You are on page 1of 57

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

[1800 2000]

BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan 1

Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British sebenarnya
terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.

Pengenalan
Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri
Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam
sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. Mengikut sistem pemerintahan dan
pentadbiran tradisional seseorang raja berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar
dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu
ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial sehingga campur
tangan Inggeris pada tahun 1874.
Isi
1. Politik
a. Ketua Kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran
negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan
tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah sultan kerana
dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu,
perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum
agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk
hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.
b. Melantik Pembesar
Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-
pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan
putera-putera baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara dipegang
oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota Lama, Kuala
Kangsar.
Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk
surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah itu

1
dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya.
Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan.
Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya
keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar hanya menjalankan
peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja berkuasa melantik pembesar, baginda juga
mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.
c. Menentukan Hubungan Diplomatik
Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua
perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh sultan.
Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur tangan
Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian rapat.
Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara
sultan dengan pada pembesar.
Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam
pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah
untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor dalam
tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.
d. Ketua Pertahanan
Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan
akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada
serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan
negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak
terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak
menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja.
Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah
perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara
pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan
telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.
2. Ekonomi
Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan
dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil
pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam
jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya,
Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang daripada Raja Mahadi.
Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah
$50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda
mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah
melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang
tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan,

2
membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan
bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan
dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan
syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan
orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
3. Sosial
a. Lambang dan memelihara perpaduan negeri
Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada
perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat
pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan
pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan mengganggu
pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya menentang
pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.
Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan ketenteraman
dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka tunduk kepada sultan.
Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri, walaupun pertentangan dan
perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar. Mereka melihat tidak ada satu sistem
lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.
Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi
kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih, menggunakan
lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning, memiliki alat-alat
muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain seperti kayu gamit, puan
naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.
Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta
penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.
Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya
rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan
mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b. Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu


Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap
sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga
memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah
jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran
agama Islam di Tanah Melayu.
Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya
tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari pertabalan
dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada masa perayaan
besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

3
Kesimpulan
Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang
politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan
seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan.
Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan
kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya
yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.

4
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]

Soalan 2

Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan

mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan
Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal. Masyarakat
Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa dan
pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan
sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama. Golongan yang diperintah terdiri daripada
rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi

Golongan Yang Diperintah

Golongan ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau
menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas
Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri
tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti
berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya. Rakyat biasa merupakan
pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa mengikut arahan
golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem
kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-kerja raja dan para pembesar.
Mereka dikerah untuk membina serta membaiki jalan, membina tambak, masjid, parit, dan
benteng pertahanan. Rakyat akan dikerah membersihkan sungai, membersihkan hutan belantara
dan sebagainya. Mereka tidak tahu tempoh masa yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja
tersebut. Kadang-kadang mereka akan berkhidmat jauh daripada kampung untuk tugas-tugas
seperti menarik bot untuk perjalanan dan mengangkut barang-barang. Mereka dikerah untuk
membuat persediaan berperang dan menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan
atau untuk pertahankan daerah dari serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga

5
kepada para pembesar. Apabila Sultan memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka
wajib menyertainya.

Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali
ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan santeri
serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan. Orang asing yang
berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu. Masyarakat
Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah Melayu. Golongan
orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu. Mereka tidak
terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undang-undang negeri seperti yang dikenakan
kepada rakyat biasa.

2. Hamba

Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu.
Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa,
hamba berhutang dan hamba raja. Hamba menjadi lambang ketinggian martabat bagi orang yang
memilikinya. Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang sebagai anggota
masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya.
Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan
hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh
keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya. Manakala hamba berhutangmerupakan
orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan bebas
apabila nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang biasa
dilakukan ialah bertani dan melombong.

Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahan
jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang. Hamba
raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba. Mereka akan menjadi
hamba secara turun temurun. Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka
sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah. Hamba lelaki akan melakukan
tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam, menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada
juga hamba lelaki yang mengikut tuannya berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat
kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci,
mengasuh anak, mengambil air, membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala
mereka akan menuai padi. Ada di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh
pendapatan bagi tuan mereka dengan cara

6
menjadi pelacur.

