You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN

KESIHATAN (PJ&PK)

BIL 2/TAHUN 2017

SJKC SERENDAH

Tarikh :12 April 2017 (Rabu)

Masa : 2.00-3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Guru

Pengerusi : Law Chee Kean

Setiausaha: Khairulsani Bin Arshad

Kehadiran/(Bilangan) : 11/11 Orang

Nama Yang Tidak Hadir : Tiada

1.0 Kata-Kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi Panitia PJ&PK , Law Chee Kean mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia
kerana menghadirkan diri ke mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
kali ke- 2 pada tahun 2017.

2.0 Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

1.Pencadang : Gang Dang Ching

2.Penyokong : Ng Chong Yin

3.0 Perkara Berbangkit: Kekemasan bilik Stor Sukan

3.1 Pengerusi menyatakan kunci bilik PJ boleh diambil di pejabat dan berlabel kelas 1K/1B bilik
stor sukan telah dikemaskan dan disusun rapi.

3.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat memelihara kekemasan stor sukan dan menyusun semula
peralatan sukan selepas digunakan .

3.4 Guru-guru dimintakan mencatatkan pengunaan peralatan sukan yang digunakan di dalam
buku rekod pengunaan.
Tindakan: Guru-guru yang PJ

4.0 P & P semasa mengajar PJ dan PK

4.1 Guru-guru diharapkan melatih dan mengajar teknik yang betul kepada murid-murid dalam
acara-acara olahraga kerana hari sukan sekolah .

1
4.2 Penolong Kanan KOKO , En. Law Ching Beng menyarankan semasa pendidikan Jasmani
murid-murid perlu didedahkan teknik-teknik lompat tinggi yang betul. .

4.3 Guru-guru haruslah menunjukkan demontrasi kepada murid-murid supaya mereka lebih
faham dan tahu melakukan lompatan yang betul .

Tindakan: Semua guru PJ dan PK

5. Pakaian Guru PJ

5.1 Penolong Kanan KOKO menegur pemakaian guru-guru PJ haruslah menepati standard yang
telah ditetapkan.

5.2 Guru-guru haruslah memakai T-shirt berkolar dan memakai pakaian sukan dan kasut sukan
semasa menjalankan aktiviti sukan bersama murid-murid .

5.3 Semasa mengajar Pendidikan Jasmani guru-guru haruslah memastikan guru berada bersama-
sama semasa mengambil peralatan sukan.

Tindakan: Semua guru PJ dan PJ

6. Penangguhan Mesyuarat

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

.............................................. ..............................................
(Khairulsani Bin Mohd Arshad) (Tan Chin Choo)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani Guru Penolong Kanan 1
dan Pendidikan Kesihatan SJKC Serendah

Disahkan oleh:

..............................................
( Chai Fui Chen )

Guru Besar SJKC Serendah

You might also like