You are on page 1of 11

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN

KE - 60

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BAGING

TAHUN 2017

NEGARAKU SEHATI SEJIWA

ANJURAN :

PANITIA SEJARAH
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Sejarah akan mengadakan Program Kemerdekaan semperna bulan kemerdekaan


bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Sungai Baging bagi tahun 2017. Justeru,
pihak Panitia Sejrah akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan
Hari Kemerdekaan Ke-60 bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Program Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan
akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin
untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama
dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi


memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Sungai Baging serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya
dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Sungai Baging secara menyeluruh.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan
nama baik SK Sungai Baging di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang
dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati
tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat murid.
xi. Menguji pengetahuan am para murid.
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para murid terhadap perkembangan isu semasa.
xiv. Membantu para murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Panitia Sejarah

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 14 Ogos 2017 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 11 September 2017.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.


7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid
secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua
kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh


1. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I ( Tahun 1-3), Tahap 14 Ogos 22 Ogos
(Tahap 1 dan membuat poster Visual / Bilik 2 dan guru-guru Pendidikan 2017
(Tahap 2) PSV Seni Visual.
2. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Kelas Semua murid dan semua 16 Ogos- 28 Ogos
(mengikut tema masing-masing guru kelas. 2017
Kemerdekaan)
3. Nyanyian Lagu Patriotik Semua murid dan semua Sepanjang Bulan
oleh semua murid (pada guru. Kemerdekaan
waktu perhimpunan )
4. Pertandingan Fesyen Sejarah/Dewan Semua Murid sekolah 25 Ogos 2017
Merdeka Terbuka
-Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia
Berbilang kaum

5. Pelancaran mengibarkan Jalur Pendidikan Seni Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - Visual / Sejarah sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran
sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain
6. Pameran Merdeka (Sudut Sejarah Semua Kelas Sepanjang Bulan
Sejarah) Kemerdekaan

7. Pertandingan Buku Skrap Sejarah Tahun 4


Tokoh Tahun 5
Tahun 6
8. i. Kuiz Kemerdekaan Murid Tahun 1 hingga 24 Ogos 2017
Tahun 6

11. Sambutan Hari Kemerdekaan Semua murid dan guru 14 Ogos 2017
Ke-60 berhimpun di dewan terbuka
i. Perhimpunanan Khas
sekolah

12. Perhimpunan Hari Malaysia / 11 September 2017


Majlis Penutupan Hari
Kemerdekaan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BI AKTIVITI KOS BILANGAN ANGGARAN
L HADIAH PERBELANJAAN
1. Pertandingan Hadiah Tahap 1 ( Tahun 1,2,3)
Mewarna
Tempat Pertama
Set Alat Tulis
RM 5.00 X 5 set RM 25.00
Tempat Kedua
Set Alat Tulis
Tempat Ketiga RM 4.00 X 5 set RM 20.00
Set Alat Tulis RM 3.00 X 5 set
RM 15.00

Pertandingan Hadiah Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6)


Melukis
2. Poster Tempat Pertama
Set Alat Tulis RM 5.00 X 3 set
Tempat Kedua RM 15.00
Set Alat Tulis RM 4.00 X 3 set
Tempat Ketiga RM 12.00
Set Alat Tulis RM 3.00 X 3 set
RM 9.00

Pertandingan
Hadiah Tahap 1 (Tahun 1,2,3)
Menghias
3. Kelas.
Tempat Pertama
Hamper Alat Tulis RM 30.00 RM 30.00 x 1 set
Tempat Kedua RM 30.00
Hamper Alat Tulis RM 20.00
Tempat Ketiga RM 20.00 x 1 set
Hamper Alat Tulis RM 15.00 RM 20.00
RM 15.00 x 1 set
Saguhati RM 15.00
Hamper Alat Tulis RM 10.00x 2 set RM 10.00X 2 set
RM 20.00
Hadiah Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6)

Tempat Pertama
Hamper Alat Tulis RM 30.00 RM 30.00 x 1 set
Tempat Kedua RM 30.00
Hamper Alat Tulis RM 20.00 RM 20.00 x 1 set RM 20.00
Tempat Ketiga
Hamper Alat Tulis RM 15.00 RM 15.00x 1 set
RM 15.00

Pertandingan Hadiah Tahap 1( Tahun 1, 2 ,3)


Fesyen Tempat Pertama
4 Set Alat Tulis
Merdeka
Tempat Kedua RM 8.00 X 5 set
Set Alat Tulis RM 40.00
Tempat Ketiga RM 7.00 X 5 set
Set Alat Tulis RM 35.00
RM 5.00 X 5 set
Hadiah Tahap 2 (Tahun 1,2,3) RM 25.00
Tempat Pertama
Set Alat Tulis
Tempat Kedua
Set Alat Tulis RM 8.00X 3 set
Tempat Ketiga
Set Alat Tulis RM 7.00 X 3 set RM 24.00