Kesimpulan

Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun.
Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Kedudukan susunan
masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan
pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan
ekonomi. Sementara lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan
yang memainkan peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi
penyokong utama institusi raja dan pembesar. Kelancaran sistem sosial ini telah menyumbang
kepada kestabilan politik kerajaan yang memerintah. Setelah campur tangan British dalam
sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur
masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan pembesar
dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

7
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]

Soalan 3

Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih berpusatkan kepada aktiviti pertanian
dan menangkap ikan semata-mata? Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan
Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecil-kecilan
bagi menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi sara
diri. Ia merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat Melayu
tradisional.
Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:
Tiada pengkhususan kerja kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis
pekerjaan pada masa yang sama. Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan
kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain.
Penggunaan peralatan tradisional Tiada penggunaan alatan moden dalam kegiatan
pertanian, Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat dan
lain-lain.
Berskala kecil kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan
penggunaan modal yang besar. Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan keluarga
sahaja. Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain. Jika terdapat
lebihan, barulah dijual.
Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga kaum lelaki melakukan kerja yang lebih berat.
Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja yang
lebih mudah dan ringan.
Amalan bergotong-royong atau berderau menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan
terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi yang dilakukan secara bersama
dan berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan. Hubungan antara anggota
masyarakat semakin erat.
Isi
Kegiatan ekonomi tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan petempatan
sama ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang tinggal di
kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang tinggal di
pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua aktiviti
ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama melibatkan masyarakat
Melayu tradisional.Walau bagaimanapun, selain menjalankan kegaiatan pertanian dan
menangkap ikan, masyarakat tempatan juga banyak melakukan aktiviti sampingan yang lain

8
untuk menyara kehidupan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan,
pertukangan dan kraf tangan.
Pertanian
Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat
tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma. Padi
sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur. Padi
huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain padi,
tanaman lain turut ditanam seperti pelbagai jenis ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.
Kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan peralatan
tradisional seperti tajak, cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit dan ketam
padi untuk menuai padi.
Menangkap ikan
Menangkap ikan juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi masyarakat
Melayu tradisional selain pertanian. Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh penduduk
yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk secara kecil-
kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat, bubu, kelong, jala,
lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan menangkap ikan di
tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan air tawar di kawasan sawah padi,
kolam dan sungai.
Menternak binatang
Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi lain
sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan binatang
ternakan utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan
sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu kerja-
kerja pembajakan tanah. Penternakan binatang hanya dilakukan di kawasan petempatan
penduduk.
Melombong
Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama
yang dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual di
kawasan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.
Mengutip hasil hutan
Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut adalah
seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu sebagai
ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada kawasan
berhampiran.
Pertukangan
Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan kerja-
kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan melibatkan
golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan seperti menganyam
tikar, membuat bakul dan lain-lain.

9
Kesimpulan
Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional bukanlah tertumpu
kepada pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan
merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut dilakukan
sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan,
petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir abad ke-19 telah
mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.

10
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN ]

Soalan 4

Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu


selepas 1874.

Pengenalan
Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh
raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar.
Campurtangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur
pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah
menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui
pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan social.
Isi
i) Sistem Residen
Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang
pegawai British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi.
Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.Walaupun
British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa pemerintahan sebenarnya berada
di tangan residen.Residen British berkuasa dalam semua urusan pentadbiran termasuk kutipan
cukai dan kawalan ke atas semua hasil negeri.
Pengaruh lain
ii) Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)
Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil
masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang dan
menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai, pencen
orang melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan
yang luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang telah dibuat.
Kuasa sultan juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adat-istiadat Melayu.
Setiap negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan penting dikuasai oleh
British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani, India, Ceylon dan Melayu.

iii) Sistem pentadbiran tanah


British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik
persendirian, tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual beli.
Tanah menjadi sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan pembesar
Melayu.

