You are on page 1of 9

Hasil Kerja : Cikgu Rohaiziahwati Binti Suhai (SK St.

Edward Belimbing)

Cikgu Julia Binti Biyi ( SK RPR Batu Kawa)

Cikgu Siti Roha Binti Bujang (SK Telaga Air)

Cikgu Weena Douglas (SK ST. David Bumbok)

Cikgu Sajidah Binti Mut (SK Sejijak)

Cikgu Tibah Sijan (SK St. Francis Xavrer, Seratau)

: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Tema Amalan Kesihatan Dan Kebersihan

Tajuk Kesihatan Asas Kesejahteraan

Kelas Tahun 5 Bestari

Masa 8.45 pagi 9.45 pagi ( 60 minit )

Standard Pembelajaran 2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi


ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan
predikat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.

Objektif Murid-murid dapat membaca petikan Kesihatan Asas


Kesejahteraan yang mengandungi ayat tunggal dan
majmuk berbilang subjek dan predikat dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

6
Aktiviti Membaca petikan Kesihatan Asas Kesejahteraan

Ilmu : Pendidikan Kesihatan


Pengisian kurikulum
: Pendidikan Sivik

: Pendidikan Moral

EMK :TMK

KBT : KB, Menjana Idea

Nilai Murni : Bekerjasama, bertanggungjawab,


kebersihan mental dan fizikal.

Bahan Bantu Belajar(BBB) Bahan Multimedia : komputer, projektor LCD, skrin,


Microsoft Office Powerpoint dan Word,

Penilaian Pengajaran Dan Murid-murid dapat membaca dan memahami petikan


Pembelajaran Kesihatan Asas Kesejahteraan yang mengandungi
perkataan berimbuhan dan ragam ayat secara mekanis
dengan betul pada tahap sesuai.

Refleksi ______ daripada______ murid dapat membaca petikan


Kesihatan Asas Kesejahteraan yang mengandungi ayat
tunggal dan majmuk berbilang subjek dan perluasan
predikat dengan lancar, jelas dan intonasi yang betul.

7
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah /
Masa Implikasi Proses
Aktiviti Guru
Pembelajaran Gagne

Set Induksi Murid mendengar bacaan Pantun Nasihat Menarik Perhatian


oleh guru dari aplikasi Microsoft Word.
(5 minit) Media : komputer, pembesar
Murid diminta mendengar dan menghayati suara, LCD.
pantun yang ditayangkan. Pantun Nasihat
Murid dibimbing membaca pantun dengan
intonasi yang betul

Murid dikemukakan dengan beberapa


soalan berdasarkan pada pantun.

Contoh soalan

1. Mengapakah kita mesti makan makanan


berkhasiat?

2. Bagaimanakah kita mengamalkan tubuh


badan yang sihat?

3. Makanan apakah yang mangandugi zat


vitamin?

Langkah 1 Murid ditayangkan slaid petikan yang Memaklumkan Pelajar tentang


berkaitan Kesihatan Asas Kesejahteraan. Objektif Pelajaran
(5 minit)
Selepas menayangkan slaid petikan , guru Media : komputer, projektor
memperjelas matlamat pengajaran kepada LCD, skrin, pembesar suara,
pelajar. slaid Microsoft Word

Murid membaca dan memahami petikan Slaid petikan


secara akaliah.
Langkah 2 Murid membaca secara kelas dengan teknik Merangsang Ingatan Kembali
bacaan mekanis terhadap Pengetahuan Sedia
(5 minit)
Murid dibimbing membaca dari segi Ada
intonasi, dan sebutan . Media : komputer, projektor
LCD, skrin, pembesar suara,
Murid diarahkan supaya membaca dengan
slaid
jelas menggunakan intonasi dan sebutan
yang betul dalam kumpulan.

Langkah 3 Bacaan Individu Kemukakan Kandungan

(10 minit) Murid dipilih secara rawak untuk membaca


petikan ( satu perenggan untuk seorang Media : komputer, projektor
murid). LCD, skrin, pembesar suara,
Murid dibimbing oleh guru membaca slaid Mircosoft Office
mengikut sebutan dan intonasi yang betul. Powerpoint

Langkah 4 Murid dan guru bersoaljawab berdasarkan Membimbing Pembelajaran

(10 minit) petikan bagi tujuan pemahaman.

Murid diminta menamakan zat pemakanan Media : komputer, projektor


yang diperlukan oleh tubuh berdasarkan LCD, skrin, pembesar suara,
petikan. slaid Mircosoft Word
Contoh soalan

1. Nyatakan zat-zat yang terkandung


dalam makanan yang kita makan?

2. Mengapakah tubuh badan kita


memerlukan zat makanan?

3. Sekiranya tubuh badan kita kekurangan


zat makanan apa yang akan berlaku?

2
Murid memberi contoh-contoh riadah
melalui pengalaman sedia ada mereka.

Contoh soalan

1. Nyatakan aktiviti riadah yang biasa


kamu lakukan bersama keluarga.

2. Apakah kebaikan yang kita peroleh


daripada aktiviti riadah?

Langkah 5 Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan bagi Melaksanakan Perlakuan


menjalankan aktiviti I-Think menggunakan
(20 minit) Media : Mircosoft Office
Peta Bulatan. Word
Contoh Tugasan

KUMPULAN 1 : Makanan yang


mengandungi Karbohidrat

KUMPULAN 2 Makanan yang


mengandungi Protein,

KUMPULAN 3 Makanan yang


mengandungi Protein,

KUMPULAN 4 Makanan yang


mengandungi Vitamin

KUMPULAN 5 Makanan yang


mengandungi Garam Mineral.

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil


perbincangan.

3
Penutup Guru merumuskan isi PdP tentang Memberikan Maklum Balas
Kesihatan Asas Kesejahteraan dan
(5 minit)
menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-
Media : komputer, projektor
murid.
LCD, skrin, pembesar suara,
slaid Mircosoft Word

4
Kesihatan Asas Kesejahteraan

Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup? Sedah tentu! Sehubungan
dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri.

Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat
menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh kita akan cergas dan minda kita
menjadi cerdas.

Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin,
lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Makanan yang seimbang dapat memperkukuhkan sistem pertahanan diri kita daripada
penyakit.

Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah
semenangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka
selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan
selalu sakit.

Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beriadah sebagai budaya
hidup kita . Sesungguhnya, aktiviti demikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera.

5
Pantun Nasihat
Bunga kembang di pagi Jumaat

Kumbang minat mencari agas

Makanan seimbang mesti berkhasiat

Badan sihat otak cergas

Udara di hirup anak Pak Sarat

Bunga di taman igauan Seman

Amalan hidup gaya sihat

Senaman ringan jadi peneman

Mata redup perut berat

Badan Malas jadilah bulat

Buat sit up, angkat berat

Supaya kita hidup selamat

Pohon redup sebagai teman

Kolam ikan ditengah halaman

Kalau nak hidup sepanjang zaman

Bayakkan makan ulam-ulaman

6
Contoh lembaran kerja.

1. Senaraikan makanan yang mengandungi zat makanan berikut :

karbohidrat

You might also like