RM 5.00 X 3 set RM 21.00


Hadiah Tahap 1 (Tahun 1,2,3)
Tempat Pertama RM 15.00
Set Alat Tulis
Kuiz
Tempat Kedua
5. Kemerdekaan
Set Alat Tulis
RM 5.00X 5 set
Tempat Ketiga
Set Alat Tulis
RM 4.00 X 5 set RM 25.00
Hadiah Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
RM 3.00 X 5 set RM 20.00
Tempat Pertama
Set Alat Tulis
Tempat Kedua RM 15.00
Set Alat Tulis
Tempat Ketiga RM 5.00 X 3
Set Alat Tulis
RM 15.00
RM 4.00 X 3
Hadiah Tahap 2 (4,5,6)
Tempat Pertama RM 12.00
Set Alat Tulis RM 3.00 X 3
Tempat Kedua
Buku Skrap Set Alat Tulis RM 9.00
Berkumpulan Tempat Ketiga
Set Alat Tulis RM 15.00 X 3
(Tahap 2)
6.
RM 12.00 X 3 RM 45.00

RM 36.00
RM 8.00 X 3

RM 24.00

Jumlah RM 607.00

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah:

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Badrulsham bin HJ. Wahab (Guru Besar SKSB)


Pengerusi : Pn. Norfidah bt Mohammad ( Guru Penolong Kanan 1 SKSB)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ghuzni bt Hashim (Guru Penolong Kanan HEM SKSB)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohammad Zamri bin Ahmad
Penyelaras : Pn. Solehah bt Ibrahim
Setiausaha : Pn. Noraidah bt Hashim
Bendahari : Pn. Masitah bt Zainon

AJK PELAKSANA

Pengacara Majlis : Guru Bertugas Mingguan

Pembaca Doa : En. Mohd Rozaimi bt Mahmood

Ajk Hadiah : Pn. Solehah bt Ibrahim


Pn. Nor Azlina bt Che Muda
Pn. Nor Azizah bt Omar
Pn. Wan Nurul Aisyah bt Wan Hamat

Ajk Dokumentasi : Pn. Siti Zarinah bt Abdullah (Jurufoto)


Pn. Fatihah (Pelaporan)

Ajk Persiapan Tempat/


PA Sistem En. Mohd Zuhari bt Jusoh
Pn. Ku Masitah bt Ku Will
Pn. Wan suhaiza bt Wan Samsudin
Ajk Persembahan/gimik
penutupan : Pn. Rozila bt Abdul Rahman
(Majlis Penutupan) Pn. Suhaida bt Sidek
Pn Maryam Jamilah
Pn. Nasratul Fathiah bt Mohd Farid
Pn. Hartini bt Abu Bakar

Ajk Buku Program : Cik Zatil Aqmar bt Mohammad (Majlis Penutupan)


Ajk Disiplin & : En. Mod Rezaie bt Rostam
Kebersihan Pn. Noor Faezah bt Satar

Ajk Backdrop / :Pn. Noraidah bt Hasim


Banner/ gimik Cik Raqayyah bt Zulkepeli
Pelancaran Pn. Siti Zuraiha bt Mapol
Pn. Mashitah bt Zainon

Penyelaras Pertandingan
: Pn Noraidah bt Hashim (Program Panitia Muzik)
: Pn. Solehah bt Ibrahim (Program Panitia Sejarah)
Pn Norfiza bt Jusoh (Program Panitia Seni Visual)
Cik Raqayyah bt Zulkepeli (Program PPKI)
Pn. Roslina bt Salleh (Keceriaan Kelas)
Pn. Masitah bt Zainon (Program Prasekolah)
11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


7.30 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu Negaraku, lagu negeri
Pahang, Lagu Sekolah dan lagu Aku
Negaraku
- Lafaz Rukun Negara
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan mewarna,
Kuiz, poster)
- Pertandingan Fesyen Merdeka
- Penyampaian hadiah kelas terceria dihiasi
bertemakan kemerdekaan
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (koir)
pemenang-pemenang pertandingan
- Nyanyi bersama-sama
- Penutup

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Sungai Baging ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
postif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Sungai Baging dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

__________________________
(SOLEHAH BINTI IBRAHIM)
Ketua Panitia Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

Disemak oleh,

__________________________
(NORFIDAH BINTI MOHAMAD)
Guru Penolong Kanan Kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

Diluluskan oleh,

____________________________
(BADRULSHAM BIN HJ.WAHAB)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Baging.

You might also like