11
iv) Sistem pentadbiran negeri
Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah menggantikan
jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan cukai, sewa tanah,
menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan bertanggungjawab terhadap kawasan.
Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas. Setiap daerah dibahagikan kepada mukim
dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung
yang berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih
tinggi.
v) Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara keempat negeri
yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan NNMB dalam semua
perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negeri-negeri Selat bertindak
sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja (Durbar) yang memberi
peluang kepada raja-raja Melayu untuk menyuarakan pandangan. Kewujudan jawatan-jawatan
baru seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman, pesuruhjaya polis dan pengarah
jabatan kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain membantu melicinkan pentadbiran.
Kesimpulan
Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi
kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan
British manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.
Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi kekayaan
ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan kuasa raja dan
pembesar terhakis.

12
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ]

Soalan 5

Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Tanah


Melayu.

Pengenalan
Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya
tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka hanya
berhubung untuk tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan
kepentingan kaum mereka. Di Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada
dasar penjajah memajukan ekonomi komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk
beramai-ramai kaum Cina dan India.

Isi
Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:

1. Perkembangan ekonomi
i) Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.
Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British berhadapan
dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan pertanian.
Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut, Klang, Sg Ujong. Bagi menarik
kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara : melonggarkan
syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta
benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing di bawah kawalan
ketua masing-masing.

ii) Perkembangan pesat perusahaan getah


Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan
automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah menyebabkan British
memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja di
ladang getah mereka disebabkan buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji rendah
dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu melalui
tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah membawa
masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.


Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional
seperti menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina
menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan dan
perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh
13
Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk

1. Dasar kerajaan British


Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan
perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana
takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai
matlamat untuk mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan penduduk
untuk bersatu dan bangkit menentang mereka

2. Lokasi pertempatan yang berasingan


Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang
Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian dan
perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka hidup
berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.

3. Pengamalan budaya hidup tersendiri


Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India.
Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan
budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan
anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina
beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

4.Sistem pendidikan berbeza


Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan
pengajaran dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa Melayu,
Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan sekolah
pondok.Masyarakat Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa Cina,
guru, sukatan pelajaran serta buku rujukan dari negara China. Masyarakat India pula
menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran dan buku dari India

Kesimpulan
Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke
atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan
antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

14
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 1945 ]

Soalan 6

Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941-
1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942,
Tanah Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah
Melayu selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan
sosial.

Isi.

a) Dasar Pemerintahan Jepun


Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya.
Tanah Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada
April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam pada Ogos 1943 untuk
membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir a
sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor terdapat
biro-biro.

b) Dasar Pentadbiran Jepun


Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih
dikekalkan tetapi hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan agama Islam. Jepun
membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung, jiran tetangga dan keluarga.
Sijil Kehidupan dan Keamanan dikeluarkan untuk memantau kelahiran, perkahwinan dan
kematian. Pasukan polis tentera dinamakan kempetai untuk mengawasi pergerakan penduduk
tempatan.

15
1. Dasar Sosial Jepun
Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India dilayan baik,manakala orang
Cina dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun berperang
dengan negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di
Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat dengan kempetai

c) Dasar penjajahan budaya


Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran
propaganda Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan
dinyanyikan setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan
sekolah Tamil dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun
dijadikan bahasa pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..

d) Dasar Ekonomi
Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya,
bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun galakkan
tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun mencetak
wang pokok pisang untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik
Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam
kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang
dialami dan propaganda Jepun seperti Asia untuk orang-orang Asia menambahkan keazaman
orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Orang Melayu mendapat
pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan
kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih tegas. Orang-orang
Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri.
Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap
sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan nasib sendiri. Pendudukan Jepun telah
menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh dikalahkan. Sikap anti-penjajahan dalam
kalangan orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun membolehkan Parti Komunis
Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan sangat kuat
di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun membolehkan Parti Komunis Malaya
mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi
Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot. Perusahaan bijih
timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan peralatan
perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke Singapura untuk

