan itu.
.
Terdapat pelbagai destinasi perlancongan utama di Kuala Lumpur
termasuk Dataran Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana
Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia
Putra, Tugu Negara, Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat
Sains Negara ,Zoo Negara dan sebagainya.

Selain itu, terdapat dua buah lapangan terbang di Kuala Lumpur,


iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang
dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya
berkhidmat untuk penerbangan dalam negara. Di Kuala Lumpur juga
terletaknya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara
Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dengan kejayaan yang


dihasilkan oleh pemimpin negara kita dan menghargainya dengan
sebaiknya.

You might also like