You are on page 1of 6

1

SULIT

MATEMATIK
Kertas 1
Tahun 1
Mei
2017
1 jam

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017


TAHUN 1

Nama : . Kelas : ..

MATEMATIK
Kertas 1

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan objektif diikuti oleh tiga pilihan jawapan, iaitu A, B, dan C. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan
objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.
5. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.
6. Kamu boleh membuat kerja mengira di ruang kosong di dalam kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 5 halaman bercetak

PPT2017 [Sila lihat sebelah


2

1. 7 + 2 = _____________

A. 8
B. 9
C. 10

2. Anta berikut, yang manakah bukan duit syiling Malaysia?

A.

B.

C.

3. Rajah di bawah menunjukkan suatu pernyataan.

Jumlah 4 dan 5 ialah 9.

Apakah ayat matematik berdasarkan pernyataan di atas?

A. 4+5=9
B. 4+5=8
C. 5 + 5 = 10

4. Rajah di bawah menunjukkan sebiji oren yang dibahagikan kepada dua bahagian yang sama besar.

Berapakah pecahan bagi setiap satu bahagian oren itu?

A. Suku
B. Tiga suku
C. Setengah

5. 9 - 4 = ___________

PPT2017 [Sila lihat sebelah


3

A. 4
B. 5
C. 6

6. 50 sen = _________________________

A. 20 sen + 10 sen + 10 sen + 10 sen


B. 10 sen + 10 sen + 10 sen
C. 20 sen + 10 sen + 10 sen

7. Suria makan tiga suku daripada sekeping pizza.


Berapakah pecahan pizza yang dia makan?

A. Satu perempat
B. Satu perdua
C. Tiga perempat

8. 65 + 28 = ______________

A. 39
B. 83
C. 93

9. 95 - 38 = ______________

A. 55
B. 57
C. 59

10. Azmi belanja RM13. Baki wangnya ialah RM7.


Berapakah jumlah wang Azmi pada mulanya?

A. RM6
B. RM15
C. RM20

11. Antara berikut, manakah ciri yang tidak terdapat pada wang RM10?

A. Ada gambar bunga raya


B. Ada gambar bunga Rafflesia
C. Ada gambar wau bulan

12. Antara berikut, penukaran manakah yang salah?

PPT2017 [Sila lihat sebelah


4

A. RM1 = 2 keping 50 sen


B. RM1 = 5 keping 20 sen
C. RM1 = 6 keping 20 sen

13. Rajah di bawah menunjukkan sebuah abakus.

Apakah nilai yang ditunjukkan oleh abakus itu?

A. 21
B. 25
C. 75

14. Nilai yang manakah tidak benar?

A. 8 + 9 = 18
B. 7 + 8 = 15
C. 9 + 5 = 14

15. Lily potong sekeping roti canai kepada empat bahagian yang sama besar. Dia makan satu bahagian
daripada roti canai itu.
Berapakah bahagian roti yang belum dimakan?

A. Satu perempat
B. Satu perdua
C. Tiga perempat

16. Beng Hock membeli sebatang pembaris berharga RM2.50 dan sebatang pen berharga RM3.80.
Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan?

A. RM3.60
B. RM5.50
C. RM6.30

17. Ada 20 biji guli di dalam sebuah balang. Raju keluarkan 6 biji guli daripada balang itu.

PPT2017 [Sila lihat sebelah


5

Hitung bilangan guli yang tinggal di dalam balang itu sekarang.

A. 26
B. 14
C. 12

18. Salmi menerima baki wang sebanyak RM6.50 setelah dia membayar RM3.50 untuk sebungkus
nasi lemak.
Berapakah wang yang dia ada pada mulanya?

A. RM8.50
B. RM9
C. RM10

19. Ada 63 biji durian di dalam sebuah bakul. 28 biji durian telah dijual.
Berapakah bilangan durian yang belum dijual?

A. 35
B. 36
C. 38

20. Markah bagi rumah Hijau ialah 42. Markah bagi rumah Merah ialah 90. Berapakah markah yang
diperlukan rumah Hijau lagi bagi mendapat markah yang sama dengan rumah Merah?

A. 46
B. 48
C. 54

Kertas soalan tamat


Skema Jawapan

PPT2017 [Sila lihat sebelah


6

JAWAPAN KERTAS SOALAN MATEMATIK


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017

1. B
2. C
3. A
4. C
5. B
6. A
7. C
8. C
9. B
10. C
11. C
12. C
13. B
14. A
15. C
16. C
17. B
18. C
19. A
20. B

PPT2017 [Sila lihat sebelah

You might also like