16
mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga terputus daripada
pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan. Pihak Jepun teleh menitikberatkan
eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan bauksit. Tanah
Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya tekstil. Makanan
seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah Melayu terpaksa
bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran wang kertas yang
tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna menyebabkan inflasi di Tanah
Melayu. Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur dengan baik. Penduduk Tanah Melayu
memulakan beberapa perusahaan tempatan memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial
Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan
seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai
orang-orang yang anti-Jepun. Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan
terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan. Taraf
kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan malaria
berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-askarnya.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan dalam
kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orang-orang Melayu
untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang menyerang tentera
Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada
orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-Cina. Beberapa
pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku selepas Jepun menyerah
kalah pada 15hb. Ogos 1945. Sistem pendidikan Jepun yang lebih menekankan latihan
akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan menanam sifat kerajinan
dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk
Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya, pendudukan
Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu sebelum perang
dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas perang. Suasana ini
telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.

17
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 1960 ]

Soalan 7

Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946 merupakan satu
bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.
Namun demikian, pengenalan Perlembagaan Malayan Union ini sebenarnya telah menimbulkan
banyak reaksi negatif dan penentangan daripada kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Bincangkan.

Pengenalan

Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's House
(Carcosa Seri Negara) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri Melayudengan Negeri-Negeri
Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.yang bertujuan untuk
menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu sistem pemerintahan berpusat
yang diketuai oleh Gabenor.
Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk
berkerajaan sendiri. Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan yang kuat
daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang dikemukakan dalam
kertas putih pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang Melayu sebagai penduduk
Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah dihapuskan dan syarat kerakyatan
yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk menunjukkan ketidakpuasan, kaum
Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union pada tahun tersebut juga. Terdapat
beberapa faktor yang membawa kepada penentangan masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan
Rancangan Malayan Union.

Isi
Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani
persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan
perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan
keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau
Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold
MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan
enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun

18
dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah) yang diberi kata
dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan


Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah
mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan pentadbiran
di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja kehilangan kuasa,
orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum
bukan Melayu.
Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan
maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis Agama
Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak keistimewaan.
Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik. Kehilangan kuasa
sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British. Hal ini, telah
menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang Melayu.

3. Hak Istimewa
Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang
Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang
yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak
mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang
menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang
penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang
ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut
prinsip Jus Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang
longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah
Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan
India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun
menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu.
Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU
merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.

19
Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun,
majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu
bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu,
terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.

6. Masa Cemas
MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina
akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan
dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan
menguntungkan orang Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU


Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu
dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak
diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu


Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini sebenarnya
telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada
semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana memberi
peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.
Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang
menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat
kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti politik
Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju dengan
perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak mewakili
semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Penilaian Pelaksanaan MU

Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU


diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di
Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu, malahan
sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut menemui kegagalan
disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut amat tidak memuaskan
hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf kewarganegaraan yang akan
menggugat kepentingan kaum peribumi.
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald,
maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D.

20
Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan
mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada
1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Kesimpulan

Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan hak


orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah memaksa
perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang lebih bersifat
tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu
dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah
diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya dapat dilihat
berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua perlembagaan yang
telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas apabila kepentingan
orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan pentadbiran yang dibuat
memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada 31 Ogos 1957 Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.

21
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ KEMERDEKAAN]

Soalan 8

Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun
1963? Bincangkan.

Pengenalan
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey, iaitu
Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan Tanah
Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald, Pesuruhjaya Tinggi
British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk Persekutuan
semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Malaysia
dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman sekali lagi mencadangkan penubuhan
Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul Rahman mencadangkan Tanah
Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan menjadi Persekutauan yang dinamai
Malaysia. Cadangan ini telah disambut baik oleh kerajaan British kerana salah satu tujuan
penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun
begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Mengekang pengaruh komunis

A. Perkembangan politik di Singapura.

Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut
berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an.
Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja.
Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang
memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan
Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan

22
besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis
menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis yang dipimpin
oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga mengalami kekalahan
kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini
menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan
golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan ini
membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah
Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu,
kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

B. Perkembangan politik di Sarawak.

Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi.
Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun 1947.
Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi
menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak
(SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar
dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk
menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah sistem
pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat
Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi pisang bagi membanteras
komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada pengabungan dalam
Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti
Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam
kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila
pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2. Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah,


Sarawak dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem
pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik
dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu,
Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan
British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan

23
sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia dari segi politik
dan pentadbiran.

Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang
semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau
bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di
tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah
diadakan pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga
Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis
Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah Borneo


atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman dengan Tanah
Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat
dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang
terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai Persekutuan
Malaysia.

3. Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan


komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura akan menimbulkan
keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini disebabkan lebih 75%
penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49%
dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu
dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak
mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah perlu Sabah,
Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

4. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu, Sabah,


Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei
lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan
sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah
dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah
berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,
penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan
ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

24
Kesimpulan:

Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan


pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu, pembentukan
Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu,
penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Namun
begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan serantau di Asia Tenggara
terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura kemudiannya telah menarik diri dan
keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.

25
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]

Soalan 9

Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Pengenalan
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di
Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak
di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-
Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-satunya
jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara
dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem beraja.

Isi

Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana
Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan
daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja
dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara.
Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil,
menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan
sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam
persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang
undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.
Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman negara.
Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim
Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri setelah
berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala
kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman
yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah
Persekutuan.
Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka
baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan
kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana
Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat.
Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan membubarkan
parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-Raja bagi
membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

26
Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam
sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi Panglima
Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan
Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan
Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang
Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja
berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia
adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak
ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan
lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

27
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]

Soalan 10

Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin DatoHussien dalam pembangunan negara.

Pengenalan

Tun Abdul Razak bin Dato Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11
Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd Taib dan
Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul Razak Dato Hussein meninggal
dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.
Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan pengajiannya di
MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles College di Singapura
pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama tiga tahun untuk
mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada
Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja
berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun Abdul Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan
bertanding dalam Pilihan Raya Umum pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan
masyarakat, Tun Abdul Razak memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Isi

Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,


membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang penting
dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran,
Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang terpenting sebagai Menteri
Pelajaran ialah memper-kenalkan Penyata Razak yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu
padu.
Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak sistem
pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-
sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang
kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau berjaya
mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama.
Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke
London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan
tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan kemerdekaan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
28
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi Menteri
Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar
Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan tiga juta rakyat.
Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada Angkatan
Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain itu, beliau yang
mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah
melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat. Beliau juga
melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan
rakyat.
Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya
umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh
negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran
kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah MAGERAN.
Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.
Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan
Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan
penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka
pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970
hingga 1990.
Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui
Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.
Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development Authority
(FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk meningkatkan
penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal yang dilaksanakan
oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang meliputi kawasan
seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui rancangan ini setiap
peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah dusun. Hari ini
FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan lebih setengah juta hektar
tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari FELDA.
Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip pada
31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni
ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama,
liberal dan progresif.
Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab
berunding dengan Indonesia untuk menamatkan konfrantasi yang dilancarkan oleh negara itu
ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga mewakili
Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak menjadi
wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan negara-negara

29
luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara
Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kesimpulan

Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau


merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran dan
kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung yang
berjiwa besar dan setia.

30
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]

Soalan 11

Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara
Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat,
iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara
ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan
bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai
moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri
bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi
merealisasikan Wawasan 2020.

Isi
a) Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang
Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi
kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati
dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan
kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.
Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang
dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat
juga ditekankan dalam agama.
Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam
keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang
penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk
masyarakat yang bersifat penyayang.

b) Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

31
Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan
rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020.
Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu
seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan
perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c) Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan


Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan,
sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan
dihormati oleh rakyat negara lain.
Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai
masalah.
Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah
bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat
martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh
dengan mudah.

d) Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang


Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip
demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun
yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.
Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol akan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan
melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

e) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan
kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi
membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan
keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja
yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang,
keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber
untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah Pendidikan Negara
contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

32
f) Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi
Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara
melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka
menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan
melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan,
dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara.Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah
ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

g) Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik


Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan
persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah
daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi
merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai
budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya mempunyai
daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada
tamadun saintik dan teknologi masa depan.

h) Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi


Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan
perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan
menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman
penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf
hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan
Pembangunan Lima Tahun.

i) Memupuk dan membina masyarakat yang makmur


Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan
mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota
masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga
berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,
dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi
masyarakat yang makmur.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar
kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi
agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan
negara.

33
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]

Soalan 12

Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak penubuhannya
hingga tahun 1990-an.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan
negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu
ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok
dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East Asian
Nations (ASEAN).

Isi
a ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN
Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan
negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan ASEAN.Kesedaran
Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau Asia Tenggara rata-rata
negaranya baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan ekonomi penjajah yang
tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak kukuh.
Dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November
1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan
berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana mana kuasa
besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.
Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan
menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan
mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah
pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang tengah
dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan
mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan
bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini
bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta
kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

34
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun
perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah
membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu
(Sarawak) dan Acheh (Indonesia).
Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area
(AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun
1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop
kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang dikemukakan
oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic Caucus(EAEC).
Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya
Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak
rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada
kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu
China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri
perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tubuhnya
Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan Pusat
Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama lain yang
dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti
mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan
ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat
kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun
Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat
dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak
rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama.

35
SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA
[1800 2000]
BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]
Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand
sebelum kedatangan kuasa Barat

Pengenalan

Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand
telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja sebagai ketua
pemerintahan tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi perantara
rakyat dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan yang
menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan pemimpin
kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin.
Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek
politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai simbol penyatuan rakyat di
samping menjaga keamanan dan mentadbir negara dengan bantuan golongan pembesar .

Isi
Peranan Raja dari segi politik:
Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja
dianggap sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja
disahkan oleh golongan Brahmin bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara keagamaan.
Raja melantik golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai penggubal undang-
undang .Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja berkuasa menjatuhkan
hukuman bunuh tanpa dipersoalkan

Peranan Raja dari segi social


Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan
masyarakat tempatan sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja
dikenali sebagi Tuhan kehidupan sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai gelaran
seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)

Peranan raja dari segi Ekonomi

36
Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada kerabat
diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi pungutan cukai, hasil pertanian , dan
kegiatan perdagangan Raja berkuasa ke atas balak dan beras. Bagi menjamin bekalan ekonomi
dan kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan baik dengan kawasan
pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan kegiatan ekonomi bagi
pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar ekonomi negara. Raja menentukan
hubungan diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke atas nyawa, tanah dan
harta rakyat

Peranan pembesar
Di Thailand pembesar golongan bangsawan ( Nai ) yang digelar Khunnang dan kerabat
diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja dan melaksnakan
tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan pembesar sangat penting
selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja dalam urusan pemerintahan. Raja
tidak berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan secara bersendirian. Pembesar di
Thailand merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan pemerintahan. Peranan pembesar
diberi kuasa untuk mentadbir wilayah bagi pihak raja seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar
bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan
pentadbiran

Kesimpulan
Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja , peranan
pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas kedatangan British
di Thailand, sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun menerima perubahan iaitu
apabila Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan
sistem ini terus kekal sehingga sekarang.

37
TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan 2

Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan telah
tergugat. Bincangkan peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan
Golongan pembesar memainkan peranan yang penting dalam tampuk pemerintahan
sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana
mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau
maharaja. Golongan pembesar di Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh
maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi
kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu. Pembesar kanan
merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan. Diikuti
oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi
Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan
pembesar tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Vietnam di bawah Maharaja Gia
Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka
tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa
pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat
pangkat dalam ajaran Confucius.

Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan


adalah sistem pelajaran Confucius yang mementingkan daya ingatan dan hafalan. Hanya pemilik
ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Sistem pembesar pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran yang
sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan yang
diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal Awam,
Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan Peperangan.
Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja dan
Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja dalam semua
hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan dalam
menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

38
Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan pentadbiran
daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah serta mengutip
cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta mengutip cukai.
Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat. Mereka perlu
menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah mengambil dan melatih
tentera untuk mempertahankan negara.

Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau
Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan ,
ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.

Kesimpulan:
Sistem pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Perancis merupakan satu sistem
yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak
berkhidmad dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi
diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima
pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.

39
TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]

Soalan 3

Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian
lapisan masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-dua buah negara
tersebut.

Pengenalan
Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan
sistem feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya, terdiri
daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis
masyarakatnya banyak dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius.
Manakala di Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas
selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi
1. Persamaan
Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis
masyarakat dan berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan
perlu ditaati. Di Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan
bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi
pelindung kepada rakyat.
Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan
mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan
dikuasai oleh golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan
masyarakat , mengetuai upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di Vietnamgolongan ini
lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin. Mereka terdiri daripada golongan
cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan awam.Di Acheh golonagan ini lebih dikenali sebagai
Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian ilmunya dan menjadi
tempat rujukan masyarakat setempat, selain daripada ulama.
Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah petani
yang mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian
secara sara diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2. Perbezaan
Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha.
Manakala di Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam.

40
Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya
mereka lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi kerajaan.Di
Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat.
Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat
dari syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia( Acheh dan
Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau jawa
sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak boleh
diderhakai.
Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus
peperiksaan awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala
priyayi di pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.

Kesimpulan
Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara golongan yang
memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila penjajah Barat
memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.

41
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]

Soalan 4

Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar 1 pada tahun
1824.

Pengenalan
Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat
Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.

Isi
Sebab-sebab berlaku Peperangan :
(i) Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :
Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan diri
ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang Burma.
Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan, menimbulkan
masalah sempadan.

(ii) Kegagalan Hubungan Diplomatik :


Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar perwakilan
ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal. Burma enggan
mengadakan hubungan yang sama taraf.

(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811 :


Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi
tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.

(iv) Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar


Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam. Raja Bagidaw mengarahkan
Jeneral Bandula menakluki Assam. Seterusnya Burma campur tangan di Manipur dan
Cachar. Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.

(v) Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :


Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British. Burma
membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas
Burma.

42
(a) Perjanjian Yandabo, 1826 :
Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur
tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar wakilnya
ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.

Kesimpulan
Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab
utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.

43
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING]

Soalan 5

Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan terhadap
pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan
Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk
tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang
Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda.
Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja
Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan
nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin
gerakan menentang pemerintahan Belanda

Isi
i) Masalah pewarisan takhta kerajaan
Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau
sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814.
Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan
sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford
Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan
Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik
waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta.
Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun.
Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba melancarkan
pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah


Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada
tahun 1811 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak
dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh
paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap
golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut
menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan
punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan
semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan.
Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis
dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar
44
ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan
Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat
untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak
berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii) Ratu Adil atau Putera Pembebas


Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh
masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad
menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk
memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan
Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar Ratu Adil yang
bermaksud Putera Pembebas yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan
kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang
terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda

iv) Pembinaan jalan merentasi makam diraja


Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta
ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam
nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan
Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.
Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan
digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.
Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang
Jawa pada bulan Julai 1825.

v) Diponegoro mengetuai penentangan


Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar
wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap
tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk
menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di
Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan
perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia
untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan
pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi
dan mangkat di sana pada 1855

Kesimpulan
Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan
Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja ditambah
dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan rakyat
tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun penentangan ini

45
gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya membangkitkan
semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa menentang penjajahan asing.

46
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN ]

Soalan 6

Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran
tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut.
Jelaskan

Pengenalan
Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam
pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun 1799,
pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik seorang
Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.

Isi

Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran yang


diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram. Perpecahan ini
melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah pimpinan Sultan
Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah (bupati) di Jawa. Pihak
Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.
Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor
Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas hati
dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system kontrak sewa
tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa.
Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat
pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.
Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada
tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.
Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun 1830.
Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh untuk
membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa perubahan
terhadap rakyat Indonesia yang tertindas.
Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau Jawa
kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.
Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal
menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah dibuat.
Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,(1903) telah
diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan Daerah akan
ditubuhkan.

47
Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang Indonesia,
dan orang Cina.
Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula
dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula.
Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan
Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja
Belanda.

Kesimpulan
Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti
Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada
cengkaman Belanda.

48
TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN ]

Soalan 7

Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam pentadbiran
tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua negeri tersebut.
Jelaskan

Pengenalan
Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke-
19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah
menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa
perubahan dalam system pentadbiran tempatan.
Isi
Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan
putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk
menghapuskan system beraja di Myanmar.
Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan
Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing
dikekalkan juga telah ditolak oleh British.
Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk
membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan
dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan ketenteraman
awam dan mengutip cukai.
Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh
Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar kecil
di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.
Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan terhadap
system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh Leftenan
Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.
Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-
pegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.
Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai
perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan bagi
parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih
sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan

49
Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat nasionalisme
yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.

50
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR KEMUNCULAN ]

Soalan 8

Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan
kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.

Pengenalan
Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan
peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran, menyatukankan
rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan kebangsaan menuju ke arah
pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam perkembangan dan pencapaian
kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan bagi
gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing.
Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di
Indonesia.
1. Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang
mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran. Mereka
ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan Belanda dan
orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah golongan yang
, acutely dissatisfied, cramped and frustrated.
Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan
ialah Raden Adjeng Kartini. Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah
sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro
Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan
pendidikan orang Jawa.

2. Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang


memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia.
Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk
memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam
Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara
perlembagaan.

3. Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian


kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia mengamalkan
cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno sedar bahawa
Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada perpaduan di
kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke arah perpaduan telah berjaya membawa
terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri daripada
gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal menyebabkan beliau
51
telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat perjuangannya.Apabila dibebaskan ,
beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah perjuangan radikal.

4. Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran agama
memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad Dahlan
telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya menyebarkan Islam berdasarkan
al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan Nahdatul
Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan ajaran
ortodoks islam.

5. Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi mencapai


kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah, Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti
Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak
Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda mengisytiharkan
kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno
dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri
yang pertama.

Kesimpulan

Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh


dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan adalah
besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan mencapai
impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan media, ada
yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin menggunakan cara
revolusi dan militan. Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat kesimpulan bahawa golongan
intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi kepentingan Negara dan bangsa.

52
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI POLITIK DAN PERSATUAN ]

Soalan 9

Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam gerakan
nasionalisme di Myanmar.

Pengenalan
Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas
Persatuan Belia Buddha (YMBA)
Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di
Myanmar
1 Peringkat awal (1909-1916)
Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya
Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan
Konsep perjuangan ialah Buddha Penyelamat kita dan Raja
Menerbitdkan akhbar Thuriya

2 Kegiatan sehingga tahun 1916


Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan
Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian agama
Buddha
Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

3 Peringkat Kedua (1916-1919)


Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan
Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan kata-kata
Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara sendiri

4 Kegiatan sehingga tahun 1919


Menimbulkan isu kasut
Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan pagoda
Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi
British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

5 Kegiatan sehingga tahun 1920


Mula terlibat dalam gerakan politik
British memperkenalkan Sistem Diarki di India
British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di Myanmar
YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon
YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)
53
Kesimpulan
YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di
Myanmar
YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

54
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]

Soalan 10

Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas


tahun 1932.

Pengenalan
Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932.
Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak.
Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan
demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.
Isi
Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan
Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.
Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh
Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet
yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula
bertindak melantik Perdana Menteri.
Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis
Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon )
yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota. Dua
dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat
menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada badan Legislatif
dan badan Eksekutif.
Kesimpulan
Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun
bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.
Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia
tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan
raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Ia menjadi
institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem
demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand

55
TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]

Soalan 11

Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan
Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau
telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera
Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari pihak
awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk
menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa
kali.
Isi
1. Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam
perjuangan nasionalisme di Thailand.
Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan
di bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.
Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol
yang meletak jawatan.
2. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-
Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun untuk mengelakkan
Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas wilayah yang
pernah dikuasai seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan kembali
sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.
Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan perlembagaan 1949 kerana berasakan yang
perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan Perlembagaan
1932.
Beliau bertanggungjawab mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman
pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities, menutup
sekolah dan surat khabar Cina .
Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan Akta
Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.
Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa
kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap Negara.
Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan
56
Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah menggerakkan nasionalisme melampau
bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun Songkrham
menjalankan dasar anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang perniagaan dan
perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang kuasa mutlak dalam
segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai kerajaan dan rakyat.

57

You might also like